Tuesday, October 19, 2004

    Apa Erti...????

    Tika ini bermacam-macam soalan bergelegar di minda aku. Aku tertanya diri sendiri adakah aku ini insan yang sempurna seperti mana yang aku inginkan. Jawabnya tidak sesekali coz aku jauh daripada apa yang aku inginkan dalam hidup ini.

    Kenapa kita selalu gagal dalam percintaan..?? Mungkin kehendak hati kita dan si dia tidak dapat memenuhi segala ciri-ciri yang di kehendaki pada seseorang yang di harap menjadi teman hidup kita. Adakah kita bahagia dengan seseorang yang mempunyai ciri-ciri yang kita lihat di zahir memenuhi apa yang kita inginkan..?? Jawapannya belum tentu lagi selagi tidak hidup bersama selagi itu jugalah kita tidak dapat ketahui yang tersembunyi. Kita sekadar memperjudikan apa yang kita harapkan.

    Adakah kedalaman perasaan kita sama dalam dengan perasaan orang yang kita suka..?? Jawapannya sukar nak tentukan coz kita sentiasa was-was dengan perasaan orang lain. Sifat manusia yang sentiasa tak berpuashati membuatkan segalanya tidak cukup baginya.

    Adakah puasa kita sempurna selama 4 hari lepas..?? Tanya diri apa yang kita kekurangan dan hanya tuhan aja menentukan samada puasa kita di terima 100% or not. Kalau sekadar menahan lapar dan dahaga tiada gunanya juga kalau pancaindera yang lain tak berpuasa. Selamilah diri anda dan erti puasa itu sendiri.

    Apa erti Baju Raya..?? Masa kecik-kecik baju raya cukup bermakna sekali di mana tanpa baju raya maka tak sempurna dan meriahlah raya itu sendiri. Tatkala bila dewasa ianya tak di ambil kira sangat coz kegemukan poket kita yang menentukan segalanya.

    Dimana terletaknya kemuncak hari raya...?? Hmmm... soalan macam nie jawapannya ada pada individu itu sendiri tetapi bagi aku sudah tentunya time sembahyang raya. Kemeriahan dengan pelbagai warna warni pakaian, masing-masing bersenyuman, wahhhh... betapa indahnya suasana tika itu. Setahun ke setahun hidup kawan-kawan kita berubah, yang dahulunya geng kita kini dah berdua berjalan ke masjid ada yang bertiga dan berempat.

    Makin meningkat usia kita perasaan keghairahan hari raya makin berkurangan, maybe itu jugalah yang di alami pada orang-orang yang terdahulu daripada kita. Namum semangat Balik Kampung tetap tinggi, makin dekat kita dengan hari lebaran makin memuncak pula semangat itu. Hari ke sehari kita membilang tarikh untuk meraikan hari lebaran.... pada sesiapa yang baru berkahwin sudah boleh melambung duit syiling untuk menentukan siapa kena dulu. Pada sesiapa yang membaca blog aku nie pulak, aku ingin memesan satu aja... fikiran korang kemana nie, baru 5 hari kita berpuasa dah nak fikir raya dahhh...





Purbe | 1:44 PM |