Thursday, September 30, 2004
    Berbaloi Kahhhh...????

    Adakah manusia kini makin hari makin bijak? or kita cuma tahu ambil kesempatan di atas apa yang terluang. Tepuk dada tanya selera. Kita manusia mempunyai otak untuk menggerakan akal fikiran yang di anugerahkan oleh tuhan dengan sebab itu jugalah diri kita berbeza daripada haiwan.

    Kalau sebut binatang rasanya lagi kejam daripada haiwan, kalau tak percaya cuba cakap kat kawan-kawan "ko nie macam haiwan laaa" rasanya dia bleh senyum lagi n then kalau sebut pula "ko nie kejam macam binatang lahh" hmmm... rasanya dia akan jelingkan mata dan serious jaa. Anyway segalanya datang dari akal kita, bagaimana kita nak pusingkan kata-kata itu terletak pada diri kita samada untuk menjadikanya satu jenaka or melepaskan geram yang yang memerahkan telinga.

    Sebenar-sebenarnya semalam semasa aku on da' way balik rumah aku nengok pondok telepon tue, makk aiiii... koyak rabak jadinya. Ganaz betul orang-orang Malaya nie kannn.., terdesak sehingga macam tue sekali. Nak di katakan bebudak DADAH mungkin juga tapi tak semestinya dia orang coz bebudak tak dadah pun ramai juga yang lebih ganaz lagi daripada bebudak dadah nie. Maybe itu lahh kan kesan-kesan sampingan negara-negara yang sedang bergerak ke arah negara maju or memang rakyat kita tidak ada sifat tanggungjawab dan menghormati apa jua yang bukan miliknya.

    Layak kahh kita..??

    Kita mengaku diri kita berugama islam tambah lagi kat I/C ada tertera Islam dengan itu tak syak lagi kita memang umat islam secara sah di zahir. Layak kah kita tergolong dalam Islam jika di selaminya dari erti sebenar islam itu sendiri.

    Kita bersubahat dengan pelbagai dosa-dosa tanpa di sedari di dalam kehidupan seharian. Kadangkala kita terlalai padanya, kita mempermudahkan segala perintah dan larangannya. Kita menganggap sekali sekala itu tak apa namun dosa-dosa tetap di catit olehnya, kita tak sedari dan kita tak nampak apa itu dosa dan pahala. Kita bersubahat tetapi kita menafikannya coz kita rasa terkonkong pabila terlalu mengikut akan rule nya. Kita rasa kita perlukan segala kebebasan dan siapa orang lain yang mahu menghalang kata hati kita, namun pabila di nasihat pun kita tetap lakukan juga. Kita mementingkan diri, hati dan perasaan sendiri demi kepuasan dan mencapai apa yang terbenak di jiwa.

    Tanda-tanda akhir zaman sudah ketara, samada kita menidakannya or kita terlalu asyik dengan segala yang bersifat sementara. Kepuasan duniawi tidak akan tercapai walaupun kita dapat hidup seribu tahun sekali pun. Jiwa tak akan tenteram selagi hati tak bersih dan untuk bersih pula kita kena memperhambakan diri sama banyak or lebih lagi daripada kita memperhambakan diri pada duniawi. Berapa kerat sangatkah umat yang mengaku dirinya islam ini mencapai akan kebersihan hati dan jiwa sepenuhnya.

    "Di antara 72 golongan umat Muhammad hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga" terfikirkah kita akan itu...?

    Di mana diri kita sekarang ini dan adakah kita termasuk di dalam golongan yang satu itu...???? Adakah ini kita islam di nama tetapi bukan pada zahir dan batinnya..?? Adakah kita mengikut segala lunas-lunas islam yang sebenarnya or just di atas fahaman diri kita sendiri?? Fikir dan selamilah diri kita.


Purbe | 7:48 PM | Wednesday, September 29, 2004

    Micro Burn

    Pelik tapi benar, kulit muka aku mengelupas lagi. Rupa-rupanya kulit muka aku tak tertahan dengan cuaca yang begitu panas terik kat sini. Mata aku dah jadi kaler coklat, hehhehehee.. aku suka dengan kaler mata aku. Dah hampir 2 hari aku tak datang office kerana kerja-kerja luar, penat letih, kalori terbakar dengan banyak dan sun burn itu lah yang aku dapat selama 2 hari nihh.

    Aku suka nengok angin yang membawa rintisan-rintisan hujan tetapi bukan hujan yang lebat, terasa nyaman dan menyenangkan hati pabila melihat rintisan hujan yang dibawa angin. Kebelakangan nie aku merasakan minda aku terbakar, idea aku pula menjadi abu, kemana hala tuju aku mencoret pun tak tahu. Minda bercelaru hajat tak kesampaian dan bermacam-macam lagi yang bergelegar di sekeliling otak kiri dan kanan aku.

    Aku.. aku... aku tetap happy walaupun ada sekali pun dugaan dariNya, aku hanya hambaNya. Aku rasa besok plak laa aku keluarkan idea cerita yang menarik-menarik skit dari hari nie. Aku blur.. aku tak sabar menunggu hari minggu untuk tidak berfikir pasal kerja-kerja aku.


Purbe | 4:32 PM | Monday, September 27, 2004

    Kemana Sang Katak Menghilang
    Hujan turun tak henti-henti, kadangkala aku lihat panahan petir nun jauh di sana di sebalik awan-awan hitam yang membawa titisan-titisan hujan. Rintisan hujan makin lama makin lebat hinggakan aku tidak tersedar akan kehilangan bunyi katak-katak jantan dan betina yang selalunya kedengaran tatkala aku berada di kampung halaman. Kemana katak-katak ini pergi, adakah katak-katak sudah kepupusan sekitar rumah aku or semuanya mati katak ketika melintas highway kat sebelah rumah aku tue.
    Setiap hari awan-awan gelap menyelubungi kawasan. Sepanjang minggu lepas aku pula terlalu sibuk dengan kerja-kerja site survey n testing. Sekejap aja seminggu berlalu, pergi kerja balik kerja (pada sesiapa yang bekerja laa ) tetiba hari minggu datang kembali. Dalam masa 2 bulan kiranya minggu lalu lah aku paling free sekali coz tak ada plan kemana-mana dan melepak kat rumah aja.
    Sepanjang 2 hari hujung minggu hujan tetap turun walaupun tiada kedengaran bunyi-bunyi sumbang suara-suara katak memekik memanggil hujan. Malam yang syahdu, di temani dengan kesejukan malam aku, MJ, Kekure, KPnut & Tokey Pajak meredah rintisan-rintisan hujan untuk menjamu selera kat Char Koteow BM. Ini pertama kalinya aku order saiz besar coz terpengaruh dengan yang lain-lain. Kulit udang di kupas satu persatu, kepala di buang, isi yang putih gebu di potong-potong kemudian di campurkan bersama-sama kueteow dan kuah yang pekat lalu di suap ke mulut, bayangkan time tue betapa menyelerakan sekali. Fuuuhhhhhh.... aku tak tertahan lagi untuk membayangkannya.
    Char Koteow dah habis so air pun dah habis tetapi cerita-cerita yang di bualkan belum-belum habis lagi so we all pun tambah seorang satu gelas lagi minuman kecuali KPnut. Cerita bersambung kembali begitu juga dengan rintisan hujan tak henti-henti walaupun hanya gerimis yang cukup indah bagi pasangan-pasangan. Sekali lagi thanx pada abg Tokey coz belanja makan pada malam tue. Sesudah semuanya berbayar aku bawa Kpnut & abg Tokey ke rumah aku, hehehehe.. nengok rumah aku yang masih terbengkalai dengan perancangan yang telah di rancang.
    Rumah bujang aku yang tak punyai apa-apa, itulah rumah aku tanpa minuman pembuka pada tetamu, tetapi aku hidangkan dia orang dengan album gambar aku dari dahulu hingga yang almost terbaru sekali. Ada yang senyum ada yang sengih, berbeza sekali aku dan kini. Delulu aku remaja dan kini aku agak dewasa so itulah perbezaan yang dapat di lihat dan di bandingkan daripada album-album itu. Pabila melihat or mengenang yang lalu terasa hati pula untuk kembali ke zaman itu, namun apa kan daya kita hanya manusia di alam realiti tak mungkin akan sesama sekali kembali ke masa lalu, itulah kehidupan.
    Jarum jarum jam dah berumpun ke angka 12 dan time itu Kpnut n ang Tokey pun meminta diri. Aku , MJ & Kekure bersetuju untuk merayap-rayap ke island di awal pagi buta. Setibanya di island we all menjemput seroang lagi hamba allah yang aku terlupa nama, coz itu hak kekure, ahaks. Aku pula hak siapa yerks.....
    Gurney Drive itulah tempat melepak we all, berborak (cuma tinggal aku dengan MJ aja yang 2 lagi dah hilang di sepanjang Gurney Drive tue) sambil mengunyah lagi dan lagi. Setelah puas menjamu mata, telinga dan nengok air laut surut, aku ajak Mj berubah tempat melepak. Hehehehehe... kita orang melepak kat kedai nasi kandar plak sebelah tue sambil minum n makan yang ringan-ringan sambing menunggu kekure abis jalan-jalan dengan miss kekure.
    Lebih kurang pukul 3 lebih dan hampir 4 pagi baru lah we all balik dan terus aja hantar miss kekure balik hostel.
    Sampai rumah melepak sekejap dan terus masuk bilik, dalam hati ingat nak tidur terus tetapi macam biasalah mulut memasing tak boleh berhenti bercakap so hampir pukul 5 pagi baru lah we all tidur. Tiada kedengaran bunyi katak namun aku kedengaran bunyi kekure pula, ahaks.



Purbe | 9:49 AM | Wednesday, September 22, 2004

    Apa Itu LUOi..??
    Hmmm... dah banyak hari aku meninggalkan dunia internet nihhh.., nie pun aku baru aja balik dari KL coz of urusan kerja. Fenat betul tiap-tiap minggu ada kat outstation, kerja dan jalan-jalan tanpa henti. Anyway aku semakin busy dengan kerja dan tugas baru aku memerangkap Broadband & Network Engineer. Banyak benda-benda baru yang perlu aku pelajari untuk menjadi specialist dalam bidang nie, apa-apa pun kalau nak maju kita kena berani mencuba macam orang laa nie kata "try n error" baru lah kita dapat tahu.
    MJ ko tak maw try n error ka?? Mana taw untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

    Hahaahaha... sorry coz buat korang tertanya-tanya menatang apa tue luoi. Menatang luoi(serangga yang tak mempunyai abdomen) nie rasanya korang selalu aja nampak terutamanya pada waktu malam hari. Aku selalunya nengok luoi merayap di atas lantai aja dan jarang nengok luoi terbang walupun luoi ada sayap yang membolehkanya nie terbang (rasanya dia malas kot coz tak boleh terbang seterror nyamuk pada malam hari). Mengikut pemikiran aku dan penjual racun perosak menatang luoi nie tak memberi faedah langsung pada kehidupan, bahkan ia boleh menyebar dan membawa penyakit pada kita yang bergelar manusia but not an alien. Manusia tak sama dengan haiwan, manusia juga tak sama dengan haruan yang sanggup memakan anaknya sendiri tetapi adakalanya manusia nie jadi lebih kejam dari haruan. Kenapa asyik-asyik bangsa melayu yang mengaku dirinya umat Islam selalu keluar surat khabar dan berita tv. Kenapaaa... Kenapa?????

    Di Asia ,Malaya kiranya advance jugalah coz kita tak memakan benda pelik-pelik secara berluasa (secara tertutup ada, so kalau nak cuba pandai-pandai lah cari). Namun di negara-negara yang kurang maju sepertimana Malaya nie benda yang kita anggap pengotor or perosak tue menjadi bahan makanan untuk kunyah-kunyah kemudian telan. Klik sini kalau nak nengok pic suku sakat luoi yang menjadi makanan sambil berjalan-jalan (cuba nengok posting aku bertarikh 9 february 2004).

    Ada sesetengah orang geli sesangat dengan menatang luoi nie hinggakan ada yang menjerit-jerit pabila si luoi berada berdekatan or melata atas baju dia orang. Aku pun tidak terlepas tetapi kadangkala aja time aku tengah landing best-best nengok tv pun luoi nie melompat or dengan cara lain (yang pasti dia tak menggunakan tangga untuk naik ke anggota badan aku yang berketul-ketul nihh :) tetiba aja ada kat atas lengan aku, wahhh time tuu aku bukan main tergejut lagi so bawa keluar lahh segala bunga-bunga silat automatik. Hehehhee.. terpelanting kat mana aku tak kisah time tue yang penting luoi nie tak lagi berada di anggota badan aku. Aku bukannya takut or geli tetapi coz luoi nie, tetapi dia datang dengan senyap-senyap coz tuu lah sistem mempertahankan diri dari otak geliga aku nie memberi respon dengan begitu pantas.

    Agak-agaknya korang tahu tak lagi menatang apa tue luoi setakat nie. Aku mendapat nama luoi nie dari pada iklan racun perosak kat tv dedulu tuu, laa nie rasanya dah tersangat jarang tv menayangkannya coz of iklan tue ada version baru. Aku suka nengok iklan-iklan macam nie rasa best aja dan membuatkan aku berfikir. Sebenarnya luoi nie nama dia kalau dalam bahasa German depa sebut "schabe", dalam bahasa Spanish "cucaracha", dalam bahasa Portuguese "barata", dalam french pula di panggil "cancrelat", dalam bahasa Italian di sebut "blatta" dan dalam bahasa ibunda kita di sebut Lipas. Berhari-hari kemuskilan dengan luoi terperap dan akhirnya hari nie luoi di perkenalkan pada semua.



Purbe | 7:02 PM | Wednesday, September 15, 2004

    Di Mana Diriku.....

    Ada ketika hidup menjadi bosan, di office kita di bebani dengan pelbagai hal (termasuk YM n meronda blog) dan selepas time kerja balik ke rumah. Aaarrrghh...bosan betul melepak di rumah minggu lepas, housemate aku takda gii makan angin kat Beijing so tinggallah aku sorang-sorang melepak dalam rumah. Penat sudah aku menekan-nekan punat Astro tetapi rasa macam tak da rancangan yang menarik minat aku pun.

    Bosssssaannnnn...rupanya melepak sorang-sorang nihh, (abg Tokey Pajak sure terasa benda-benda nie dalam seminggu dua nihh, hehheheee...)

    Dedulu rumah aku ada 5 hingga 6 orang (tetapi tak terasa pack sangat coz kebanyakan dia orang kerja shift), pabila seorang demi seorang yang berkahwin dan ada seorang dua balik menetap kat kampung maka tinggallah cuma berdua aja. Best stay rumah time tak ramai housemate coz boleh selalu nengok sinki yang bersih dan tak ada pinggan mangkuk yang berlonggok. Time tinggal berdua jaa nie terasa sepi pabila munculnya hari-hari cuti coz terpaksa habiskan masa menonton tv, tv nonton aku, nengok dinding, sarang spider dan pabila memalam kekadang ternampak luoi berlari-lari entah kemana aku tak tahu lah.

    Terasa kejam pula coz pada suatu masa tuu, time aku panggil member aku yang keja pest control. Pembunuhan secara beramai-ramai terjadi, kematian yang penuh dengan trajis ada yang berpusing-pusing kemudian hillang nyawa, ada yang berlari dengan sepenuh hati kemudian terus terberhenti coz nyawa dah tak ada. Fuuuhhhhhh...pelbagai gaya luoi-luoi nie menemui ajal, begitu senang nyawa-nyawa luoi ini di ragut oleh semburan cecair bewarna putih.

    Yang tak bestnya pabila setiap hari kena bersihkan bilik coz ada aja kematian di sana-sini. Namun tika ini loiu-luoi dah berkurangan tetapi time berbaring menonton tv ada juga luoi yang tersesat melata di atas badan. Pabila tergejut dengan loiu nihh maka macam-macam cara lahh menepis, kadangkala hinggakan luoi nie terpelanting hingga ke muka pintu kemudia terus lesap.

    Hmmmm.... Aku nak cerita yang lain sebenarnya tetapi cerita luoi nie dah merebak-merebak di dalam story aku yang sebenarnya. Berbalik pada pangkal cerita, tinggal berdua nie ada tikanya membuatkan kita jadi rajin n prihatin terhadap persekitaran rumah dan time itu jugalah kita melakukan pelbagai pekara tanpa rasa penat. Kadangkala pula malas menguasai segenap hari, makan pun malas,nak tidur tetapi tak terlena, time tue tak terfikir langsung benda-benda di luar rumah cuba nak melepak aja di satu tempat tue.


    Travel

    Aku paling suka travel kemana-mana aja asalkan berkemampuan, time travel waktu tidur tak sebegitu penting sangat coz pada pendapat aku lah, rugi kalau tidur lebih. Kita akan rugi dari segi masa, menikmati suasana dan bertemu dengan sesuatu yang baru. Hmmm... kalau time Honeymoon camna yerks, nak jalan-jalan ker nak melepak kat dalam bilik aja??? Agak-agak korang pilih yang mana satu...??

    Sepanjang hujung bulan lepas dan awal bulan ini aku asyik travel aja ke sana-ke sini namun Putrajaya tetap menjadi Istana Hinggap aku, macam tak boleh lari dari situ. Terima kasih tak terhingga pada King & Queen Istana Hinggap aku n MJ kat Putrajaya tue. Santapan di sediakan se awal pagi dan tempat beradu tersedia seperti biasa cuma buat masa ini Internet Connection aja yang belum di provide kan, ahaks.

    Jauh di sudut hati aku, aku.. betul berbangga dengan dia orang nihh sungguh baik hati bukan dengan aku aja bahkan dengan semua orang. Bravo aku ucapkan.

    Kemana lagi aku pergi, hmmm... ke Melaka, iyeppp... ke Melaka menghadiri kenduri Fajar , melepak sejenak kat Taman Buaya tetapi kerana sampai time buaya nak beradu so dia orang pun tutup untuk bagi para-para Boya melawat. Melepak aja kat depan parking lot kat Taman Buaya sambil bergambar dengan pelbagai aksi-aksi Boya, ahaks.

    Pabila semua orang balik ke Ibukota tetapi aku, MJ n Langsat tak balik lagi coz ada lagi aktiviti yang sebenarnya menjadi agenda utama. Bertemu dan berkenalan dengan Wahida, Maya n EL, memang best dia orang nie cepat jaa mesra abis tuu pandai cakap Kedah plak, bravo wahida coz berjaya mempengaruhi dan bukan di pengaruhi, hehehee...
    Setelah selesai makan-makan n berborak so kembali lah we all ke Istana Hinggap pada malam tue.

    The next day aku n MJ bertolak balik ke Penang di dalam hujan dan panas, pabila sampai aja Penang MJ ajak gii makan char koteow yang best tu sekali lagi sebagai makan malam.
    Balik rumah melepak, menonton tv dan terus tidur, keesokan harinya aku kembali bekerja sementara MJ memenuhi awal pagi dengan beristirehat.

    Hujung minggu lepas aku menghabiskan masa kat Kampung Halaman setelah beberapa minggu aku tak balik. Waktu pagi melepak aja kat rumah dan petangnya aku ambil MJ dan terus ke Sungai Petani untuk berjumpa Kpnut kat The Store. Semasa aku on da' way Kpnut sms aku kata bosan laa cerita PGL dan tak sabar menunggu cerita nie habis. Selepas late lunch kat MC D dan ambil tiket bus utk Kpnut, we all terus aja ke rumah dia yang mana membawa seribu satu memori pada MJ. Melepak kat situ sampai lepas asar then we all balik lah ke Alor Setar.

    Sesudah sampai ke Bandaraya Alor Setar aku n MJ singgah ke rumah member aku kat Jalan Langgar. Tujuan asal Cuma nak bagi baju yang di amanahkan pada aku beberapa bulan lalu. Oleh kerna sudah lama tak berjumpa so banyak pulak cerita yang di bualkan hingga lah sampai ke waktu maghrib. Aku minta diri untuk balik tetapi dia orang cakap nasi dan segalanya dah masak so terpaksa lah juga makan kat situ.

    Pabila minta diri n on da' way nak ke pusat bandaraya Alor Setar MJ ajak aku gii makan nasi Royale plak, aku macam tak percaya coz tadi baru sahaja memakan nasi dan kini MJ ajak makan sekali lagi. Hmmmm.... di dalam hati aku teringat maybe MJ kempunan untuk makan nasi Royale nihh so aku pun ikut ajalah. Fuuhhhh....terasa macam berat badan aku akan bertambah-tambah aja kalau selalu makan kemudian makan lagi.

    Sesudah aja aktiviti makan memakan nihh we all gii meronda-ronda sekitar Lorong Kelompang mencari sesuatu yang menarik minat MJ. Setelah berpusing ke sana-sini dan akhirnya we all jumpa apa yang di cari, MJ happy aku pula hanya tumpang happy orang lain aja, ahaks. Kemudian aku terus aja hantar MJ balik ke rumah dan aku pun kembali ke rumah kampung di mana aku di besarkan.

    Oooppsss....terlupa nak cerita tentang musim menuai padi yang sudah berlalu kat kampung aku, maybe next time kot yerks....


Purbe | 1:23 PM | Tuesday, September 07, 2004

    Mencari Kehidupan..

    Mata memejam takala minda berfikir, mencari sesuatu yang dapat mengembirakan hati ini.
    Apa yang di cari dan kenapa mencari..??
    Itu lah persoalan hidup yang tiada pengakhirannya bergelegar di minda yang penuh dengan 1001 macam agenda. Apakah aku ini layak memegang tanggungjawab or just macam sekarang ini sahaja, aku keliru , aku tak pasti dengan ketentuan arah hidup ini. Persoalan demi persoalan keluar dari fikiran yang kadangkala entah kemana-mana perginya.

    Sejak kebelakangan ini aku kerap kali kesana sini untuk memenuhi kekosongan masa dan diri. Kawan-kawan mendamaikan, kawan-kawan mengembirakan dan dari kawan-kawan jugalah aku mengenali insan-insan mulia yang berpegang teguh pada erti persahabatan. Aku bangga bertemu kawan-kawan yang bergelar insan-insan mulia, tak jemu melayan kerenah walaupun menyusahkan. Anyway sekali lagi hujung minggu lepas aku mengenali kenalan dan teman-teman baru yang sememangnya mesra (bukan mesra Bob AF2 or petronas taw).

    cerita belum habis lagi nanti aku sambung...







Purbe | 10:54 AM | Thursday, September 02, 2004

    Merdeka, Merdeka, MERDEKAaaaaa..

    Tanggal 31 August yang lalu genaplah 47 Tahun negara kita merdeka.
    Merata-rata tempat rakyat malaysia berkumpul tak kira bangsa, tua muda, berkumpul untuk menyambut detik-detik 12.00am serta melaungkan MERDEKA...MERDEKAa.. MERDEKAAAA... pada tika itu.

    Kali ini Putrajaya menjadi destinasi Aku, MJ, Zaza, Langsat, ND, Yaabbna, Kekure, DLin, Eisya, Azlinda & pren, K.Pnut, Salina , Farihah & pren menyambut detik-detik 12.00am. Sebelum tibanya detik-detik Merdeka we all melepak di perkarangan PCC sambil mempermodelkan diri sendiri untuk memenuhi ruang-ruang kosong di dalam memory digicam masing-masing. (pic semua ada kat my fotopages).

    Suasana hiruk pikuk yang glamor, bunyi muzik dari konsert malam merdeka, hon-hon kenderaan, wisel polis dan lain-lain lagi bunyi tetapi bukan bunyi kentut memeriahkan lagi suasana pada tika itu. Walaupun baru pertama kali berjumpa dengan ND, Yaabbna, kekure,DLin (jumpa kat Projet Wangsa Maju), eisya, azlinda & pren (jumpa kat putrajaya) we all dah boleh berbual mesra umpama sudah lama kenal mengenali face 2 face. Ini lahh kebaikan YM yang dapat mengeratkan lagi tali persahabatan yang sebelum ini we all cuma berborak di dunia cyber aja.

    Kesian pulak aku bila teringat Abg. Tokey Pajak yang baik dan murah hati (bertuahnya isteri dapat hubby macam nihhh), melepak kat rumah cuma di temani oleh Najmi yang comel tue aja (pic najmi ada kat fotopages). Best kaaa nengok bunga api sorang-sorang nihhh, hehehehee..
    Sesudah selesai semua persembahan kat atas stage tue (aku dengan MJ melepak baris hampir depan coz nak snap pic) yang di sudahi dengan replika sultan-sultan melayu serta penjajah.

    Countdown untuk ke detik 12.00am pun bermula dan pabila tiba saatnya masing-masing melaungkan MERDEKA beberapa kali dan kemudian semua orang berdiri pabila lagu Negaraku di main kan dari corong CD kemudian di nyanyikan beramai-ramai. Bunga api yang di lancarkan tak henti-henti selepas itu menandakan pengakhiran sambutan merdeka pada malam dan tahun ini.

    Sesudah itu dengan automatiknya semua orang berpusu-pusu berjalalan ke kenderaan masing-masing untuk pulang ke rumah or ke destinasi yang dia orang rancangkan. Sampah sarap terutamanya kertas-kertas bertaburan merata-rata tempat. Sikap tak prihatin yang tak pernah lekang dari diri kita. Sikap tak bertanggungjawab pada persekitaran sudah menjadi sebati dengan dengan diri kita walaupun sudah 47 tahun penjajah meninggalkan Malaya. Macam mana negara kita nak kelihatan bersih..

    Merdekakah Kita.....?????

    Dari sebelum sambutan merdeka lagi perut aku sudah berkeroncong so selepas aja terlepas dari kesesakan jalan keluar dari PCC we all terus menuju ke serdang untuk menjamu selera.
    Maulana full house so we all lepak kat gerai belakang tue (aku tak ambil tahu pula gerai tue nama apa), time menunggu yang lain-lain sampai we all berkenalan pulak dengan e1 n da' geng. Berborak agak lama tetapi order lagi lama dari berborak baru lah makanan sampai, bagus betul servis yang lembab nihh. Hmm.. daripada pandangan aku makanan tue aku bagi rating C- coz of lapar so sepinggan lincin juga, ahaks. Jam menunjukan pukul 2 .++ pagi , sekali lagi di ulang pagi bukanya petang maka we all pun bersurai dengan penumpang masing-masing.

    Aku n MJ hantar eisya & geng balik ke Persint 16 dan kemudian baru lah balik ke rumah K.Pnut. Pada time keluar dari parking untuk menuju ke muka pintu rumah aku n MJ terasa semacam bersalah pula pabila balik rumah K.Pnut pagi-pagi buta nihhh. Time tue we all terasa macam nak tidur dalam kereta aja tetapi dah janji nak balik rumah. So... dengan muka tak reti malunya aku msg k.pnut kata yang we all dah ada kat depan rumah. Hmmm... rupa-rupanya abg.Tokey yang dok menunggu kami (kalau parents aku sure kena marah-marah dahh coz pagi-pagi buta baru nak balik rumah), dengan slamber aja kami masuk dalam rumah pabila grill di buka.

    Heheheeheee... petang Isnin tue Check Out dah dari rumah KPnut tapi terpaksa Check Inn balik coz kesilapan teknikal.

    Minta maaf banyak-banyak di atas segala kesulitan dan gangguan yang we all timbulkan.
    Anyway aku dah anggap KPnut & Abg. Mior nie macam abang n kakak aku sendiri dahh, walaupun aku tak pernah merasai ada kakak mahupun abang.

    Fotopages Dah Update





Purbe | 10:55 PM |