Wednesday, June 09, 2004
    Kahwin.. Kawen.. Bernikah.. HAPPY.

    Bumi Malaysia dahulunya Malaya di sini lah aku di lahirkan dan dibumi Malaya ini jugalah aku mula mengenali dunia. Tanahair aku ini ada pelbagai kaum begitu juga dengan musim yang saling bertukar ganti. Antaranya ada musim hujan, ada musim buah. Tetapi ada jugak orang yang tak suka buah-buah yang bermusim nihh, kata orang durian tuu raja segala buah. Kalau jadi raja tentunyalah semua orang menyukai tambah pula raja yang best, tetapi ada orang tak suka langsung durian, adakah mungkin kerana baunya yang kuat tuu?? Bila dah rasa isinya hmmmm.. kesedapannya sehingga nak n nak lagi. Ada satu lagi musim yang tak pernah surut yang mana ia menyibukan kita semua iaitu musim cuti sekolah, musim nie semua orang sibuk nak berjalan-jalan makan angin, menghadirkan diri ke kenduri kendara dan buat kenduri pada sesiapa yang dah sampai serunya.

    Musim citi sekolah nie bersamaan juga dengan musim kenduri kendara, pasangan yang dahulunya tiada ikatan kini dah menjadi hak mutlak pasangan masing-masing.
    Maka bermulalah era baru di dalam kehidupan dan saling kongsi mengongsi apa-apa jua yang boleh di kongsi so paham-paham ajerlah sapa yang dah kawen tuu.
    Kalau pasal pengalaman berkahwin nie aku belum tempuhinya lagi tapi kalau bab jadi pengapit pengantin tuu aku dah terover sangat dahhh. Kalau nak dikirakan seri jadi pengapit tuu rasanya aku dah terlebih ambil seri dari pengantin itu sendiri, mana taknya dah berbelas orang aku aja yang kena jadi pengapit.

    Nak di jadikan cerita pada Sabtu lalu aku dah jumpa jalan balik ke kampung, ahaks, kebetulan pada hari tu aku n Artan melencong ke Pekan Rabu sebelum balik ke rumah coz ada hal-hal peribadi yang happy. Aku berborak, melepak dan menjamu selera kat gerai No.12, Mee Bandung kat situ sedap rupanya or aku yang kebuluran tak makan seharian sehinggalah jumpa kedai tuuu. Setelah melepak dan memerhati baru lahh aku sedar rupa-rupanya orang Bandaraya Alor Setar banyak yang COMEY LOTE, aku aja yang tak perasan sebelum nihh.

    Anyway hari Sabtu dah berlalu dan timbul pulak hari Ahad yang memberi seribu erti pada sedara bau-bau bacang aku nihh. Dedulu aku nengok dia masih kecik tetapi sekarang nie dia dah berjaya dalam pelajaran dan kini tibalah pula masanya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Aku kagum dengan pencapaiannya yang bermula dari stesyen bas ekspress dari Alor Setar (time tuu bukan Bandaraya lagi) ke Kuala Lumpur. Dahulu dia pun pernah juga kecewa kerana kekasihnya dikebas rakan sekuliah, semua itu cerita lama so kini dia dah mendapat jodohnya dan impiannya termakbul jua.

    Aku bila lagi..??? Itu lahh soalan yang selalu di tanya oleh emak sahabat-sahabat aku. Aku hanya mampu tersenyum dan berkata "Tak Taw".

    Kenduri kat kampung aku nie macam gotong royong jugalah saling bantu membantu pada sesiapa yang baik hati n rajin. Kiranya aku nie spesis rajin jugalah coz ada kat sana sampai 3 petang, keja tuu kira macam anarki jugalah takda pemimpin dan penuh dengan kebebasan so aku bantu buat kerja mengikut kata hati aku lah. Kerja yang paling aku suka dan member-member aku suka memerhati orang yang datang so paham-paham ajer lahhh kann.

    Petang tuu suasana redup-redup jaa.. aku dan lain-lain kawan aku gii melepak kat rumah Pak Tam (rumah member aku yang jadi tempat melepak sejak zaman berzaman). Kata orang rezeki jangan di tolak so aku pun tak menolak lah pabila di di hidangkan dengan beberapa biji durian yang dia orang bawa balik daripada dusun. Tanpa membuang masa so aku n da'geng apa lagi dengan pantasnya mengoyak dan membaham isi-isi durian tuu dengan top speed lah, ahaks. Sedap lahhh durian yang masih fresh nihh.. dan rasanya yang berlemak tuu membuatkan rasa tak puas sehingga menjilat jari jemari, hehehehe.. Hari ini kat area rumah aku ada pasar malam so sure lahh banyak buah durian di jual kat situ, nak beli ke tak nak beli, nak beli ker tak nak beli........

    Cerita pasal buah durian nie so teringatlah pula aku pada dusun durian kepunyaan family aku yang dah lama aku tak menjenguk. Entah ada buah ker tidak or dah habis kesemuanya aku tak tahu lah. Dedulu masa ada arwah abah aku kerap juga we all pergi sana menjenguk dan menjaga pokok-pokok semua tu tetapi selepas abah aku tiada, jarang n tersangat jarang jugak lah sedara mara aku pergi sana. Macam lagu XPDC "Semangat Yang Hilang" begitulah keadaan dusun tuu sekarang nie.

    Sambung balik cerita aku melepak tadi so agak lama juga aku melepak kat situ sambil berborak dengan kawan-kawan n bapa member aku yang sporting abis nihh. Maka terkeluarlah cerita pasal ayam kampung yang mana dia orang nie sanggup membeli bapak dan ibu-ibu ayam dari baka-baka yang baik dan mahal untuk di bela kat reban ayam di rumah masing-masing. So.. aku cuma jadi pendengar ajer, macam-macam cerita ayam yang dia orang borakkan. Itu ini beli kat situ, beli kat sini. Al maklumlah dia orang dah berfamili so banyaklah aktiviti kekampungan yang dia orang dapat lakukan dengan bebas sekali.

    Antara cerita lain yang di bualkan selain ayam adalah mengenai sawah padi yang mana anak-anak padi semakin membesar dan kelihatan kehijauan memenuhi segenap permandangan yang berbatu-batu jauhnya. Mengikut kata Pak Tam rasanya dalam bulan August nanti boleh lah para petani mendapat hasil dari titik peluh dia orang. So time tu akan bergaya sakan lahh para petani time tuuu.hehehehe. Aku anak pesawah so family aku ada lah juga sawah padi tapi tak lahh banyak mana sangat kalau nak simpan buat makan tuu rasanya bertahun-tahun jugalah tak abis di makan beras-beras tuu. Jadi.. jalan terbaik jual ajerlahh kesemua hasil-hasil tuu, boleh juga membantu pendapatan emak aku.

    Senja dah berlalu so sang malam pun menjelma, pada tika itu sesudah aja solat Isyak, aku n da'geng ke rumah member yang aku sorang nihh gii ambil hadiah yang dia belikan dari Sarawak sebelum dia balik bercuti kat Semenanjung ari tuu. Lepas aja ambil hadiah tuu, aku n da'geng melencong lahhh pula dengan aktiviti malam-malam cari makan dan destinasinya kat Nasi Lemak Royale kat area-area hijau kuning tuu. Member-member aku kata kat situ makanan dia memang sedap coz tu laa dia orang tambah sampai dua kali, hehhehee.

    Besok paginya aku dengan bergayanya balik ke Pulau Mutiara untuk kembali bekerja dan mencari rezeki sekupang dua. Perjalanan aku smooth aja selepas breakfast dengan Artan kat jalan Teluk Kumbar.







Purbe | 3:07 PM |