Thursday, June 24, 2004
    Masalah Alam..

    Semalam setelah aku menyelak page by page sebuah akhbar kat opis aku nie, baru aku sedar rupa-rupanya services Ferry akan di kurangkan dan takkan ada lagi perkhidmatan Ferry selama 24 jam sehari. Pada aku, perkara nie biasa aja coz kalau menunggu ferry time tengah malam fuhhhh.. sampai hilang kesabaran aku untuk terus menunggu coz itulah aku prefer bridge tak payah nak menunggu-nunggu n boleh terus aja perjalanan.

    Sudah lama dahh ferry ke Pulau Mutiara nie memberi khidmat selama 24 jam dan pekerja PPSB (penang port sdn. bhd) juga dari golongan yang sama. Dari generasi datuk nenek hinggalah ke cucu cicit kesemuanya saudara mara aja yang kebanyakanya mendapat jawatan kat situ. Susah nak dapat kerja jika tak ada sedara mara bekerja kat situ kini. Kemungkinan ini sudah menjadi lumrah kot coz zaman sekarang nie segalanya perlukan cable dan kalau cable sebesar ferry itu sendiri lagi terjamin lah kot, ahaks. Aku bukannya nak mengata tetapi itu lah kebenarannya walaupun ianya tak bersangkut paut dengan aku, iyer lahhh keturunan lain pun nak bekerja kat port jugakkkkkk.

    Dunia kita ini makin hari semakin bermasalah, puncanya manusia itu sendiri tak pandai untuk menjaga apa yang di pinjamkan padanya. Musibah terbaru yang ketara ialah jerebu yang mana ianya membuatkan pemandangan di Pulau Mutiara nie terjejas dengan agak teruk jugalah. Pabila aku n si meroon berada kat atas Penang Bridge hari tuu.. jerebu nie menutupi habis segenap pemandangan di Pulau Mutiara dan yang ternampak cuma jerebu-jerebu kelabu, kalau sekali pandang orang akan kata kabus dan pabila berkali-kali pandang boleh sakit mata gitu. Dari situ aku nengok kebanyakan kenderaan di penuhi dengan habuk-habuk so sekarang nie kebanyakan kereta dah sama taraf dengan si meroon, opppss.. silap si meroon lagi bersih lahh. Bukan aku tak nak basuh tapi tengok lahh keadaan sekarang nie kejap aja semua benda di penuhi dengan debu-debu, terasa Tuhan sedang menunjukan tanda-tanda kebesaran dan kekuasanNya pada kita.

    Masalah bermusim sekarang nie kat Malaysia pulak pasal kes meRAGUT, makin kejam peragut era moden nihh hinggakan dia orang sanggup meragut nyawa sekali di samping beg tangan yang tak seberapa. Mungkin jawatan kosong sebagai PERAGUT nie dah makin popular dan di isi pula oleh mamat-mamat tak berhati perut yang kebanyakannya MALAS berusaha secara HALAL dan ada yang memang dah ketagih sesangat menatang KEJADAH tuuuu. Suntikan maut yang dia orang tagihkan dan maut pulak yang dia orang pertaruhkan, dunia give n take.

    Apa nak jadi pada dunia kini, bekalan masa depan pun entah ada entah tidak.



Purbe | 2:00 PM |