Friday, January 30, 2004
    Selamat Balik Kampung Semua Sahabat-sahabat ku...
    Salam Aidil Adha ku Ucapkan Pada Semua Yang Menyambutnya
    Maaf Kiranya Diri Purbe Ini Terkasar Bahasa da Budibicara..

    Jemputlah Semuanya Datang Kerumah Berhariraya dan Memakan apa yang dihidangkan nanti...






Purbe | 12:37 PM | Wednesday, January 28, 2004

    Novel-Novel Cinta..

    Meniti hari-hari kian mendatang, aku tak pasti dengan masa depan aku entah bagaimana dengan besok lusa dan seterusnya. Aku bukannya ahli nujum yang dapat menilik sesuatu itu mahupun masa depan aku. Aku rasa bahagia bila melihat orang lain bahagia dan kadangkala aku terasa inginkan kebahagiaan yang sebegitu, tetapi aku tak pasti dan tak dapat untuk mengetahuinya bila ianya akan muncul di dalam diri aku. Aku umpama pengharap pada sesuatu yang hanya berlegar di dalam memori aku.

    Kadangkala kita kecewa dan kadangkala kita mengecewakan namun itu semua bukan kehendak diri kita dan mungkin sudah tersurat di dalam takdir diri kita. Kemahuan dan usaha tak semestinya membuahkan hasil seperti yang di harapkan. Akan tetapi dengan daya usaha yang bersungguh-sungguh memberi peluang untuk kita meraih kejayaan dan apabila sudah berjaya diri kita akan merasa cukup bahagia.

    Di masa aku menghabiskan cuti Chinese New Year selama 7 hari itu aku banyak membaca novel-novel cinta untuk memenuhi masa-masa yang terluang di waktu malam hari. Wahh.. cukup hebat percintaan antara sepasang kakasih namun kebanyakan kesudahannya dengan aman harmoni. Si wanita selalu aja di datangi dengan bermacam-macam ujian yang berat hinggakan jiwa memeronta dan hidup tersiksa namun si wanita ini tetap tabah mengharungi hari-hari seterusnya dengan penuh kesabaran walaupun di penuhi dengan lenangan air mata tanpa henti.

    Jika dibayangkan cerita dari novel-novel itu, fuhhh.. hebat sungguh sifat wanita-wanita ini cekal dan tak mudah berputus asa. Orangnya pula cantik, berharta, penuh dengan budi bahasa dan selalu aja taat pada perintah agama , wanita-wanita ini digambarkan seperti mana idaman setiap lelaki yang ada di Malaysia. Tetapi di samping itu ada juga cacat celanya, adakah perempuan yang begitu taat pada agama di tambah lagi dengan sembahyang-sembahyang sunat di waktu malam hari tetapi tidak memakai tudung di waktu siang harinya. Adakah perempuan yang sebegitu tidak menyedari akan auratnya...!! Pelik kan... kenapa penulisnya tidak peka dengan aurat seseorang wanita itu. Adakah kerana kerjaya lebih penting daripada aurat seseorang wanita...

    Aku hanya pembaca yang hanya meneliti jalan ceritanya, cerita cinta, suka duka dan airmata memang cukup laris di pasaran kini. Kadangkala aku merasa hidup cukup bahagia jika menjadi hero seperti di dalam cerita sebegitu yang segalanya di penuhi dengan kegembiraan, namun itu semua cerita imiginasi daripada penulis-penulis yang ghairah menghebohkan betapa asyiknya sesuatu percintaan itu. Cinta yang penuh dengan dugaan, di lahirkan di dalam dulang emas dan mendapat pasangan yang benar-benar menyejukan hati di akhirannya.

    Namum hidup kita bukannya boleh direka-reka umpama cerita novel yang cuma untuk memenuhi citarasa semua pembacanya. Hidup kita bagaikan satu pengembaraan yang bakal menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan sebelum kita kembali padanya. Mungkin kita akan tersesat di persimpangan namun kalau diri kita masih utuh pastinya akan dapat kembali ke jalan yang sebenarnya. Aku pasrah dengan jalan hidupku......

Purbe | 3:40 PM | Tuesday, January 27, 2004


    Sudah seminggu aku menyepi daripada melayari internet, aku menyepi buka kerana memprotes dan jauh sesekali untuk berkecil hati. Aku bercuti dan dalam masa yang sama aku ketandusan idea untuk mencoretkan apa-apa jua di sini.

    Sudah 10 hari gathering GEJU berlalu, apabila aku buka hari ini aku tergejut coz banyak respon dalam blog aku nihh.. Aku mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga pada semua orang yang memberi respon dengan apa yang aku coretkan dari isi hati aku nihh, namun ianya sudah berlalu dan ianya menjadi sejarah dan pengajaran di dalam hidup kita semua. Semoga di masa depan kita dapat memperbaiki lagi apa yang terasa masih kekurangan pada diri kita sendiri.
    Arghhh... lupakan semua itu hidup kita bukannya ke belakang tetapi terus menuju ke hadapan so pemikiran kita juga harus ke masa depan, merancang segala tindak tanduk diri kita.







Purbe | 6:43 PM | Tuesday, January 20, 2004

    Ulasan Gathering GEJU ke-3

    Bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa, bertarikh pada 17 Januari 2004.
    Aku datang ke Ibukota semata-mata untuk menghadirkan diri di dalam Gathering GEJU ke 3. Setibanya di ibukota aku tak sabar untuk menunggu waktu bermulanya satu majlis yang di buat hanya setahun sekali. Jernal aku masih muda lagi dan aku juga masih mentah di dalam bidang penulisan ini, tetapi semangat aku berkobar-kobar untuk berjumpa dan merasai suasana yang aku bayangkan cukup meriah.

    Jam 5.45pm aku menjemput wanita-wanita jelita iaitu ceqtie, syati, maton untuk bersama-sama dengan aku dan din menghadiri majlis Gathering GEJU tuu.. Didalam perjalanan dari Serdang ke Titiwangsa aku dan din diam aje dalam kereta coz we'll tak tahu macamana nak mula berborak dengan wanita-wanita jelita yang berada di seat belakang kereta aku tuu.. so.. aku dengan dinn menjawap aja apabila disapa dan kadangkala mendengar aja apa yang dibualkan oleh wanita-wanita jelita dan sebeb itulah juga aku n din asyik bermassage aja coz we'll kelu seribu bahasa. At last we'll sampai di restoran nelayan lebih kurang pukul 6.30pm dan bergelegar seketika untuk mencari port untuk si meroon.

    Persaan malu mula muncul di dalam diri aku bila aja keluar dari si meroon, aku rasakan diri aku amat kerdil berbanding ahli-ahli GEJU yang sememangnya sudah lama dan ada yang terkenal. Pada enterance tuu.. tertulis nama-nama yang membuat booking pada hari itu tetapi antara semua tak tertulis pula nama geju. Aku dan wanita-wanita jelita kompius juga pada awalnya dan dalam masa aku teringat nama ezlin yang mana aku masukan fees tuu ke account dia so we'll terus aja ke meja pendaftaran tuu..
    Aku dan yang lain-lain mendapat tag nama masing-masing kecuali maton yang menggantikan sahabat baik aku pada last minutes. Sahabat baik aku nii tak dapat nak hadirkan diri kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi untuk di kejar, sesuatu yang akan mencorakan masa depannya di suatu hari nanti, sesuatu yang telah lama di nanti-nantikan untuk menjadi kenyataan dan reality, sesuatu yang sungguh indah umpama mekarnya bunga di pagi hari.

    Semua wanita-wanita jelita yang hadir bersamaku kelihatan begitu anggun sekali pada petang itu. Pada petang itu aku dan din aja lelaki yang ada di meja pilihan wanita-wanita jelita kami, aku nengok toksik asyik sibok kesana sini, aku ingin juga memperkenalkan diri tetapi harsat aku itu tenggelam begitu aja apabila toksik buat pandang tak pandang aja pada aku dan din , dia tak sesekali menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku dan dinn. Arrghhh.. pedulikan siapalah kami berbanding dia orang yang sememangnya well known, hati kecilku terasa tetapi aku buat slambe ajaa.. Di meja aku dan din berborak berdua aja sementara wanita-wanita jelita mengambil angin di sekitar kawasan restoran nelayan itu.

    Bila petang sudah beransur pergi dan malam menjelang tiba.. barulah semakin ramai para ahli-ahli GEJU tiba, dari situ lah aku nengok dan bertanya pada wanita-wanita jelita yang semeja dengan aku tu untuk mengetahui ahli-ahli geju yang hanya aku kenal pada nama aja dan bukannya pada paras rupa. Meja aku tuu pun makin di penuhi dengan ahli-ahli geju yang aku baru kenal umpanyanya Iwan , kak Ros , tetapi masih lagi terdapat 3 tempat kosong yang tak di isi.

    Aku rasakan suasana dah jadi makin ceria apabila sesudah aja menunaikan solat maghrib dan ramai hadirin yang memenuhi meja masing-masing. Ada yang datang kemeja aku memperkenalkan diri dan bergambar tetapi hanya beberapa orang sahaja dan bukannya yang dah ada nama didalam GEJU. Suasana ceria dan kemeriahan hanya sementara aku rasakan dan kemudiannya menjadi seperti aku di dalam dunia yang begitu terasing sekali, mana tidaknya kebanyakan yang hadir adalah jernalis-jernalis yang dah lama menapak dekat GEJU dan biasa berjumpa sebelum ini dengan aktiviti-aktiviti yang di anjurkan. Aku... jernalis baru , aku... tak kenal sesiapa yang hadir pada malam itu kecuali yang datang bersama aku. Iya.. aku beranggapan sama juga macam sultanmuzaffar kata " Aku rasa terlalu alien di sini."

    Aku rasakan pada malam itu semuanya hanya berbual dengan kelompok masing-masing dan tak ada sesuatu yang boleh buat untuk table lain saling kenal-mengenali.
    Aku aku teringin sesekali untuk mengenali orang-orang kuat GEJU tetapi tak ada sesiapa pula yang nak tolong memperkenalkan, so aku lupakan aja niat aku tuu. Semua orang buat hal masing-masing yang mana sama sepertimana dinner-dinner yang biasa aku hadiri. Aku ingatkan ada sesuatu yang istimewa umpamanya bersajak ker or ucapan-ucapan yang menarik tetapi semua tuu.. cuma anggapan aku semata.

    Aku jumpa Rudy masa dia datang berborak dengan Fajar kat meja aku tapi Rudy tak kenal aku, aku jumpa Mat Jan tapi Mat Jan tak kenal aku namun aku sempat gakk bersalam dengan dia dan gii tahu orang kampung, aku jumpa MIe dan sempat juga berborak-borak dengan Mie yang kebetulan companya dia keje tuu customer company aku kat KL. Aku jumpa Tok Rimau dari jauh tapi tapi dia tak kenal aku dan aku jumpa ramai lagi yang tak pernah nak bersapa dengan aku coz ini 1st time aku nengok n jumpa dia orang. Satu lagi aku jumpa sultanmuzaffar last minutes dan sempat bersalaman dan berkenalan dengannya semasa aku menyuruh dia mengambil gambar aku, din dan wanita-wanita jelita. Thanx sultanmuzaffar coz sudi menolong we'll n thanx again coz sudi mengenali diri aku dan letak link aku dalam jernal dia.

    Acara diteruskan dengan makan-makan pada sesiapa yang masih kuat untuk bermakan-makan lagi. Dalam masa yang sama Fajar & Gf dan hamba alllah yang muka macam Cikgu Midad tuu.. ambil tempat kosong kat table aku tuu.. Fajar hmm.. sebelum nie aku tak pernah dengar nama dia lagi anyway pada malam tuu.. aku kenal muka dan nama dia tetapi dia tak bertegur or bersalaman dengan aku walaupun semeja dengan aku. Dia buat hal dia dan berborak dengan geng-geng dia dan aku berborak dengan din aja, dinn aja sahabat aku pada malam tuu.. kenapa orang lama cuma tak cuba bertegur sapa dengan orang-orang yang baru macam aku dan yang senasib dengan aku.

    Table aku bersebelahan dengan table orang-orang kuat GEJU tetapi tiada sesiapa yang bersebelahan dari meja Top Men n Women kat GEJU tuu.. datang beramai-ramai n saling kenal mengenali. Kenapa mesti berborak di dalam kelompok yang sama dan bergambar di dalam kelompok yang sama juga. Adakah orang-orang kuat GEJU cuma tugasnya untuk menguruskan majlis itu aja dan tak cuba ambil tahu pasal bab-bab yang lain. Kenapa mesti ada kasta (itu yang aku rasakan) di dalam majlis-majlis seperti ini. Aku pernah menghadiri majlis yang lebih besar lagi dan di penuhi dengan orang-orang yang berkedudukan tinggi tetapi semuanya di layan dengan sama rata dan tak mengira bangsa.

    Dimanakah terletaknya Salam UKHUWAH sepertimana yang di laung-laungkan oleh setiap ahli-ahli GEJU bila aja berjumpa orang baru. Dan dimanakah pula perginya kemesraan setiap ahli sepertimana ketika berborak di forum GEJU.

    Bila aja tiba masanya nama-nama pemengang boling dan anugerah lain di siang hari di umumkan dan di ikuti dengan cabutan bertuah pada ahli-ahli GEJU yang bertuah. Aku... aku salah seorang yang bertuah di malam itu dimana aku orang pertama memenangi cabutan bertuah itu dan lebih daripada separuh ahli-ahli GEJU yang satu table dengan aku memenagi hadiah. Selepas cabuatn bertuah itu di dikuti pula dengan lain-lain hadiah pada jernalis yang berjaya dan menonjol pada tahun 2003.
    Mat Jan ada membuat ulasan mengenai pemenang-pemenang pada malam itu so refer aja kat jernal Mat Jan.

    Bila aja semuanya selesai dan tibalah pula pada saat-saat akhir dalam program Gathering GEJU pada malam itu, iaitu sesi bergambar beramai-ramai. Semuanya bergerak ke pentas untuk mengambil gambar, tetapi yang paling tak bestnya tak ada orang yang nak arrange kan susunan setiap ahli-ahli geju supaya semua orang dapat bergambar beramai-ramai. Sesi bergambar terlalu rush sesangat, tak ada Ajk or orang kuat GEJU yang ambil perhatian pasal benda-benda nihh. Aku dan beberapa orang lagi yang tak suka berebut-rebut tuu cuma melepak kat belakang dia orang yg beratur tuu aja coz we'll tahu gambar we'll takan dapat dilihat kerana dilindungi oleh ahli-ahli Geju yang berada di hadapan. Macam ini kah satu penganjuran yang baik, macam inikah arah tuju penganjuran di masa-masa depan.

    Last masa bergambar nak balik tuu aku n dinn tertinggal sebinior, stiker GEJU dan hadiah luck draw aku..., suramnya aku pada malam itu coz semua kenangan pada GEJU ke 3 tertinggal. Anyway maybe next year going to be batter dari this year dari segi penganjuran dan lain lain lagi. Anyway thanx to all my friend coz sudi meramaikan kereta aku n jadi teman berbual serta teman information.



Purbe | 5:57 PM | Friday, January 16, 2004

    Aku Tumpang Gembira....BELUANG

    Hidup ini penuh dengan dugaan dan segala-galanya di tentukan olehnya, aku hanya insan yang patuh pada kehendak ibubapa dan keluarga disampaing itu aku juga hamba yang kerdil disisi tuhan. Aku insan lemah di alam ciptaan tuhan ini. Aku sekadar dapat mengikuti apa yang dirasakan terbaik di dalam hidup aku ini, segalanya adalah kehendak keluarga. Suatu ketika dulu aku merasakan si hero drama tv tu bodoh aja kerana tidak ada pendirian sendiri. Aku geram bila nengok aksi hero yang macam tuu.. aku marah dalam hati dan tak nak jadi macam tuuu...

    Berita yang emak aku inform pada semalam tuu membuatkan aku mengingati kembali someone yang aku kenali cukup rapat pada suatu ketika dulu, hmmm.. kalau last year tuu kira dulu lahh juga kan. Aku tersentak dengan berita nihh.. BELUANG (aku letak nama tu merujuk pada nama dia dalam HP aku yang di curi tuu..) itulah nama timbangan bagi menyakat dirinya, Beluang akan mengakhiri zaman bujang akhirnya, emak saudara Beluang menghantar kad jemputan kahwin yang bertarikh pada 7 Febuary 2004. Fuuuhh... akhirnya Beluang akan berkahwin juga seperti yang telah dirancangkan oleh familinya, begitu cepat masa berlalu tanpa aku sedari.

    Fikiran aku melayang-layang lagi semalam tuu.. kadang-kala aku terasa kecewa, dan kekadang aku berasa cukup lega. Fikiran aku bebas dan tak payah lagi memikirkan hal-hal Beluang, aku bersykur Beluang bertemu jodoh. Daripada cerita yang aku dengar Beluang akan berkahwin dengan jejaka sekampung dengannya yang juga bekerja di KL, so dia tak payah minta tukar kerja kemana-mana. Tahniah.. tahniah... TAHNIAH..

    Memory aku aku bersama Berluang kembali muncul, kau sungguh baik pada diri aku Beluang, kau sempurna dari segala-galanya. Sebenarnya bukanlah tujuan aku untuk mengecewakan harapan kau terhadap aku pada suatu ketika dulu, tetapi aku cukup tersiksa dengan desas-desus yang tersebar luas. Aku kecewa dengan khabar-khabar angin yang entah apa-apa yang menyimpang dari segala kebenarannya.

    Aku semangnya tidak layak jika di ukurkan dengan harta family kau yang berharga berjuta itu. Kerana itulah juga aku mencari alasan demi alasan yang sememangnya aku cipta bagi kau mula menjauhkan diri daripada diriku. Sebenarnya aku tak punyai apa-apa hubungan dengan insan silam aku, semunya ciptaan aku dan kata-kata aku cuma untuk kau Beluang melepaskan aku pergi dari dirimu. Kisah lalu yang aku timbulkan itu hanyalah dusta semata-mata, kata-kata aku pula cuma untuk membuatkan kau membenci diri ku, aku bukannya insan kejam seperti yang aku cipta dengan kata-kata dusta. Kau tidak tahu Beluang aku adalah insan lemah yang seringkali tak sampai hati untuk meghampakan orang lain. Kau tahu Beluang kadangkala aku aku menagis apabila mengigati saat bersama mu, kadang kala air-air jernih bertakung di dalam kelopak mataku. Beluang aku rela jadi umpama lilin membakar diri sendiri demi menerangi orang lain.

    Beluang aku punya perasaan, aku juga seorang insan dan aku tak dapat hidup di dalam bayangan harta keluarga mu Beluang. Aku tahu Beluang semua ahli keluarga mu di suatu masa dahulu begitu mengharapkan akan diriku, dan mereka amat memuji akan diri aku. Aku minta maaf bukan kehendak aku sebenarnya untuk mengecewakan diri dan ayahbonda kau, aku tak dapat melepaskan diri dengan tersepit di tengah-tengahnya, akhirnya aku mengambil keputusan untuk melupakan harsat hati dan mengembirakan hati orang-orang tertentu yang aku cukup sanjungi. Sepertimana aku kata tadi aku ini sanggup jadi lilin. Aku sudah bosan dengan kata-kata orang yang tak memahami hati dan perasaan ku.

    Aku tak mahu lagi mengungkit lagi cerita-cerita lama pada masa ini, aku sudah penat dengan segala jenis rintangan hidup. Aku berdoa agar kau bahagia selamanya dan jadilah isteri yang solehah. Lupakan segala kenangan kau dan aku dan mulakan hidup yang baru dengan mencurahkan segala kasih sayang kau Beluang dengan seiklasnya.
    Jangan sesekali kau berperasangka terhadap teman hidupmu, jagailah hati dan maruahnya dan jagailah rumahtangga mu dengan sebaik-baiknya.

    Aku halalkan segala hartabenda aku yang masih lagi ada pada kau Beluang, kau simpan lah or kau sedekahkan pada insan-insan yang mempunyai keinginan. Aku juga maafkan segala dosa-dosa kau dan sesiapa terlibat dengan propaganda itu.

    Sekali lagi aku meminta maaf diatas segala-galanya dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut, halalkan segala makan minum aku dan segala-galanya. Terima kasih di atas hadiah harijadi yang kau beri dan yang tak pernah aku sentuhi itu. Di internet kita mula berbicara dan di internet juga aku menamatkan. Aku harap kau jangan lagi mengenali akan dirku ini, maaf atas segala dosa-dosa aku pada kau Beluang.

    Selamat tinggal untuk selama-lamanya, aku takan muncul di hari-hari bahagia mu coz aku tak mahu menganggu emosi mu Beluang.

Purbe | 4:04 PM | Thursday, January 15, 2004

    Dinner Keislaman....


    Dinner...???? Kalau makan malam tuu.. kira dinner lahh agaknya kan.., malam nie aku ada jemputan so aku kena gii lah, dinner keislaman lain dari dinner-dinner yang aku gii seperti sebelum-sebelum nihh.. Menu aturcara pun jauh sesekali daripada dinner sosial nihh..

    Dinner keislaman.. berlainan sesekali dari dinner biasa, tak macam dinner biasa yang hanya menunggu makan ajer sambil berborak di selang seli dengan gelaktawa. Dinner keislaman akan di mulakan denga Bismillah dan di sudahi dengan Alhamdulillah. Sebenarnya malam ini ada bacaan surah-surah Al-Quran dan semestinya termasuk surah Yassin. Yang selebih-lebihnya aku tak sure pula cuma mengikut ajer tok imam pada malam nihh.. aku cuma hamba allah yang tak tahu apa-apa yang belum cukup ilmu dan belum layak untuk megetuai sesuatu majlis keislaman macam nihh.

    Insyaallah ada rasanya sekadar makanan yang ringan-ringan tuu.. yang berat-berat tak sure pula, tetapi yang aku pasti minuman tuu ada lah sekadar kopi dan air teh bujang tuu. Bukan tujuan aku menghadirinya untuk makan semata-mata tetapi cuma untuk mengembalikan amalan aku yang telah lama aku tinggalkan kerana sibuk dengan hala-hal duniawi yang hanya memberikan kepuasan peribadi. Aku terlupa yang kehidupan di akhirat adalah kekal abadi dan kehidupan di dunia ini hanya sementara.

    Oooppsss....aku dah lewat rasanya, aku promise nak berjemaah Maghrib kat sana, tetapi pada waktu nihh.. aku still kat depan pc update blog nihh..







Purbe | 6:22 PM |

    Tertinggal Kunci...

    Sekarang terasa ramai pula orang kat rumah aku, mana tidaknya member-member sekampung aku datang melepak dekat rumah coz dia orang ada project dekat area rumah aku nihh. Kalau terlewat bangun sure kena tunggu turn untuk mandi-manda, dan kemudian breakfast.

    Pagi tadi kunci kereta dia orang tertinggal kat kat dalam kereta, so masing-masing pening memikirkan macamana, kalau kereta proton tuu.. aku tahu sesangat macamana nak buka pintu tanpa kunci, so aku biarkan dia orang berusaha dahulu, at last bila masing-masing dah mengalah barulah aku menggunakan skil aku pula. Alhamdulillah aku berjaya so.. dia orang pun happy. Dalam masa yang sama aku megajar dia orang macamana caranya, tak perlukan bersusah payah cuma gunakan ruler aja.

    Malam semalam kawan aku bercerita pasal kunci kereta juga, cerita ini kelakar sikit,ahaks. bos tempat kerja dia tertinggal kunci kereta kat dalam bonet belakang wira , so dah abis keje n time nak balik tuu si bos nii.. suruh one of the staff tuu hantar dia balik untuk ambil kunci spare. So sebelum balik tuu.. dia orang pergi sekali lagi periksa kereta tuu.. rupa-rupanya pintu kereta tuu.. tak berkunci, so.. si bos still berfikir macamana nak dapatkan kunci kereta kat dalam bonet kereta tuu.. maybe si bos nii jadi gelabah coz kunci kat dalam kereta tu.. dan si bos nii bagi idea kat staff yang nak hantar dia tuu.. si bos plan nak buka seat belakang kereta tuu untuk ambil kunci yang berada kat dalam bonet kereta tuu.. tanpa di sedarinya ada jalan yang lagi mudah untuk membuka bonet tuu... ahaks.. kalau dalam situasi kelam kabut manusia tidak dapat berfikir dengan sewarasnya, walaupun dah berada kat dalam kereta tetapi dia terlupa akan button sebelah driver seat tuu..

    Bila aja mengingati kembali cerita tuuu... member aku nihh cakap satu opis gelak dengan idea bos dia yang kelakar tuuu..







Purbe | 1:58 PM | Wednesday, January 14, 2004

    I'm so Lucky Today....

    Aku cukup.. cukup.. cukup.. bernasib baik hari ini, I'm feel so lucky today kerana tak ada apa-apa terjadi pada aku pagi tadi. Mungkin aku tidak prihatin dengan keselamatan diri aku dan sebab itulah pekara seumpama itu berlaku. Aku sesekali tak ingin pekara itu berlaku sekali lagi, mungkin pada masa itu fikiran aku melayang entah kemana-mana dan tak berada di dunia nyata.

    Pagi tadi aku kena attend kat tempat customer aku, aku kena buat sesuatu untuk membuktikan system dia orang yang down itu bukannya di sebabkan oleh equipment aku. Bila semuanya dah disahkan salah STMB aku berasa lega and happy kerana kerja aku dah siap. Last minutes masa aku hampir-hampir nak balik, customer aku minta tolong pulak pasang Apc Ups untuk backup dia orang punya TDC. Bila semuanya selesai ,last sekali dia orang suruh aku buang pula power cable kat dalam rack tuu... coz dah tak digunakan lagi. Aku dengan slamber aja minta pisau dari dia orang dan terus aja memotong power cable tuuu...

    Tetiba.. keboom.. power cable tuu meletup berapi-rapi, aku gak tergezut.. tetapi semua orang kat dalam bilik itu lagi tergezut, semua orang memandang aku dan bertanya kan " 're u ok..... 're u ok " aku diam diri aja coz perasaa tergezut masih melekat lagi pada diri aku , tak lama lepas tu baru aku bagi tahu dia orang yang aku OK. Baru aku teringat rupa-rupanya cable tuuu still ada power lagi.. fuuuhhh selamat nyawa aku pagi-pagi nihh.. Aku tak mengalami apa-apa kecederaan lansung, cuma dia orang aja lebih-lebih nak ambil tahu pasal aku. Aku teruskan apa yang aku buat tadi seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aku cool sepenuhnya, walaupun satu plant tuu dah takde electric coz kejadian tuu... dia orang ada electrical guy so.. bebudak electrical tuu ajer yang bakal soft pasal takde power untuk plant tu.

    Aku bersyukur pada ilahi aku masih lagi mempunyai nyawa ini, aku belum lagi bersedia untuk kembali padanya lagi, bekalan aku masih tak mencukupi untuk menjamin kehidupan yang abadi di kebangkitan kali ke dua nanti.








Purbe | 3:46 PM | Tuesday, January 13, 2004

    Kadangkala Minda Memikirkannya...

    Kadangkala kita luahkan apa yang tertanam di benak kita tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Keindahan dunia ciptaan tuhan seringkali membuatkan kita terleka dan asyik di dunia ciptaan sendiri. Kita seringkali menyalahkan orang lain di atas sebab tertentu dan kita sering merasakan diri kita sentiasa betul sepanjang masa, tanpa kita menyelami hati dan perasaan orang lain. Apakah hanya anggapan hati aku sahaja yang betul tanpa membiarkan orang lain menilai diriku. Apakah aku menganggap diriku cukup perfect untuk mengeluarkan kata-kata hati aku ke alam reality.

    Adakah aku patut judge seseorang mengikut dari pandangan hati dan perasaan aku sahaja tanpa meminta pandangan orang lain. Yang pasti sesetengah part dalam life aku ini tak dapat di kongsikan dengan orang lain kecuali hatiku aja. Aku tak pernah medendam rasa, aku bukan insan pedendam yang kadangkala membara. Aku cuma insan sepi yang tak mempunyai sesiapa yang memahami hati dan perasaan ku ini.
    Aku berlagak riang di zahirnya namun di batinnya hanya tuhan aja yang tahu. Kadangkala hati ku terjerit-jerit akan sesuatu yang aku tak dapat mencapainya. Aku melayari hidupku sendirian tak kala aku di duga dengan bebanan yang tak patut aku tanggung berseorangan.

    Mungkinkah aku akan teruskan tradisi tahun-tahun yang lalu hidup sendiran takala rakan-rakan serumah aku semakin hari semakin dekat dengan hari-hari bahagia mereka.
    Adakah aku patut menerima pertolongan sahabat-sahabat aku untuk saat-saat bahagia aku or adakah aku patut kekal kan life aku sebegini, freedom atas apa sahaja.

    Kenapa terlalu banyak persoalan bermain di minda aku sejak akhir-akhir ini, mungkinkah tahun 2004 ini tahun untuk aku bertanyakan apa yang masih aku kekurangan dalam life aku ini...?? Apakah harus aku tamatkan zaman bujang aku pada tahun ini..??
    Tetapi persoalannya macamana dan siapa...???

    Aku STOP di sini coz aku sudah pening memikirkan segala-galanya, tahun ini soalan CEPU EMAS belum lagi ada di kamus diari hidup aku ini.









Purbe | 7:30 PM |

    Yume Wo Akiramenaide...

    Oohh.. sahabatku yang pernah mengalami keduakaan yang lebih parah daripada imbasan kekecewaan aku semalam, aku memintaan maaf coz coretan aku membuatkan kau mengigati kembali saat-saat pilu kau. Aku memahami perasaan terkecewa kau pada masa itu dan aku minta maaf kerana tak membalas SMS kau. Aku simpati dengan apa yang telah kau lalui, sahabatku selagi kita bergelar insan di bumi ini selagi itulah diri kita akan diuji dengan pelbagai kekecewaan dan dugaan, mungkin tuhan ingin menduga akan kesabaran kita sebagai hambanya. Sedarlah sahabatku usaha yang murni tak semestinya mendapat kejayaan yang kita inginkan kalau kita cepat mengalah dengan segala rintangan yang memeritkan.

    Sebenarnya aku sibuk semalaman, aku sibuk dengan seseorang yang aku rasakan serasi dengan jiwa aku. Aku sibuk dengan kawan-kawan yang datang melepak di rumahku dan yang nun jauh dari rumahku ini.

    Ingatlah sahabatku.. saat-saat indah kadangkala suram datang dan pergi umpama pasang surutnya air laut. Tidak ada manusia yang sentiasa berada didalam kegembiraan sepenuhnya dan selamanya, hadapilah segala rintangan itu dengan mengigati tuhan wahai sahabatku. Aku tahu dirimu tabah selama ini menghadapi sisa-sisa hidup ini, kuatkan iman sahabatku dekatkan diri pada tuhan insyaaallah semuanya akan pergi dengan begitu tenang sekali.







Purbe | 1:03 PM | Monday, January 12, 2004

    Fishing , Boat & Friends...

    Memancing... best juga kalau luangkan sedikit masa untuk aktiviti macam nihh.. aku cuma suka-suka aja memancing tetapi tak lahh sampai ke tahap gila memancing. Hidup aku simple aje kalau ada aku buat n kalau sebaliknya aku tak kisah. Sudah lama aku tak melakukan aktiviti berjemur panas dan tunggu ikan memakan umpan kat kail.

    Aku call kenalan yang juga merupakan angota GJ Sarjen Hasan (SH), so SH jemput aku join dia gii memancing so.. aku pun cakap ok dan boleh aja. Pada pagi sabtu 10 Januari 2004 aku tunggu SH di tempat yang di janjikan berdekatan dengan rumah aku. Sebelum ini aku kenal SH cuma kat forum GJ aje, aku belum lagi pernah berjumpa faca 2 face, so pagi tuu aku menunggu SH pada pukul 6.45 pagi, aku cuma di beri no kereta n color kereta SH aja. Housemate aku Atan pun ikut sekali dalam aktiviti kali ini, dia terpaksa ponteng kerja coz aku terlewat inform pada dia. Rasanya bukan salah aku tapi salah pencuri tu yang mencuri handphone aku tuu. Kalau aku ada kuasa menyumpah so aku dah sumpah pencuri tu jadi katak, baru padan muka dia.

    Kenapa aku selalu aja teringat nak menyumpah orang yang aku tak suka jadi katak. Kalau iapun aku ada kuasa menyumpah tu surelah bersepah-sepah katak kat Malaysia nihh.. Kadangkala aku terlebih cool hinggakan ada orang yang sakit hati dengan sikap aku yang macam tu. Kenapa kalau jadi terlalu baik or lembut hati sesangat orang mengtakan kita bodoh. Adakah dia orang memahami perasaan kita yang sepi itu atau sekadar mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan sedalam-dalamnya. Adakah apabila sudah pergi dan hilang itu kan kembali dengan hanya memperbesarkan sesuatu itu.

    Aku pernah mengalami pemberian perasaan tulus iklas dari aku tidak di hargai. Aku bukannya inginkan apa-apa cuma ucapan terima kasih, itu aja. Kenapa dikau berterimakasih selepas beberapa hari menerima pemberian dari aku. Kenapa setibanya present dari aku dikau tak boleh call aku ucapkan thanx. Aku tahu pemberian yang aku bagi tak seberapa bagi engkau. Dikau tahu setiap minit aku menanti dan akhirnya aku menegurnya dan bertanyakan tentang present itu barulah engkau mengucapkan terima kasih pada aku. Hingga kini aku masih tak dapat hendak melupakan sikap engkau yang sedemikian rupa. Aku dah buang sejauh-jauhnya harsat hati aku engkau, aku sudah memadamkan diri engaku dari kamus hidup aku. Pada tahun ini tahun 2004 diari hidup aku baru bermula, aku tak ingin lagi mengharapkan sesiapa. Aku dah bosan di perbodohkan hanya kerana terpaut di dahan yang rapuh.

    Aku tahu engkau menunggu seseorang yang tak pasti hingga kini, sebenarnya aku di beri pengharapan oleh sahabat engkau untuk terus mencuba. Walaupun segalanya kekaburan namun aku beranikan diri aku untuk terus mencuba, aku tahu risikonya terlalu tinggi, aku tak kisah dengan penolakan dikau, lagi pun pada masa itu aku cuma inginkan seseorang yang aku boleh percayai. Hati aku terluka bukan kerana diri aku tak diberi peluang oleh engkau tetapi kerana diri engkau tidak cuba untuk mengucapkan dengan ucapan TERIMA KASIH sebelum aku perlu menyapa engkau terlebih dahulu. Aku tak sesekali menyangka perasaan terkecewa dengan sikap engkau itu masih lagi terlekat di hati aku ini, walaupun aku dah tak pernah berangan lagi untuk berkawan dengan diri engkau. Aku kecewa dengan sikap engkau yang tak pernah memikirkan perasaan orang lain. Dalam beberapa hari itu aku jadi pengharap pada ucapan TERIMA KASIH. Kenapa.... kenapa , KENAPAAAAAAaaaa....

    Anyway terima kasih kepada engkau yang sanggup mengenali diri aku ini sebelum ini, tetapi kini engkau sudah tak mengenali diri aku lagi... Aku tahu kau gemar berbicara tetapi bukannya bersama aku , kau tetap menyombong dan menjauh diri aku ini. Aku mempunyai kawan-kawan yang bergelar sahabat, namun kau tidak mungkin menjadi seperti mereka-mereka yang aku anggap sahabat. Aku harap dikau bahagia dengan matlamat engkau yang sesuci embun pagi itu.. Aku berdoa agar penantian kau membuahkan hasilnya. Aku tak layak bagi engkau.. dan hati aku jua terkecewa dengan sikap acuh tak acuh diri kau pada masa lalu terhadap diriku.


    OOoopsss.. aku dah melalut ke tempat lain sekali lagi, adakah aku tengah mabuk laut lagii.. ohhh.. tidak tidak aku belum pernah lagi mabuk laut walaupun ianya dihalalkan. Kemana melencongnya perasaan aku jap tadi, kenapa aku tetiba aja tersasul hinggakan mengigati perasaan terkecewa. Apa yang sudah merasuk perasaan aku sekejap tadi, adakah kerana aku terlalu taksub dengan novel-novel cinta. Adakah cerita percintaan Alia & Syahzan telah menyusub ke sanubari dan minda aku ini. Aaahhh... tidak tidak hidup aku bukanya seperti mereka walaupun betapa beratnya derita di akhirnya mereka bahagia bersama. Hidup mereka hanya di dunia coretan dan hidup aku dia alam yang nyata yang tiada kepastian di pegakhirannya.

    Jalan cerita sebenar mengenai pengalaman aku memancing pada awal tahun ini, so aku teruskan dengan cerita seterusnya. Aku , Atan , SH n Oldman sampai dekat pantai merdeka pada pukul 8.30 pagi, so bila semuanya dah sampai we'll pun mula bergerak kedestinasinya. Aku n Atan tak sabar-sabar nak mendapat ikan, semuanya 9 orang rombongan we'll tuu termasuk tekong bot. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke lokasinya. Cuaca tak lah panas sangat di waktu pagi tu, bot berlabuh berdekatan pulau bidan so.. semua orang pun mencuba lah nasib masing-masing. Aku orang kedua yang dapat ikan fuhhhh.. lega rasanya aku dah dapat ikan sudah sekian lama aku tak menyentuh fishing rod aku tuu. Pada mulanya best aja kat situ selalu jugak dapat ikan.

    Ikan tak selalunya ada di satu tempat aje so.. we'll pun berpindah ke lokasi lain pula berdekatan dengan pulau telur, semua orang sibuk-sibuk mencuba nasib di sini pula. dapat lahh juga ikan so bila hasil tangkapan mulai berkurangan we'll pundah pulak berhampiran dengan pulau batu, ada juga tangkapan tapi menurut SH trip kali ini ikan tak banyak sangat tak macam dulu tuu.. So we'll selalu pindah ke sana-sini untuk mencari lubuk ikan, bila dah pukul 3 lebih mata aku dah mula nak tertutup coz semalam aku tidor pukul 3 pagi coz membaca buku. Aku letih dan aku tak tahan dengan cuaca matahari yang terlalu terik pada masa itu. So.. aku berehat aje kat bawah bumbung bot itu untuk mencari stimina kembali.

    Berkali kali kepala aku terantuk pada bumbung bot itu kerana kadangkala ombak menghayunkan bot kami, aku dapat rasakan kepala dan dahi aku benjol-benjol. Dahi aku terasa sakit semacam aje , pedih-pedih gitu tetapi aku buat slmber ajer coz aku nak sambung memancing ikan lagi. Pelbagai jenis ikan yang we'll dapat pelbagai warna, ada yang kaler biru, kuning, merah, silver dan bermacam-macam lagi. Ada ikan kerapu , ikan cak rumah dan bermacam-macam jenis ikan lagi yang aku tak tahu namanya. Semua jenis ikan we'll ambil tak kisah yang hodoh ker, yang cantik ker, yang besar mahupun kecil janji ikan so semuanya di masukan didalam ice box. bagi aku ini merupakan kali kedua aku memancing kat atas bot. Dulu-dulu ex-bos aku bawa gii memancing laut dalam, pada masa itu musim tenggiri so dia orang dapat tenggiri yang besar-besar tetapi rod aku tak layak untuk memancing tenggiri tu. Pada masa tuu aku cuma guna apollo untuk menangkap ikan kecil sebagai umpan tenggiri.

    Kali ini aku bersedia dengan ikan tenggiri sebesar dahulu tuu kalau ada lahh, aku teringin sesekali untuk melawan ikan yang besar-besar tetapi pada hari tuu tak sesiapa pun yang dapat mengangkat ikan yang boleh di anggapkan sebagai besar. Semuanya cuma saiz biasa-biasa aje, mungkin time we'll gii nie tak banyak ikan yang bermain or bergelegar di kawasan tuu. Namun aku tetap berpuas hati dengan hasil tangkapan pada hari tuu.. lebih banyak daripada memancing di tepian pantai dan cuma mendapat ikan gelama aje, aku berjaya juga menaikan kerapu yang mana sebelum ini aku tak pernah lagi berpeluang untuk mendapatkannya.

    Pukul 5.00 petang we'll pun bergerak kembali ke pantai merdeka, ianya mengambil masa sejam juga untuk sampai ke daratan. Team leader tak berpuas hati dengan tangkapan kali ini yang tak sampai setengah ice box bersaiz satu meter tuu.. dia orang bagi tahu trip sebelum ini dia orang dapat hasil tangkapan sebanyak 2 peti ice box sebesar itu. So we'll pun plan sekali lagi lepas raya nanti untuk mencuba nasib di lautan yang luas. Aku ok ajer, best jugak sekali sekala gii trip yang macam nihh.. aku dapat lupakan segala masaalah semasa kat atas bot tu. Fikiran menjadi tenang apabila di kelilingi oleh laut yang luas terbentang. Aku ingin pergi lagi walaupun kulit aku terbakar dek kepanasan cahaya matahari.

    Kawan-kawan aku dekat rumah sewa dah tersedia menanti untuk memasak ikan yang di perolehi, dia orang makan nasi pada pukul 11.30 malam dengan berlaukan hasil tangkapan yang dibahagi-bahagikan sama rata sebelum ini, rasanya 40 ekor ikan semuanya yang aku n Atan bawa balik. riuh rendah rumah aku di malam tuu.. yang lain asyik bertanyakan mengenai trip kami itu. Rupa-rupanya dahi aku berdarah tanpa aku sedari semasa kat atas bot tadi, mungkin kerana aku menggunakan topi yang tebal so aliran darah itu berhenti dengan sendirinya. Satu pengalaman yang memang mengembirakan aku da Atan, we'll tak sabar-sabar untuk menunggu trip sekali lagi.






Purbe | 8:28 PM | Sunday, January 11, 2004

    Berbicara..

    Aku senang bebicara dengan sahabat-sahabat aku, aku menghargai persahabatan yang sahabat-sahabat tunjukan tunjukan pada aku. Semalam aku berberbicara dengan teman baru, aku rasa sungguh selesa berbicara dengannya, aku tidak kekeringan gusi dibuatnya, dia pandai berkata-kata dan beramah mesra. Kadangkala aku ketawa bila tiba satu bab tuuu.....

    Ahaks.. kelakar rasanya bila mengimbas kembali masa-masa itu hati aku macam ketawa sendirian hehehhehe.... Semalaman aku membaca Novel Bicara Hati hingga sampai ke pengakhirannya. Aku begitu asyik higgakan aku turut melayan perasaan aku dan mengambarkan suasana di dalam cerita itu di dalam minda aku. Kadang-kala aku tersenyum sendiran dan bila aja hampir-hampir dengan pengakhiran cerita itu , aku menjadi begitu hinggakan sedih terikut-rikut sekali dengan jalan cerita novel tu. Aku simpati dengan keadan diri Alia yang tak habis-habis dirundung malang, aku simpati dengan nasib Alia yang jatuh kemudian ditimpa tangga. Pelbagai dugaan yang di lalui oleh pasangan itu namun pengakhiranya di penuhi dengan happy ending seperti biasa cerita-cerita melayu. kenapa aku benar-benar terasa seperti menyelami perasaan setiap individu mendalami dan membayangkan perasaan setiap individu di dalam novel itu.

    Aku terlalalu asyik dengan jalan ceritanya hinggakan sampai pada satu bab tu aku terasa seperti bersama-sama berada didalam situasi itu, hinggakan diri aku boleh menghayati senyuman, ketawa tangisan setiap individu itu didalam diri aku . Sejak bila aku menjadi terlalu sensitif denga benda-benda macam nihh... kenapa perasaan aku menjadi begitu mudah terusik dengan penderitaan orang lain yang cuma khayalan seorang penulis dengan cerita-cerita macam nihh... kemanakah ego kelakian aku sebelum nihh.. kenapa aku terlalu taksub dengan jalan ceritanya.

    Besok aku akan bercerita pula mengenai pengalaman memancing aku semalam tuu..






Purbe | 4:00 PM | Friday, January 09, 2004

    Keiklasan...

    Apa itu keiklasan.... apakah diri kita mempunyai keiklasan pada diri sendiri dan juga orang lain..?? Kenapa kadangkala timbul ketidak iklasan di dalam hati kita, mengapa perlu ada kepura-puraan. Adakah keiklasan yang timbul pada diri kita itu kekal abadi selamanya, adakah diri kita mempunyai keiklasan di dalam perhubungan or just untuk maksud tertentu. Semuanya bermain di benak hati ku ini.. kenapa keiklasan diri kita kadang kala di permain-mainkan.

    Apakah keiklasan dan terus terang itu salah dalam kontek kehidupan pada masa ini. Aku pernah di perdayakan kerana keiklasan diri ku, aku macam tak percaya bila diri aku di khianati. Mungkinkah dunia keiklasan semakin lenyap didalam kehidupan yang serba pantas dan advance pada masa kini, atau insan-insan kini tidak lagi memperdulikan makna keiklasan sejati.

    Kadangkala diri aku juga tidak mempunyai keiklasan sepenuhnya, aku tak pasti kenapa ketidak iklasan itu timbul dalam hati aku, mungkin kerana aku terlalu mengikut keegoan diri atau aku sengaja hendak menonjol diri. Aku terlupa yang aku hanyalah hamba yang kerdil di bumi tuhan, aku lupa akan kebesarannya, aku lupa siapa diri aku. Aku sentiasa inginkan kejujuran tetapi kadangkala aku di duga dengan ketidak iklasan orang lain terhadap diri aku. Aku inginkan setiap persahabatan dipenuhi dengan keiklasan dan kejujuran, apakah itu akan pada setiap persahabatan aku..??

    Mangapa kadangkala seseorang insan itu hanya dapat memberi keiklasan pada sesama manusia sahaja tetapi bukannya pada tuhan. Apakah nilai pada manusia berbanding kebesaran TUHAN yang maha esa.

    Aku pernah mempunyai keiklasan pada seseorang tetapi keiklasan aku cuma dibiarkan dan seseorang itu cuma menyepi. Aku amat sesekali mengharap akan sesuatu keajaipan namun keajaipan hanya muncul di dalam mimpi. Aku insan yang berada di alam nyata bukannya alam mimpi, aku perlukan kenyataan dan bukannya igauan. Aku pasrah dengan nasib dan kehidupan aku yang tersepit di antara kehendak diri dan kehendak ilahi. Aku hanya insan yang belum lagi mencapai apa-apa kejayaan abadi....
    Aku hanya sempat menyentuh kejayaan tetapi belum pernah mengecapinya lagi namu ia sudah pergi meninggalkan diri aku di takuk lama lagi.. entah bila aku tak pasti, esok , lusa dan seterusnya....... ia akan kembali...







Purbe | 8:02 PM | Thursday, January 08, 2004

    Hobby Awal Tahun 2004...

    Sekarang ini aku minat pula membaca novel, entah kenapa tak tahu pulak kenapa minat nie tetiba ajer datang dalam kehidupan seharian aku. Aku sekarang tengah membaca novel BICARA HATI ditulis oleh Danya Hanna terbitan Alaf 21.
    Setakat ini jalan cerita novel ini menarik minat aku, memang manarik bagi aku.
    Ada unsur-unsur kelakar, cinta yang berintangan, kawen dulu baru bercinta, dan lain-lain lagi...
    Disini aku paste kan pembukakata novel nihhh..

    Bukan aku pinta untuk jatuh cinta. Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan. Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.

    Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

    Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! jangka waktu yang kita ambil untul menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN. Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.

    Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Mengapa kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan? Jadi.... janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

    Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu.....








Purbe | 4:18 PM |

    Layakah Aku....

    Banyak sesangat aku memikirkan pasal jadi judge untuk pertandingan tuu..
    Adakah diri aku ini layak untuk menilai orang lain..???
    Apakah diri aku ini cukup sempurna untuk menilai kesempurnaan pemberian tuhan..??
    Apakah kecantikan seseorang menjadi ukuran pada kehidupan seseorang..??
    Adakah kesempurnaan luaran cukup bagi kehidupan seseorang insan...??
    Adakah semua yang cantik itu mempunyai hati yang jujur lagi bersih..??
    Adakah kebahagiaan boleh datang cuma dari sifat luaran ajer..??

    Aku jadi bingung bila memikirkan semuanya.., aku bukannya insan bertuah, aku juga tidak tahu dimana terletaknya kebahagiaan diri aku..
    Telah banyak aku mencuba dalam hidup ini dan aku juga terlalai di dalam kehidupan aku yang makin hari semakin dekat dengan alam kekal abadi. Aku masih boleh bersukaria sedangkan usia bumi makin hari makin tua. Aku tenggelam dengan kaasyikan duniawi.. aku terpesona dengan kenyataan yang bersifat sementara dan kadangkala aku terlupa yang kenyataan kekal abadi akan lebih indah lagi jika aku layak untuk menikmatinya, namun sekarang aku tak pasti samada aku ini sebenar-benar hamba tuhan yang layak berada di dalam tempat yang penuh dengan segala kemewahan yang tak terdapat di duniawi. Aku cuma dapat bermimpi tetapi tak dapat untuk mencapainya pada masa ini...

    Disini aku selitkan Ungkapan cerita lama untuk direnung bersama. Diriwayatkan, Saidina Ali Abu Talib ketika memberitahu Ammar Yaasir ada menyebut bahawa kelazatan itu asalnya hina. Kelazatan duniawi ada tujuh macam iaitu makanan, minuman, pakaian, perumahan, bau yang dicuim, suara yang didengar dan bentuk yang dilihat serta wanita yang dinikah.

    Kelazalan yang hina

    Ada pun makanan yang paling lazat ialah madu, pada hal madu itu buatan lebah.
    Minuman paling uatama ialah air sedangkan air mudah dicari.
    Pakaian yang paling baik dan utama ialah sutera, pada hal sutera adalah tenunan ulat.
    Bau yang paling harum ialah kasturi pada hal kasturi daripada darah kijang.
    Suara yang didengar ialah angin dari angkasa manakala bentuk yang dilihat hanyalah khayalan yang akan rosak.
    Wanita yang dinikahi memang cantik apabila berhias, tapi yang paling dikehendaki ialah tempat air kencing, suatu tempat yang buruk.


    Lazimnya kenikmatan dunia ini setelah dirasa akan cepat membosankan dan tidak kekal. Maka kelazatan yang kekal ialah perasaan penuh gembira dengan jiwa yang tenang dan sempurna.

    Maafkan aku kiranya unkapan di atas tidak menyenangkan tetapi aku cuma mencoretkan apa yang diriwayatkan oleh Saidina Ali Abu Talib. untuk tatapan bersama.






Purbe | 2:24 PM |

    Aku Dapat Jemputan Lagi...

    Kelakar.. cuma aku dengan officemate aku aja dapat jemputan dinner pada hujung bulan nanti after Chinese New Year. Yang kelakarnya jemputan dari client company aku, hehhehe.. aku dengan officemate aku di jemput juga jadi pengadil ratu cantik untuk factory tuu.. Macamana dia orang boleh terfikir suruh we'll jadi pengadil untuk pertandingan tuu pula.. ahaks..

    Aku bukannya tahu apa-apa pun pasal ratu-ratu cantik nihhh.. dan aku bukannya tahu sesangat macamana nak mengadilinya, aku cuma tahu kalau nengok seseorang itu cantik pada paras rupa so cantik lahh kot itu aja yang aku tahu, hmmm.. pasal body nak kena ambil tahu juga ker, iskk.. iskk.. susah rasanya nak mengagak macamana body nampak cantik, or yang menguirkan tuu rasa cantik lahh kot yerrkk..
    Macamana pula kalau muka nampak cantik tetapi body sebaliknya..
    Macamana kalau body fuuuhhh.. menggoda habis tetapi muka sebaliknya...
    Macamana kalau aku nampak cantik tetapi orang lain sebaliknya....
    Macamana kalau muka n body ok tetapi pakaian tak bersesuaian dengan empunya diri.
    Macamana kalau peserta itu nampak cantik segala-galanya tetapi tak cukup pada ketinggian..

    Dia orang yang jemput we'll tuu pula tak bagi tahu macamana sistem permarkahan akan di buat... just jemputan macam tuu ajer..
    Susah-susah maybe memeningkan kepala... or aku tarik diri ajer.. senang tak payah nak fikir panjang-panjang, tetapi pengalaman macam nihhh.. bukannya selalu-selalu datang kan..













Purbe | 1:25 PM |

    Dinner...

    Semalam Dinner kat Thai restoran, kat situ dia tulis halal n workers dia ada bebudak melayu. Tak banyak hidangan sesangat lebih kurang 5 jenis ajer, aku suka ikan masak masam-masam manis tu dengan udang goreng rempah. Boleh tahan juga masakan kat situ tetapi aku tak boleh seceria mana coz..

    Aku satu-satunya berbangsa melayu di dalam dinner tu..
    Dia orang suka cakap bahasa ibunda dia orang berbanding omputeh, so.. benda yang aku paham hanyalah sikit sikit ajer dan selebihnya aku main agak-agak aje apa yang dia orang bualkan.
    Bila aja sampai satu ketika tuu.. dia orang semua cakap omputeh so.. aku boleh lah juga ketawa n berbual bersama-sama dan lepas tu dia orang berbalik pada bahasa ibunda dia orang balik. Aku bossan dengan kalau jemputan dinner macam nihhh.... macam tak nak join ajer tetapi dia orang pula asyik.. bertanyakan aku.. keberatan juga aku nak menolak pelawaan dia orang coz dia orang memang harap aku dapat hadirinya..
    Aku sudah bossan dengan benda-benda yang aku tak faham...







Purbe | 12:19 PM | Wednesday, January 07, 2004

    Take Over..

    Pada waktu pagi aku sangat sibuk dengan site visit, petang pula aku testing software seperti PC Anywhere , Virtual PC dan NetOP. Aku prefer netOP coz ianya lebih smooth lagi berbanding yang lain tuu.., tetapi kekadang tuu tersangkut sangkut juga coz internet line kekadang slow kekadang laju. Dengan adanya software macam nii.. aku boleh take over PC or Server client aku tanpa perlu menghadiri di tempatnya, boleh save masa n money, dan yang penting company boleh dapat untung so aku boleh dapat bonus, petang nihh.. aku asyik buat testing software ajerr.. kekadang sempat jugak berborak dengan kawan-kawan aku kat net nihh..

    Jap tadi CM bagi tahu P-Nut
    ulas drama semalam, best jugak ulasan dia tuu.. cuba-cuba lah korang menjenguk.
    Aku ada dinner jap lagii..








Purbe | 6:36 PM |

    Catatan Holiday Aku pada Saturday 3rd January'04

    Hari nie aku bawa member aku gii IKEA, seingat aku nak gii ke tempat baru buka kat sebelah IKEA tu tetapi memandangkan, peserta-peserta rombongan aku dah kelaparan so aku pun censel lahh niat aku tuu.., aku bawa dia orang gii makan lepas tu gii sunway priramid , bila semuanya tenaga dah hampir flat so.. we'll pun balik lahh. Selepas tu aku bawa member aku jalan-jalan kat pertama complek n pasar malam jalan TAR.










Purbe | 6:16 PM | Tuesday, January 06, 2004

    Catatan pada Sunday 04 January'04

    Bangun hampir tengahari coz aku tidur di awal pagi pada hari yang sama, skip breakfast as usual, melepak dalam bilik kejap lepas tu baru lah aturkan perjalanan seterusnya. Aku dah berjanji dengan sahabat baik aku KOJACK untuk gii kat rumah baru dia.

    Aku berkawan dengan Kojack sejak dari kecil lagi hinggalah selama-lamanya. Aku panggik Kojack or Jack aje kat member aku nihh.. jauh benar dari nama sebenarnya. Wife dia pun tahu we'll member-member sekampung panggil Kojack kat hubby dia. Aku dah lama kenal wife dia sebelum dia kawen lagi masa tu dia orang still belajar kat UKM. Aku dah membantu Kojack di masa percintaan dia, aku jadi pengapit dia di Kedah n Johor, aku jadi driver bawa rombongan pengantin ke Johor.
    Macam-macam lagi aku jadi untuk dia.. hehhee.. best friend tak ternilai dengan wang ringgit.

    Sudah beberapa tahun aku tak gii umah Kojack, seingat aku dulu-dulu ajer masa aku tengah di lamun perasaan jiwang, aku bawa si x dia gii rumah Kojack. Selepas tu aku dah tak pernah pergi lansung or jumpa Kojack di KL or Kelang. Kini aku baru menjejak kaki kembali di rumah Kojack itupun setelah di pujuk rayu. Hehehhehe... sebenarnya aku malu kat wife sahabat aku niihh n segan nak menganggu sahabat aku.
    Aku bukannya menyombong tetapi tak nak menaganggu ketenteraman orang lain, aku rela bersusah asalkan tak ganggu orang lain. Itu prinsip aku.

    Wahhhh.. rumah Kojack kali ini lebih besar lagi dari dulu, dedulu menyewa tetapi kini dah mempunyai rumah sendiri. Aku jumpa Along, dah lama aku tak nengok Along, sekarang nie Along dah besar panjang dan dah jadi anak dara, tertawan pula aku nengok Along nihh, senyum dia nampak cukup manis sekali, hehhehe.. aku takde niat lain tetapi cuma memberi pendapat aku dari pemikiran aku sebagai seorang lelaki yang matang. Along memang menawan...... aaargghhh..
    bukan aku aja yang tertawan bahkan Art juga.

    Aku cuma pernah jumpa Along sekali aje masa 6 or 7 tahun yang lalu, masa tu aku jadi pengapit Kojack dan Along jadi pengapit Wife Kojack (Rashidah), aku pernah di pergu-pergukan pada masa tuu.. hahhahaaa.. mengimbas kenangan lama, tetapi dalam hati aku pada masa tu cuma ada si dia, lagipun muka Along masih lagi macam kebudak-budakan pada masa tuu.. Tetapi sekarang wajah Along dah totally difference, Along mempunyai wajah yang nampak ceria dan sejuk aja hati memandang, ketinggiannya pula membuatkan dia nampak begitu bergaya dengan apa aja yang dia pakainya

    Aku cuma menceritakan tak lebih dari itu, perasaan aku still macam biasa belum bisa terusik lagi dengan sifat luaran. Harapan..!! aku tak berani untuk menaruh apa-apa harapan coz harapan selalu aja mengecewakan aku. Mungkin diri aku tak sesuai untuk di sayangi dan di cintai, aku tak punyai apa-apa yang dapat membuatkan seseorang kaum hawa boleh tertawan pada aku. Aku tak mempunyai kretirea-kretirea yang di punyai oleh lelaki-lelaki penawan yang lain coz aku tak di anugerahkan tuhan dengan semua-semua tu. Aku hanya insan yang serba kekurangan yang tak mempunyai perjuangan untuk di perjuangkan.

    Kekadang kala perasan sayu datang di mindaku, perasaan inginkan mempunyai teman berkasih samada bergelar isteri or girlfriend. Bila perasaan sebegitu muncul pastinya aku akan terdiam diri memikirkan kebahagian orang lain sedangkan aku cuma jadi pemerhati yang tak dapat mengecapi nikmat-nikmat itu pada masa ini. Aku terbayangkan betapa indahnya hidup mereka bila bersama dan aku terbayangkan lagi beberapa lagi pekara yang membahagiakan. Sedih memikirkan nasib aku yang bersendirian entah sampai bila aku aku akan sebegini.

    Aku tak boleh memaksa perasaan aku dan aku jua tak boleh memaksa perassaan orang lain. Aku bukannya seorang Raja seperti kisah zaman silam, dapat semuanya yang di hajati.
    Aku bukannya superstar barat yang digilai oleh ramai peminat yang sanggup berbuat apa sahaja. Tetapi aku cuma insan di bumi tuhan yang serba keurangan.

    O.K sambuang balik cerita aku kat rumah Kojack, aku melepak kat rumah Kojack hinggalah kemalam, terlalu banyak pekara yang nak dibualkan. Kojack n family bawa aku n Art dinner kat kedai tomyam jalan nak gii Port Klang. Kat situ aku n Kojack sambung lagi berborak higgakan wife gii tahu we'll yang Kojack nihh kalau jumpa kawan-kawan ketawa sampai tak ingat dunia, mana tidaknya member aku Kojack niihh.. ketawa cukup kuat n siap ketuk-ketuk meja lagi. Aku dah biasa dengan sifat sahabat-sahabat aku yang sebegitu.

    Macam-macam cerita yang nak di bualkan tetapi aku dah kesuntukan masa sebab aku perlu jumpa cousin aku kat Seksyen 7 Shah Alam, tak banyak benda yang menarik untuk dibualkan selain membaca majalah ,so pada malam tuu aku tidur aje kat rumah sewa cousin aku.

    Art dah mula jatuh cinta dengan kehidupan kat ibukota yang penuh dengan pelbagai dugaan dan pencaroba.








Purbe | 6:38 PM |

    Keceriaan...

    Aku rasa bertuah mempunyai kenalan yang boleh di kategorikan sebagai sahabat-sahabat aku . Aku pertama kali jumpa Din, aku jumpa Mek 2 , aku jupa Own, aku jumpa Eina, aku jumpa Kojack anak dia, wife dia , anak sedara wife dia Along (cun jugak Along nihh), aku jumpa Jue, Aku jumpa cousin aku Amy, dan ada a few person lagi yang tak seberapa penting, aku jumpa Ustazah Zura n kawan dia yang aku terlupa namanya.

    Betul-betul advanture percutian aku kali ini, si meroon di kudakan habis habisan kesana kesini. Tetapi yang penting aku mempunyai memori yang indah bersama sahabat-sahabatku. Lupa nak gii tahu yang aku ke ke Ibukota dengan member aku Art, dia ikut aje kemana aku pergi kecuali malam New Year. Konon-kononya aku nak jadikan dia sebagai 2nd driver lah but at last aku juga yang jadi dua dua..., member aku si Art nihh.. tak banyak songeh. Aku kata A so dia pun kata A , aku kata B so dia pun B jugak. Kekadang tu aku ikut juga cakap dia, aku kesian kat dia coz tak pernah gii Putrajaya so aku bawalah dia gii kat sana semalam tuu.. di waktu panas terik. Tercapai juga cita-cita dia nak nengok Puterajaya.

    Semalam aku gii hantar cousin aku Amy kat tempat interview di Setiawangsa. Fuuhhh.. dulu-dulu masa aku selalu gii situ tak lahhh.. sibok sesangat macam sekarang nihh... semalam nak dapat parking pun teramat susah sekali so aku tinggalkan aja cousin aku kat situ n teruskan perjalanan aku.

    Selepas hal-hal dengan cousin aku selesai aku, gii pula jumpa Jue kat kat office dia. Dia macam biasa ajer, aku ajer yang lebih-lebih buat office dia macam office aku sendiri, hehhehee...
    tolong dia install CD-Writer n lepas tu aku masuk kat net baca jernal-jernal member aku. Opppsss... lupa plak aku, semalam aku janji nak buat laman web untuk company dia. Bila yerk.. aku nak memulakannya n di mana yerk. Aku dengan Jue cuma best friend coz boleh saling tolong menolong. Pada pendapat aku kita tak patut cuma bersahabat dengan spesis yang sama ajer, takbermakna berkawan dengan perempuan maka kita kena bercinta. Aku suka berkawan dengan semua orang yang memahami akan diri aku. Jue mingkin akan berkahwin dalam tahun ini, aku berharap aku still boleh bersahabat dengan Jue seperti sediakala kalau takde halangan dari hubby dia.

    Dah 6 hari aku berada di KL, aku dah muak dengan MId Valley, aku bossan dengan kesesakan jalanraya, tetapi aku suka berada di sana. Member aku Art bercadang untuk bekerja di sekitar ibukota, dia nak menikmati pengalaman bekerja dan tinggal di ibukota. Akhirnya jam 6 petang aku memulakan perjalanan kembali ke utara tanah air.










Purbe | 2:36 PM |

    Memori Di Masa Aku Di Dalam Percutian...

    Semalam aku masih lagi bercuti or dalam ertikata yang lain ponteng keje. Fuuhhh.. fenat n letih aku bercuti kali ini, masa digunakan sepenuhnya siang dan malam. Waktu tidur cuma lebih kurang 4 or 5 jam ajer, makan tak tentu masa.

    Anyway... ada kedukaan juga di sebalik kegembiraan, kedukaan di awal tahun yang tak mungkin aku dapat lupakan, biarlah ianya menjadi memori or pengajaran di dalam hidup aku ini supaya aku lebih berhati-hati lagi di masa depan.
    Itu bukan yang ku pinta tetapi, penyamun tuu yang tak bertimbang rasa. Segalanya aku berserah aja pada yang maha Esa, mungkin itu rezeki mereka yang bergelar pencuri.

    Aku juga tak boleh nak katakan tahun 2004 nihh.. tahun yang malang bagi aku coz cuma satu kejadian aja yang berlaku, sedangkan masih lagi terdapat beratus-ratus hari lagi yang aku tak tahu samada ianya bakal memberi beribu jenis kebaikan or macamana. Orang selalu berkata di sebalik se suatu kejadian tu ada hikmah di sebaliknya. Iyer.. aku rasa hikmahnya aku kena beli yang baru. Mungkin tuhan sengaja menduga aku or ingin menyedarkan aku coz aku selalu aje lewat menunaikan solat di masa bercuti nihh..
    Anyway aku bersyukur pada ilahi di atas kelancaran perjalanan aku pergi dan balik, Alhamdulillah. Aminnn....






Purbe | 1:29 PM | Friday, January 02, 2004

    Bye-Bye 2003 And Welcome 2004

    New year, new age , same life, gaji tak naik-naik lagi, aku masih bujang bila aja masuk 2004 nihh, new friend, friends forever, new hope, dapat kulit muka yang baru,
    new memory yang akan kekal forever.

    nanti sambung lagi CC dah nak tutup.







Purbe | 12:05 AM |