Wednesday, October 20, 2004

    Berserabut, Haru Biru + Gundah Gulana

    Ku sangka panas hingga matahari terbenam rupanya hujan + angin kencang di petang hari.

    Panas terik di tengahari lebih daripada cukup untuk mengeringkan baju dan menyilaukan mata pabila berjalan di bawan sinarannya. Setelah beberapa lama hujan dan angin kencang tiada tetiba semalam ianya datang dengan begitu lebat dan kuat sekali. Sukar di ramal akannya.

    Walaupun payung di sediakan namun diri ku basah lencun dek air hujan yang di bawa bersama angin nan bertiup kencang. Sememangnya salah diri ku coz tertalu percaya pada payung yang ku sediakan. Payung aja tidak cukup utuh untuk melindungi diri ku daripada hujan lebat yang di tiupkan dek angin kencang. Aku pasrah dengan apa yang terjadi, namun aku tetap menuju ke destinasiku kerana itu lah matlamat sebenar ku.

    Berbuka... Semalam aku dan 2 orang lagi housemate aku di jemput berbuka di rumah Artan. Setelah sampai ke rumah aku terus aja menanggalkan baju dan seluar yang basah dek hujan tue. Berbicara seketika dan kemudia we all terus aja menuju ke destinasi berbuka. Wahhh.. harum semerbak gulai (kari) yang di masak oleh orang rumah sahabat ku ini.

    Detik ke detik jarum jam berputar dan setelah kedengaran azan we all pun berbuka beramai-ramai. Menu kat rumah sanabat aku nie better dari menu yang housemate aku masak setiap hari (agak sama jaa menu semenjak posa). Semua orang bermula dengan meneguk air dan di susuli dengan kurma, nasi di cedukkan ke pinggan dan bermula lah upacara makan memakan nie. Setelah habis nasi so di tambah lagi dan ada yang menambah berkali-kali mengalahkan tuan rumah itu sendiri, hehehehe... bukan aku tapi orang lain.

    Selalunya kalau kat rumah aku meneguk air dan kemudiannya bersolat, tetapi kat rumah member aku nihh aku meneguk dan mengisi perut dulu baru bersolat. Pabila semuanya selesai aja bersolat so tibalah pula time untuk berborak sambil mengunyah or menghisap pencuci mulut. Aku mengunyah aja, hisap asap nie aku tak berminat langsung tetapi bagi dia orang ianya cukup mengasyikkan sekali. Housemate yang sorang tue tak hisap rokok yang biasa tue tapi kalau rokok daun nie dia hisap jaa, aku tak paham kenapa, bagi aku kalau tak hisap so tak hisap langsung lahh.

    Refer kat Fotopages aku pasal Rokok Daun dan menu berbuka kat rumah Artan.

    Semalaman aku tak dapat melelapkan mata coz sememangnya aku gundah gulana dengan pelbagai benda. Dagu aku sakit kembali dan terasa ada sesuatu yang tak kena dengannya, aku risau akannya so aku beriya-iya untuk jumpa doktor. Sesudah subuh aja aku melelapkan mata seketika sebelum datang ke tempat kerja, itu pun puas sudah aku memaksa diri ku. Di paginya pabila tiba di office aku sudah lupa akan dagu ku dan kini aku terasa malas lahh pula untuk ketemu si doktor or dalam erti kata yang lain melakukan pemeriksaan lanjut.




Purbe | 1:03 PM |