Sunday, August 29, 2004
    Bercuti Kerja Tetapi Bukan Makan

    Siang malam asyik makan, kenyang n bertambah kenyang, rezeki jangan di tolak so itu lah cogan untuk minggu bercuti nihh.
    Seperti biasa lah pabila sampai KL tempat untuk menginap tak menjadi masalah dan kali ini sekali lagi rumah K.Pnut & Tokey Pajak menjadi pilihan, memang best betul dia orang nihhh.

    Semalam, pepagi tue pabila sampai kat Puduraya aku dengan MJ terus aja ambil LRT ke Dato Keramat ambil kereta (thanx my best best pren for the car) dan kemudian hantar eina n da' geng pergi keja dan kemudian cari port melepak sehingga segala biul n pening-pening lalat coz tak cukup tidur di atas bus dan hari-hari sebelum nie dapat di cover. Pabila sampai aja port melepak we all ambil breakfast dulu dan kemudian baru lah teruskan plan merehatkan badan. Setelah agak berjam-jam tidur di dalam kereta (tengok kat update photo pages nanti) aku bangun dan terus mandi manda untuk feel fresh balik. Time tu masa menunjukkan dah pukul 10am lebih dan rasanya kami agak terlewat untuk temujanji di awal pagi nie (heheheh.. pukul 11 lebih tue kira pagi lahh yer), tak mengapa mungkin saat menunggu tue membuatkan orang berasa lebih tabah lagi dan dapat menguji kesabaran, kan gitu anak murid Cikgu Ali.

    Setelah penat, puas dan bosan sudah bergelegar di dalam KLCC we all keluar dari situ dengan tujuan asal untuk ke Ikea tetapi pabila teringat akan Pika kat hospital so aku memesong pula arah perjalanan dan terus aja menuju ke Klang. Pabila sampai aja kat kelang MJ pula bagi tahu bahawa tempah melawat cuma di buka pada pukul 1430 hingga 1900, oleh kerana masa masih lagi awal so we all singgah kat masjid untuk menunaikan solat yang agak terlewat. Pabila semua orang terasa dah keletihan dan mulut pula menguap tak henti-henti so we all terus aja ke Putrajaya untuk menamat kan sesi berjalan-jalan pada siang hari tue.

    Sesudah sampai ke tempat parking favourite aku kat area rumah KPnut & Tokey Pjak, dengan penuh confident MJ memandu dan park kereta kat situ. Wahhhh... rezeki murah sekali sampai aja rumah dia orang nihh dah ada makan dan minum petang, nie yang best datang rumah KPnut nihhh. Setelah minum makan, berborak menonton, minum makan berborak dan gelak tawa sindir menyindir (lumrah biasa we all pabila berjumpa) datang lah sorang demi sorang geng-geng geju nihh, EP, kemudian Yadzid dan Ruth. Di sebalik keasyikan berborak malam menjelma tanpa di sedari dan sekali lagi macam aku kata tadi rezeki begitu murah sekali setiap kali kunjungan aku bersama dengan diaorang nihh.

    Setelah habis sudah merayau-merayau di Alamada (tujuan asal nak beli gula), belum sempat mesin-mesin di dlam perut nihh berhenti berehat dia orang ajak pula dinner. Sekali lagi we all ke restoran Da' Limau Nipis kat bangi tue. Open table dengan pelbagai jenis masakan (rasanya ada 5-6 jenis menu jugalah). Seperti biasa berborak sambil menjamu selera di selit dengan sindiran sekali sekala hinggakan ada yang menyatakan "macam bunyi cengkerik aja" , sesiapa yang ada kat situ pada masa tue sure faham apa sebenarnya.

    Anyway thanx di ucapkan pada salina coz belanja minum dan abg Tokey Pajak coz belanja makan-makan, sesudah itu majlis pun selesai. Dia orang balik ke rumah masing-masing aku n MJ balik istana hinggap kami di Putrajaya tue. Pabila sampai rumah we all menonton buat seketika dan bila mata dah tak tertahan so sorang demi sorang meminta diri untuk beradu.


Purbe | 1:14 PM | Thursday, August 26, 2004

    Hujan Panas

    Teringat lagi masa aku kecik-kecik, orang selalu berkata hujan panas (hujan di tengah terik matahari) ada orang mati kena bunuh. Hingga sekarang aku masih lagi teringat akan benda-benda yang entah kebenarannya tiada kepastian. Orang tua-tua dedulu suka aja sebut benda pelik-pelik, entah kenapa aku pun kurang pasti. Anyway zaman sudah berubah dan rasanya pada alaf ini pada setiap masa ada aja orang yang di bunuh bukan lagi time hujan panas seperti yang dikatakan. Kekejaman manusia terhadap manusia sudah tak dapat dipisahkan lagi ditambah lagi kita kini berada di ambang pengakhiran zaman nihh.

    Pada aku hujan panas nie tak memberi erti apa-apa sebab semuanya adalah faktor cuaca.Kebelakangan ini hujan dan panas terik saling berganti-ganti, namun ada juga yang merungut akan hujan coz menurut mereka, macam-macam aktiviti tak boleh di lakukan di kala hujan. Di masa panas terik ada juga yang merungut tak tertahan dengan keterikan cahaya matahari dan di dalam hati meminta agar hujan turun untuk merendahkan lagi suhu persekitaran. So.. itulah kita manusia suka meminta tetapi pabila tercapai kita terlupa untuk bersyukur pada Ilahi.

    Sepanjang hari semalam, hujan dan panas saling berganti di dalam perjalanan aku ke negeri Perak. Destinasi aku semalam ialah kawasan perindustrian Jelapang. Kebanyakan orang biasa dengan dengan nama Jelapang, tambah lagi kalau di sebut toll Jelapang. Sure ramai orang tahu akan dah beberapa kali kecelakaan jalanraya berlaku di situ. Toll berantu itu lahh yang selalu driver lorry cakap, ahaks.

    Aku ingatkan senang aja untuk sampai ke Jelapang nihh, so pabila lepas aja toll aku keluar kat Sg.Siput pusing-pusing tak terjumpa juga sign board menunjukkan arah Jelapang. Aku call dia orang tetapi dia orang sendiri pun tak tahu sesangat area tue, hmmm… aku masuk balik ke highway dan dengan confident terus aja ke arah Ipoh. Aku bertambah blur..
    Setelah penat berfikir dan berpusing-pusing so aku terpaksa juga bertanya pada orang. Dengan tue baru lah aku tahu di mana sebenarnya terletak tempat yang di namakan kawasan perindustrian Jelapang nihh. (kalau aku tanya orang awal-awal lagi kan senang tak payah menghabiskan masa dan minyak kereta.) Setelah selesai semua-semua kerja aku kat factory tu rasanya ambil masa 2 jam dan di campur 1 jam menunggu person incharge so lepas tue aku terus aja balik ke Penang.(camna aku boleh terlupa akan lunch).

    Pabila sebut aja Jelapang teringat aku akan jelapang padi yang dedulu sungguh penting pada para petani terutamanya di kawasan kampung aku. Dedulu jelapang padi di rumah atok aku sentiasa ada aja stok yang di simpan namun kini tiada lagi. Jelapang hanya tinggal jelapang sahaja, sudah tiada kegunaannya lagi. Segalanya berubah dengan peredaran zaman, namun yang tetap tak berubah adalah sifat manusia itu sendiri dengan sifat tamak haloba, dengki dan lain-lain lagi yang mengancam sifat nurani kita.



Purbe | 3:58 PM | Monday, August 23, 2004

    Tahniah

    Aku ingin mengucapkan tahniah special edition pada MJ coz akhirnya dia mendapat segulung Ijazah yang di tunggu-tunggunya, lepas nie rasanya dia nak tunggu apa pulak yerks..??

    Sepanjang hujung minggu kali nie cuaca panas terik sekali, sepanjang hari Sabtu tu aku melepak kat dalam bilik n ruang tamu aja menonton tv n belajar benda-benda baru untuk tambah pengetahuan diri aku nihh. Fuhhh... cuaca memang terik sangat sampai tak sanggup aku untuk keluar dari rumah. Pabila keluar dari pintu rumah aja, mata dah jadi pinaw coz cahaya matahari yang terlalu terik (nie belum lagi akhirat). Maybe life di Pulau Mutiara nie di kelilingi oleh laut coz itu lah cuaca menjadi sebegini or kalau tidak pun kerana lapisan ozon dah semakin nipis di sini di atas faktor-faktor kemajuan.

    Hari ke hari makin ramai pula pelancong dari timur tengah yang datang melancong kat Pulau Mutiara nihh. Merata-merata aku dapat nengok dia orang nie bersantai n bershopping. Best kan pabila ada duit untuk melancong merata-merata sambil nengok tempat orang yang belum pernah kita jenguk lagi. Jika mengikut hati, nak aja aku gii jalan-jalan n melihat sesuatu yang baru untuk menambahkan lagi information di dalam kotak memori aku nie tapi apakan daya kemampuan adalah segalanya buat masa ini. Planning ada tapi entah bila nak tertunai...

    Semalam di dalam kebosanan tahap maximum melepak kat rumah so aku n beberapa lagi teman gii Tesco kat SP just nak nengok-nengok aja kat situ coz we all belum pernah gii lagi.
    Entah kenapa tetiba aja aku terkeluar idea untuk ke situ dan malamnya we all makan nasi tomato ayam berempah kat area bandar SP, sedappppppppp taw.

    Pagi tadi aku melepak kat airport coz hantar acu aku gii umrah, macam-macam dia orang pesan kat aku, suruh jaga rumah lahh, itu ini lah jenuh juga aku mengangguk tanda faham n iya. Hahaha.. aku antara anak sedara yang rapat dengan dia n famili dia. Best aja pabila nengok orang pergi umrah nie terasa teringin lahh pula nak pergi.



Purbe | 1:51 PM | Wednesday, August 18, 2004

    Simptom

    Terasa lenguh-lenguh badan, sengal-sengal tulang, malas, mengantuk, sejuk (sebab aircond kuat sangat kat opis hari nie) itu lah yang aku rasakan pada tika dan saat ini. Kenapa... adakah itu simptom-simptom seseorang itu nak demam or nak apa-apa..
    Aduhhh... sekarang nie sakit tengkok lah pulak, kenapa yerks petang-petang nie terasa lain macam aja.

    Kebelakangan nie idea-idea berbisa dah makin berkurangan, mungkin kerana ada pelbagai kerja dan malamnya aku terpengaruh dengan game. Minggu game aku dah berlalu setelah habis kesemuanya aku perjuangkan, rupanya-rupanya pabila main game nihh tanpa di sedari sekejap-sekejap aja masa berlalu dan sekejap-kejap aja hari beransur malam. Segala plan n perancangan tak menjadi kerana terlalu asyik dengan game nihh, hehhehee...

    Aku melepak seharian kat office hari nie dan tak ada kerja langsung yang boleh aku bereskan coz semuanya dah beres hanya besok pagi aja aku agak busy dengan site visit dan jumpa customer. Tolong diaorang buat apa yang patut, pabila diaorang happy so bos aku pun happy, ahaks. Kerja mencari rezeki begitulah agaknya, lainlah kalau bekerja sendiri pabila semuanya berjaya diri sendiri yang happy. Kerja-kerja aku cuma untuk bagi customer-customer company aku happy n berpuas hati aja coz sebab itulah aku di ambil bekerja di sini. Kadangkala terasa agak bosan pabila asyik troubleshoot problem orang aja sehingga ada kalanya aku tak tidur selama 24 jam kerana kesuntukan masa untuk sempurnakan segala amanah kerja aku. Namun keriangan terasa didalam diri pabila semuanya selesai dan berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang problem, lupa sejenak aku pada keletihan time tu.



Purbe | 4:31 PM | Tuesday, August 17, 2004

    Jerebu

    Cuaca sekarang nie dah tak menentu. Hujan, ribut, taufan, panas terik, jerebu datang tak tentu masa. Dulu kat Malaya nie ada jugak musim timur, musim barat tetapi semenjak dua menjak nie keadaan dah tak menentu. Hujan sudah tak dapat diramal macam dedulu lagi. Musim buah pun macam tu jugak, dah kurang bermusim dah. Anytime kita boleh makan buah-buahan bermusim nihhh.

    Namun zaman ini ada satu lagi penambahan daripada faktor cuaca pada alam ini. Pabila mendengar namanya aja hati terasa tak senang, kita berfikir macam-macam yang negatif dan rasanya tak ada yang positif langsung pada nama jerebu nihh. Zaman makin maju dan jerebu pun dah maju seiringan dengan revolusi peredaran zaman, coz itulah senang-senang aja jerebu datang ke negara kita lalu mengganggu pemandangan dan keselesaan penghuni bumi Malaya ini. Ia umpama penjajah yang tak dapat di tangani. Apakah daya kita untuk menghalang ia datang menjajah alam dan persekitaran bumi Malaya ini walaupun jika kita ada kuasa umpama Perdana Menteri sekalipun. Tak logik rasanya jika nak letak giant fan mengubah hala tuju pergerakan angin yang membawa jerebu nihh.

    Kini jerebu makin menjadi-jadi, aku dah bosan dengan keadaan macam nie. Pemandangan aku terhalang untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan terutamanya kala udara nyaman waktu pagi. Kini sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja pemandangan hanya jerebu aja, tika aku di atas Penang Bridge pepagi pun aku tak dapat untuk melihat segenap island, cuma warna kelabu-kelabu aja yang kelihatan . Dedulu iyer, pepagi kita akan nampak kabus dan kesejukan embun pagi begitu nikmat sekali dan coz itu lah juga ada senikata lagi berbunyi "sesuci embun pagi". Embun pagi di kala dedulu memang suci namun pada tika ini embun pagi sudah kehilangan kesuciannya dan kalau ada pun ia sudah di cemari oleh campuran asid-asid yang tak di ketahui.

    Hujan turun tak henti-henti pada hujung minggu lepas, walaupun sekuat mana pun hujan namun jerebu masih lagi menebal. Oksigen-oksigen yang aku hidu tercemar dengan datangnya jerebu-jerebu nihh di tambah pula denga pelepasan sisa-sisa toksik ke udara. Rasanya jika sepanjang masa keadaan berjerebu macam ini ia akan menganggu keseimbangan hayat setiap manusia yang mengalaminya. Zaman sains dan teknologi ini sudah banyak mengurangkan hayat hidup manusia yang menjangkau 90 tahun. Kenapa.? Kenapa manusia pada tika dulu masih lagi gah walaupun usia sudah lanjut..? Fikir-fikirkan lah dan tanya minda sendiri.

    Tika jerebu nihh lahh aku teringat akan suasana harmoni lagi bersih serta nyaman kat kampung halaman dengan pepohon kayu yang menghijau. Teringat juga aku pada dusun buah-buahan kepunyaan arwah abah aku yang sudah lama aku tak menjenguknya di mana tika dulu aku bermain-main di alur-alur yang mengalirkan air yang begitu jernih dan bersih itu. Suasana di sana tetap sama, tiada pencemaran cuma aku aja yang tak dapat untuk meluangkan masa aku menjenguknya. Busy sangat kah diri aku ini...???


    Jerebu di dunia semua orang tahu dan nampak kecuali orang buta mata tetapi bukan buta mata hati or buta huruf. Cina buta, cinta buta dan bermacam-macam lagi buta yang maksudnya tak sama sesama sekali, begitulah juga dengan pengertian antara jerebu di dunia dengan jerebu di dalam diri.

    Jerebu dalam diri, jerebu di dalam minda hanya insan empunya diri sahaja yang tahu dan memahami ertinya. Aku… dikau dan engkau-engkau yang bermasalah aja yang tahu bagaimana situasinya. Kenapa jerebu di dalam diri susah sangat untuk diluahkan ke dunia reality, kenapa susah sangat untuk di kongsi dengan orang lain selain diri sendiri. Mungkin kepercayaan belum ada untuk di kongsikan or diri kita tak berani untuk membawanya ke dunia reality. Kadangkala perubahan mood kita bersangkut paut juga dengan jerebu di dalam diri coz itu jugalah kadangkala kita melukai hati orang lain tanpa di sedari.

    Ooppss... sebelum habis posting aku hari nie aku nak cerita sikit pasal ada orang bertanyakan pada aku . "kelip-kelip tu gigit orang tak. ?". Rasanya ini pertama kali dalam seumur hidup aku ada orang bertanya pasal kelip-kelip gigit orang, ahaks.
    Jom kawan-kawan kita merdeka beramai-ramai nanti. Kita merdeka dengan sebenar-benar erti kemerdekaan dan jangan hanya dengan laungan kata-kata MERDEKA itu aja. F1 Puchong here I come very soon.



Purbe | 12:54 PM | Thursday, August 12, 2004

    Tenggelam Timbul

    Aku menghilangkan diri beberapa hari dari dunia cyber nihh, kebelakangan nie aku agak busy dengan bermacam-macam kerja samada peribadi or kerja yang sememangnya kerja. Aku rindu kawan-kawan cyber aku yang ceria dedulu yang mana segala perancangan menjadi kenyataan dengan sekelip mata. Aku rindu akan saat-saat itu..

    Kadangkala terasa bosan dengan kerja-kerja aku tapi apakan daya aku tetap kena buat juga, dah nama kerja katakan. Dalam minggu nie aku asyik sibuk dengan site survey ke sana sini ambil gambar n buat paper work, lagi pun internet line kat office aku nie baru aja aja lega dari demam semenjak Isnin lalu. Hari ini baru aku dapat merasakan suasana pagi di office dalam minggu nie , best aja kembali menjengok kat internet nie terubat lah jugak rindu kat kawan-kawan.

    Weekend lepas aku kembali ke tempat di mana aku mula melihat dunia. Setelah sekian lama (sebulan lebih aja) aku bertapa di S.J, terdetik juga hari aku untuk menjenguk kampung halaman. Bagaikan di rancang pula pabila aku balik, selang beberapa jam kemudian adik aku pula balik bercuti, dan kemudian adik aku yang dah bekeluarga tu juga balik dengan keluarganya. Jadi ramai dah meriah suasana rumah emak aku pada hari-hari cuti minggu lepas. Rasanya dah 3-4 bulan aku tak berjumpa dengan anak saudara aku yang seorang tuu dan minggu lepas bila aku jumpa dia. Hmmm.. dia dah tak kenal aku lagi dah, mentang-mentang laa dia baru boleh berjalan.

    Anyway, kat kampung aku pokok-pokok padi masih lagi menghijau dan belum lagi kelihatan bunga-bunga padi yang di tunggu-tunggu oleh para petani sebelum memasang angan-angan. Kehidupan sebagai petani memerlukan banyak kesabaran, diaorang menabur benih, menjaga pokok-pokok padi , membaja , menunggu pokok-pokok padi membesar, meracun rumput rumpai, dan akhirnya padi berbunga serta memberikan hasil yang membuatkan diaorang senyum gembira. Di dalam senyum tawa para petani tu ada juga yang kekusutan memikirkan macam-macam, umpamanya hutang coz pendapatan dari hasil tani kadangkala tak dapat menampung bebanan hutang sementara menunggu tibanya musim menuai.

    Pabila tibanya musim menuai, kebanyakan bebudak or orang dewasa akan tertunggu-tunggu akan mesin padi (mesin menuai padi), coz time tue dia orang akan mengikut alur yang di tinggalkan oleh mesin padi nie, time itu jugalah ikan senang di tangkap coz rasa aku lahh ikan tuu tengah pening-pening lalat lagi coz perjalanan mesin padi nie mengubah sawah padi yang asalnya mendatar kepada berlurah-lurah hasil dari tayar mesin padi itu sendiri.

    Nanti pabila tiba musim menuai aku akan cerita dengan lebih lanjut lagi mengikut keadaan semasa dan maybe aku letak picture sekali. Insya allah..


Purbe | 3:10 PM | Monday, August 02, 2004

    Konsep Hujung Minggu

    Aku mencari-cari apa yang harus aku lakukan untuk menghabiskan masa di kala cuti-cuti hujung minggu. Aku sudah bosan melepak di depan tv tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah so kotak memory aku pun mula berputar dengan ligat sekali untuk mencari sesuatu. Tetiba aku teringat akan pokok-pokok dan supermarket, selepas aja mandi dan bersolat aku terus aja keluar dengan Artan yang kebetulan datang melepak kat rumah aku.

    Destinasi pertama adalah nursery yang tak seberapa jauh dari rumah aku tu, meronda n melihat segala jenis pokok tetapi takda satu pun yang aku berkenan di hati so aku menjelajah pula ke Carrefour Haahhh... setelah di racun oleh Artan aku beli juga pokok nie untuk di letakkan dalam rumah. Aku paling tak suka pergi supermarket time poket aku sudah nipis coz aku akan berkenan bermacam-macam benda so sama lah juga dengan hari Sabtu lalu. Selain pokok aku beli macam-macam jugak barang termasuk makanan. Dalam hati teringin aja aku nak beli makanan yang boleh di masak macam ikan Tempura Pacific West(aku terpengaruh dengan iklan ikan nie yang selalu sangat keluar radio masa time nak gii keja) n lain-lain tetapi siapa pula yang akan memasak….????

    Setelah puas melayari mimpi-mimpi serta mainan tidur, bulan bintang juga sudah berlalu maka tibalah pula siang hari yang mana aku harus membuka mata seawal pagi yang dipanggil Sunday Morning. Nama aja kita boleh membayangkan sesuatu tetapi untuk this week Sunday, nama tak seindah suasananya coz pada awal-awal pagi lagi sang mentari tidak dapat untuk meyinari muka bumi Pulau Mutiara ini. Bermula dari awal pagi hingga ke petang Rainday menguasai sepenuhnya hari ini. Sekali lagi minggu ini segala perancangan terbengkalai. Pembaharuan terpaksa di tangguhkan, penyusunan terpaksa di hentikan dengan perubahan cuaca. Sepanjang minggu lalu mentari menguasai sepenuhnya tetapi bukan pada hari minggu. Sekali lagi masa dihabiskan dengan menonton tv membaca majalah dan newspaper. Diri ku terasa bosan tatkala time-time cuti macam nie coz kat tv n siaran berbayar tu tak ada rancangan yang dapat menarik minat aku untuk terus dan terus menontonnya.

    Boleh dikatakan sepanjang hari hujan turun dengan begitu lebat sekali tetapi ada tikanya hujan umpama sudah berhenti namun belum sampai beberapa minit ia turun kembali dengan selebat-lebatnya. Aku rasa lah hujan nie just berhenti sekejap kerana kepenatan dan kumpul tenaga untuk mencurah kembali titisan air dengan sepenuh hatinya (sama lahh juga dengan orang yang menangis bersungguh-sungguh pabila penat berhenti kejap lepas tuu menangis kembali ). Hujan ohhh.. hujan kau menguasai sepanjang hari pada hari minggu ini, umpama hari minggu kau memerahkan segala keringat kau pula.

    Sepanjang malam semalam aku menhabiskan masa memikirkan plan camna nak mengindahkan ruang tamu rumah aku dan camna pula nak menghiasi dinding-dinding kosong setelah di paint sepenuhnya nanti. Hmmmm.... setelah membelek beberapa buah buku hiasan dalaman dan akhirnya aku mendapat idea, cuma tunggu masa aja untuk melaksanakannya. Aku tak sure apa yang aku draw kat kertas tu bersesuaian dengan realitinya coz tu aku terpaksa menunggu semuanya siap baru aku boleh berpuashati. Kini aku mula merancang pokok-pokok yang bersesuaian untuk di letakkan di ruang tamu bagi mengindahkan lagi suasana disamping sebagai pembekal oksigen, ahaks.

    Setelah hujan berhenti lewat petang aku bersama housemate aku keluar meronda meronda segenap kedai perabut yang di buka on Sunday. Pabila di fikirkan rasanya berkemungkinan aku akan beli set sofa yang bersesuaian dengan konsep ruang tamu yang bakal aku ubahsuai tue. Berkenan betul lahhh aku dengannya…..

    Tika malam menjelma , time sesudah dinner aku meneliti dan membaca buku Anjung Seri keluaran terbaru. Hati aku terdetik pabila melihat satu design sebuah bungalow yang berkonsepkan kemelayuan moden, waduhh… waduhhh.. menarik sekali mengikut firasat aku, anyway aku hanya boleh bermimpi akannya namun untuk memilikinya begitu jauh sekali.
    Bagaimana nak jadikan Mimpi or Impian menjadi kenyataan..???


Purbe | 5:49 PM |