kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits
|
Tuesday, December 28, 2004
Gathering Gengjurnal 04/05 Pada pagi Ahad 26 December aku bergegas mandi seawal pagi untuk mengejar masa, al-maklum lahh aku jadi penumpang aja. Lebih baik penumpang menunggu driver daripada driver ternganga-nganga. Aku berpakaian sesimple yang boleh coz pukul 10.30am ada acara bermain bowling (pra gathering). Para pemain kebanyakannya di monopoli oleh golongan wanita-wanita nan ayu yang berpakaian serba hitam, ala-ala black metal gitu, ahaks. Pada sebelah petang bertempat di Dewan Pulasan Kolej ke-6, UPM 2004, jam 2.00 petang tapi majlis bermula pukul 3 lebih so faham-faham ajer lahh kan. Tema Pakaian: Merah Putih Hitam. So pabila aku mula menjenguk kepala kat dalam dewan tue kelihatan muka amyz kat meja pendaftaran, so apa lagi aku terus jaa register n then kena bayar RM40.00, aku di beri tag nama serta beg yang mempunyai logo gengjurnal yang di dalamnya ada majalah2 dari karangkraf, stiker kereta, kalendar geju dan CD. Tahun nie setiap table ada number dan aku berasa di table number 19 bersama-sama dengan, din (cik lebah), pakdi, hanyasayang (azah), nis, tudung purple, dan shah. Satu bulatan table cuma di peruntukan 8 orang aja so table aku dia monopoli oleh kaum-kaum hawa ajer lah. Kebanyakan gejuis kat table aku dah di kenali sebelum ini dan ada yang tahun lepas se table dengan aku n then tahun nie pun sama juga (din & tp). Cuma pakdi dan nis aja aku baru bersemuka secara live, anyway semuanya berjalan dengan lancar coz gathering kali nie berbeza dari yang lepas. Segalanya berjalan dengan lancar dan harmoni sekali, aku mengambil gambar di sana sini dengan orang pun sana sini. Pada masa aku update nie orang lain dah banyak bercerita pasal anugerah untuk hari tue so korang gii lahh refer kat situ jika ingin tahu siapa pemenangnya. Makanan pun sedap-sedap juga hinggakan boleh di bawa balik lagi. Pakaian aku ala kadar jaa, baju kemeja jaa baru tue pun beli kat SOS, seluar pula dah lama dah coz gathering sebelum nie pun aku pakai seluar yang tue jugak, ahaks. Dinn (cik lebah) dia penaja kaler hitam coz last year pun dia serba hitam n this year pun sama. Di sini aku muskil sikit lahh, adakah untuk pakaian tercantik tue harus di menangi oleh orang yang lawa dan encem aja kaa tapi camna orang yang sebaliknya. Purbe | 1:33 PM |
Monday, December 27, 2004
Gambar-gambar Gathering geju pada 26 December 2004 telah aku update kat fotopages aku so ulasan tue nengok besok kot baru aku ada masa untuk cerita yang mana terbenak di jiwa. Cerita besok mengikut pandangan aku dan apa yang aku rasakan, so nantikanlah yerks.
Purbe | 8:24 PM |
Friday, December 24, 2004
Happy Hour Happy hour pada semua orang yang bakal join gathering GEJU yang ke-4 dan selamat segalanya aku ucapkan pada semua. Aku tidak ketentuan dan masih dalam blur lagi samada dapat join ker tidak.
Purbe | 5:01 PM |
Sunday, December 12, 2004
Lagi Merungut Lagi Menjadi... Orang tua-tua cakap tak baik if selalu merungut n lebih baik kita simpan dalam hati aja. Aku tak tertahan untuk menyimpan segalanya di dalam hati, gundah gulana jadinya kalau simpan banyak-banyak dalam hati. At last aku luahkan juga di sini, lega sedikit aku dapat lepaskan perasaan ketidak puasan hati aku nihh. Nie kiranya sambungan daripada posting aku yang sebelum ini lah. Setelah naik bas yang free sitting tue, aku dengan diaorang pula bertanya berapa orang yang berhenti kat Ipoh, Bagan Serai, Parit Buntar, Kulim, Bukit Mertajam n Butterworth. Fuhhhh.... dalam kepala aku dah terbayang yang bas nie sure lambat perjalanan dia coz berhenti-henti pada banyak tempat. Sakit hati rasanya bila teringat balik time aku nak beli tiket tue bukan main manis lagi mamat jaga kaunter pujuk aku beli tiket kat tempat dia. Dia cakap bas nie baru lah n direct to B'worth tanpa henti lagi so aku pun ambil lah tiket tue dari dia, siap bagi nombor bas lagi time tue. Menunggu bas muncul tiba satu hal, dapat bas lain dari apa yang aku nak naik pula satu hal yang lain pulak. Nasib baik laa.. rupa luaran bas tue ok jugak, nampak macam selesa, kusyen pun agak selesa di duduki. Pabila bas dah penuh dengan penumpang yang kecewa maka bas pun bermulalah ke destinasi, masing-masing berharap akan sampai ke destinasi dengan selamat. Seketika bas mula bergerak aku pun mula memejamkan mata untuk merehatkan minda dan menghilangkan segala rasa penat lelah seharian berjalan. Mimpi-mimpi indah aku cuma seketika n bila sampai pada suatu tempat tue segala mimpi-mimpi itu berkecai. Aku tak dapat menerima situasi macam nie, aku ingatkan bas yang aku datang ke KL hari tue dengan MJ dah teruk tetapi bas nie rupa-rupanya double teruk lagi. Bunyi eekkk ookkkk... berulang-rulang tue makin kuat. Jiwa aku dah tak tertahan untuk mendengarnya, rasa macam nak turun kat situ aja tapi, hehehehe... kalau ikut hari nanti menyesal plak. Aku bersabar aja sepanjang malam tue dan aku tidak dapat fokus minda aku untuk melelapkan mata so aku berjaga bersama driver bas tuhh. Pabila bas mula melalui jalan-jalan kampung, time nie jiwa aku lagi tertekan kerana keadaan kali ini menjdi makin teruk lagi. Kali nie bukan aku aja semua penumpang dan driver bas tue sekali melambung-lambung pabila bas melalui bongol-bonggol kat jalan kampung. Aku sakit hati dengan bas nihhh.. camna JPJ boleh approve bas macam nie tak selesa langsung pada para penumpang. JPJ tak buat keja dia ker or dia orang tak pernah naik bas untuk merasai suasana camna seksanya naik bas macam nie. Ada satu ketika tue semua orang terlambung lebih kurang 6 inci dari tempat duduk masing-masing. Time tue aku tengah baring terasa macam nak patah jaa tulang belakang aku bila kena lambungan yang tinggi tue. Aku terseksa... dan orang lain juga sama rasanya. Lain kali aku prefer tak nak naik bus backup macam nie lagi dah, lebih baik balik pada besok paginya daripada tersiksa jiwa aku. Ini lah pertama di dalam seumur hidup aku mengalami suasana perjalanan sebegini. Mengapa pengusaha bas cuma memikirkan keuntungan sahaja daripasa keselesaan yang akan membuatkan orang lain rasa selesa dengan company tue. Purbe | 10:47 AM |
Friday, December 10, 2004
Kenduri RAya Kelihatan semuanya senyum gembira walaupun di petang hari, khemah, lauk pauk masih lagi seperti paginya menunggu tetamu-tetamu yang di jemput. Teruna sudah melangkah ke depan memikul tanggungjawap pada seorang wanita yang bergelar si dara sebelum ini. Detik-detik indah sebegini bakal kekal selamanya di dalam sanubari masing-masing. Busy pada tarikh-tarikh yang lain membuatkan aku, mj, langsat n yadziz datang pada kenduri rumah wife mie ini. Sorry mie aku tak dapat datang ke kenduri rumah mie next week, tapi aku dah nengok rumah mie n parking kereta depan rumah mie. Rasanya cukup kot tue yerks. Kehadiran we all kerumah pengantin agak terlewat daripada masa seperti yang di janjikan so time we all sampai tue nett, spyz & family, iwan, amyz n basrie & family dah nak berangkat ke rumah basrie untuk close house, ahaks. Bersalaman dan ambil plan ke rumah basrie so selepas tue jaaa we all terus ke khemah hidangan menjamu selera ( orang tua-tua kata tak baik biar rezeki menunggu) menu nasi dan lauk pauk yang menarik sememangnya menyelerakan kebetulan pula we all sememangnya dah kelaparan time tue. Hmmm... rasanya walaupun datang lewat we all masih berasa bertuah coz still lagi boleh makan bersama pengantin. Pengantin lelaki aka Mie, tumpang sekali bersantap bersama we all pada petang tue, rasa bertuah juga datang lewat pun bleh dapat makan bersama Raja sehari nie. Bersantap pun sudah, berborak pun sudah so tibalah pula time bergambar bersama pengantin. Nasib baik pengantin nihh spoting habis so dapat laa bergambar bersama pengantin kat atas pelamin, gambar-gambar semua refer fotopages aku. Hadiah yang we all kongsi bagi kat mie tue tak seberapa sangat tetapi jenuh juga laa nak dapat yang masing-masing berkenan di hati macam tue. Berjam-jam juga lah pusing KLCC mencari hadiah tue, at last bila semua dah penat n kelaparan so aku, mj n yadziz buat decision setuju ambil lahh satu barang tue untuk hadiahkan pada mie. Berbalik pada rumah kenduri, setelah puas bergambar so we all pun minta diri untuk ke rumah basrie pulak coz yang lain-lain menunggu we all kat sana. Berpusiang-pusing, teka meneka baru lah sampai rumah basrie, tetapi time we all sampai nett, amyz n iwan dah nak balik dah so sempat berborak kat tempat parking kereta ajaer lah. Ini kiranya lahh 1st time aku jejak kaki ke rumah basrie, kami di hidangkan dengan lemang, kuih raya, kacang n air gas kaler hijau n kaler jernih. Orang tua-tua kata "rezeki tak baik di tolak" so.. we all pun menghabiskan sebungkus kacang di samping merasa kuih-kuih raya yang ada kat rumah basrie tue. Pada awal pagi aku n mj makan sikit aja so bila tiba petang pula makan tak henti-henti, itu lah di katakan murah rezeki, hehehe... Hari dah beransur gelap di tambah pula dengan awan hitam yang membawa takungan air dan tak lama selepas itu hujan pun turun dengan lebat selebatnya. Time tue jugalah we all minta diri untuk pulang. Sekali lagi basri jadi penunjuk arah untuk jalan keluar dari kawasan penginapannya hingga lah ke main road. Di dalam perjalanan untuk entah kemana-mana handphone aku bergegar dan berbunyi, rupanya spyz call bertanya samada we all nak gii rumah dia ker tidak. Dengan pantas aku jawab nakk.. yang lain-lain bersetuju aja, aku megikut aja belakang kereta spyz hinggalah ke rumah dia. Setibanya di rumah spyz hujan dah berhenti, ini kiranya pertama kali juga aku jejak kaki ke rumah spyz. Kuih raya kat rumah spy dah habis so lepas maghrib we all menjamu selera dengan keropok raya ajer lah, rasanya itu dah lebih dari cukup coz dari petang tadi asyik makan-makan tak henti-henti. Seperti biasa berborak-borak dan selepas aja isyak we all pun berangkat ke puduraya untuk ambil tiket bas. Aku balik ke Penang sementara MJ pula ambil tiket balik ke Alor Setar. Sementara menuggu pukul 11 malam we all pergi ke Kg. Baru untuk acara memakan sepuas-puasnya hari nie. Aku dah tak tahu nak memakan apa lagi, tetapi di dalam hati kalau boleh nak makan makanan yang ringan-ringan aja macam kuih-kuih jaaa. Pabila sampai ke restoran pilihan langsat tak da pula makanan yang aku nak tue anyway aku order nasi goreng plak dengan hajat sebagai sahur coz besok on monday tue aku nak berpuasa. Setiba waktunya aku dah berada di puduraya menunggu bas, aku bertanya pada kaunter bas tue dia cakap bas aku belum sampai lagi so aku tunggu lagi, dia cakap benda yang sama jugak, Hmmm.. mj pun tak dapat bas lagi walaupun time yang tercatit di tiket tue dah tiba so we all sama-sama menunggu. Rasanya dalam pukul 12 malam, mj dapat bas tapi aku still lagi menunggu, kaunter tiket tue pun dah di tutup. Aku frust dengan situasi macam nie, aku tak suka menunggu sorang-sorang, aku bertanya pada yang lain-lain yang senasib dengan aku. Ada yang nak balik ke Kangar, ada ke Ipoh, semuanya menunggu bas yang tak kunjung tiba. Fuhhh.. lepas puas aku bertanya pada person incharge pasal bas nie n then baru lah dia suruh aku naik sebuah bas tue. Cerita perit yang membuatkan aku sakit hati bakal bersambung nanti.......
Purbe | 11:44 AM |
Thursday, December 09, 2004
eeakkk... ooeekk... ngeekkk.. ngookkk... Bermulanya di sini coretan aku kembali menceritakan cerita-cerita hasil dari pancutan idea yang keluar dari minda aku hari ini. Seminggu rasanya aku tak ada selera untuk update blog di tambah pula dengan kekontangan idea menjadi penyebabnya. Semenjak dua menjak nie aku jarang bertapa kat offiice dan itu lah menjadi salah satu penyebab juga. Anyway hari ini aku kembali menceritakan apa yang aku rasakan. Last week aku ke KL bersama MJ, pelbagai cerita bermain di minda untuk di ceritakan. Rasanya dalam tahun ini last week lah kali pertama aku naik bas pada siang hari. Apa yang kita impikan tak seindah kenyataan, itu lah yang terjadi. Ingatkan dapat bas yang nampak menarik segalanya akan selesa tapi tidak rupanya, aku terkecewa. Aku betul-betul frust dengan bas-bas express nih, indah rupa tetapi tak selesa. Aku bukan nak merungut tetapi ianya kenyataan, cuma korang bayang kan time nie korang berada di dalam bas, jangan baca aja so.. bayangkan lahh. Kalau tak dapat nak bayangkan, cuba pejam mata n bayangkan, hehhehe.. Pada mulanya keselesaan terasa dengan empukan kusyen bas tue, tapi pabila bas mula bergerak menuju ke highway ketidak puasan hati mula terasa. Aku cuba ignore tetapi tak terdaya, aku cuba pejamkan mata tetapi ianya menganggu pemikiran ku. Aku merasa cukup tidak selesa dengannya, aku rasa bahkan semua penumpang bas pun merasakan begitu juga. Pelbagai irama dari dari dalam bas dapat didengari. Aku tak tertahan dengannya dan apa yang aku bloleh buat cuma bersabar aja dengan berharap supaya cepat sampai ke destinasi. Bunyi " eeekkk.. eeoookkk.. berulang-rulang kali dan tak tahulah berapa juta kali bunyi macam tue berulang hngga aku sampai di hentian Puduraya. Pabila sampai aja cepat-cepat we all turun dari bas tue, Mj cakap dia jadi loya dengan keadaan bas macam tue. Aku pula dah pangkah bas company nihh, lain kali tak nak naik lagi dahh, seksa jadinya. Setibanya di bandaraya we all terus aja ambil LRT ke destinasi lain pula untuk berjumpa dengan seorang teman dan sekali gus apa lagi kalau tak pinjam kereta dia. Teman nie gii open house dengan teman sorang lagi so we all pula gi cari tiket wayang dan tempat penginapan. Itulah yang di katakan nasib, segalanya penuh mahupun tiket wayang begitu juga dengan hotel yang termampu. Setelah berjam-jam pusing sana sini mencari n buat call namun tak ada satu pun yang kosong kecualilah rate untuk golongan atasan (bukan dewa dewi kayangan, ahaks). At last segala perancangan musnah, badan sudah keletihan, mata pula berada pada tahap tiga suku jaa terbuka. We all terus pula mencari penginapan sekitar PJ n SA namun segalanya hampa, fuuuhhh.. silap timinig kali nie. Segalanya jalan dah di jelajah n cuma satu jaa tempat yang selalu kosong. Hahahaha... at last we all make decision gii aja ke drive thru hotel kat hentian Sg.Buluh. Cerita aku blom lagi habis disini... nanti ikuti plak story aku gii kenduri, open house n yang penting perjalanan balik aku ke Utara. Fuuhhh.. banyak lagi story nak cerita. tunggu jaa lahh...
|