|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Tuesday, October 26, 2004
Fuhhhhh...... macam-macam ada.. Tragedi bulan puasa. --- Pada mulanya aku cuma plan nak balik kampung lagi 2 minggu namun plan aku tak menjadi coz tetiba ada panggilan yang membuatkan diri aku terpaksa balik juga minggu lalu. Kesemuanya kehendak takdir, tak ada apa yang dapat menidakkan kehendakNya. Krookk.. krookkk... kroookkkk... handphone aku berbunyi, aku menjadi hairan kerana nama yang tertera kat handphone aku cuma call pabila ada hal aja. Hmm... aku berfikir sejenak dan kemudian baru menjawab pangggilan tue. Aku "hello" lalu aku terus aja terdiam pabila mendengar berita yang di khabarkan. So.. aku bagi tahu yang aku kan usahakan untuk balik pada pagi esoknya. Aku macam tak percaya, aku terasa macam bermimpi di siang hari di bawah panas terik matahari pulak, time tue aku berada di roof top. Aku call adik aku yang berada nun di kampung sana untuk dapatkan berita yang terbaru n jalan cerita sebenarnya. Pabila mendengar semuanya aku mula terbayang camna kejadian tue berlaku. So laa nie mehh aku cerita serba sedikit tragedi tue... pada jam 4 petang lebih pada hari Selasa minggu lepas.. "Kereta yang di pandu oleh cousin emak aku tue terbabas dan terlanggar paip air yang besar di sebelah jalan. So.. kereta tue berpusing-pusing beberapa kali dan kemudian terjunam di dalam tali air. Menurut cerita lagi enjin kereta pada ketika itu masih lagi hidup dan pemandu tue segera menekan hon untuk meminta pertolongan. Orang ramai berpusu-pusu datang membantu coz time tue air dan selut mula masuk ke dalam kereta. Cermin kereta di pecahkan untuk menyelamatkan kesemua orang yang berada di dalam kereta time tue. Setelah 2 hari lepas kejadian itu, atuk aku sudah di benarkan keluar hospital coz cuma luka-luka ringan aja. Pemandu (cousin emak aku) terselamat dan cuma sedikit luka aja kat jari n hidung, sementara suaminya dan tokngah aku pula koma. Kedua-dua dimasukan ke ICU, pada petang Jumaat lalu tokngah aku menghembus nafasnya yang terakhir meninggalkan segalanya di dunia ini. Suatu masa dulu tokngah aku nie menjadi guru pada aku dalam pelbagai hal-hal agama. Aku kagum dengan kebaikannya, tak kira masa membantu orang. Tapi sekarang cuma tinggal memori aja yang dapat di kenang. Berbuka di kampung ----- Meriah rasanya pabila dapat berbuka dengan keseluruhan family yang ada. Ketika ramai orang balik untuk menziarah so pada ketika itu jugalah peluang diambil untuk berbuka beramai-ramai di rumah atok aku. Pelbagai arahan di keluarkan untuk memasak itu ini dan tika itu juga peluang di ambil untuk bershopping macam-macam di pasar ramadan. Fuhhhh... nampak macam semuanya sedap-sedap belaka, anak-anak dara yang meniaga tue pun boleh menarik aku untuk membelinya, hehehehehe.... Sepanjang hari aku melepak kat rumah aja melayan n mengusik anak buah aku n menonton tv. Tak banyak sangat aktiviti yang dapat di lakukan , maklum laa posa katakan. Cepat jaa 2 hari berlalu n pada hari ahad malam aku keluar dengan MJ melepak n makan serta berborak-borak n then lepas aja hantar MJ balik aku pun terus jaa balik ke Penang. Ada gambar kampung atok aku n sawah padi kat Fotopages aku, so.. sudi-sudilah nengok n then kalau rajin bagi komen sekali.
![]() |