Tuesday, October 26, 2004

    Fuhhhhh...... macam-macam ada..

    Tragedi bulan puasa. --- Pada mulanya aku cuma plan nak balik kampung lagi 2 minggu namun plan aku tak menjadi coz tetiba ada panggilan yang membuatkan diri aku terpaksa balik juga minggu lalu. Kesemuanya kehendak takdir, tak ada apa yang dapat menidakkan kehendakNya.

    Krookk.. krookkk... kroookkkk... handphone aku berbunyi, aku menjadi hairan kerana nama yang tertera kat handphone aku cuma call pabila ada hal aja. Hmm... aku berfikir sejenak dan kemudian baru menjawab pangggilan tue. Aku "hello" lalu aku terus aja terdiam pabila mendengar berita yang di khabarkan. So.. aku bagi tahu yang aku kan usahakan untuk balik pada pagi esoknya.

    Aku macam tak percaya, aku terasa macam bermimpi di siang hari di bawah panas terik matahari pulak, time tue aku berada di roof top. Aku call adik aku yang berada nun di kampung sana untuk dapatkan berita yang terbaru n jalan cerita sebenarnya. Pabila mendengar semuanya aku mula terbayang camna kejadian tue berlaku. So laa nie mehh aku cerita serba sedikit tragedi tue... pada jam 4 petang lebih pada hari Selasa minggu lepas..

    "Kereta yang di pandu oleh cousin emak aku tue terbabas dan terlanggar paip air yang besar di sebelah jalan. So.. kereta tue berpusing-pusing beberapa kali dan kemudian terjunam di dalam tali air. Menurut cerita lagi enjin kereta pada ketika itu masih lagi hidup dan pemandu tue segera menekan hon untuk meminta pertolongan. Orang ramai berpusu-pusu datang membantu coz time tue air dan selut mula masuk ke dalam kereta. Cermin kereta di pecahkan untuk menyelamatkan kesemua orang yang berada di dalam kereta time tue.

    Setelah 2 hari lepas kejadian itu, atuk aku sudah di benarkan keluar hospital coz cuma luka-luka ringan aja. Pemandu (cousin emak aku) terselamat dan cuma sedikit luka aja kat jari n hidung, sementara suaminya dan tokngah aku pula koma. Kedua-dua dimasukan ke ICU, pada petang Jumaat lalu tokngah aku menghembus nafasnya yang terakhir meninggalkan segalanya di dunia ini.

    Suatu masa dulu tokngah aku nie menjadi guru pada aku dalam pelbagai hal-hal agama. Aku kagum dengan kebaikannya, tak kira masa membantu orang. Tapi sekarang cuma tinggal memori aja yang dapat di kenang.

    Berbuka di kampung ----- Meriah rasanya pabila dapat berbuka dengan keseluruhan family yang ada. Ketika ramai orang balik untuk menziarah so pada ketika itu jugalah peluang diambil untuk berbuka beramai-ramai di rumah atok aku. Pelbagai arahan di keluarkan untuk memasak itu ini dan tika itu juga peluang di ambil untuk bershopping macam-macam di pasar ramadan. Fuhhhh... nampak macam semuanya sedap-sedap belaka, anak-anak dara yang meniaga tue pun boleh menarik aku untuk membelinya, hehehehehe....

    Sepanjang hari aku melepak kat rumah aja melayan n mengusik anak buah aku n menonton tv. Tak banyak sangat aktiviti yang dapat di lakukan , maklum laa posa katakan. Cepat jaa 2 hari berlalu n pada hari ahad malam aku keluar dengan MJ melepak n makan serta berborak-borak n then lepas aja hantar MJ balik aku pun terus jaa balik ke Penang.

    Ada gambar kampung atok aku n sawah padi kat Fotopages aku, so.. sudi-sudilah nengok n then kalau rajin bagi komen sekali.


Purbe | 11:02 AM | Wednesday, October 20, 2004

    Berserabut, Haru Biru + Gundah Gulana

    Ku sangka panas hingga matahari terbenam rupanya hujan + angin kencang di petang hari.

    Panas terik di tengahari lebih daripada cukup untuk mengeringkan baju dan menyilaukan mata pabila berjalan di bawan sinarannya. Setelah beberapa lama hujan dan angin kencang tiada tetiba semalam ianya datang dengan begitu lebat dan kuat sekali. Sukar di ramal akannya.

    Walaupun payung di sediakan namun diri ku basah lencun dek air hujan yang di bawa bersama angin nan bertiup kencang. Sememangnya salah diri ku coz tertalu percaya pada payung yang ku sediakan. Payung aja tidak cukup utuh untuk melindungi diri ku daripada hujan lebat yang di tiupkan dek angin kencang. Aku pasrah dengan apa yang terjadi, namun aku tetap menuju ke destinasiku kerana itu lah matlamat sebenar ku.

    Berbuka... Semalam aku dan 2 orang lagi housemate aku di jemput berbuka di rumah Artan. Setelah sampai ke rumah aku terus aja menanggalkan baju dan seluar yang basah dek hujan tue. Berbicara seketika dan kemudia we all terus aja menuju ke destinasi berbuka. Wahhh.. harum semerbak gulai (kari) yang di masak oleh orang rumah sahabat ku ini.

    Detik ke detik jarum jam berputar dan setelah kedengaran azan we all pun berbuka beramai-ramai. Menu kat rumah sanabat aku nie better dari menu yang housemate aku masak setiap hari (agak sama jaa menu semenjak posa). Semua orang bermula dengan meneguk air dan di susuli dengan kurma, nasi di cedukkan ke pinggan dan bermula lah upacara makan memakan nie. Setelah habis nasi so di tambah lagi dan ada yang menambah berkali-kali mengalahkan tuan rumah itu sendiri, hehehehe... bukan aku tapi orang lain.

    Selalunya kalau kat rumah aku meneguk air dan kemudiannya bersolat, tetapi kat rumah member aku nihh aku meneguk dan mengisi perut dulu baru bersolat. Pabila semuanya selesai aja bersolat so tibalah pula time untuk berborak sambil mengunyah or menghisap pencuci mulut. Aku mengunyah aja, hisap asap nie aku tak berminat langsung tetapi bagi dia orang ianya cukup mengasyikkan sekali. Housemate yang sorang tue tak hisap rokok yang biasa tue tapi kalau rokok daun nie dia hisap jaa, aku tak paham kenapa, bagi aku kalau tak hisap so tak hisap langsung lahh.

    Refer kat Fotopages aku pasal Rokok Daun dan menu berbuka kat rumah Artan.

    Semalaman aku tak dapat melelapkan mata coz sememangnya aku gundah gulana dengan pelbagai benda. Dagu aku sakit kembali dan terasa ada sesuatu yang tak kena dengannya, aku risau akannya so aku beriya-iya untuk jumpa doktor. Sesudah subuh aja aku melelapkan mata seketika sebelum datang ke tempat kerja, itu pun puas sudah aku memaksa diri ku. Di paginya pabila tiba di office aku sudah lupa akan dagu ku dan kini aku terasa malas lahh pula untuk ketemu si doktor or dalam erti kata yang lain melakukan pemeriksaan lanjut.




Purbe | 1:03 PM | Tuesday, October 19, 2004

    Apa Erti...????

    Tika ini bermacam-macam soalan bergelegar di minda aku. Aku tertanya diri sendiri adakah aku ini insan yang sempurna seperti mana yang aku inginkan. Jawabnya tidak sesekali coz aku jauh daripada apa yang aku inginkan dalam hidup ini.

    Kenapa kita selalu gagal dalam percintaan..?? Mungkin kehendak hati kita dan si dia tidak dapat memenuhi segala ciri-ciri yang di kehendaki pada seseorang yang di harap menjadi teman hidup kita. Adakah kita bahagia dengan seseorang yang mempunyai ciri-ciri yang kita lihat di zahir memenuhi apa yang kita inginkan..?? Jawapannya belum tentu lagi selagi tidak hidup bersama selagi itu jugalah kita tidak dapat ketahui yang tersembunyi. Kita sekadar memperjudikan apa yang kita harapkan.

    Adakah kedalaman perasaan kita sama dalam dengan perasaan orang yang kita suka..?? Jawapannya sukar nak tentukan coz kita sentiasa was-was dengan perasaan orang lain. Sifat manusia yang sentiasa tak berpuashati membuatkan segalanya tidak cukup baginya.

    Adakah puasa kita sempurna selama 4 hari lepas..?? Tanya diri apa yang kita kekurangan dan hanya tuhan aja menentukan samada puasa kita di terima 100% or not. Kalau sekadar menahan lapar dan dahaga tiada gunanya juga kalau pancaindera yang lain tak berpuasa. Selamilah diri anda dan erti puasa itu sendiri.

    Apa erti Baju Raya..?? Masa kecik-kecik baju raya cukup bermakna sekali di mana tanpa baju raya maka tak sempurna dan meriahlah raya itu sendiri. Tatkala bila dewasa ianya tak di ambil kira sangat coz kegemukan poket kita yang menentukan segalanya.

    Dimana terletaknya kemuncak hari raya...?? Hmmm... soalan macam nie jawapannya ada pada individu itu sendiri tetapi bagi aku sudah tentunya time sembahyang raya. Kemeriahan dengan pelbagai warna warni pakaian, masing-masing bersenyuman, wahhhh... betapa indahnya suasana tika itu. Setahun ke setahun hidup kawan-kawan kita berubah, yang dahulunya geng kita kini dah berdua berjalan ke masjid ada yang bertiga dan berempat.

    Makin meningkat usia kita perasaan keghairahan hari raya makin berkurangan, maybe itu jugalah yang di alami pada orang-orang yang terdahulu daripada kita. Namum semangat Balik Kampung tetap tinggi, makin dekat kita dengan hari lebaran makin memuncak pula semangat itu. Hari ke sehari kita membilang tarikh untuk meraikan hari lebaran.... pada sesiapa yang baru berkahwin sudah boleh melambung duit syiling untuk menentukan siapa kena dulu. Pada sesiapa yang membaca blog aku nie pulak, aku ingin memesan satu aja... fikiran korang kemana nie, baru 5 hari kita berpuasa dah nak fikir raya dahhh...





Purbe | 1:44 PM | Thursday, October 14, 2004

    1001 Satu Macam Cerita...
    Sekali lagi kita berpeluang menyambut bulan yang penuh dengan 1001 macam berkatnya. Rugi dan rugilah seseorang itu jika tak dapat untuk memanfaatkan keberkatan bulan Ramadan ini dengan sepenuhnya. Bulan yang pernuh dengan keberkatan dan kebaikan pada jasad dan roh kita di dunia ini dan di hari kemudian.
    Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Ibadah pula bukan hanya pada siang hari aja so pada malamnya apa kata kita peruntukan masa untuk beribadah dan kurangkan tidur supaya kita dapat mengaut sebanyak mana ibadah yang termampu. Berkata-kata memang mudah tetapi untuk melaksanakannya terletak pada diri dan hati kita.
    Bualan Ramadan hanya sekali dalam pusingan kalendar kita so mari lahh kita menunaikan ibadah ini dengan penuh keikhlasan dan kekusyukan dari jiwa.
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selapat Berpuasa Purbe Ucapkan Untuk Semua Yang Membaca.




Purbe | 11:28 AM | Tuesday, October 12, 2004

    Riadah Sebelum Menjelangnya Ramadan
    Tercair juga hati ku, tergerak lah pula kereta ku untuk ke stesen bas. Di dalam hujan gerimis aku melangkah setapak demi setapak ke arah kaunter tiket. Aku memerhati dan bertanya pada si genit manis yang menjaga kaunter tue, ternyata si genit manis tiket tak menghampakan hasrat ku. Tiket di beri dan helaian-helaian merah dan biru dihulurkan pada si genit itu.
    Beg di galas, bahu menanggung beban akan kandungannya. Dengan badan yang keletihan coz penat seharian belum lagi terubat, aku melangkah masuk ke dalam bas dan setibanya di tempat duduk yang betul aku merebahkan badan ku ke kusyen yang agak empuk itu. Mata ku makin lama makin layu dan akhirnya aku tertewas di situ. Kedinginan aircond membuat ku tak tertahan, mimpi-mimpi ku yang hitam semuanya berkecai coz aku sudah tak tertahan lagi dengan kesejukan

    Sejuknyaaaa.... kuat sungguh aircond, walaupun di tampal lubang-lubang aircond dengan wang kertas RM1 namun aku masih lagi tak tertahan dengan kepowerannya. Mewah betul bas nihh dengan aircond dia. Aku terasa macam semua aircond orang lain di arahkan pada aku aja, aku mengigil-gigil dan tak sabar untuk sampai ke Puduraya. Menyesal aku tak bawa baju yang tebal-tebal, ini satu lagi pengajaran pada aku.

    Dalam pukul 8.++ pm aku sampai di Pnut Inn kat Putrajaya, pabila menapak aja kat depan pintu rumah, makan malam dah tersedia, fuhhh memang betul step aku hari tue. Berborak dan menonton sudah menjadi aktiviti tetap kat Pnut Inn n then baru masuk ke kamar untuk restkan badan yang sememangnya ingin sangat akan tilam yang sudah mengenali aku kat Pnut Inn tue.

    Belum sempat Najmi masuk bilik aku dah bangun, rasanya ini lah rekod terawal aku bangun kat Pnut Inn, ahaks. Sesudah bersiram dan menyiapkan diri, daku turun ke ruang tamu membaca paper sekejap n then terus mengikut abg Tokey keluar cari kedai gunting rambut. Ini kiranya kali pertama juga daku breakfast kat kedai mamak di Putrajaya, hmmm... kuah roti canai tue cair sesangat, kedekut betul lahh mamak nihhh. Kalau kat Penang macam kedai mamak nihh alamatnya tak laku lahh.

    Sesudah aja bersarapan so we all pun terus aja balik ke rumah coz kPnut tengah menunggu breakfast dia pulak. Pabila we all sampai ke rumah Salina pun dah dah sampai so dengan sifat muafakat we all pun mengangkat bekal-bekal makanan dan minuman masuk kedalam bonet kereta.

    Pemandunya tak lain tak bukan empunya kereta tue sendiri, Tokey Pajak. Berderum enjin kereta memecut dan menyusuri jalan-jalan yang tak payah bayar toll. Sapa kata jalan nie jauh, tak lahh. Setelah Salina n yang lain recall balik memori, akhirnya we all sampai ke Sg. Gabai dalam jam 12pm lebih rasanya. Masing-masing mengangkat dan mengendong barang-barang dari bonet kereta sampai tahap maximum. Sambil berjalan mata menjeling ke sana sini mencari group yang we all kenal dan akhirnya di penghujung jalan, tak jauh dari deruman air terjun, tetiba hati menjadi girang coz tak payah lagi megendong barang-barang lagi. Aku bersuara "tue depa" jumpa juga geng yang aku kenali walaupun tak semuanya sedang melepak selepas kekecutan kerna kesejukan air terjun.

    Bermulanya...

    BBQ set di keluarkan dan api pula dinyalakan, sementara ayam-ayam berselerakan. Daging ayam itu lah yang aku nampak dia orang bakar tetapi pabila semuanya sudah ready aku nampak ada pula ikan pari bakar. Hmmm... time mana pula ketulan pari nie di bakar, wangian ayam bakar membuka selera aku lalu nasi di ambil dan ayam pula di ambil terus dari tempat ianya di bakar. Fuhhhh... menyelerakan pabila menjamu selera time panas-panas macam nie. Kari daging di ambil, mempelam (mangga) yang di cincang halus di campur dengan cili di gaul dengan yang lain-lain lagi diambil sementara keropok pula di campur sekali. Melelah air liur di buatnya pabila mengenang kembali time tue, menjamu selera bersebehan dengan air terjun di mana airnya agak bersih.

    Tembikai dan kuih muih di sajikan sebagai pencuci mulut di samping air laici melengkap kan lagi menu sebagai penghilang dahaga. Riuh rendah dan beramai-ramai menjamu selera membuatkan selera bertambah tambah lagi time kelaparan. Nett n ND pula mempromosi kuih raya, sedap memang sedap tapi kalau nak order dengan dia orang daku tinggal jauh nun di utara Malaya.

    Tiba masanya Najmi nak mandi so we all bawa laa dia gii nun kat atas sana air terjun yang best dari apa yang ada kat bawah nie. Satu demi satu anak tangga di panjat, kepenatan pula menguasai jiwa. Memanjat dan terus memanjat, kata orang nie memanjat tangga boleh menyihatkan organ-organ badan kita tetapi kalau tak pernah excersice memanjat tangga setinggi nie menjadi satu nightmare, hehehehe...

    Tragedi Oktober...

    Plan awal memang tak nak mandi n basahkan baju coz rasa macam tak selesa pabila berbasahan nihh. Aku n Lan bawa Najmi ketempat mandian, pada lubuk air yang cetek tue aku letakan Najmi kat dalam air, hehehehe.. pabila kakinya memcecah air dengan cepat sekali Najmi mengangkat kaki nya, hehehee.. sejuk rupanya. Oleh kerana kurang mencabar aku bagi taw kat Lan yang we all nak bawa Najmi ke tempat yang ada best sikit. Malang tak berbau, kedatangannya tak di pinta.

    Kebasahan yang aku cuba elakkan terjadi jua, tanpa di duga tanpa bicara takala aku mendukung Najmi, aku... daku tergelincir ke belakang dan terus terjatuh di lurah air. Belakang ku terhempas dan daguku pula menghentuk batu, sementara tue Najmi pula terjatuh atas diri ku dan kemudian kepalanya terhantuk batu. Aku umpama pitam sejenak dan tak dapat untuk bangun buat seketika. Pabila daku tersedar Najmi sudah menangis dengan kuat dan aku terus aja serahkan bagi Najmi pada Lan.

    Ku lihat benjol kemerahan pada tepi sebelah kanan kepala Najmi, dan pada masa itu baru aku tersedar akan Digicam company aku yang ada dalam poket, dengan pantas aku mengeluarkannya di ikuti dengan wallet. Seketika baru aku sedar di dalam poket aku masih ada lagi satu benda yang berharga, tak lain tak bukan Handphone aku lahh... Kerisauan pada barang-barang aku sudah tiada namun kepedihan pada dagu dan kepeningan pula terasa. Aku cuba meyakinkan diri ku yang aku ini still ok dan tak ada apa-apa yang serious terjadi.

    Aku risaukan akan Najmi pada masa tue, namun denyutan pada dagu aku makin terasa akan kepedihannya. Sesudah kejadian itu we all terus aja turun ke bawah coz mood untuk beriadah sudah hilang sesama sekali. Menuruni anak-anak tangga tak memenatkan umpama memanjatnya, lagi pun tak di rasai sesangat coz minda melayang ke arah lain.

    End of Sg. Gabai picnic...

    Aacunnyaa... setibanya di port kat bawah tue, masing-masing tengah mengemas barang untuk balik kerumah. Nett n da' geng yang menjadi kumpulan pertama berangkat pulang, semntara we all mengemas barang-barang yang berkenaan untuk di bawa pulang. Setelah selesai masukkan barang-barang dalam beg plastik, aku, Kpnut, abg Mior, Najmi, Salina, EP, OP & wife, mie n yg lain aku dah lupa sapa-sapa lagi yang sama-sama berangkat pulang. So.. setelah berborak seketika dengan Tipah, aku dan yang lain-lain bergerak menuju ke kereta. So.. tinggallah tipah n da' geng still melepak kat situ.

    Benjol kepala Najmi makin lama makin ok dan dagu daku pula makin lama makin rasa lain macam aja, hehehehe.. abg mior cakap "yang tue boleh meruntuhkan dosa-dosa kecil ". Time tue terasa pulak macam aku nie banyak dosa-dosa besar, who knows kan, kita tak dapat melihat dosa-dosa kita di catitkan. Takut rasanya pabila memikirkan akan dosa-dosa selama hidup di dunia nihh.... kecik-kecik pun lama-lama di kumpul boleh menjadi bukit tanpa kita sedari coz selalu jaa ingat lambat lagi nak menemui ajal. Padahal ajal tue akan menjemput bebila masa sahaja, tak kira usia, amal takwa dan pangkatnya.

    Sesudah sampai ke Putrajaya we all singgah pula di Taman Warisan untuk menjamu selera di samping membasahi tekak yang tersedia kering. Pilihan aku Linchi kang, Salina pula Cendol, Abg mior n Kpnut ABC, najmi share dengan Kpnut. Keropok leko dan goreng pisang pula menjadi makanan petang we all. Sesudah aja maghrib Salina hantar aku ke stesyen komuter Serdang untuk menyenangkan aku ke Puduraya.

    #### Fotopages aku dah di update, ada pic masa picnic tue dan sesi makan petang kat taman warisan.#####


Purbe | 2:32 PM | Saturday, October 09, 2004

    Boss Kata Aku Angguk..
    Hidup kita sebagai hamba, hamba pada tuhan, hamba pada masa, hamba pada dunia n hamba pada etc. Tiada boss di dunia ini kecuali hamba-hamba, sebesar mana pangkatnya pun dia tetap hamba jua (umat islam). Kebelakangan ini aku asyik busy tahap aku, aku sudah berkurangan masa untuk melepak kat opis tambah lagi mengupdate blog. Aku hamba pada masa, terkejar ke sana sini demi tugas yang di amanahkan. Tiada lagi lepak melepak or balik awal but masuk kerja lambat tue biasa lahh bukan salah aku, itu salah orang yang aku amanahkan membuat kerja-kerja.
    Semenjak dua tiga minggu nie aku terpaksa menjadi asst. pada projek manager aku dari KL. Dia orang setkan dan aku pula yang mengarahkan. Dia orang datang lambat n then boss tanya aku kenapa dia orang lambat so aku cakap dia orang on da' way (ayat cover), dia orang lambat lagi aku kata maybe coz of hujan or bridge jam kot (aku cover lagi). Kenapa boss asyik tanya kenapa dia orang datang lambat aja sedangkan boss sendiri janji pukul 09.30am tapi datang pukul 10.30am, aku juga yang tercangak-cangak menunggu bos dan contractor. Salah siapa...?????
    Kepimpinan melalui teladan, so sapa plak yang jadi teladan.
    Date line dah abis so semalam aku pujuk n kerahkan contractor aku siap kan juga kerja-kerja tu walaupun tengah hujan lebat. Hujan pula tak henti-henti mencurahkan titisan air hingga ke petang, 5 minit berhenti penat dan kemudia hujan menyambung kembali titisan-titisannya. Jika aku menunggu hujan berhenti segalanya akan terbengkalai. Aku bukan kejam dan tak berhati perut, hehhehehe.. dia orang buat keja dalam bangunan laa so sekali sekala jaa keluar tue pun cuma basah sikit-sikit aja, aku pula cuma kasut aja yang basah.
    Akhirnya segalanya siap, tetapi telekom plak buat hal coz tak boleh supply barang yang aku nak tue so no choice terpaksa menunggu lagi. Next week lagi banyak kerja menunggu aku.... best plak busy macam nie, tak payah fikir or melepak sorang-sorang kat rumah pabila balik awal.
    Boss tak berpuas hati dengan cara kerja contractor coz dia orang tak macam contractor dia kat KL. Macam-macam aku mengiyakan cakap-cakapnya, bukan kerana aku pak angguk tetapi kerna semuanya betul. We all kat penang lain sikit coz tak mengikut rule sangat. Segalanya boleh bertolak ansur n menerima kelemahan masing-masing. Nobody Perfect. Aku perfect ker tidak... maybe tak kot yerks coz tue lahh orang lain dah masuk ke alam lain tapi aku still di alam lama lagi.
    Iya saya menurut perintah, itu lah yang aku habiskan di hari-hari cuti dan after work minggu nie.
    Minggu nie aku akan berpicnic kat Sg. Gabai, mengikut rombongan keluarga KPnut & abg tokey. Aku tak maw mandi tapi nak nengok orang mandi, hehhehehehe... idea menarik kan.



Purbe | 8:03 AM |