Saturday, October 09, 2004
    Boss Kata Aku Angguk..
    Hidup kita sebagai hamba, hamba pada tuhan, hamba pada masa, hamba pada dunia n hamba pada etc. Tiada boss di dunia ini kecuali hamba-hamba, sebesar mana pangkatnya pun dia tetap hamba jua (umat islam). Kebelakangan ini aku asyik busy tahap aku, aku sudah berkurangan masa untuk melepak kat opis tambah lagi mengupdate blog. Aku hamba pada masa, terkejar ke sana sini demi tugas yang di amanahkan. Tiada lagi lepak melepak or balik awal but masuk kerja lambat tue biasa lahh bukan salah aku, itu salah orang yang aku amanahkan membuat kerja-kerja.
    Semenjak dua tiga minggu nie aku terpaksa menjadi asst. pada projek manager aku dari KL. Dia orang setkan dan aku pula yang mengarahkan. Dia orang datang lambat n then boss tanya aku kenapa dia orang lambat so aku cakap dia orang on da' way (ayat cover), dia orang lambat lagi aku kata maybe coz of hujan or bridge jam kot (aku cover lagi). Kenapa boss asyik tanya kenapa dia orang datang lambat aja sedangkan boss sendiri janji pukul 09.30am tapi datang pukul 10.30am, aku juga yang tercangak-cangak menunggu bos dan contractor. Salah siapa...?????
    Kepimpinan melalui teladan, so sapa plak yang jadi teladan.
    Date line dah abis so semalam aku pujuk n kerahkan contractor aku siap kan juga kerja-kerja tu walaupun tengah hujan lebat. Hujan pula tak henti-henti mencurahkan titisan air hingga ke petang, 5 minit berhenti penat dan kemudia hujan menyambung kembali titisan-titisannya. Jika aku menunggu hujan berhenti segalanya akan terbengkalai. Aku bukan kejam dan tak berhati perut, hehhehehe.. dia orang buat keja dalam bangunan laa so sekali sekala jaa keluar tue pun cuma basah sikit-sikit aja, aku pula cuma kasut aja yang basah.
    Akhirnya segalanya siap, tetapi telekom plak buat hal coz tak boleh supply barang yang aku nak tue so no choice terpaksa menunggu lagi. Next week lagi banyak kerja menunggu aku.... best plak busy macam nie, tak payah fikir or melepak sorang-sorang kat rumah pabila balik awal.
    Boss tak berpuas hati dengan cara kerja contractor coz dia orang tak macam contractor dia kat KL. Macam-macam aku mengiyakan cakap-cakapnya, bukan kerana aku pak angguk tetapi kerna semuanya betul. We all kat penang lain sikit coz tak mengikut rule sangat. Segalanya boleh bertolak ansur n menerima kelemahan masing-masing. Nobody Perfect. Aku perfect ker tidak... maybe tak kot yerks coz tue lahh orang lain dah masuk ke alam lain tapi aku still di alam lama lagi.
    Iya saya menurut perintah, itu lah yang aku habiskan di hari-hari cuti dan after work minggu nie.
    Minggu nie aku akan berpicnic kat Sg. Gabai, mengikut rombongan keluarga KPnut & abg tokey. Aku tak maw mandi tapi nak nengok orang mandi, hehhehehehe... idea menarik kan.



Purbe | 8:03 AM |