Sunday, December 12, 2004

    Lagi Merungut Lagi Menjadi...

    Orang tua-tua cakap tak baik if selalu merungut n lebih baik kita simpan dalam hati aja. Aku tak tertahan untuk menyimpan segalanya di dalam hati, gundah gulana jadinya kalau simpan banyak-banyak dalam hati. At last aku luahkan juga di sini, lega sedikit aku dapat lepaskan perasaan ketidak puasan hati aku nihh.

    Nie kiranya sambungan daripada posting aku yang sebelum ini lah. Setelah naik bas yang free sitting tue, aku dengan diaorang pula bertanya berapa orang yang berhenti kat Ipoh, Bagan Serai, Parit Buntar, Kulim, Bukit Mertajam n Butterworth. Fuhhhh.... dalam kepala aku dah terbayang yang bas nie sure lambat perjalanan dia coz berhenti-henti pada banyak tempat. Sakit hati rasanya bila teringat balik time aku nak beli tiket tue bukan main manis lagi mamat jaga kaunter pujuk aku beli tiket kat tempat dia. Dia cakap bas nie baru lah n direct to B'worth tanpa henti lagi so aku pun ambil lah tiket tue dari dia, siap bagi nombor bas lagi time tue.

    Menunggu bas muncul tiba satu hal, dapat bas lain dari apa yang aku nak naik pula satu hal yang lain pulak. Nasib baik laa.. rupa luaran bas tue ok jugak, nampak macam selesa, kusyen pun agak selesa di duduki. Pabila bas dah penuh dengan penumpang yang kecewa maka bas pun bermulalah ke destinasi, masing-masing berharap akan sampai ke destinasi dengan selamat. Seketika bas mula bergerak aku pun mula memejamkan mata untuk merehatkan minda dan menghilangkan segala rasa penat lelah seharian berjalan.

    Mimpi-mimpi indah aku cuma seketika n bila sampai pada suatu tempat tue segala mimpi-mimpi itu berkecai. Aku tak dapat menerima situasi macam nie, aku ingatkan bas yang aku datang ke KL hari tue dengan MJ dah teruk tetapi bas nie rupa-rupanya double teruk lagi. Bunyi eekkk ookkkk... berulang-rulang tue makin kuat. Jiwa aku dah tak tertahan untuk mendengarnya, rasa macam nak turun kat situ aja tapi, hehehehe... kalau ikut hari nanti menyesal plak. Aku bersabar aja sepanjang malam tue dan aku tidak dapat fokus minda aku untuk melelapkan mata so aku berjaga bersama driver bas tuhh.

    Pabila bas mula melalui jalan-jalan kampung, time nie jiwa aku lagi tertekan kerana keadaan kali ini menjdi makin teruk lagi. Kali nie bukan aku aja semua penumpang dan driver bas tue sekali melambung-lambung pabila bas melalui bongol-bonggol kat jalan kampung. Aku sakit hati dengan bas nihhh.. camna JPJ boleh approve bas macam nie tak selesa langsung pada para penumpang. JPJ tak buat keja dia ker or dia orang tak pernah naik bas untuk merasai suasana camna seksanya naik bas macam nie. Ada satu ketika tue semua orang terlambung lebih kurang 6 inci dari tempat duduk masing-masing. Time tue aku tengah baring terasa macam nak patah jaa tulang belakang aku bila kena lambungan yang tinggi tue. Aku terseksa... dan orang lain juga sama rasanya.

    Lain kali aku prefer tak nak naik bus backup macam nie lagi dah, lebih baik balik pada besok paginya daripada tersiksa jiwa aku. Ini lah pertama di dalam seumur hidup aku mengalami suasana perjalanan sebegini. Mengapa pengusaha bas cuma memikirkan keuntungan sahaja daripasa keselesaan yang akan membuatkan orang lain rasa selesa dengan company tue.




Purbe | 10:47 AM |