Tuesday, August 17, 2004
    Jerebu

    Cuaca sekarang nie dah tak menentu. Hujan, ribut, taufan, panas terik, jerebu datang tak tentu masa. Dulu kat Malaya nie ada jugak musim timur, musim barat tetapi semenjak dua menjak nie keadaan dah tak menentu. Hujan sudah tak dapat diramal macam dedulu lagi. Musim buah pun macam tu jugak, dah kurang bermusim dah. Anytime kita boleh makan buah-buahan bermusim nihhh.

    Namun zaman ini ada satu lagi penambahan daripada faktor cuaca pada alam ini. Pabila mendengar namanya aja hati terasa tak senang, kita berfikir macam-macam yang negatif dan rasanya tak ada yang positif langsung pada nama jerebu nihh. Zaman makin maju dan jerebu pun dah maju seiringan dengan revolusi peredaran zaman, coz itulah senang-senang aja jerebu datang ke negara kita lalu mengganggu pemandangan dan keselesaan penghuni bumi Malaya ini. Ia umpama penjajah yang tak dapat di tangani. Apakah daya kita untuk menghalang ia datang menjajah alam dan persekitaran bumi Malaya ini walaupun jika kita ada kuasa umpama Perdana Menteri sekalipun. Tak logik rasanya jika nak letak giant fan mengubah hala tuju pergerakan angin yang membawa jerebu nihh.

    Kini jerebu makin menjadi-jadi, aku dah bosan dengan keadaan macam nie. Pemandangan aku terhalang untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan terutamanya kala udara nyaman waktu pagi. Kini sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja pemandangan hanya jerebu aja, tika aku di atas Penang Bridge pepagi pun aku tak dapat untuk melihat segenap island, cuma warna kelabu-kelabu aja yang kelihatan . Dedulu iyer, pepagi kita akan nampak kabus dan kesejukan embun pagi begitu nikmat sekali dan coz itu lah juga ada senikata lagi berbunyi "sesuci embun pagi". Embun pagi di kala dedulu memang suci namun pada tika ini embun pagi sudah kehilangan kesuciannya dan kalau ada pun ia sudah di cemari oleh campuran asid-asid yang tak di ketahui.

    Hujan turun tak henti-henti pada hujung minggu lepas, walaupun sekuat mana pun hujan namun jerebu masih lagi menebal. Oksigen-oksigen yang aku hidu tercemar dengan datangnya jerebu-jerebu nihh di tambah pula denga pelepasan sisa-sisa toksik ke udara. Rasanya jika sepanjang masa keadaan berjerebu macam ini ia akan menganggu keseimbangan hayat setiap manusia yang mengalaminya. Zaman sains dan teknologi ini sudah banyak mengurangkan hayat hidup manusia yang menjangkau 90 tahun. Kenapa.? Kenapa manusia pada tika dulu masih lagi gah walaupun usia sudah lanjut..? Fikir-fikirkan lah dan tanya minda sendiri.

    Tika jerebu nihh lahh aku teringat akan suasana harmoni lagi bersih serta nyaman kat kampung halaman dengan pepohon kayu yang menghijau. Teringat juga aku pada dusun buah-buahan kepunyaan arwah abah aku yang sudah lama aku tak menjenguknya di mana tika dulu aku bermain-main di alur-alur yang mengalirkan air yang begitu jernih dan bersih itu. Suasana di sana tetap sama, tiada pencemaran cuma aku aja yang tak dapat untuk meluangkan masa aku menjenguknya. Busy sangat kah diri aku ini...???


    Jerebu di dunia semua orang tahu dan nampak kecuali orang buta mata tetapi bukan buta mata hati or buta huruf. Cina buta, cinta buta dan bermacam-macam lagi buta yang maksudnya tak sama sesama sekali, begitulah juga dengan pengertian antara jerebu di dunia dengan jerebu di dalam diri.

    Jerebu dalam diri, jerebu di dalam minda hanya insan empunya diri sahaja yang tahu dan memahami ertinya. Aku… dikau dan engkau-engkau yang bermasalah aja yang tahu bagaimana situasinya. Kenapa jerebu di dalam diri susah sangat untuk diluahkan ke dunia reality, kenapa susah sangat untuk di kongsi dengan orang lain selain diri sendiri. Mungkin kepercayaan belum ada untuk di kongsikan or diri kita tak berani untuk membawanya ke dunia reality. Kadangkala perubahan mood kita bersangkut paut juga dengan jerebu di dalam diri coz itu jugalah kadangkala kita melukai hati orang lain tanpa di sedari.

    Ooppss... sebelum habis posting aku hari nie aku nak cerita sikit pasal ada orang bertanyakan pada aku . "kelip-kelip tu gigit orang tak. ?". Rasanya ini pertama kali dalam seumur hidup aku ada orang bertanya pasal kelip-kelip gigit orang, ahaks.
    Jom kawan-kawan kita merdeka beramai-ramai nanti. Kita merdeka dengan sebenar-benar erti kemerdekaan dan jangan hanya dengan laungan kata-kata MERDEKA itu aja. F1 Puchong here I come very soon.



Purbe | 12:54 PM |