Tuesday, November 09, 2004

    Dah Dekat Nak Raya.. yea.. yeaaa...

    Happy Deepavali semua.. ada kuih keras , ada ,masalode, capati , tose dan yang pasti kari sure ada punya. Kuih-kuih yang lain aku tak tahu apa namanya n blom pernah test lagi. Itu semua cerita dedulu masa time sekolah aku dulu. Time tue happy aja kunjung rumah member aku sorang nihh sebab semua makanan tu, emak dia suruh jiran melayu yang masak.

    Masa berganti masa, dari budak-budak sekolah kini aku sudah jadi dewasa dan kalau nak kawen pun dah boleh sesangat, ahaks. Sekian lama terpisah semenjak aku meninggalkan sekolah hingga kini aku tak bertemu dengan sahabat keturuanan India itu. Hilang entah kemana perginya or aku yang menghilangkan diri. Dengar khabar dia sudah menjadi Inspektor Polis dan bertugas di Pahang, itu aja information yang aku ada.

    Kemungkinan hari Ahad nanti kita akan beraya namun persediaan untuk menyambut hari raya buat diri aku nie belum tersedia lagi. Kebelakangan nie aku sibuk ke sana sini, macam-macam benda pula harus aku fikirkan hinggakan belum berselera lagi untuk prepare for hari raya. Tahun nie dah tahun-tahun yang lalu rasanya semuanya sama aja, tiada perubahan buat diri ku tetapi aku nampak banyak pula perubahan di sekeliling aku.

    Ketupat bakal jadi makan yang memula sekali akan aku jamah di pagi raya nanti, nyamm.. nyamm.. di cicah pula dengan serunding or masakan yang di sediakan sure menarik nanti. Lagi 5 hari nak menyambut lebaran, rasanya besok orang ramai dah berpusu-pusu balik ke kampung halaman coz dia orang sambung cuti Deepavali hingga ke hari raya. Aku pula cuma melepak kat rumah aja on public holiday tue dan jumaat pula aku terpaksa kerahkan keringat aku kat opis nihh.

    Pada sesiapa yang bakal balik kampung aku ucapkan selamat bercuti dan selamat berhari raya. Pabila drive tue berhati-hatilah coz apa-apa pun boleh terjadi. Selamat menganyam ketupat pada sesiapa yang buat serta reti menganyam ketupat. Kalau tak reti buat apa-apa tue tolong lah rasa kuih-kuih tue sedap ker idak, janji jangan merasa sampai habis satu balang udahlah.



Purbe | 11:00 AM |