Tuesday, June 22, 2004
    Not In Plan...Langkawi

    Lagu Somewhere I Belong berbunyi dari handphone aku dan secara kebetulan pula serentak dengan laungan azan dari surau berdekatan dengan rumah aku pada pagi Ahad itu. Aku tersedar dari mimpi-mimpi yang tak dapat di fahami dan sejurus itu aku terus aja ke bilik bersiram untuk membersihkan diri. Persiapan ala kadar sudah cukup untuk diri ku yang di dalam keadaan antara sihat dan tidak sihat.

    Setelah semuanya mengambil turn memasing membersih dan menyiapkan diri so bergeraklah we all ke rumah MJ seawal 6.30am. Aku tahu pada tika itu MJ terpaksa memaksa dirinya untuk membangunkan diri walaupun dia baru aja 2 jam melelapkan mata kerana demi pengharapan hidup yang begitu bermakna sekali bagi setiap individu yang mempunyai hati dan perasaan di dalam kehidupan ini.

    Kecerahan siang hari makin menunjukkan dirinya dan sang sinar matahari pun makin menonjolkan diri. Berkejar lah we all ke jetty Kuala Kedah untuk mendapat tiket seawal mungkin supaya sampai ke pulau Lagenda seawal mungkin.
    Tiket yang terawal pun cuma pada pukul 7.30 pagi untuk pelayaran pertama pagi itu ke Pulau Langkawi. Pada masa itu firasat aku menyatakan bahawa we all boleh sampai kat Pulau Lagenda tu sebelum pukul 9.00am tapi boat tuu pulak tersangat lahh lembab perjalanannya hinggakan boat yang bertolak pada pukul 8.00am boleh sampai terlebih dahulu. Iktibarnya "boat yang awal tak semestinya sampai dulu so pilih lah boat yang betul-betul laju", ahaks. Next time aku prefer boat dari company nie KPLFS walaupun lewat tetapi bolah sampai awal.

    Sepanjang perjalanan aku merehatkan minda aku dengan mimpi-mimpi dan pabila aku tersedar aku dah boleh nampak kepulauan dan yang paling jelas sekali Pulau Langkawi lah. Setibanya di Jetty we all menyewa kereta Iswara dengan kadar RM40.00 sehari (sampai pukul 7.00pm) dan seperti biasa aku jadi pemandu memerangkap pemandu pelancong. Setelah mengisi minyak sebanyak RM5.00 aku terus aja bawa dia orang ke Pantai Cenang untuk jalan-jalan dan juga breakfast. Kemudian we all masuk tengok-tengok barang-barang kat duty free bersebelahan Underwater World tetapi we all tak masuk pun kat dalam Underwater World tu coz nak jimatkan masa dan ongkos, hehehehe. Aida sebut nak beli coklat aja sejak dari tanah besar lagi.

    Destinasi seterusnya aku bawa pula dia orang nihh ke Burau Bay dimana we all singgah sekejap di sekitar tempat parking kapal-kapal layar yang menawan hati semua nihhh. Pemandangan kat situ memang cantik dengan tersusunnya banyak kapal-kapal layar dari pelbagai negara dan suasana yang cukup menarik sekali. So.. dalam masa yang sama juga we all tak melepas lahh peluang bergambar di tempat yang cukup menawan nihhh, agaknya kalau waktu petang or malam tempat nihh bertambah menawan lagi lahh. Di situ juga terdapat stesyen Petronas yang paling menawan sekali yang pernah aku jumpa so Aida pun tak melepas peluang membeli coklat yang di idam-idamkan olehnya dari awal-awal pagi lagi.

    Selepas aja sesi bergambar dan menikmati pemandangan kat situ selesai, we all mula bergerak pula ke destinasi yang boleh dikatakan wajib pada sesiapa yang bercadang untuk ke Langkawi. Cable Car itu lahh yang aku maksudkan memang best, suasana dan pemandangan kat situ berbeza sekali dengan cable car yang ada kat Genting tuuu. Kali ini we all kena bayar pula RM15.00 seorang untuk menaiki Cable Car nihh, suasana dan permandangan cukup indah sekali dan pabila cable car berhenti di perhentian yang pertama we all turun kat situ menikmati permandangan dan hembusan angin yang sejuk serta begitu nyaman sekali, rugi kalau tak turun kat hentian pertama nihh.

    Hentian kedua dan hentian terakhir ialah kat atas puncak Gunung Mat Cincang tuu, kat situ we all boleh nampak permandangan penuh Pulau Langkawi dan juga tanah Siam (selatan Thailand). Setelah berlegar kat situ seketika we all pun menaiki kembali cable car tuu untuk turun ke permukaan bumi yang mendatar. Aku cadangkan eloklah korang mencuba sendiri pengalaman ini yang mana aku merasa belum puas lagi menikmati pemandangan dan menaiki cable car nihhh. Nak naik lagiiiiii...... tak dapat di gambarkan dengan hanya kata-kata aja.

    Hajat untuk menaiki cable car dah pun tercapai so seterusnya we all singgah pula di set pengembaran filem "Ana and The King" dan bayaran masuk di kenakan sebanyak RM3.00 seorang. Agak menarik juga set pengembaran nihh yang kini menjadi salah satu tempat menarik bagi para pelancong ke Langkawi, setelah selesai melihat barang-barang yang di pamerkan we all berehat sebentar di anjung istana dalam set pengembaran nihh yang bersebelahan dengan laut. Deruman ombak laut yang memukul pantai membuatkan aku terlelap seketika semasa berbaring di kaki lima istana tuuu.

    Sejurus kemudian we all meneruskan perjalanan lagi ke dan kali ini aku mengerah kan sang Iswara putih ke Teluk Datai pula. Wahhhhhh... bestnya pabila berjumpa dengan air terjun yang begitu menarik sekali. Dedulu semasa aku datang ke Teluk Datai cuma time hujan aja baru aku boleh melihat air terjun Temurun tapi sekarang nie anytime aja ada. Tak payah hujan-hujan lagi dah coz sekarang dia orang dah buat satu kawasan untuk air terjun yang di hasilkan dengan teknologi. Memang best berjalan di sekitar gua buatan dan mendaki ke atas bukit buatan di samping kedengaran deruman air terjun di sana-sini, nyaman rasanya.

    Destinasi terakhir we all untuk trip kali ini ialah ke Black Sand Beach untuk berjumpa seorang blogger dari Langkawi di sampaing melihat Black Sand Beach nie dengan sendirinya (pada dia orang belum pernah sampai lahh). Setelah berjumpa, melepak dan berbual rasanya mudah mesra lah pula si Mizi (dulu menggunakan nama Pujangga)nihh walaupun baru 1st time berkenalan. Macam biasalah aku n MJ lebih ramah lagi coz bahasa we all dengan mizi nie sama, ahaks.

    Dalam perjalanan balik ke Jetty kereta Iswara yang tadinya di isi dengan cuma RM5.00 aja tu dah kehausan tenaga coz dengan minyak sebanyak RM5 tu manalah nak cukup untuk ke sana sini dan boleh dikatakan hampir sebuah pulau di kelilingi. At last aku dengan MJ terpaksa berjalan kaki sejauh 4km pergi dan balik ke stesyen minyak. Penat lahhh berjalan nihhh sambil bergilir-gilir aku dengan MJ mengusung bekas berisi minyak tuuhhhh. Selepas tu aku terus aja drive ke pekan Kuah nengok barang-barang untuk habiskan masa dan kemudian terus ke Jetty ambil tiket.

    Tiket ferry pada pukul 7.30pm so we all masih ada 1 jam lagi untuk berjalan-jalan sekitar Dataran Helang. Setelah bergambar dan melepak tibalah pula masa untuk masuk ke dalam ferry yang mana time nak bagi tiket tuu aku tersilap bagi tiket yang pagi tadi punya dan dia orang asyik bertanya ada tiket lain lagi tak? So dengan beria aku cakap takda cuma yang tuu aja(dalam fikiran aku ingatkan dia orang bagi tiket yang salah). Rupa-rupanya memang ada tiket yang lagi satu dalam poket seluar aku, hehhehee aku terpaksa menebalkan muka sekejap.

    Aku keletihan dan kelaparan setibanya di Tanah Besar so selepas aja mengambil tiket untuk Salji & Aida we all pun menjamu selera dengan western food yang tak seberapa kat area Sahab Perdana tuuhhh. Selepas hantar MJ balik rumah aku pun balik rumah dan terus aja melelapkan mata dengan penuh lenanya.





Purbe | 2:00 PM |