Monday, November 29, 2004

    On 2nd Day Raya

    Hmmm.. on hari raya kedua aku bangun agak lewat sikit daripada raya pertama, tak banyak sikit-sikit jaa lewat, aku solat subuh taww... Pabila aku bangun pagi tue, aku terfikir nak beraya ke mana hari nie, otak aku kurang cergas lagi untuk memikirkannya, maklum laa.. baru bangun beradu katakan.

    Haaaah... pabila sudah mandi dan berpakaian cantik-cantik baru lahh aku tahu kemana harus aku pergi beraya lagi hari nie. Memula aku gii rumah kawan aku yang sorang tue, perabihkan kuih raya dan melepak layan DVD kejap. Opppss... bila tengahari baru aku teringat yang aku janji dengan my pren yang sorang nie nak ke rumah dia, coz tue lahh pabila aku balik ke rumah nengok banyak miss call dari dia. Tak best laa nak pii beraya sorang-sorang nie so aku angkut 2 orang kawan aku, hehhehe.. nak tak nak dia orang terpaksa jugak ikut aku.

    Pabila sampai kat rumah houemate aku (Art) tapi dia dah keluar dari rumah (mungkin tunggu aku lama sangat kot) pergi beraya kat umah buah hati dia so nasib baik cousin(ex-housemate aku) dia ada so bleh gakk we all merasa juh raya kat rumah Art nihh. Tanpa membuang masa we all terus bergerak ke rumah kawan aku yang sorang nie,(yang aku janji nak jumpa pada awal pagi raya ke 2) kali nie kami di hidangkan meehun sup special pulak, sodap-sodap. Belum sempat habis makan kawan aku dari perak call aku bagi tahu yang dia on the way ke rumah aku. Katanya dia dah lupa dah jalan masuk kerumah aku lagi pun dulu aku bawa dia cuma kat sekolah rendah aja. Kelam kabut aku menelan meehun sup tue n then cepat-cepat minta diri, bak kata orang tua-tua kat utara nie "tak sempat nak hangat pungkoq lagi".

    Wahhh.. datang dengan seluruh famili rupanya kawan aku nihh, 2 buah kereta nun dari perak sana. Hehehehee... macam rombongan nak masuk meminang aku plak lahh, ahaks. Rasanya kat Perak time ni musim buah rambutan agaknya coz tue laa banyak rambutan yang dia orang bawa ke rumah aku. Berborak bersembang macam-macam cerita ada, dia orang cakap aku makin berisi (biasalah tue.. ada tukang masak kat rumah bujang aku). Aku macam biasa lahh sentiasa cool n sentiasa menawan rasanya, hahahhaa... tak salah kan sekali sekala puji diri sendiri. Kalaw korang nak muntah-muntah lahh tapi jangan muntah kat blog aku udah lahh, hehehee.

    Sepangjang dia orang kat rumah, aku mengambil sikap berdiam coz dah lama tak jumpa rasanya telaga idea aku dah keringan dah. Aku bukan sombong coz aku menjawab setiap pertanyaan dia orang cuma aku tak tahu apa nak bertanya pulak, namun suasana tak menjadi sepi. Bayangkan dia orang dalam 8 - 10 orang tue setaip seorang bertanya soalan pada aku so.. agaknya tak berhenti jugalah mulut aku mengucapkan kata-kata untuk menjawab segala soalan-soalan yang di tujukan tue. Dah datang beraya katakan so sampai satu tika itu dia orang pun minta diri untuk bergerak ke destinasi yang lain pula. Kita sebagai orang melayu masih lagi kekal denga sopan santun dan tatsusila so datang di sambung dengan salam so balik pun di sudahi dengan salam juga.

    Petang sudah berlalu senja pula mengambil tempatnya, kedengaran azan berkumandang dari surau yang berdekatan dengan rumah aku. Aku bergegas mandi dan menunaikan solat begitu juga halnya dengan adik-adik aku. Tika malam menjelma we all bergerak pula ke rumah atok sebelah emak aku namun pabila sampai jalan masuk ke rumah atok aku, fuhhhh.. kereta banyak kat laman rumah atok aku hinggakan tak ada tempat nak parking dah so we all tukar plan n then pergi pula ke rumah atok sebelah abah aku.

    Beraya, berborak dan makan-makan n then last sekali kena bagi pula duit raya kat cousin-cousin aku nihhh, maklum laa bebudak sekolah lagi. Mengantuk awal pula pada malam raya ke dua nie maybe makan ketupat banyak sagat kot so lepas tue terus aja balik rumah dan melayan mimpi laahh apa lagi.


Purbe | 2:00 PM | Wednesday, November 24, 2004

    Meriahnya Hari Raya - 1st day raya

    Aku tak tahu nak prepare apa-apa pun untuk hari raya kali nie, aku blur dengan segalanya. Pabila aku balik kat rumah sehari sebelum raya tue baru lah aku start beli barang apa-apa yang di perlukan, tue pun ala kadar jaa.

    Takbir raya bergema di sana sini, suasana riang makin terasa. Kanak-kanak berlari-lari keriangan segenap kampung, riuh rendah jadinya suasana di malam hari. Lampu-lampu kelihatan menerangi segenap rumah di sekitar kampung aku. Persiapan terakhir sebelum raya masih lagi berterusan, serunding dan kari cuba disiapkan secepat mungkin, manakala ketupat sudah tersedia menanti. Adik-adik aku masih lagi sibuk mengemas rumah walaupun nun jauh di malam hari, mengantuk dan letih berpuasa waktu siang hari tidak terasa lagi coz semangat untuk menyambut hari lebaran melebihi segalanya di minda ini.

    Terasa baru sekejap aja aku menutup mata, tuupp tuupp.. matahari dah menampakkan diri. Aku bergegas bangun dan tak lupa untuk mandi sunat di pagi Aidilfitri. Belum sempat aku nak menjamu selera emak aku dah suruh aku cepat-cepat gii masjid coz sembahyang sunat hari raya dah nak bermula. Dalam perjalanan aku terasa risau coz sepanjang perjalanan hanya aku seorang aja yang menuju ke masjid time tue, fuhhhh... lega rasanya pabila time aku sampai tue dia orang belum memulakan sembahyang lagi so sempat lah aku tahun nie.

    Kemana nak ku tuju dulu di pagi-pagi nihh, tahun lepas ramai jaa.. kawan-kawan aku tapi tahun rasa macam dia orang balik rumah mentua masing-masing plak. Aku lone ranger pagi hari raya nihh n then aku terus aja gii rumah kawan aku yang sorang nihh. Pagi-pagi aku dah makan Tapai, maybe belum cukup masak lagi coz rasanya kurang manis sikit, anyway aku belasah makan juga sampai empat bungkus, ahaks. Kemudahan technology nie jangan di sia-siakan so aku call aja kawan-kawan aku (yang masih bujang) ajak dia orang berkumpul dan gii beraya dari rumah ke rumah yang lain. Syukur keriangan dan sambutan hari raya kat kampung aku nihh masih utuh so tak da lah sapa-sapa yang balik tidur selepas sembahyang raya tue.

    Ketupat tak di lepaskan terutama ketupat hitam yang di buat oleh atok aku, fuhhh.. sedap sesedap-sedapnya, dicicicah pula dengan bahan yang di sediakan, terangkat habissss.... Makan makan dan terus makan aja kerja aku pada hari raya pertama nie, rasa perut aku nie macam telaga buruk lah pulak. Selera aku cukup besar sekali dan tak pernah tahu erti serik untuk makan dari satu rumah ke rumah yang lain. Namun soalan cepu emas tetap tak dapat aku nak elakkan dari awal pagi hinggalah ke malam, kebanyakan orang tua-tua kat kampung aku bertanya soalan yang sama aja. Aku hanya mampu tersengih dan berkata insyaallah tahun depan kot, hehehehe.. iyaaa kaa tahun depan.

    Setelah penat menjamu selera seharian so pada malamnya aku melepak kat rumah aja melayan tetamu pula datang ke rumah di samping berborak-borak dengan emak dan adik-adik aku. Tahun nie rasa pertama kurang meriah sikit coz member-member aku yang jadi tukang meriahkan suasana dah ada komitmen masing-masing. Maybe masa aku untuk merayakan Aidilfitri sehuha dahulu sudah makin berlalu. Tahun depan aku tak tahu macamana lagi.. still macam ini or aku melangkah ke alam yang satu lagi. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya.

    OOooopppsss.. sebelum terlupa, gambar gathering raya ke 3 ari dah di update dah..



Purbe | 8:21 PM | Friday, November 12, 2004

    Terlekat Tulang

    Hmmm.. inilah posting terakhir aku sebelum Syawal, petang nanti aku dah nak balik ke kampung dah. Rumah aku kat kampung nun di sana ada komputer tapi tak berinternet. Syahdu rasanya nak meninggal bulan Ramadan nie, setahun lagi baru nak bertemu kembali dengannya. Tahun depan aku entah ada entah tidak dia lah yang menentukan segalanya, tetapi yang pasti setiap tahun pasti ada perubahan pada setiap individu itu sendiri.

    Nie cerita dua tiga hari yang lepas, sekali lagi aku berbuka puasa dengan geju yang berdekatan dengan aku dan kali nie aku angkut sekali housemate aku. Ingatkan nak tukar tempat berbuka tetapi yang di target dah cuti raya dan yang satu tue pula kehabisan lauk pauk so terpaksalah aku ke tempat yang sama macam hari tue. Lauk pauk di pilih sementara minuman pula di order, takala azan berkemundang minuman belum tiba lagi di meja we all, nasib baik buah kurma free tue ada.

    Suapan-demi suapan berlalu pabila time suapan yang paling last sekali time tue jugalah aku tulang nak lekat kat kerenkong. Tulang bukan sebarang tulang, yang pasti bukannya tulang dinosour seperti yang aku cakap kan pada Adk, marah juga adk pabila aku cakap aku terlekat tulang dinosour, hehhehe... Kenapa setelah di buang, di teliti ianya masih ada lagi dan terlekat pula kat kerenkong aku. Nak ku telan nasi tetapi nasi dah habis, so aku biarkan aja, buat-buat slamber dengan ingatan tulang tue akan terlepas dari kerenkong aku.

    On the way balik aku singgah kedai buah-buahan di tepi jalan, pada mulanya ingat nak beli pisang tapi oleh kerana pisang semuanya belum masak lagi so terpaksa lah aku beli ulas-ulas nangka tue. Aku kunyah sikit n then terus telan, berulang-ulang kali aku buat macam tue walupun aku dah kenyang. Degil degil... degil betul tulang tue, dia masih lagi mecengkam di kerenkong aku. Pabila sesudah hantar balik blogger yang menumpang aku so aku dengan housemate pun balik ke rumah. Murah rezeki katakan setibanya di rumah makcik kat depan rumah tue hantar pula agar-agar, sedap.. pelbagai corak n rasa lagi tue.

    Aku ra rimas dengan tulang yang terlekat nihh so aku pun jolok-jolok lah kerenkong aku dengan jari hinggakan termuntah-muntah dan rasanya setengah dari apa yang aku makan tue di keluarkan balik. Walaupun muntah-muntah tulang tue masih lagi tersangkut, kesian kat diri aku tapi tulang tue tak nak kesian kat aku. Aku msg kenalan-kenalan aku tanya petua camna nak ubatkan orang yang terlekat tulang, macam-macam dia orang bagi petua, nie di antaranya :-

    1- Minum air sambil tarik telinga sebelah mana tulang tue terlekat ( thanx nida )

    2- Selawat 7 kali n then baca sepotong ayat nie (panjang x bleh nulis kat sini) lepas tue baca 3 qul. (thanx shah)

    3- Baca bismillah 21 kali lepas tue zikir "ya salam" banyak-banyak di dalam hati. (thanx shah)

    4- Bismillah n selawat and then teguk air (thanx kawan aku)

    Semua-semua petua di atas aku try satu persatu, lepas tue aku telan n then telan lagi agar-agar tue. Rasanya tak pernah lagi aku makan makanan sebanyak nie selepas berbuka, setelah berjam-jam aku menunggu akhirnya dekat pukul 1 pagi baru lah rasa lega. Sebelum tue nak bercakap pun aku terasa sakit. Lega rasanya bila terlepas dari derita nihh n puas hati pabila kerenkong terasa bebas dari tulang ikan nihh. Alhamdulillah. Dalam berhati-hati aku terkena, dedulu kalau kat kampung boleh juga atok aku jampi mejampi (nie cerita masa aku kecik-kecik).





Purbe | 10:16 AM | Tuesday, November 09, 2004

    Dah Dekat Nak Raya.. yea.. yeaaa...

    Happy Deepavali semua.. ada kuih keras , ada ,masalode, capati , tose dan yang pasti kari sure ada punya. Kuih-kuih yang lain aku tak tahu apa namanya n blom pernah test lagi. Itu semua cerita dedulu masa time sekolah aku dulu. Time tue happy aja kunjung rumah member aku sorang nihh sebab semua makanan tu, emak dia suruh jiran melayu yang masak.

    Masa berganti masa, dari budak-budak sekolah kini aku sudah jadi dewasa dan kalau nak kawen pun dah boleh sesangat, ahaks. Sekian lama terpisah semenjak aku meninggalkan sekolah hingga kini aku tak bertemu dengan sahabat keturuanan India itu. Hilang entah kemana perginya or aku yang menghilangkan diri. Dengar khabar dia sudah menjadi Inspektor Polis dan bertugas di Pahang, itu aja information yang aku ada.

    Kemungkinan hari Ahad nanti kita akan beraya namun persediaan untuk menyambut hari raya buat diri aku nie belum tersedia lagi. Kebelakangan nie aku sibuk ke sana sini, macam-macam benda pula harus aku fikirkan hinggakan belum berselera lagi untuk prepare for hari raya. Tahun nie dah tahun-tahun yang lalu rasanya semuanya sama aja, tiada perubahan buat diri ku tetapi aku nampak banyak pula perubahan di sekeliling aku.

    Ketupat bakal jadi makan yang memula sekali akan aku jamah di pagi raya nanti, nyamm.. nyamm.. di cicah pula dengan serunding or masakan yang di sediakan sure menarik nanti. Lagi 5 hari nak menyambut lebaran, rasanya besok orang ramai dah berpusu-pusu balik ke kampung halaman coz dia orang sambung cuti Deepavali hingga ke hari raya. Aku pula cuma melepak kat rumah aja on public holiday tue dan jumaat pula aku terpaksa kerahkan keringat aku kat opis nihh.

    Pada sesiapa yang bakal balik kampung aku ucapkan selamat bercuti dan selamat berhari raya. Pabila drive tue berhati-hatilah coz apa-apa pun boleh terjadi. Selamat menganyam ketupat pada sesiapa yang buat serta reti menganyam ketupat. Kalau tak reti buat apa-apa tue tolong lah rasa kuih-kuih tue sedap ker idak, janji jangan merasa sampai habis satu balang udahlah.



Purbe | 11:00 AM | Saturday, November 06, 2004

    Ke Destinasi Gathering Raya Utara

    Lokasi yang menjadi idaman untuk gathering pada raya ke 3 nanti ada kat purbe punya fotopages. Senang aja kalau nak gii situ just keluar dari plaza toll Sungai Petani Utara n then belok ke kiri (ke arah town) terus aja sehingga nampak Tesco di sebelah kiri anda n then after traffic light selepas Tasco tue, tak sampai 1km kemudian anda akan dapat nengok pintu gerbang di sebelah kanan anda macam kat dalam fotopages tue.

    Pabila dah nampak so maka tepat lah destinasi anda. Hehehe... kalau x jumpa juga call aja coz ada dahh orang yang menunggu kat sana. Insyaallah kalau ada masa purbe akan ambil pic jalan ke situ.



Purbe | 10:07 AM | Thursday, November 04, 2004

    Gathering Raya Geng Utara

    Setelah di bincang di komen , di survey dan di persetujui maka dengan ini di isytiharkan Gathering Utara akan di adakan buat pertama kali dengan penuh kemeriahan dan keceriaan. Bertempat di Caveman BBQ Park Sungai Patani pada hari raya ke 3 nanti bermula jam 7.45 minit malam (prefer solat maghrib dulu sebelum hadirkan diri) . Kehadiran pada yang berminat dialu-alukan.

    Dengan hanya budget RM 15.00 di samping masing-masih bawa serba sedikit kuih raya yang lebih-lebih tue. Gathering ini bakal menjadi lebih menarik lagi coz semangat Syawal yang masih menebal lagi di dalam diri kita akan memeriahkan lagi suasana tika itu. Ikan, ketam , daging (ayam, kambing, lembu), udang, sosej, otak-otak, satey dan macam-macam lagi akan di bakar sambil kita mengunyah kuih raya yang di bawa.

    Malu dan tak kenal sesiapa bukan menjadi masalah pada gathering ini coz kebanyakan peserta yang ada setakat ini ramah-ramah belaka. Kita boleh kenal dan mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama kita di samping menyambung kemeriahan hari raya pada tahun ini. Sebelum ini kita cuma mengenali kenalan kita di cyber aja namun kali ini kita akan bertemu secara reality.

    Cuba bayangkan diri kita bakar membakar semua makanan tue dibawah pepohon pokok yang merendang, di sinari pula cahaya bulan, bintang-bintang serta tidak di lupakan cahaya lampu. Hembusan angin malam hari yang begitu nyaman sekali umpama sepoi-sepoi bahasa bakal mengasyikan suasana. Berbicara dan bertukar-tukar cerita sesama kita, pastinya ada senyum dan gelak tawa. Lilin-lilin di pasang untuk meromantikan suasana malam tika itu.

    Susah nak menceritakan akan kegamatan susana yang bakal di tempuhi coz dengan menghadirkan diri aja kita dapat merasainya di hati kita. Joomm... join we all pada raya ke 3 nanti, pasti best dan bakal menjadi kenangan yang susah untuk di lupakan. Nak join...???? So... letak laa.. nama n contact number kat purbe punya guestbook tue, nak letak as private entry pun boleh kalau nak protect info masing-masing.

    Joooommmmm..... JOin





Purbe | 7:13 PM |