Tuesday, July 13, 2004
    Aku dan Sahabatku

    Tika aku di perlukan aku di nyala
    Sinar ku megah menyinari segenap kegelapan yang terdaya
    Kecanggihan teknologi tak berguna ada tikanya
    Aku jua ditatang umpama putera raja.

    Suatu ketika dulu aku bersahabat dengan si pelita
    Menerangi kegelapan malam dengan megahnya
    Si pelita menjadi raja aku pula menjadi puteranya
    Di waktu malam kami jua yang bermaharajalela.

    Apa pun jasa kami sangat mulia
    Namun pada masa kini kami dipinggirkan begitu aja
    Aku berguna tika teknologi datang penyakitnya
    Si pelita pula hanya berguna pabila tiba musim raya

    Aku dan si pelita jauh berbeza walaupun fungsinya sama
    Pabila habis tenaga si pelita masih lagi berguna
    Minyak di isi maka menerangi lah kembali ia
    Aku.. memperjudikan hayat demi sinar yang tak seberapa
    Mengorbankan diri demi cahaya

    Hayat ku tak dapat menandingi si pelita
    Semalaman aku boleh terhapus begitu sahaja
    Ada tikanya aku dibiarkan bersepah merata-rata
    Aku tidak di peduli takala teknologi adalah segalanya.

    Kini hidupku berubah mengikut peredaran masa
    Aku bukan lagi di perlukan kerana cahaya
    Aku di wangikan dan ada dalam pelbagai warna
    Ada tikanya aku cuma menjadi perhiasan di atas meja

    Pada susana keromantikan aku lah yang teristimewa
    Bukan kerana cahaya tetapi pada penghayatan suasananya
    Apapun aku tetap menjadi kedua dalam apa jua
    Aku pasrah dan cahayaku tetap takan hilang walaupun berabad lamanya.



    Hak Milik Purbe




Purbe | 11:09 AM |