Thursday, September 30, 2004
    Berbaloi Kahhhh...????

    Adakah manusia kini makin hari makin bijak? or kita cuma tahu ambil kesempatan di atas apa yang terluang. Tepuk dada tanya selera. Kita manusia mempunyai otak untuk menggerakan akal fikiran yang di anugerahkan oleh tuhan dengan sebab itu jugalah diri kita berbeza daripada haiwan.

    Kalau sebut binatang rasanya lagi kejam daripada haiwan, kalau tak percaya cuba cakap kat kawan-kawan "ko nie macam haiwan laaa" rasanya dia bleh senyum lagi n then kalau sebut pula "ko nie kejam macam binatang lahh" hmmm... rasanya dia akan jelingkan mata dan serious jaa. Anyway segalanya datang dari akal kita, bagaimana kita nak pusingkan kata-kata itu terletak pada diri kita samada untuk menjadikanya satu jenaka or melepaskan geram yang yang memerahkan telinga.

    Sebenar-sebenarnya semalam semasa aku on da' way balik rumah aku nengok pondok telepon tue, makk aiiii... koyak rabak jadinya. Ganaz betul orang-orang Malaya nie kannn.., terdesak sehingga macam tue sekali. Nak di katakan bebudak DADAH mungkin juga tapi tak semestinya dia orang coz bebudak tak dadah pun ramai juga yang lebih ganaz lagi daripada bebudak dadah nie. Maybe itu lahh kan kesan-kesan sampingan negara-negara yang sedang bergerak ke arah negara maju or memang rakyat kita tidak ada sifat tanggungjawab dan menghormati apa jua yang bukan miliknya.

    Layak kahh kita..??

    Kita mengaku diri kita berugama islam tambah lagi kat I/C ada tertera Islam dengan itu tak syak lagi kita memang umat islam secara sah di zahir. Layak kah kita tergolong dalam Islam jika di selaminya dari erti sebenar islam itu sendiri.

    Kita bersubahat dengan pelbagai dosa-dosa tanpa di sedari di dalam kehidupan seharian. Kadangkala kita terlalai padanya, kita mempermudahkan segala perintah dan larangannya. Kita menganggap sekali sekala itu tak apa namun dosa-dosa tetap di catit olehnya, kita tak sedari dan kita tak nampak apa itu dosa dan pahala. Kita bersubahat tetapi kita menafikannya coz kita rasa terkonkong pabila terlalu mengikut akan rule nya. Kita rasa kita perlukan segala kebebasan dan siapa orang lain yang mahu menghalang kata hati kita, namun pabila di nasihat pun kita tetap lakukan juga. Kita mementingkan diri, hati dan perasaan sendiri demi kepuasan dan mencapai apa yang terbenak di jiwa.

    Tanda-tanda akhir zaman sudah ketara, samada kita menidakannya or kita terlalu asyik dengan segala yang bersifat sementara. Kepuasan duniawi tidak akan tercapai walaupun kita dapat hidup seribu tahun sekali pun. Jiwa tak akan tenteram selagi hati tak bersih dan untuk bersih pula kita kena memperhambakan diri sama banyak or lebih lagi daripada kita memperhambakan diri pada duniawi. Berapa kerat sangatkah umat yang mengaku dirinya islam ini mencapai akan kebersihan hati dan jiwa sepenuhnya.

    "Di antara 72 golongan umat Muhammad hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga" terfikirkah kita akan itu...?

    Di mana diri kita sekarang ini dan adakah kita termasuk di dalam golongan yang satu itu...???? Adakah ini kita islam di nama tetapi bukan pada zahir dan batinnya..?? Adakah kita mengikut segala lunas-lunas islam yang sebenarnya or just di atas fahaman diri kita sendiri?? Fikir dan selamilah diri kita.


Purbe | 7:48 PM |