Thursday, July 08, 2004
    Kenangan Episod - Road Block

    Pabila melepak berseorangan dekat rumah semalam aku terkenang kembali kisah lalu di kala aku masih lagi bergelar student yang tak beruniform. Di waktu menjadi student memang best tetapi yang tak bestnya pabila poket dah kering dan pada masa tu pula seisi rumah pergi melancong. Aku terkonteng-konteng berseorangan di rumah. Walaupun bekalan makanan mentah semuanya tersedia di dalam peti sejuk tetapi oleh kerana aku terlalu power sesangat dalam hal memasak nihh so aku biarkan sahaja semuanya terus beku dan membeku begitu sahaja kat dalam peti sejuk tu.

    Bosan rasanya di kala itu pabila sudah 2 hari aku berkurung di dalam rumah dan memakan buah-buahan serta roti aja (time tuu belum ada internet lagi). Hinggakan aku nak baca buku pun tak berselera coz terasa macam di dalam penjara lah pulak. Day 3, selepas aja dah benar-benar bosan menonton tv, tidur n pusing seluruh rumah aku terus aja start moto aku dengan tujuan ke rumah bebudak kelas aku dekat Keramat. Nak di jadikan cerita di kala aku tengah memecut moto RXZ time tuu pabila sampai aja dekat Melawati ada pula abang-abang polis nie buat road block.

    Aku slamber aja coz motosikal aku semuanya standard, tak bikin apa-apa pun so pabila motosikal aku di hentikan, ada seorang abang polis tu meminta lesen... Aku meraba-raba seluruh poket seluar aku dan makin lama aku jadi panic coz aku tak jumpa apa yang aku cari. Abang polis tu bertanya lagi mana lesen so aku pun menjawab wallet tertinggal kat rumah cik.
    So.. dia kata macam nie kena ikut pergi balai lah so aku bagi macam-macam alasan lagi dan last sekali aku cakap kat dia
    "macam ini lah cik kalau tak percaya nah pegang jam saya" so selepas dia belek n membelek jam aku dia cakap ok jangan lari taw. Aku apa lagi start moto dan terus aja memecut balik ke Gombak ambil wallet dan terus memecut dengan begitu laju sekali kembali ke tempat dia orang buat road block tue.

    Pabila berada aku depan abang polis tuu aku pun hulurkan lesen, ic dan kad pelajar aku untuk membuktikan aku tak menipu sebelum nie. So dia cakap kat aku yang dia juga orang Kedah n stay tak jauh dari kampung aku coz tuu dia lepaskan aku. Semasa aku naik aja moto dia panggil aku lagi n bagi tahu kat aku "Boleh tak belanja kami air teh?". So aku menjawab pula " Encik, saya nie seposen pun takda. Nie nak pii rumah member nak pinjam duit". Hehehehee... dia pun lepas aku begitu aja fuuuuhhh... selamat aku time tuu.

    Di waktu lain selalunya time balik dari class

    Selalunya bila time balik dari kelas aku selalu aja malas nak jadi pilot so aku suruh aja classmate aku (Saiful or Jinggo) bawa lagi pun rumah we all berdekatan aja. Kekadang tu pabila nasib malang so we all tersempak dengan road block so time tuu aku selalu aja berpura-pura demam n pening kepala n kalau di tahan we all akan jawab aku tak boleh bawa coz tak sihat. Rasanya cuma 2 kali aja encik polisi nie termakan alasan amacam tuu. Yang lain semunya selamat coz aku yang jadi pilotnya, ahaks.





Purbe | 1:43 PM |