Wednesday, September 29, 2004
    Micro Burn

    Pelik tapi benar, kulit muka aku mengelupas lagi. Rupa-rupanya kulit muka aku tak tertahan dengan cuaca yang begitu panas terik kat sini. Mata aku dah jadi kaler coklat, hehhehehee.. aku suka dengan kaler mata aku. Dah hampir 2 hari aku tak datang office kerana kerja-kerja luar, penat letih, kalori terbakar dengan banyak dan sun burn itu lah yang aku dapat selama 2 hari nihh.

    Aku suka nengok angin yang membawa rintisan-rintisan hujan tetapi bukan hujan yang lebat, terasa nyaman dan menyenangkan hati pabila melihat rintisan hujan yang dibawa angin. Kebelakangan nie aku merasakan minda aku terbakar, idea aku pula menjadi abu, kemana hala tuju aku mencoret pun tak tahu. Minda bercelaru hajat tak kesampaian dan bermacam-macam lagi yang bergelegar di sekeliling otak kiri dan kanan aku.

    Aku.. aku... aku tetap happy walaupun ada sekali pun dugaan dariNya, aku hanya hambaNya. Aku rasa besok plak laa aku keluarkan idea cerita yang menarik-menarik skit dari hari nie. Aku blur.. aku tak sabar menunggu hari minggu untuk tidak berfikir pasal kerja-kerja aku.


Purbe | 4:32 PM |