|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Monday, July 26, 2004
Plan Pasti Menjadi
Semalam dengan tetiba terpancul aja idea untuk membuat sesuatu pembaharuan dari segi hiasan di ruang tamu rumah dan juga bilik aku. Idea yang datang dengan tiba-tiba tika aku menonton Traveller kat Astro (mata aku aja yang menonton tetapi minda aku terbang begitu jauh sekali). Pabila di ajukan pada housemate aku yang seorang tu dia pun berminat dengan pandangan n idea aku so selepas aja lunch aku terus aja bawa housemate aku yang sorang tu bersama dengan cousin aku untuk bershopping apa yang patut. Fuuhhh... ramainya umat manusia kat shopping kompleks tuu hinggakan bersusun-susun kereta menunggu ruang kosong sahaja untuk membolos masuk ke ruang tu. Hari ini nasib aku agak baik coz kebetulan time tu kereta depan aku tu nak keluar dari parking so apa lagi, macam kata pepatah lahh orang yang mengantuk di sorongkan bantal. Rasanya orang yang datang makin ramai daripada orang yang balik coz tuu lah semua parking lot penuh, time macam itu jugalah ada black crow (mamat india jaga parking haram) dengan slambernya mengutip duit dari satu kereta ke kereta yang lain sebanyak RM2 untuk sekali masuk parking. Aku bukannya kedekut tetapi aku tak berpuas hati coz itu kawasan bandaran so pabila hari cuti maknanya free tetapi ada orang lain pula yang memandai-mandai mengutip duit secara haram(takda resit bayaran) tetapi aku bayar juga coz takut nanti si meroon akan di calar-calar lahh pulak, ahaks. Aku agak haran dengan pegawai penguatkuasa majlis perbandaran nie, orang yang parking dekat yellow line dia orang asyik sibuk menyaman aja, tetapi black crow yang mengutip duit parking secara haram di depan mata, dia orang buat tak tahu aja (hmmmm... entah-entah dia orang ada syer kot, hehhehe). Rasanya negara kita ini tidak merdeka sepenuhnya lagi walaupun sudah hampir 47 tahun negara kita bakal meraikan ulang tahun kemerdekaan daripada jajahan penjajah. Diri kita masih lagi terkongkong di dalam seribu satu macam kerenah kerajaan mahupun penduduk bumi yang dulunya bergelar Malaya ini. Berbalik pada landasan cerita sebenarnya sesudah parking n membayar aku terus aja masuk ke supermarket tuu (aku tak maw promo nama supermarket nihh coz dia tak bayar pun kat aku, ahaks). Sekali lagi orang ramai bersesak kat depan stage tuu kerana menonton pertunjukan fesyen yang diperagakan oleh model-model tempatan. Menawan dan memang menawan pada pandangan aku sebagai seorang lelaki bujang yang mempunyai matlamat. Promosi n pertunjukan fesyen baju pengantin, itu lah yang membuatkan ramai orang berkebil-kebil biji mata menontonnya, pelbagai bangsa, tua muda. Fesyen terbaru dan terkini banyak yang mendedahkan sana sini hinggakan tertelan air liur sekali pabila nengok model-model tu memperagakannya. Apa pun dari pandangan mata kasar aku nihh fesyen sedemikian memang tak sesuai bagi kita yang berpegang teguh pada adat kemelayuan dan pada batas-batas aurat yang termaktub di dalam agama. Setelah penat meronda, membeli apa yang berkenan di hati dan bersesuaian so we all pun balik ke rumah merancang apa yang akan di buat seterusnya. Aku mengelurkan segala idea dan kata putusnya we all akan mengecat dan menghias ruang tamu mengikut idea aku (sebenarnya aku ciplak serba sedikit dari Anjung Seri + idea aku sendiri). Buat pertama kali ruang tamu rumah sewa aku nihh akan berubah wajah sepenuhnya dan akan kelihatan lebih damai serta ceria lagi, Isyallah. ![]() |