Thursday, August 12, 2004
    Tenggelam Timbul

    Aku menghilangkan diri beberapa hari dari dunia cyber nihh, kebelakangan nie aku agak busy dengan bermacam-macam kerja samada peribadi or kerja yang sememangnya kerja. Aku rindu kawan-kawan cyber aku yang ceria dedulu yang mana segala perancangan menjadi kenyataan dengan sekelip mata. Aku rindu akan saat-saat itu..

    Kadangkala terasa bosan dengan kerja-kerja aku tapi apakan daya aku tetap kena buat juga, dah nama kerja katakan. Dalam minggu nie aku asyik sibuk dengan site survey ke sana sini ambil gambar n buat paper work, lagi pun internet line kat office aku nie baru aja aja lega dari demam semenjak Isnin lalu. Hari ini baru aku dapat merasakan suasana pagi di office dalam minggu nie , best aja kembali menjengok kat internet nie terubat lah jugak rindu kat kawan-kawan.

    Weekend lepas aku kembali ke tempat di mana aku mula melihat dunia. Setelah sekian lama (sebulan lebih aja) aku bertapa di S.J, terdetik juga hari aku untuk menjenguk kampung halaman. Bagaikan di rancang pula pabila aku balik, selang beberapa jam kemudian adik aku pula balik bercuti, dan kemudian adik aku yang dah bekeluarga tu juga balik dengan keluarganya. Jadi ramai dah meriah suasana rumah emak aku pada hari-hari cuti minggu lepas. Rasanya dah 3-4 bulan aku tak berjumpa dengan anak saudara aku yang seorang tuu dan minggu lepas bila aku jumpa dia. Hmmm.. dia dah tak kenal aku lagi dah, mentang-mentang laa dia baru boleh berjalan.

    Anyway, kat kampung aku pokok-pokok padi masih lagi menghijau dan belum lagi kelihatan bunga-bunga padi yang di tunggu-tunggu oleh para petani sebelum memasang angan-angan. Kehidupan sebagai petani memerlukan banyak kesabaran, diaorang menabur benih, menjaga pokok-pokok padi , membaja , menunggu pokok-pokok padi membesar, meracun rumput rumpai, dan akhirnya padi berbunga serta memberikan hasil yang membuatkan diaorang senyum gembira. Di dalam senyum tawa para petani tu ada juga yang kekusutan memikirkan macam-macam, umpamanya hutang coz pendapatan dari hasil tani kadangkala tak dapat menampung bebanan hutang sementara menunggu tibanya musim menuai.

    Pabila tibanya musim menuai, kebanyakan bebudak or orang dewasa akan tertunggu-tunggu akan mesin padi (mesin menuai padi), coz time tue dia orang akan mengikut alur yang di tinggalkan oleh mesin padi nie, time itu jugalah ikan senang di tangkap coz rasa aku lahh ikan tuu tengah pening-pening lalat lagi coz perjalanan mesin padi nie mengubah sawah padi yang asalnya mendatar kepada berlurah-lurah hasil dari tayar mesin padi itu sendiri.

    Nanti pabila tiba musim menuai aku akan cerita dengan lebih lanjut lagi mengikut keadaan semasa dan maybe aku letak picture sekali. Insya allah..


Purbe | 3:10 PM |