Wednesday, June 02, 2004
    Keletihan, Kepenatan & Kenangan..

    Lega rasanya pabila aku buka mata suasana sekeliling aku sudah berlainan, tak lagi kelihatan syiling kayu dan kegelapan di waktu malam di sepanjang highway.
    Kini siren dari kereta polis, ambulan dan bomba kembali kedengaran di telinga aku sepertimana selalunya. Pagi ini aku terbabas untuk menunaikan perintahNya, aku keletihan tahap maximum dan MJ pula time aku keluar rumah pukul 10.30 pagi tadi dia masih lagi terbaring dengan nyenyaknya tanpa sempat nak tanggalkan stokin, jaket dan semuanya sepertimana disiang hari cuma kasut aja yang di tanggalkan.

    Sepanjang travel dan percutian aku n MJ, masa untuk beristirehat cukup singkat coz boleh dikatakan everynight we'll tidur dalam pukul 3 or 4 pagi dan paling awal pun dalam pukul 2 lebih. Ada sekali tuu kereta aku pun buat perangai mungkin kerana terlalu letih travel ke sana sini tanpa henti, tetapi alhamdulillah tak ada big problem sangat.

    Fuhhh.. semuanya di awal pagi di kala semuanya sedang nyenyak tidur aku tiba di perkarangan rumah aku tepat-tepat jam 3.00 pagi nie. Aku nengok MJ lentok aja tidur kat seat sebelah, setelah buka pintu rumah dan sediakan tempat untuk beradu barulah aku bangunkan MJ. Tak banyak soal dia menyambung kembali mimpi-mimpinya di dalam bilik aku, keletihan tahap maximum rasanya tuu.

    Pagi ini aku tolong housemate aku hantar baju pengantin yang disewa sebelum aku datang ke office. Menawan betul baju-baju yang tergantung kat kedai tuu.. kepala aku pun start berangan baju mana yang aku nak pilih nanti. Hehehee... nanti.. nanti.. bila yerr nanti-nanti tuu, nie yang buatkan aku berfikir tak habis-habis nihh. Ada ker tak ada saat-saat itu di dalam hidup ku nanti or aku sekadar berimaginasi aja saat-saat indah yang macam tu. Aaarggghhhhhh.... aku tak nak fikirkan, makin difikir makin membebankan kepala aku ini, biarlah Dia yang menentukan segalanya, aku cuma hambaNya.

    Semalam aku cuma menjamah burger kat Nando's (burger pedas) kat Sunway Piramid, pagi ini pula aku cuma meneguk mineral water. Belum sempat ku membasahi tekak dengan selesanya, air tuu kehabisan lahh pulak. Aku kelaparan tapi aku terus menahan lapar dan dahaga aku sehingga aku keluar dari opis nie japp lagi, terasa macam aku berpuasa lahh pulak. Aku nak balik rumah awal hari nie jika semua kerja-kerja aku dah siap. Aku rindu melepak di dalam rumah aku sambil nengok tv n berangan, ahaks.






Purbe | 12:41 PM |