Monday, August 02, 2004
    Konsep Hujung Minggu

    Aku mencari-cari apa yang harus aku lakukan untuk menghabiskan masa di kala cuti-cuti hujung minggu. Aku sudah bosan melepak di depan tv tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah so kotak memory aku pun mula berputar dengan ligat sekali untuk mencari sesuatu. Tetiba aku teringat akan pokok-pokok dan supermarket, selepas aja mandi dan bersolat aku terus aja keluar dengan Artan yang kebetulan datang melepak kat rumah aku.

    Destinasi pertama adalah nursery yang tak seberapa jauh dari rumah aku tu, meronda n melihat segala jenis pokok tetapi takda satu pun yang aku berkenan di hati so aku menjelajah pula ke Carrefour Haahhh... setelah di racun oleh Artan aku beli juga pokok nie untuk di letakkan dalam rumah. Aku paling tak suka pergi supermarket time poket aku sudah nipis coz aku akan berkenan bermacam-macam benda so sama lah juga dengan hari Sabtu lalu. Selain pokok aku beli macam-macam jugak barang termasuk makanan. Dalam hati teringin aja aku nak beli makanan yang boleh di masak macam ikan Tempura Pacific West(aku terpengaruh dengan iklan ikan nie yang selalu sangat keluar radio masa time nak gii keja) n lain-lain tetapi siapa pula yang akan memasak….????

    Setelah puas melayari mimpi-mimpi serta mainan tidur, bulan bintang juga sudah berlalu maka tibalah pula siang hari yang mana aku harus membuka mata seawal pagi yang dipanggil Sunday Morning. Nama aja kita boleh membayangkan sesuatu tetapi untuk this week Sunday, nama tak seindah suasananya coz pada awal-awal pagi lagi sang mentari tidak dapat untuk meyinari muka bumi Pulau Mutiara ini. Bermula dari awal pagi hingga ke petang Rainday menguasai sepenuhnya hari ini. Sekali lagi minggu ini segala perancangan terbengkalai. Pembaharuan terpaksa di tangguhkan, penyusunan terpaksa di hentikan dengan perubahan cuaca. Sepanjang minggu lalu mentari menguasai sepenuhnya tetapi bukan pada hari minggu. Sekali lagi masa dihabiskan dengan menonton tv membaca majalah dan newspaper. Diri ku terasa bosan tatkala time-time cuti macam nie coz kat tv n siaran berbayar tu tak ada rancangan yang dapat menarik minat aku untuk terus dan terus menontonnya.

    Boleh dikatakan sepanjang hari hujan turun dengan begitu lebat sekali tetapi ada tikanya hujan umpama sudah berhenti namun belum sampai beberapa minit ia turun kembali dengan selebat-lebatnya. Aku rasa lah hujan nie just berhenti sekejap kerana kepenatan dan kumpul tenaga untuk mencurah kembali titisan air dengan sepenuh hatinya (sama lahh juga dengan orang yang menangis bersungguh-sungguh pabila penat berhenti kejap lepas tuu menangis kembali ). Hujan ohhh.. hujan kau menguasai sepanjang hari pada hari minggu ini, umpama hari minggu kau memerahkan segala keringat kau pula.

    Sepanjang malam semalam aku menhabiskan masa memikirkan plan camna nak mengindahkan ruang tamu rumah aku dan camna pula nak menghiasi dinding-dinding kosong setelah di paint sepenuhnya nanti. Hmmmm.... setelah membelek beberapa buah buku hiasan dalaman dan akhirnya aku mendapat idea, cuma tunggu masa aja untuk melaksanakannya. Aku tak sure apa yang aku draw kat kertas tu bersesuaian dengan realitinya coz tu aku terpaksa menunggu semuanya siap baru aku boleh berpuashati. Kini aku mula merancang pokok-pokok yang bersesuaian untuk di letakkan di ruang tamu bagi mengindahkan lagi suasana disamping sebagai pembekal oksigen, ahaks.

    Setelah hujan berhenti lewat petang aku bersama housemate aku keluar meronda meronda segenap kedai perabut yang di buka on Sunday. Pabila di fikirkan rasanya berkemungkinan aku akan beli set sofa yang bersesuaian dengan konsep ruang tamu yang bakal aku ubahsuai tue. Berkenan betul lahhh aku dengannya…..

    Tika malam menjelma , time sesudah dinner aku meneliti dan membaca buku Anjung Seri keluaran terbaru. Hati aku terdetik pabila melihat satu design sebuah bungalow yang berkonsepkan kemelayuan moden, waduhh… waduhhh.. menarik sekali mengikut firasat aku, anyway aku hanya boleh bermimpi akannya namun untuk memilikinya begitu jauh sekali.
    Bagaimana nak jadikan Mimpi or Impian menjadi kenyataan..???


Purbe | 5:49 PM |