|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Friday, July 09, 2004
Telalu banyak sangat iklan kat tv, paper dan kat mana-mana saja hinggakan aku termakan pujuk rayu iklan tuu semalam. Kalau mengikut apa yang aku belajar dulu iklan adalah satu bentuk cara untuk memujuk pengguna membelinya or menggunakannya (betul ker tidak aku dah ingat-ingat lupa dahh). Sambung balik cerita pasal iklan, sekarang nie gambar hero labah-labah tuu terpampang di mana-mana saja, di dinding, di cermin kedai, cermin kereta dan boleh di katakan banyak sangat company yang berebut letak gambar hero labah-labah nie kat iklan dia orang. Semalam selepas aja waktu kerja aku habis, aku n 3 orang cousin aku get ready kat GSC Gurney Plaza, hehehee.. semuanya kerana iklan lahhh. Fuuuhhh.... akhirnya dapat juga aku nengok menatang labah-labah man nihhh yang mana sebelum nie aku tak berkesempatan nak nengok dalam tempoh aku ada kat KL. Cerita dari komik memang mengarut dan tak dapat dinafikan namun kadang kala cerita-cerita nie mengasyikkan hinggakan ada orang sanggup membelinya pada tiap-tiap keluaran dan tak sanggup untuk ketinggalan langsung. Orang macam aku cuma menjadi penonton pada kekarutan yang di buat untuk menghibur dan mengaut keuntungan daripada cerita-cerita yang ada kat cinema tuu. Cerita yang aku tonton semalam tu mengenai labah-labah man nie dia bergaduh dengan sotongman pula kali nihh dan akhirnya labah-labahman dapat menginsafkan sotongman hanya dengan kata-katanya. Itu lah powernya kata-kata seganas-ganas sotongman tuu pun dia jadi insaf dan berkorban demi manusia sejagat. Kata-kata yang keluar dari mulut dan lidah sebagai pengantarnya terbukti cukup berkesan samada ke arah kebaikan mahupun kejahatan, semuanya terletak pada niat individu itu sendiri. Dari kata-kata juga orang boleh jatuh cinta, makan hati, tersenyum tak henti-henti, berdusta, menjadi mesra dan pelbagai lagi, rasanya terlalu banyak sangat kalau hendak di tafsirkan satu persatu. Kata-kata boleh buat seseorang itu merasa bangga dan kadangkala sampai jadi riak. Dengan kata-kata juga dapat memesongkan akidah kita pabila terlebih sangat taksub dengan sesuatu itu. Oleh itu pada sesiapa yang petah berbicara dengan kata-kata gunakanlah ia dengan seikhlasnya dan gunakan lah juga kata-kata kearah kesejahteraan. Teringat aku pada waktu malam masa kat kampung pabila nengok labahman tuu gaduh dengan sotongman kat atas bumbung train. Aku teringat akan kejadian malam hari dan selalu aja aku dengar buuummm... bangggg.. geedek..gedeekk.. gedeek.. buuummm.. baannngggg.. ada dua ekor kucing bergaduh di atas bumbung rumah so macam gaduh labahman tuu dengan sotongman lahh. Pasti korang hairan apa bunyi gedekk.. gedek tuu kan, sebenarnya bunyi gedeeekk2 tuu kedengaran masa salah seekor kucing tuuu berguling jatuh dari bumbung zink rumah yang agak curam dan bunyi bumm.. banggg tuu pula time dua-dua ekor kucing tuu tengah bergaduh, aku tak pasti cara dia orang bergaduh samada mengikut cara gusti macam kat dalam tv tuu ker tidak,ahaks. ![]() |