Monday, August 23, 2004
    Tahniah

    Aku ingin mengucapkan tahniah special edition pada MJ coz akhirnya dia mendapat segulung Ijazah yang di tunggu-tunggunya, lepas nie rasanya dia nak tunggu apa pulak yerks..??

    Sepanjang hujung minggu kali nie cuaca panas terik sekali, sepanjang hari Sabtu tu aku melepak kat dalam bilik n ruang tamu aja menonton tv n belajar benda-benda baru untuk tambah pengetahuan diri aku nihh. Fuhhh... cuaca memang terik sangat sampai tak sanggup aku untuk keluar dari rumah. Pabila keluar dari pintu rumah aja, mata dah jadi pinaw coz cahaya matahari yang terlalu terik (nie belum lagi akhirat). Maybe life di Pulau Mutiara nie di kelilingi oleh laut coz itu lah cuaca menjadi sebegini or kalau tidak pun kerana lapisan ozon dah semakin nipis di sini di atas faktor-faktor kemajuan.

    Hari ke hari makin ramai pula pelancong dari timur tengah yang datang melancong kat Pulau Mutiara nihh. Merata-merata aku dapat nengok dia orang nie bersantai n bershopping. Best kan pabila ada duit untuk melancong merata-merata sambil nengok tempat orang yang belum pernah kita jenguk lagi. Jika mengikut hati, nak aja aku gii jalan-jalan n melihat sesuatu yang baru untuk menambahkan lagi information di dalam kotak memori aku nie tapi apakan daya kemampuan adalah segalanya buat masa ini. Planning ada tapi entah bila nak tertunai...

    Semalam di dalam kebosanan tahap maximum melepak kat rumah so aku n beberapa lagi teman gii Tesco kat SP just nak nengok-nengok aja kat situ coz we all belum pernah gii lagi.
    Entah kenapa tetiba aja aku terkeluar idea untuk ke situ dan malamnya we all makan nasi tomato ayam berempah kat area bandar SP, sedappppppppp taw.

    Pagi tadi aku melepak kat airport coz hantar acu aku gii umrah, macam-macam dia orang pesan kat aku, suruh jaga rumah lahh, itu ini lah jenuh juga aku mengangguk tanda faham n iya. Hahaha.. aku antara anak sedara yang rapat dengan dia n famili dia. Best aja pabila nengok orang pergi umrah nie terasa teringin lahh pula nak pergi.



Purbe | 1:51 PM |