Thursday, December 09, 2004

    eeakkk... ooeekk... ngeekkk.. ngookkk...

    Bermulanya di sini coretan aku kembali menceritakan cerita-cerita hasil dari pancutan idea yang keluar dari minda aku hari ini. Seminggu rasanya aku tak ada selera untuk update blog di tambah pula dengan kekontangan idea menjadi penyebabnya. Semenjak dua menjak nie aku jarang bertapa kat offiice dan itu lah menjadi salah satu penyebab juga. Anyway hari ini aku kembali menceritakan apa yang aku rasakan.

    Last week aku ke KL bersama MJ, pelbagai cerita bermain di minda untuk di ceritakan. Rasanya dalam tahun ini last week lah kali pertama aku naik bas pada siang hari. Apa yang kita impikan tak seindah kenyataan, itu lah yang terjadi. Ingatkan dapat bas yang nampak menarik segalanya akan selesa tapi tidak rupanya, aku terkecewa. Aku betul-betul frust dengan bas-bas express nih, indah rupa tetapi tak selesa. Aku bukan nak merungut tetapi ianya kenyataan, cuma korang bayang kan time nie korang berada di dalam bas, jangan baca aja so.. bayangkan lahh. Kalau tak dapat nak bayangkan, cuba pejam mata n bayangkan, hehhehe..

    Pada mulanya keselesaan terasa dengan empukan kusyen bas tue, tapi pabila bas mula bergerak menuju ke highway ketidak puasan hati mula terasa. Aku cuba ignore tetapi tak terdaya, aku cuba pejamkan mata tetapi ianya menganggu pemikiran ku. Aku merasa cukup tidak selesa dengannya, aku rasa bahkan semua penumpang bas pun merasakan begitu juga. Pelbagai irama dari dari dalam bas dapat didengari. Aku tak tertahan dengannya dan apa yang aku bloleh buat cuma bersabar aja dengan berharap supaya cepat sampai ke destinasi. Bunyi " eeekkk.. eeoookkk.. berulang-rulang kali dan tak tahulah berapa juta kali bunyi macam tue berulang hngga aku sampai di hentian Puduraya.

    Pabila sampai aja cepat-cepat we all turun dari bas tue, Mj cakap dia jadi loya dengan keadaan bas macam tue. Aku pula dah pangkah bas company nihh, lain kali tak nak naik lagi dahh, seksa jadinya. Setibanya di bandaraya we all terus aja ambil LRT ke destinasi lain pula untuk berjumpa dengan seorang teman dan sekali gus apa lagi kalau tak pinjam kereta dia. Teman nie gii open house dengan teman sorang lagi so we all pula gi cari tiket wayang dan tempat penginapan. Itulah yang di katakan nasib, segalanya penuh mahupun tiket wayang begitu juga dengan hotel yang termampu. Setelah berjam-jam pusing sana sini mencari n buat call namun tak ada satu pun yang kosong kecualilah rate untuk golongan atasan (bukan dewa dewi kayangan, ahaks).

    At last segala perancangan musnah, badan sudah keletihan, mata pula berada pada tahap tiga suku jaa terbuka. We all terus pula mencari penginapan sekitar PJ n SA namun segalanya hampa, fuuuhhh.. silap timinig kali nie. Segalanya jalan dah di jelajah n cuma satu jaa tempat yang selalu kosong. Hahahaha... at last we all make decision gii aja ke drive thru hotel kat hentian Sg.Buluh.

    Cerita aku blom lagi habis disini... nanti ikuti plak story aku gii kenduri, open house n yang penting perjalanan balik aku ke Utara. Fuuhhh.. banyak lagi story nak cerita. tunggu jaa lahh...



Purbe | 1:15 PM |