Wednesday, June 16, 2004
    Cerita Pasal Kenduri.

    Di sini aku nak bercerita serba sedikit pasal majlis kenduri kawen yang berlangsung kat rumah Artan kat kampung aku gakk lah tuu. Daging di bawa dari KL coz di sponsor oleh bapa sedara dia sebanyak 200kg(jimat dah nihh). Aku sepanjang hari dengan baju melayu aja n kali ini aku dipaksa jugak-jugak jadi pengapit walaupun aku tak nak dah, lepas tu aku jadi cemeraman, aku jadi model pendengar dan penyambut tetamu padan kawan-kawan Artan(memerangkap kawan2 aku juga). Fuhhh.. banyaknya tugas aku disamping tuu sedara mara sebelah emak mentua si Artan nie pulak tanya aku macam-macam soalan peribadi sampai ada yang aku cuma mampu tersenyum aja, hehhehe.

    Khemah ada 5 semuanya satu untuk hidangan utama, khemah yang kedua pula untuk kawasan makan-makan bagi lelaki, ketiga n keempat untuk kaum perempuan dan last sekali khemah yang ke lima untuk kaum perempuan meyusun hidangan sebelum di bawa ke khemah perempuan. Kat kampung aku nihh kaum perempaun dan lelaki makan berasingan tak campur-campur melainkan datang satu family. Habis tu semua kerja di lakukan dengan bergotong royong termasuk basuh membasuh pinggan mangkuk dan semuanya lah yang boleh dilakukan. Part pengantin lelaki n pompuan tu dia orang lakukan sendiri lahh,hehehhe.

    Kenduri kat kampung nie tak ada limit masa nak datang waktu mana pun boleh walaupun kat kad jemputan ada tertulis dari pukul 11.00am to 6.00pm. Member-member aku ada yang datang dekat-dekat pukul 7.00 malam so di layan sama gakk, lauk pauk n bunga telor still ada lagi. Rezeki selalu ada lahh so kalau datang kenduri kat kampung aku nihh, datang lah time mana-mana pun anda akan di layan dengan penuh mesra.(promo kampung aku skit).

    Menu untuk hidangan pada hari kenduri tuu untuk tetamu yang menghadirkan diri ada daging masak kurma, ada kari daging, acar timun n ada acar buah-buah. Menu lauk pauk untuk kenduri kat rumah Artan nie consider biasa ajer lahh tak macam best-best tu ada 5 hingga 6 jenis hidangan.

    Menu untuk meja pengantin ada udang besar-besar, ikan, daging, buah tembikai sebagai pencuci mulut yang di ukir cantik-cantik tu, yang tuu aja aku ingat coz kali nie aku tak makan bersama dengan pengantin, sedih kan.

    Rasanya dalam pukul 4 aku gii ambil MJ untuk datang ke kenduri rumah Artan n then melepak sampai pukul 7 lebih rasanya dan kemudian setelah balik rumah mandi, tukar baju dan buat apa yang patut so aku pun tinggalkan lah majlis kat rumah Artan tue.

    Besok pulak sambung pasal kegiatan aku selepas majlis kenduri tuu dengan MJ.





Purbe | 1:21 PM |