Tuesday, October 12, 2004
    Riadah Sebelum Menjelangnya Ramadan
    Tercair juga hati ku, tergerak lah pula kereta ku untuk ke stesen bas. Di dalam hujan gerimis aku melangkah setapak demi setapak ke arah kaunter tiket. Aku memerhati dan bertanya pada si genit manis yang menjaga kaunter tue, ternyata si genit manis tiket tak menghampakan hasrat ku. Tiket di beri dan helaian-helaian merah dan biru dihulurkan pada si genit itu.
    Beg di galas, bahu menanggung beban akan kandungannya. Dengan badan yang keletihan coz penat seharian belum lagi terubat, aku melangkah masuk ke dalam bas dan setibanya di tempat duduk yang betul aku merebahkan badan ku ke kusyen yang agak empuk itu. Mata ku makin lama makin layu dan akhirnya aku tertewas di situ. Kedinginan aircond membuat ku tak tertahan, mimpi-mimpi ku yang hitam semuanya berkecai coz aku sudah tak tertahan lagi dengan kesejukan

    Sejuknyaaaa.... kuat sungguh aircond, walaupun di tampal lubang-lubang aircond dengan wang kertas RM1 namun aku masih lagi tak tertahan dengan kepowerannya. Mewah betul bas nihh dengan aircond dia. Aku terasa macam semua aircond orang lain di arahkan pada aku aja, aku mengigil-gigil dan tak sabar untuk sampai ke Puduraya. Menyesal aku tak bawa baju yang tebal-tebal, ini satu lagi pengajaran pada aku.

    Dalam pukul 8.++ pm aku sampai di Pnut Inn kat Putrajaya, pabila menapak aja kat depan pintu rumah, makan malam dah tersedia, fuhhh memang betul step aku hari tue. Berborak dan menonton sudah menjadi aktiviti tetap kat Pnut Inn n then baru masuk ke kamar untuk restkan badan yang sememangnya ingin sangat akan tilam yang sudah mengenali aku kat Pnut Inn tue.

    Belum sempat Najmi masuk bilik aku dah bangun, rasanya ini lah rekod terawal aku bangun kat Pnut Inn, ahaks. Sesudah bersiram dan menyiapkan diri, daku turun ke ruang tamu membaca paper sekejap n then terus mengikut abg Tokey keluar cari kedai gunting rambut. Ini kiranya kali pertama juga daku breakfast kat kedai mamak di Putrajaya, hmmm... kuah roti canai tue cair sesangat, kedekut betul lahh mamak nihhh. Kalau kat Penang macam kedai mamak nihh alamatnya tak laku lahh.

    Sesudah aja bersarapan so we all pun terus aja balik ke rumah coz kPnut tengah menunggu breakfast dia pulak. Pabila we all sampai ke rumah Salina pun dah dah sampai so dengan sifat muafakat we all pun mengangkat bekal-bekal makanan dan minuman masuk kedalam bonet kereta.

    Pemandunya tak lain tak bukan empunya kereta tue sendiri, Tokey Pajak. Berderum enjin kereta memecut dan menyusuri jalan-jalan yang tak payah bayar toll. Sapa kata jalan nie jauh, tak lahh. Setelah Salina n yang lain recall balik memori, akhirnya we all sampai ke Sg. Gabai dalam jam 12pm lebih rasanya. Masing-masing mengangkat dan mengendong barang-barang dari bonet kereta sampai tahap maximum. Sambil berjalan mata menjeling ke sana sini mencari group yang we all kenal dan akhirnya di penghujung jalan, tak jauh dari deruman air terjun, tetiba hati menjadi girang coz tak payah lagi megendong barang-barang lagi. Aku bersuara "tue depa" jumpa juga geng yang aku kenali walaupun tak semuanya sedang melepak selepas kekecutan kerna kesejukan air terjun.

    Bermulanya...

    BBQ set di keluarkan dan api pula dinyalakan, sementara ayam-ayam berselerakan. Daging ayam itu lah yang aku nampak dia orang bakar tetapi pabila semuanya sudah ready aku nampak ada pula ikan pari bakar. Hmmm... time mana pula ketulan pari nie di bakar, wangian ayam bakar membuka selera aku lalu nasi di ambil dan ayam pula di ambil terus dari tempat ianya di bakar. Fuhhhh... menyelerakan pabila menjamu selera time panas-panas macam nie. Kari daging di ambil, mempelam (mangga) yang di cincang halus di campur dengan cili di gaul dengan yang lain-lain lagi diambil sementara keropok pula di campur sekali. Melelah air liur di buatnya pabila mengenang kembali time tue, menjamu selera bersebehan dengan air terjun di mana airnya agak bersih.

    Tembikai dan kuih muih di sajikan sebagai pencuci mulut di samping air laici melengkap kan lagi menu sebagai penghilang dahaga. Riuh rendah dan beramai-ramai menjamu selera membuatkan selera bertambah tambah lagi time kelaparan. Nett n ND pula mempromosi kuih raya, sedap memang sedap tapi kalau nak order dengan dia orang daku tinggal jauh nun di utara Malaya.

    Tiba masanya Najmi nak mandi so we all bawa laa dia gii nun kat atas sana air terjun yang best dari apa yang ada kat bawah nie. Satu demi satu anak tangga di panjat, kepenatan pula menguasai jiwa. Memanjat dan terus memanjat, kata orang nie memanjat tangga boleh menyihatkan organ-organ badan kita tetapi kalau tak pernah excersice memanjat tangga setinggi nie menjadi satu nightmare, hehehehe...

    Tragedi Oktober...

    Plan awal memang tak nak mandi n basahkan baju coz rasa macam tak selesa pabila berbasahan nihh. Aku n Lan bawa Najmi ketempat mandian, pada lubuk air yang cetek tue aku letakan Najmi kat dalam air, hehehehe.. pabila kakinya memcecah air dengan cepat sekali Najmi mengangkat kaki nya, hehehee.. sejuk rupanya. Oleh kerana kurang mencabar aku bagi taw kat Lan yang we all nak bawa Najmi ke tempat yang ada best sikit. Malang tak berbau, kedatangannya tak di pinta.

    Kebasahan yang aku cuba elakkan terjadi jua, tanpa di duga tanpa bicara takala aku mendukung Najmi, aku... daku tergelincir ke belakang dan terus terjatuh di lurah air. Belakang ku terhempas dan daguku pula menghentuk batu, sementara tue Najmi pula terjatuh atas diri ku dan kemudian kepalanya terhantuk batu. Aku umpama pitam sejenak dan tak dapat untuk bangun buat seketika. Pabila daku tersedar Najmi sudah menangis dengan kuat dan aku terus aja serahkan bagi Najmi pada Lan.

    Ku lihat benjol kemerahan pada tepi sebelah kanan kepala Najmi, dan pada masa itu baru aku tersedar akan Digicam company aku yang ada dalam poket, dengan pantas aku mengeluarkannya di ikuti dengan wallet. Seketika baru aku sedar di dalam poket aku masih ada lagi satu benda yang berharga, tak lain tak bukan Handphone aku lahh... Kerisauan pada barang-barang aku sudah tiada namun kepedihan pada dagu dan kepeningan pula terasa. Aku cuba meyakinkan diri ku yang aku ini still ok dan tak ada apa-apa yang serious terjadi.

    Aku risaukan akan Najmi pada masa tue, namun denyutan pada dagu aku makin terasa akan kepedihannya. Sesudah kejadian itu we all terus aja turun ke bawah coz mood untuk beriadah sudah hilang sesama sekali. Menuruni anak-anak tangga tak memenatkan umpama memanjatnya, lagi pun tak di rasai sesangat coz minda melayang ke arah lain.

    End of Sg. Gabai picnic...

    Aacunnyaa... setibanya di port kat bawah tue, masing-masing tengah mengemas barang untuk balik kerumah. Nett n da' geng yang menjadi kumpulan pertama berangkat pulang, semntara we all mengemas barang-barang yang berkenaan untuk di bawa pulang. Setelah selesai masukkan barang-barang dalam beg plastik, aku, Kpnut, abg Mior, Najmi, Salina, EP, OP & wife, mie n yg lain aku dah lupa sapa-sapa lagi yang sama-sama berangkat pulang. So.. setelah berborak seketika dengan Tipah, aku dan yang lain-lain bergerak menuju ke kereta. So.. tinggallah tipah n da' geng still melepak kat situ.

    Benjol kepala Najmi makin lama makin ok dan dagu daku pula makin lama makin rasa lain macam aja, hehehehe.. abg mior cakap "yang tue boleh meruntuhkan dosa-dosa kecil ". Time tue terasa pulak macam aku nie banyak dosa-dosa besar, who knows kan, kita tak dapat melihat dosa-dosa kita di catitkan. Takut rasanya pabila memikirkan akan dosa-dosa selama hidup di dunia nihh.... kecik-kecik pun lama-lama di kumpul boleh menjadi bukit tanpa kita sedari coz selalu jaa ingat lambat lagi nak menemui ajal. Padahal ajal tue akan menjemput bebila masa sahaja, tak kira usia, amal takwa dan pangkatnya.

    Sesudah sampai ke Putrajaya we all singgah pula di Taman Warisan untuk menjamu selera di samping membasahi tekak yang tersedia kering. Pilihan aku Linchi kang, Salina pula Cendol, Abg mior n Kpnut ABC, najmi share dengan Kpnut. Keropok leko dan goreng pisang pula menjadi makanan petang we all. Sesudah aja maghrib Salina hantar aku ke stesyen komuter Serdang untuk menyenangkan aku ke Puduraya.

    #### Fotopages aku dah di update, ada pic masa picnic tue dan sesi makan petang kat taman warisan.#####


Purbe | 2:32 PM |