Friday, December 10, 2004

    Kenduri RAya

    Kelihatan semuanya senyum gembira walaupun di petang hari, khemah, lauk pauk masih lagi seperti paginya menunggu tetamu-tetamu yang di jemput. Teruna sudah melangkah ke depan memikul tanggungjawap pada seorang wanita yang bergelar si dara sebelum ini. Detik-detik indah sebegini bakal kekal selamanya di dalam sanubari masing-masing. Busy pada tarikh-tarikh yang lain membuatkan aku, mj, langsat n yadziz datang pada kenduri rumah wife mie ini. Sorry mie aku tak dapat datang ke kenduri rumah mie next week, tapi aku dah nengok rumah mie n parking kereta depan rumah mie. Rasanya cukup kot tue yerks.

    Kehadiran we all kerumah pengantin agak terlewat daripada masa seperti yang di janjikan so time we all sampai tue nett, spyz & family, iwan, amyz n basrie & family dah nak berangkat ke rumah basrie untuk close house, ahaks. Bersalaman dan ambil plan ke rumah basrie so selepas tue jaaa we all terus ke khemah hidangan menjamu selera ( orang tua-tua kata tak baik biar rezeki menunggu) menu nasi dan lauk pauk yang menarik sememangnya menyelerakan kebetulan pula we all sememangnya dah kelaparan time tue. Hmmm... rasanya walaupun datang lewat we all masih berasa bertuah coz still lagi boleh makan bersama pengantin. Pengantin lelaki aka Mie, tumpang sekali bersantap bersama we all pada petang tue, rasa bertuah juga datang lewat pun bleh dapat makan bersama Raja sehari nie.

    Bersantap pun sudah, berborak pun sudah so tibalah pula time bergambar bersama pengantin. Nasib baik pengantin nihh spoting habis so dapat laa bergambar bersama pengantin kat atas pelamin, gambar-gambar semua refer fotopages aku. Hadiah yang we all kongsi bagi kat mie tue tak seberapa sangat tetapi jenuh juga laa nak dapat yang masing-masing berkenan di hati macam tue. Berjam-jam juga lah pusing KLCC mencari hadiah tue, at last bila semua dah penat n kelaparan so aku, mj n yadziz buat decision setuju ambil lahh satu barang tue untuk hadiahkan pada mie.

    Berbalik pada rumah kenduri, setelah puas bergambar so we all pun minta diri untuk ke rumah basrie pulak coz yang lain-lain menunggu we all kat sana. Berpusiang-pusing, teka meneka baru lah sampai rumah basrie, tetapi time we all sampai nett, amyz n iwan dah nak balik dah so sempat berborak kat tempat parking kereta ajaer lah. Ini kiranya lahh 1st time aku jejak kaki ke rumah basrie, kami di hidangkan dengan lemang, kuih raya, kacang n air gas kaler hijau n kaler jernih. Orang tua-tua kata "rezeki tak baik di tolak" so.. we all pun menghabiskan sebungkus kacang di samping merasa kuih-kuih raya yang ada kat rumah basrie tue. Pada awal pagi aku n mj makan sikit aja so bila tiba petang pula makan tak henti-henti, itu lah di katakan murah rezeki, hehehe...

    Hari dah beransur gelap di tambah pula dengan awan hitam yang membawa takungan air dan tak lama selepas itu hujan pun turun dengan lebat selebatnya. Time tue jugalah we all minta diri untuk pulang. Sekali lagi basri jadi penunjuk arah untuk jalan keluar dari kawasan penginapannya hingga lah ke main road. Di dalam perjalanan untuk entah kemana-mana handphone aku bergegar dan berbunyi, rupanya spyz call bertanya samada we all nak gii rumah dia ker tidak. Dengan pantas aku jawab nakk.. yang lain-lain bersetuju aja, aku megikut aja belakang kereta spyz hinggalah ke rumah dia.

    Setibanya di rumah spyz hujan dah berhenti, ini kiranya pertama kali juga aku jejak kaki ke rumah spyz. Kuih raya kat rumah spy dah habis so lepas maghrib we all menjamu selera dengan keropok raya ajer lah, rasanya itu dah lebih dari cukup coz dari petang tadi asyik makan-makan tak henti-henti. Seperti biasa berborak-borak dan selepas aja isyak we all pun berangkat ke puduraya untuk ambil tiket bas. Aku balik ke Penang sementara MJ pula ambil tiket balik ke Alor Setar. Sementara menuggu pukul 11 malam we all pergi ke Kg. Baru untuk acara memakan sepuas-puasnya hari nie.

    Aku dah tak tahu nak memakan apa lagi, tetapi di dalam hati kalau boleh nak makan makanan yang ringan-ringan aja macam kuih-kuih jaaa. Pabila sampai ke restoran pilihan langsat tak da pula makanan yang aku nak tue anyway aku order nasi goreng plak dengan hajat sebagai sahur coz besok on monday tue aku nak berpuasa. Setiba waktunya aku dah berada di puduraya menunggu bas, aku bertanya pada kaunter bas tue dia cakap bas aku belum sampai lagi so aku tunggu lagi, dia cakap benda yang sama jugak, Hmmm.. mj pun tak dapat bas lagi walaupun time yang tercatit di tiket tue dah tiba so we all sama-sama menunggu.

    Rasanya dalam pukul 12 malam, mj dapat bas tapi aku still lagi menunggu, kaunter tiket tue pun dah di tutup. Aku frust dengan situasi macam nie, aku tak suka menunggu sorang-sorang, aku bertanya pada yang lain-lain yang senasib dengan aku. Ada yang nak balik ke Kangar, ada ke Ipoh, semuanya menunggu bas yang tak kunjung tiba. Fuhhh.. lepas puas aku bertanya pada person incharge pasal bas nie n then baru lah dia suruh aku naik sebuah bas tue.

    Cerita perit yang membuatkan aku sakit hati bakal bersambung nanti.......




Purbe | 11:44 AM |