kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits
|
Monday, July 26, 2004
Plan Pasti Menjadi
Semalam dengan tetiba terpancul aja idea untuk membuat sesuatu pembaharuan dari segi hiasan di ruang tamu rumah dan juga bilik aku. Idea yang datang dengan tiba-tiba tika aku menonton Traveller kat Astro (mata aku aja yang menonton tetapi minda aku terbang begitu jauh sekali). Pabila di ajukan pada housemate aku yang seorang tu dia pun berminat dengan pandangan n idea aku so selepas aja lunch aku terus aja bawa housemate aku yang sorang tu bersama dengan cousin aku untuk bershopping apa yang patut. Fuuhhh... ramainya umat manusia kat shopping kompleks tuu hinggakan bersusun-susun kereta menunggu ruang kosong sahaja untuk membolos masuk ke ruang tu. Hari ini nasib aku agak baik coz kebetulan time tu kereta depan aku tu nak keluar dari parking so apa lagi, macam kata pepatah lahh orang yang mengantuk di sorongkan bantal. Rasanya orang yang datang makin ramai daripada orang yang balik coz tuu lah semua parking lot penuh, time macam itu jugalah ada black crow (mamat india jaga parking haram) dengan slambernya mengutip duit dari satu kereta ke kereta yang lain sebanyak RM2 untuk sekali masuk parking. Aku bukannya kedekut tetapi aku tak berpuas hati coz itu kawasan bandaran so pabila hari cuti maknanya free tetapi ada orang lain pula yang memandai-mandai mengutip duit secara haram(takda resit bayaran) tetapi aku bayar juga coz takut nanti si meroon akan di calar-calar lahh pulak, ahaks. Aku agak haran dengan pegawai penguatkuasa majlis perbandaran nie, orang yang parking dekat yellow line dia orang asyik sibuk menyaman aja, tetapi black crow yang mengutip duit parking secara haram di depan mata, dia orang buat tak tahu aja (hmmmm... entah-entah dia orang ada syer kot, hehhehe). Rasanya negara kita ini tidak merdeka sepenuhnya lagi walaupun sudah hampir 47 tahun negara kita bakal meraikan ulang tahun kemerdekaan daripada jajahan penjajah. Diri kita masih lagi terkongkong di dalam seribu satu macam kerenah kerajaan mahupun penduduk bumi yang dulunya bergelar Malaya ini. Berbalik pada landasan cerita sebenarnya sesudah parking n membayar aku terus aja masuk ke supermarket tuu (aku tak maw promo nama supermarket nihh coz dia tak bayar pun kat aku, ahaks). Sekali lagi orang ramai bersesak kat depan stage tuu kerana menonton pertunjukan fesyen yang diperagakan oleh model-model tempatan. Menawan dan memang menawan pada pandangan aku sebagai seorang lelaki bujang yang mempunyai matlamat. Promosi n pertunjukan fesyen baju pengantin, itu lah yang membuatkan ramai orang berkebil-kebil biji mata menontonnya, pelbagai bangsa, tua muda. Fesyen terbaru dan terkini banyak yang mendedahkan sana sini hinggakan tertelan air liur sekali pabila nengok model-model tu memperagakannya. Apa pun dari pandangan mata kasar aku nihh fesyen sedemikian memang tak sesuai bagi kita yang berpegang teguh pada adat kemelayuan dan pada batas-batas aurat yang termaktub di dalam agama. Setelah penat meronda, membeli apa yang berkenan di hati dan bersesuaian so we all pun balik ke rumah merancang apa yang akan di buat seterusnya. Aku mengelurkan segala idea dan kata putusnya we all akan mengecat dan menghias ruang tamu mengikut idea aku (sebenarnya aku ciplak serba sedikit dari Anjung Seri + idea aku sendiri). Buat pertama kali ruang tamu rumah sewa aku nihh akan berubah wajah sepenuhnya dan akan kelihatan lebih damai serta ceria lagi, Isyallah. Purbe | 1:15 PM |
Friday, July 23, 2004
Beriadah
Semenjak dua menjak nie ramai pula yang mengajak aku melancong ke sana sini, ingat di hati nak mengikut aja dia orang tu tetapi isi poket aku dah semakin berkurangan coz tuu lah kena pilih juga tempat-tempat yang nak beriadah nihh. Bulan depan cousin yang sorang tuu akan melancong ke negara kangaroo n dalam masa yang sama juga parents dia akan ke switzealand, rasanya aku cuma mampu untuk melancong dalam negara aja lah. Hidup ini jika hanya semata-mata kerana nak habiskan usia kita tiada gunanya juga, kita di berikan kehidupan supaya bersujud kepadanya membuat sebaik mungkin amalan yang di perintahnya. Kehidupan duniawi ini ada kalanya kita perlukan keseimbangan dengan akhirat oleh itu pabila ada masa terluang kita isilah masa-masa itu dengan beriadah bersama family, sedara mara or sahabat handai asalkan jangan melangkaui batasan agama udahlah. Kadangkala pemikiran kita perlukan keharmonian dan ketenangan so rasanya dengan bercuti dan beriadah nie akan memberi lebih semangat pada diri kita. Kadangkala mood diri ada naik turunnya so rasanya dengan beriadah nie kita mendapat ketenangan untuk diri kita. Pabila semangat kita telah utuh perjalanan kita di dalam alam pekerjaan or menjalani kehidupan seharian akan menjadi lebih girang lagi, ianya umpama pemangkin pada yang telah pudar. Langkawi, hari tuu aku baru saja jejak kaki kat sana tetapi trip tu macam terlalu rush sangat coz kesuntukan masa dan tiada proper planning. Next time plan dulu baru gii so boleh save budget n masa berfikir (itulah advice yang aku selalu baca kat traveller channel di astro – merancang dulu sebelum melancong). Rasanya maybe di dalam bulan September nanti akan ku jejak kaki kembali di pulau Mahsuri nie n kali nie Insyallah rassanya lebih ramai lagi teman-teman geju yang akan join so apa kata korang pun join sekali bleh rancang aktiviti-aktiviti menarik. Aku terasa pabila beramai-ramai nie keriangan dan kemesraan yang terjalin akan jadi lebih utuh lagi coz tuu lah aku prefer melancong secara beramai-ramai sambil kenal mengenali yang mana belum di kenali di samping dapat mengikat tali persahabatan yang lebih erat lagi. Pulau Perhentian, kemungkinan dalam bulan September juga aku kan melancong ke sana di samping pulau-pulau yang berhampiran bersama-sama dengan company trip emak sedara aku tue. Jika segalanya berjalan lancar so inilah pertama kali aku menjejak kaki di kepulauan sebelah laut china selatan dan aku tak tahu nak bayangkan macamana kepulauan sebelah laut china selatan tue. Nie tengah aku dok bayang kan camna yerks… Purbe | 1:08 PM |
Wednesday, July 21, 2004
Hari Selasa Dah berlalu..
Pabila tersedar aja dari tidur hujan sudah pun membasahi bumi pulau mutiara nie dengan begitu lebat sekali, rasanya kalau sambung tidur time tu lagi best lah. Namun aku terpaksa bergegas bangun supaya tidak kelewatan untuk tiba di tempat client aku tepat jam 8.30am. Pagi nie aku terasa macam belum cukup tidur aja macam baru saja aku lelapkan mata tetiba hari dah siang namun suasana sekeliling begitu gelap sekali coz awan-awan hitam memenuhi segenap kawasan. Sepanjang malam guruh berdentum dentam akibat pertemuan caj-caj positif dengan negatif dan pada siang hari pula hujan tak henti-henti. Cuaca menjadi begitu lembab sekali sepanjang hari ini. Sinar sang mentari tak berpeluang menonjolkan diri sepenuhnya kerna di selubungi oleh awan-awan yang penuh dengan takungan air hanya menunggu masanya aja untuk menaburkan ke muka bumi ini. Sepanjang pagi aku begitu sibuk sekali berkejar ke sana-sini di untuk menyiapkan kerja-kerja aku dan di dalam masa itu juga aku terpaksa melayan kerenah customer yang nak macam tu macam nie. Biasalah kerja aku memang untuk troubleshoot problem n memuaskan hati semua customer company aku, sekali lagi aku umpama lilin. Sesudah setel aja semua kerja-kerja yang di amanahkan hehehehe.. aku terus aja balik ke rumah untuk beristirehat lebih awal sikit hari nie. Hujan-hujan nie rezeki kat rumah aku begitu murah sekali coz makcik depan rumah tu hantar macam-macam makanan, so daripada awal petang hingga lewat petang, kerja aku mengenyangkan perut ajer lah. Pabila lewat petang pula customer asyik call tak henti-henti tanya itu ini, minta pandangan dan macam-macam lagi, penat juga rasanya bersoaljawab dengan dia orang nie tapi apakan daya aku sememangnya tak pernah menolak untuk menjawab soalan dia orang nie dan kadangkala tu sampai pukul 1 or 2 pagi still ada call untuk tanya itu ini. Nak tak nak terpaksa buka mata n melayan jugalah time tu, customer is everything. Purbe | 1:33 PM |
Friday, July 16, 2004
Mencabut Nyawa, Nyawa Di Cabut..
Hidup dan mati semua di tangan tuhan yang maha kuasa, apa daya kita nie sebagai hambanya nak menghalang sudah tentu sekali tak dapat coz pabila cukup waktu seperti yang di janjikan roh akan di cabut dari badan n then tinggal lah sebujur tubuh yang kaku. No turning back itu lah hidup kita sesudah ajalnya, roh hanya melihat tetapi tak boleh berbuat apa-apa, menjerit sekuat hati pun tiada sesiapa yang mendengarnya, sesalan sudah tiada gunanya lagi.
Bunuh diri kerana cinta..? Kerana kewangan..? kerana dah bosan dengan hidup ini..? kerana permasalahan peribadi..? kerana dendam..? Apakah kerana salah satu faktor di atas manusia terfikir untuk membunuh diri, bunuh diri tu cuma penyelesaian pada diri sendiri di dunia sahaja. Macamana dengan kaum keluarga yang akan menghadapi orang ramai selepas itu, semuanya memberi kesan dan permasalahan pada orang lain. Dua hari lepas ada satu kes bunuh diri kat Penang Bridge, aku tak tahu macamana nak menganggap si pembunuh diri nie bernasib malang or memang bernasib baik. Mengikut cerita housemate aku yang melihat kejadian tu pagi rabu lalu, seorang chinese girl terjun dari Penang Bridge setelah dengan tetiba berhenti kereta kat situ dan plooop... dia terus terjun kat dalam laut. Orang ramai yang melihat kejadian tu berhenti melihat dan hehhehehee..... maut tak nak terima dia lagi time tu. Time dia terjun tuu air surut so air laut yang ada kat situ tak cukup untuk menenggelamkan dia or melemaskan dia so.. time tu dia sibuk-sibuk pula meredah lumpur yang agak dalam untuk menyelamatkan diri. Nasib baik tak lama kemudian Pasukan Bomba dan penyelamat datang melontarkan tali dan mengangkat dia naik kembali ke atas bridge, percubaan yang kecundang. Aku risau aja pabila semalam nengok ada anak kucing kat dalam pagar rumah, aku bukannya takut or tak suka akan kucing macam sesetengah teman-teman aku tu tetapi aku risau lambat laun kalau anak kucing nie still tak mau kemana-mana nasib dia kan jadi macam yang lepas-lepas. Dah 2 kali kejadian yang sama menimpa anak-anak kucing yang datang melepak kat area rumah aku nihh, nak ku bela nanti takut menyiksa pula, nak ku buat tak peduli tak sanggup pula aku mendengar anak kucing tuu mengiaeeeww.. mengiaeeeww... sayu jaa aku mendengarnya. Kemungkinan anak-anak kucing nie di tinggalkan ibu dan kerana anak kucing nie rindukan ibuynya coz tuu lah berbunyi tak henti-henti, bila aku bagi susu pun dia tak nak minum. Aku biarkan dan tinggalkan susu tu bersebelahan dengan anak kucing tuu, rasanya ajal datang menjemput anak kucing tuu lebih awal daripada aku balik keja. Itu cerita dulu tetapi aku risau kejadian yang sama akan terjadi kat anak kucing kaler hitam bertompok putih yang ada kat depan rumah aku semalam tu. Aku tak tahu macamana nasib yang bakal menimpa anak kucing yang nie pula... Purbe | 11:11 AM |
Tuesday, July 13, 2004
Tika aku di perlukan aku di nyala Sinar ku megah menyinari segenap kegelapan yang terdaya Kecanggihan teknologi tak berguna ada tikanya Aku jua ditatang umpama putera raja. Suatu ketika dulu aku bersahabat dengan si pelita Menerangi kegelapan malam dengan megahnya Si pelita menjadi raja aku pula menjadi puteranya Di waktu malam kami jua yang bermaharajalela. Apa pun jasa kami sangat mulia Namun pada masa kini kami dipinggirkan begitu aja Aku berguna tika teknologi datang penyakitnya Si pelita pula hanya berguna pabila tiba musim raya Aku dan si pelita jauh berbeza walaupun fungsinya sama Pabila habis tenaga si pelita masih lagi berguna Minyak di isi maka menerangi lah kembali ia Aku.. memperjudikan hayat demi sinar yang tak seberapa Mengorbankan diri demi cahaya Hayat ku tak dapat menandingi si pelita Semalaman aku boleh terhapus begitu sahaja Ada tikanya aku dibiarkan bersepah merata-rata Aku tidak di peduli takala teknologi adalah segalanya. Kini hidupku berubah mengikut peredaran masa Aku bukan lagi di perlukan kerana cahaya Aku di wangikan dan ada dalam pelbagai warna Ada tikanya aku cuma menjadi perhiasan di atas meja Pada susana keromantikan aku lah yang teristimewa Bukan kerana cahaya tetapi pada penghayatan suasananya Apapun aku tetap menjadi kedua dalam apa jua Aku pasrah dan cahayaku tetap takan hilang walaupun berabad lamanya. Hak Milik Purbe Purbe | 11:09 AM |
Monday, July 12, 2004
Kata orang jangan mengaku kalah kalau belum tiba masanya, itu lah prinsip yang aku pegang selama ini dan dengan bersebab itu lah aku masih berjuang hingga ke hari ini.Perjuangan jika tanpa cita-cita rasanya tiada gunanya, lagipun tanpanya kita takan kemana-mana.. So apa salahnya kita memasang cita-cita walaupun tak termampu untuk mencapainya, yang penting semangat kita kearah cita-cita itu tetap ada dan tak luntur walaupun di hakis dek masa. Bersemangat dan terus menanam harsat untuk terus berjaya walaupun datang seribu satu dugaan ke arahnya. Sepanjang cuti hari minggu ini aku melepak kat dalam rumah aja membuat apa yang patut dan yang paling ketara sekali aku rajin membasuh. Sekarang nie tiada lagi benda yang tak terbasuh di dalam bilik aku, segala pinggan mangkuk dan sinki juga di basuh. Fuuuhh… rajin n bersemangat betul aku dalam bab-bab basuh membasuh minggu nie, maybe coz aku asyik melepak kat rumah berseorangan dan tak tahu nak berbuat apa-apa kot. Sepanjang dua hari hujung minggu nie hujan asyik turun aja dan ada tikanya plan yang aku aturkan terbengkalai coz of hujan nihh. Anyway Alhamdulillah juga dengan kehadiran hujan terasa nyaman juga peredaran udara di bumi pulau mutiara yang sebelum ini kepanasannya begitu membakar sekali. Dengan kehadiran hujan semanjak dua menjak nie juga memberi rahmat pada kehidupan yang lain terutamanya pokok-pokok bunga di halaman rumah aku.Sebelum ini aku lihat salah satu pokok bunga yang ada di halaman rumah aku tu macam tak bersemangat untuk meneruskan kehidupannya. Macamana aku tahu.? Mana tidaknya sebahagian dari sebelah kiri pokok Sundal Malam tu dah lumpuh dan ranting-rantingnya mengalami kereputan. Aku tak sure apa harus aku lakukan namun Alhamdulillah dengan kehadiran hujan nie semangatnya untuk meneruskan kehidupan begitu ketara sekali. Semalam baru aku sedar ada tunas baru di sebelah kiri pokok tu dan ranting-ranting sebelah kanannya mula mengeluarkan bunga-bunga putih yang semerbak sekali terutamanya di waktu malam. Aku bercadang untuk letak aja pokok nie kat dalam bilik aku pabila aku menukar pasu yang lebih menawan lagi tetapi aku risau bolehkah pokok nie hidup di dalam bilik tanpa kena pancaran matahari, aku muskil..!!! Di tika ini datang satu persoalan dalam minda aku , kenapa antara perempuan dan tangisan tak tak dapat dipisahkan..?? Adakah menangis nie faktor semulajadi yang ada ada pada naluri perempuan..?? Aku tak nafikan kaum lelaki juga ada kalanya menangis tetapi tangisan lelaki tak sehebat or se power perempuan (sebab aku lelaki so kenalah bela lelaki, ahaks). Ada juga kaum perempuan nie pabila berseorangan dan pada tika itu dia akan mengenang kembali kisah-kisah nan lalu so kerana melayan perasaan itu dengan begitu mendalam sekali ada yang menangis tak bersebab (bagi orang yang tak tahu) hinggakan ada yang bengkak kedua-dua belah matanya. Ada tak korang mengalamai saat-saat macam nie..??? Adakah tangisan menjadi pengubat pada kerinduan or kisah lalu..??? Adakah tangisan itu penyelesaian pada setiap sesuatu yang telah berlaku.??? Adakah tangisan itu dapat menyelesaikan masaalah emosi anda..??? Purbe | 12:51 PM |
Friday, July 09, 2004
Telalu banyak sangat iklan kat tv, paper dan kat mana-mana saja hinggakan aku termakan pujuk rayu iklan tuu semalam. Kalau mengikut apa yang aku belajar dulu iklan adalah satu bentuk cara untuk memujuk pengguna membelinya or menggunakannya (betul ker tidak aku dah ingat-ingat lupa dahh). Sambung balik cerita pasal iklan, sekarang nie gambar hero labah-labah tuu terpampang di mana-mana saja, di dinding, di cermin kedai, cermin kereta dan boleh di katakan banyak sangat company yang berebut letak gambar hero labah-labah nie kat iklan dia orang. Semalam selepas aja waktu kerja aku habis, aku n 3 orang cousin aku get ready kat GSC Gurney Plaza, hehehee.. semuanya kerana iklan lahhh. Fuuuhhh.... akhirnya dapat juga aku nengok menatang labah-labah man nihhh yang mana sebelum nie aku tak berkesempatan nak nengok dalam tempoh aku ada kat KL. Cerita dari komik memang mengarut dan tak dapat dinafikan namun kadang kala cerita-cerita nie mengasyikkan hinggakan ada orang sanggup membelinya pada tiap-tiap keluaran dan tak sanggup untuk ketinggalan langsung. Orang macam aku cuma menjadi penonton pada kekarutan yang di buat untuk menghibur dan mengaut keuntungan daripada cerita-cerita yang ada kat cinema tuu. Cerita yang aku tonton semalam tu mengenai labah-labah man nie dia bergaduh dengan sotongman pula kali nihh dan akhirnya labah-labahman dapat menginsafkan sotongman hanya dengan kata-katanya. Itu lah powernya kata-kata seganas-ganas sotongman tuu pun dia jadi insaf dan berkorban demi manusia sejagat. Kata-kata yang keluar dari mulut dan lidah sebagai pengantarnya terbukti cukup berkesan samada ke arah kebaikan mahupun kejahatan, semuanya terletak pada niat individu itu sendiri. Dari kata-kata juga orang boleh jatuh cinta, makan hati, tersenyum tak henti-henti, berdusta, menjadi mesra dan pelbagai lagi, rasanya terlalu banyak sangat kalau hendak di tafsirkan satu persatu. Kata-kata boleh buat seseorang itu merasa bangga dan kadangkala sampai jadi riak. Dengan kata-kata juga dapat memesongkan akidah kita pabila terlebih sangat taksub dengan sesuatu itu. Oleh itu pada sesiapa yang petah berbicara dengan kata-kata gunakanlah ia dengan seikhlasnya dan gunakan lah juga kata-kata kearah kesejahteraan. Teringat aku pada waktu malam masa kat kampung pabila nengok labahman tuu gaduh dengan sotongman kat atas bumbung train. Aku teringat akan kejadian malam hari dan selalu aja aku dengar buuummm... bangggg.. geedek..gedeekk.. gedeek.. buuummm.. baannngggg.. ada dua ekor kucing bergaduh di atas bumbung rumah so macam gaduh labahman tuu dengan sotongman lahh. Pasti korang hairan apa bunyi gedekk.. gedek tuu kan, sebenarnya bunyi gedeeekk2 tuu kedengaran masa salah seekor kucing tuuu berguling jatuh dari bumbung zink rumah yang agak curam dan bunyi bumm.. banggg tuu pula time dua-dua ekor kucing tuu tengah bergaduh, aku tak pasti cara dia orang bergaduh samada mengikut cara gusti macam kat dalam tv tuu ker tidak,ahaks. Purbe | 3:32 PM |
Thursday, July 08, 2004
Pabila melepak berseorangan dekat rumah semalam aku terkenang kembali kisah lalu di kala aku masih lagi bergelar student yang tak beruniform. Di waktu menjadi student memang best tetapi yang tak bestnya pabila poket dah kering dan pada masa tu pula seisi rumah pergi melancong. Aku terkonteng-konteng berseorangan di rumah. Walaupun bekalan makanan mentah semuanya tersedia di dalam peti sejuk tetapi oleh kerana aku terlalu power sesangat dalam hal memasak nihh so aku biarkan sahaja semuanya terus beku dan membeku begitu sahaja kat dalam peti sejuk tu. Bosan rasanya di kala itu pabila sudah 2 hari aku berkurung di dalam rumah dan memakan buah-buahan serta roti aja (time tuu belum ada internet lagi). Hinggakan aku nak baca buku pun tak berselera coz terasa macam di dalam penjara lah pulak. Day 3, selepas aja dah benar-benar bosan menonton tv, tidur n pusing seluruh rumah aku terus aja start moto aku dengan tujuan ke rumah bebudak kelas aku dekat Keramat. Nak di jadikan cerita di kala aku tengah memecut moto RXZ time tuu pabila sampai aja dekat Melawati ada pula abang-abang polis nie buat road block. Aku slamber aja coz motosikal aku semuanya standard, tak bikin apa-apa pun so pabila motosikal aku di hentikan, ada seorang abang polis tu meminta lesen... Aku meraba-raba seluruh poket seluar aku dan makin lama aku jadi panic coz aku tak jumpa apa yang aku cari. Abang polis tu bertanya lagi mana lesen so aku pun menjawab wallet tertinggal kat rumah cik. So.. dia kata macam nie kena ikut pergi balai lah so aku bagi macam-macam alasan lagi dan last sekali aku cakap kat dia "macam ini lah cik kalau tak percaya nah pegang jam saya" so selepas dia belek n membelek jam aku dia cakap ok jangan lari taw. Aku apa lagi start moto dan terus aja memecut balik ke Gombak ambil wallet dan terus memecut dengan begitu laju sekali kembali ke tempat dia orang buat road block tue. Pabila berada aku depan abang polis tuu aku pun hulurkan lesen, ic dan kad pelajar aku untuk membuktikan aku tak menipu sebelum nie. So dia cakap kat aku yang dia juga orang Kedah n stay tak jauh dari kampung aku coz tuu dia lepaskan aku. Semasa aku naik aja moto dia panggil aku lagi n bagi tahu kat aku "Boleh tak belanja kami air teh?". So aku menjawab pula " Encik, saya nie seposen pun takda. Nie nak pii rumah member nak pinjam duit". Hehehehee... dia pun lepas aku begitu aja fuuuuhhh... selamat aku time tuu. Di waktu lain selalunya time balik dari class Selalunya bila time balik dari kelas aku selalu aja malas nak jadi pilot so aku suruh aja classmate aku (Saiful or Jinggo) bawa lagi pun rumah we all berdekatan aja. Kekadang tu pabila nasib malang so we all tersempak dengan road block so time tuu aku selalu aja berpura-pura demam n pening kepala n kalau di tahan we all akan jawab aku tak boleh bawa coz tak sihat. Rasanya cuma 2 kali aja encik polisi nie termakan alasan amacam tuu. Yang lain semunya selamat coz aku yang jadi pilotnya, ahaks. Purbe | 1:43 PM |
Wednesday, July 07, 2004
Sedar-sedar aku dah berada di dalam usia aku sekarang nie. Menakjubkan pejam celik pejam celik aja masa berlalu dengan begitu pantas sekali dan begitu juga sudah enam tahun lebih Abah aku pergi ke alam yang kekal abadi. Begitu juga dengan adik aku rasanya macam baru aja dia melangsungkan perkahwinan namun sekarang nie, anak buahh aku yang the only one tuu dah menjangkau usia setahun lebih. Adakah masa itu melalaikan kita....???? Aku tak nampak any perubahan hidup dalam diri aku ini rasanya semuanya tetap sama sahaja, tiada kehidupan menarik muncul dalam diri aku ini. Tahun lepas dan tahun ini sama sahaja walaupun perancangan rapi namun hanya perancangan semata-mata tiada perubahan dan pembaharuan kecuali roadtax untuk si meroon aja. Kenapa aku merungut tentang hidup aku ini coz aku nak pembaharuan dan kemajuan. Contohnya setiap tahun aku mendapat offer kerja kat tempat baru namun offer dan skop kerja tak dapat untuk aku memuaskan hati aku untuk lari ke situ dan that why lahh aku still di company nihh yang setiap tahun sama sahaja macam hidup aku juga. Dedulu aku pernah mengharap namun semuanya sia-sia so sekarang ini aku takut dan tak percaya pada pengharapan kecuali dari hati aku ini aja. Setengah orang tak faham apa yang aku coretkan coz maksudnya cukup mendalam sekali dan hanya hati aku aja yang mampu memahaminya. Aku suka nengok kawan-kawan aku bahagia dan aku juga sanggup bersusah payah kerana nak melihat kawan-kawan aku bahagia dan pabila mereka sudah bahagia hati aku pula menjadi hiba mengenangkan akan hidup ini. Maybe semuanya dugaan daripada ilahi untuk mendewasakan lagi diri aku ini. Cerita lain.. Semalam buat pertama kalinya ex housemate aku datang bersama-sama (abu & artan) temankan aku menghabiskan masa melepak kat rumah sorang-sorang dan dalam masa yang sama juga bertujuan mengambil barang-barang artan yang masih lagi tertinggal. Meriah rasanya pabila bersama-sama kembali dengan teman serumah lama yang mana suatu ketika dulu aku menjadi pendengar serta penasihat setia masalah dia orang. Sekarang nie rasanya aku sudah tak layak lagi untuk memberi nasihat pada dia orang coz dia orang lebih advance lagi daripada aku dalam mengejar hidup ini. Aku senior pada usia tetapi muda pada jalan cerita di dalam kehidupan pada mereka. Pada mulanya aku terasa malas aja nak kemana-mana lewat malam semalam dan waktu dah hampir pagi untuk hari ini tetapi oleh kerana di pujuk dua tiga kali so aku pun termakan lahh pujukan dia orang nihh. Rumah abu dengan artan nie dekat-dekat aja walaupun dekat kalau menjerit tuuu tetap tak dengar jugak coz rumah masing-masing selalu aja tutup pintu n tingkap. Selepas aja memunggah semua barang-barang dari kereta Abu ke atas rumah Artan hujan pun mula menitis. Dia orang nie kepala gila-gila sikit. Adakah patut dia orang nie halau aku balik dan kata dia orang time hujan macam nihh kena tidur awal, al-maklumlah si artan tuu baru kawen nak mengada-ngada menunjuk dengan aku lahh tuu. Anyway semuanya cuma gurauan yang memang dah biasa sesangat dengan dia orang nihh. Di dalam hujan gerimis kata someone tuu kalau kat utara sebut hujan renyai-renyai, we all pergi pula ke restoran yang berdekatan dengan rumah dia orang tuu dan pada mulanya cuma plan nak minum-minum aja tetiba boleh terlajak ke makan-makan lahh pula. Pelbagai cerita di bualkan dan gelak sehinggalah sampai ke satu bab tuu aku terpaksa mendiamkan diri coz bab tuhh aku tak boleh masuk campur lagi, bukan tak boleh masuk campur langsung tetapi tak boleh masuk campur lagiiii. Hehehehe.. bila agak alam juaga aku cuma jadi pendengar so apa lagi aku terus aja sound dia orang dengan berkata yang nie borak untuk orang ada famili aja kaa.. hehehehe dia orang senyum aja n tukar ke topik yang lain yang mana aku boleh fahaminya. Bual punya bual sedar-sedar dah hampir pukul 1 pagi lebih dah so aku hantar dia orang balik rumah dan aku pun balik juga lahh. Yang lawaknya masing-masing cakap kat wife dia orang cuma nak pergi dalam satu hingga dua jam aja tetapi hehehhee.. dah dekat 5 jam melepak dengan aku. Purbe | 1:55 PM |
Monday, July 05, 2004
Jarum kian berdetik dari saat ke minit, dari minit ke jam, setelah sejam ke sejam jarum berputar dan pabila ia berputar cukup 24 kali maka lengkaplah pusingan untuk sehari. Dari sehari pula berubah ke minggu dan dari minggu ke bulan , dari bulan merangkak pula selama 12 kali untuk melengkapi setahun. Kini setahun telah berlalu di dalam meniti sisa-sisa usia ku di muka bumi ciptaan tuhan ini. Semalam 4 July genap lah sekali lagi usia aku di dalam pusingan hidup ini, kini usia aku bertambah setahun lagi. Sukar untuk mempercayainya yang kini aku berada di dalam usia aku pada masa ini, terasa macam usia sengaja untuk mempermainkan aku. Namum aku harus menerima hakikat yang aku bukannya akan menongkat langit selamanya, aku rasa aku harus berubah dan maju kedepan (bukannya perut yang maju kedepan lahhh). Boleh di katakana kesemua kawan-kawan aku sebelum ini tidak lagi berseorangan di dalam kehidupan seharian. Segala gelak tawa, susah senang, perit maung, bertengkar dan berbaik, tidur pun sekatil (kebanyakannya part nie paling best sekali), hehehehehe, semuanya berdua dan di bawah bumbung yang sama. Sakit demam ada orang ambil berat dan diri di pedulikan kecualilah time perang besar, ahaks. Aku tak tahu coz aku tak tempuhinya lagi, bila agaknya yerrrr???? Kadangkala aku terasa rugi aja mensia-siakan usia muda aku ini yang mana ia melangkah dengan begitu pantas sekali sehingga terleka aku di buatnya. Hati dan perasaan diri ku ini hanya aku dan tuhan aja yang tahu bagaimana. Tahun ini aku kesunyian dan tiada riuh rendah suara kawan-kawan aku di kala genap usia ku. Buat pertama kalinya dalam usia ku ini aku menerima lebih dari satu hadiah untuk ulang tahun usia ku ini. Thanx berbanyak aku ucapkan pada sesiapa yang memberi hadiah pada aku dan aku amat menghargainya. Antara semua ada satu hadiah tak berbalut yang mana ianya sengaja di biarkan begitu, entah kenapa.?? Thanx jugak aku ucapkan pada pengirim hadiah melalui Pos Ekpress tu walaupun nama yang tertera dari pengirim kat belakang samput surat tu aku tak kenalinya. Sesetengah orang happy pabila meraikan harijadinya dengan di kelilingi oleh teman-teman dan sahabat-sahabatnya, namun pada aku sebaliknya aku sedih kerana usia aku meningkat lagi dan jasad aku pula makin dekat dengan alam barzakh. Fuuhhh… insaf aku bila teringatkan alam barzakh nihhh tambah pulak pabila mendengar orang membaca talkim terasa macam nak memperhambakan diri aku sepenuhnya pada tuhan tika itu. Oppss… lupa nak ucapkan Thanx pada geng-geng yang meraikan birthday aku semalam kat KFC tu. Terima kasih berbanyak lahh kerana sudi datang walaupun cuma ada ayam aja dan bukannya cake. Pada yang hantar message wish birthday pula aku amat-amat menghargainya dan terima kasih beribu-ribu lemon, tika message masuk hinggakan message box hp aku full jadinya. Purbe | 2:59 PM |
Friday, July 02, 2004
Hembusan serta kelembutan angin memang mengasyikan dan kadangkala boleh membuatkan kelopak mata kita tertutup dengan perlahan-lahan pabila asyik melayan hembusan yang tiada henti-henti dengan kenyamanannya. Aircond pun tak boleh setanding dengan hembusan angin terutama sekali di waktu petang bersebelahan pula dengan sawah bendang di bawah rimbunan pepohon yang merendang. Disamping menikmati keasyikan tiupan angin permandangan alam semualajadi juga penting dalam kerohanian diri coz dengan ada gabungan itu diri kita akan terasa selesa sekali di tika itu. Fuhhhhh... lapang terasa di jiwa pabila mengambarkan suasana macam tu terasa ingin sahaja aku balik ke kampung halaman untuk menikmatinya. Kampung halaman aku still lagi mempunyai suasana yang begitu menyegarkan terutama sekali rumah atok aku yang di kelilingi oleh sawah padi yang jauh luas terbentang beserta aliran sungai yang terdapat di belakang rumah, kawasan kampung pula dipagari oleh pepohon menghijau yang merendang. Tika ini pemandangan begitu indah sekali dengan kehijauan anak-anak padi yang sedang membesar, jika di lihat dari aras yang lebih tinggi terasa umpama melihat kehijauan padang rumput yang begitu luas sekali, lapang segala pelusuk hati dan dapat melupakan sekejap segenap masalah. Kenyamanan menikmati hembusan angin kadangkala melalaikan kita dengan angan-angan yang tiada henti-henti. Kelembutan angin kadangkala bertukar menjadi bencana yang tidak dipinta pabila hembusannya datang dengan begitu kencang sekali. Nak dijadikan cerita kejadian dua tiga hari yang lalu, kekencangan angin di pulau mutiara ini memang menjadi-jadi. Hujan lebat datang buat seketika tetapi tiupan angin kencang yang datang bersama hujan membawa bencana hinggakan glass door kat main lobby bangunan opis aku nie pecah bersepai kerana tiupan yang memang power lahhh. Sementara bumbung car wash yang bersebelahan tempat aku selalu parking si meroon tu diterbangkan dan terkena salah sebuah kereta yang diletakkan bersebelahan. Itulah kehebatan angin yang tak di jangka-jangka, tanpa diundang tetiba aja ia datang dengan sebegitu rakus sekali memusnahkan harta benda tanpa bagi alert pada sesiapa. Rasanya dunia kita nanti pun akan macam tu juga akhirnya tetiba musnah dan pada masa itu kita akan terasa akan kekuasaannya.Pada tika itu harta benda, darjat, pangkat, cinta pada dunia tidak akan berguna lagi di dalam hidup ini. Apa yang penting hanya bekalan yang akan kita bawa untuk alam yang satu lagi. Insaflah wahai teman-teman ku, bertakwalah dan bersedialah anda kerana diri kita boleh di jemput bila-bila masa sahaja untuk menemuinya. Jangan sesekali pabila di jemput nanti catitan sebelah kiri melebihi sebelah kanan tanpa di sukat lagi, tika itu sesalan tiada gunanya. Raungan sesudah pergi tidak di dengari dan di peduli oleh sesiapa lagi, pada masa itu kita akan meminta-minta agar kita di kembalikan ke dunia untuk memperbaiki dan mengumpul sebanyak mungkin bekalan dan memperhambakan diri sepenuhnya pada yang maha esa, namun semuanya sia-sia coz tiada lagi peluang kali ke-2. |