Monday, July 05, 2004
    Usia Ohhhh... usia

    Jarum kian berdetik dari saat ke minit, dari minit ke jam, setelah sejam ke sejam jarum berputar dan pabila ia berputar cukup 24 kali maka lengkaplah pusingan untuk sehari. Dari sehari pula berubah ke minggu dan dari minggu ke bulan , dari bulan merangkak pula selama 12 kali untuk melengkapi setahun. Kini setahun telah berlalu di dalam meniti sisa-sisa usia ku di muka bumi ciptaan tuhan ini.

    Semalam 4 July genap lah sekali lagi usia aku di dalam pusingan hidup ini, kini usia aku bertambah setahun lagi. Sukar untuk mempercayainya yang kini aku berada di dalam usia aku pada masa ini, terasa macam usia sengaja untuk mempermainkan aku. Namum aku harus menerima hakikat yang aku bukannya akan menongkat langit selamanya, aku rasa aku harus berubah dan maju kedepan (bukannya perut yang maju kedepan lahhh).
    Boleh di katakana kesemua kawan-kawan aku sebelum ini tidak lagi berseorangan di dalam kehidupan seharian. Segala gelak tawa, susah senang, perit maung, bertengkar dan berbaik, tidur pun sekatil (kebanyakannya part nie paling best sekali), hehehehehe, semuanya berdua dan di bawah bumbung yang sama. Sakit demam ada orang ambil berat dan diri di pedulikan kecualilah time perang besar, ahaks. Aku tak tahu coz aku tak tempuhinya lagi, bila agaknya yerrrr????

    Kadangkala aku terasa rugi aja mensia-siakan usia muda aku ini yang mana ia melangkah dengan begitu pantas sekali sehingga terleka aku di buatnya. Hati dan perasaan diri ku ini hanya aku dan tuhan aja yang tahu bagaimana. Tahun ini aku kesunyian dan tiada riuh rendah suara kawan-kawan aku di kala genap usia ku. Buat pertama kalinya dalam usia ku ini aku menerima lebih dari satu hadiah untuk ulang tahun usia ku ini. Thanx berbanyak aku ucapkan pada sesiapa yang memberi hadiah pada aku dan aku amat menghargainya. Antara semua ada satu hadiah tak berbalut yang mana ianya sengaja di biarkan begitu, entah kenapa.?? Thanx jugak aku ucapkan pada pengirim hadiah melalui Pos Ekpress tu walaupun nama yang tertera dari pengirim kat belakang samput surat tu aku tak kenalinya.

    Sesetengah orang happy pabila meraikan harijadinya dengan di kelilingi oleh teman-teman dan sahabat-sahabatnya, namun pada aku sebaliknya aku sedih kerana usia aku meningkat lagi dan jasad aku pula makin dekat dengan alam barzakh. Fuuhhh… insaf aku bila teringatkan alam barzakh nihhh tambah pulak pabila mendengar orang membaca talkim terasa macam nak memperhambakan diri aku sepenuhnya pada tuhan tika itu.

    Oppss… lupa nak ucapkan Thanx pada geng-geng yang meraikan birthday aku semalam kat KFC tu. Terima kasih berbanyak lahh kerana sudi datang walaupun cuma ada ayam aja dan bukannya cake. Pada yang hantar message wish birthday pula aku amat-amat menghargainya dan terima kasih beribu-ribu lemon, tika message masuk hinggakan message box hp aku full jadinya.






Purbe | 2:59 PM |