Thursday, June 17, 2004
    Sambungannya..

    Selepas aja aku n Mj manjarakan diri dari tempat kenduri tuu, we all tak ada idea nak kemana-mana so berpusing-pusing lah sekejap dan pabila perut terasa boleh di isi sedikit lagi so singgah n melepak kat Aina Bistro. Lepak lahh punya lepak so Own call aku, dalam kebosanan melepak 2 orang jaa tuu aku pun pujuklah Own datang melepak sekali dengan we all.

    Tunggu... dan terus menunggu sampai habis berita jam 8 kat tv3 tetapi tak nampak jugak bayangan si Own nihh. Aku n Mj sambung lagi menonton Majalah 3 pulak bila dah sekerat jalan majalah 3 tuu baru lah dengan tersengeh-sengah aku nampak muka Own di temani oleh kak angkat dia kat dalam kancil putih tuu.

    Aku dah bosan melepak sejam lebih kat Aiena Bistro tuu so aku bawa lah kesemuanya ke Restoran Lambaian lebih kurang 5-10 minit dari Aiena tuu.
    Tak ku sangka perbualan boleh jadi rancak pulak dengan kakak angkat Own tuu kerana ada aja topik yang di buka, antaranya mengenai filem laa, drama laaa dan macam-macam lagi. Suasana sekeliling di riuhkan dengan cerita-cerita dan gelak tawa we all aja, tapi order makanan tak banyak mana pun.

    Memang best pabila berborak dengan orang yang memang penuh dengan idea perbualan nihh. Walaupun rancak berborak tetapi sampai we all balik kerumah pun aku n mj tak pasti apa nama K.angkat Own tu hhehehe... coz terlalu asyik berbual. Coz tuu lah terkeluar idea untuk buat Gathering geng utara kat Gunung Jerai, tetapi tak confirm lagi jadi ker tidak coz kena nengok respon peserta lahh jugak.





Purbe | 5:49 PM |