kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits
|
Wednesday, January 26, 2005
Segalanya telah berlalu, ianya pergi dengan datangnya hari-hari yang baru. Itulah putaran hidup di dunia ini, datang dan pergi yang mana kita terpaksa mengikutnya. Masa tetap berlalu samada kita suka atau tidak n masa tak pernah sesekali pun menunggu kita. Cuma kita aja not sharp in time. Biasalah manusia katakan. Semuanya boleh tapi bila tiba masanya masih ragu-ragu, masih berserabut otak pula berbelit-belit. Setelah Tsunami ikan dah berlambak di market-market, harga pula menjunam dengan begitu rendah sekali. Ikan yang dahulunya rasa macam tak berbaloi membeli kini bolah jaa.. di beli dengan harga yang cukup-cukup berbaloi. Dahulu ayam kini ikan. Ikan oh ikan.... Macam-macam cerita yang aku dengar pabila balik bercuti kali nie, dia orang cakap jumpa cincin dalam perut ikan pari lahh, ada rambut manusia dalam perut badan ikan lah. Cerita terbaru yang aku dengar dari corong suara cousin aku sendiri mengenai apa yang husband dia alami (kerja polis) . Husband dia bercerita pasal jumpa 2 mayat mangsa tsunami berbangsa cina di bawah penang bridge beberapa minggu lepas. Begini ceritanya, time dia orang angkat mayat yang meniarap di dalam air, dia orang nengok banyak sotong dan udang kat badan serta perut mayat tue. Cuba bayangkan macamana tue, sure sihat-sihat sotong n udang tue kan, lagipun bukan senang mangsa nak dapat pemangsa macam tue kan, ahaks. Coz tue lah time husband cousin aku nie balik rumah dia makan telor goreng jaa yang mana sebelum nie sotong masak sambal jadi kegemaran. Ahaks, korang makan ker sotong baru-baru nie. Percaya tak percaya ianya menganggu kewarasan kita untuk berfikir. Bila tiba hari raya korban lepas kuih raya bukan jadi keutamaan coz kebanyakan rumah menyediakan meehun, nasi tomato, laksa n etc. Aku heran dengan sikap orang kita, semenjak tsunami dia orang tak memakan ikan laut lagi dah. Pabila hari raya laksa dia orang makan pula, sedangkan kuah laksa tue di buat dari isi ikan. Jarang sesangat n belum pernah aku dengar lagi orang buat kuah laksa dengan ikan darat. Belut ada lahh, eee.. aku tak lalu untuk makan belut tetapi hari tue masa kat Ipoh aku di kenakan oleh kawan-kawan aku. Nak keluar balik pun dah tak mampu dah, dia orang memang suka menjamu selera kat situ tetapi if aku tahu sure tak berselera aku nak memakannya. Laksa kuah belut terbayangkan belut tue pun dah jadi geli geleman dah, hehehehee.. Kekadang pabila bekerja kita nakkan cuti tapi bila bercuti terasa tak tahu nak berbuat apa-apa pula kat rumah. Melayan tv, melayan makanan, time balik kampung memang mewah dengan makanan muat tak muat jaa perut ja yang jadi penentunya. Time cuti lama-lama, aku jaa bercuti tetapi kawan lain semuanya dah bekerja. Kalau cuti hujung bulan kan best boleh habiskan budget cepat-cepat, boleh giii shopping kat oversea (sempadan). Dah setahun lebih rasanya aku tak menjenguk kat sempadan, teringin pula nak gii sana jenguk-jenguk apa yang patut. Tapi aku tak jenguk lebih-lebih macam orang lain yang pergi ke sana. Fotopages dah UPDATE Purbe | 9:58 AM |
Monday, January 17, 2005
Kenapa... Kenapa aku kejap ada kejap takda. Aku sebenarnya tersangat busy dengan kerja yang sepatutnya kerja untuk 3 orang tapi aku jaaaa.. kena cover kesemuanya. Dah sepanjang tahun 2005 hingga ke hari nie aku tak bercuti lansung ada jaa benda yang harus aku lakukan, kerja-kerja kerja. Penat rasanya pabila kerja tak habis-habis sedangkan orang lain bercuti aku pula memerah keringat. Seingat aku nak berhenti aja kerja kat sini n terima offer yang di tawarkan walaupun bukan lagi di pulau mutiara nie. Naluri pula berkata sayang untuk meninggalkan pulau ini. Macam ada magnet pula menarik diri ku melekat kat sini buat masa ini. Entah kenapa kebelakangan nie aku kekeringan idea untuk mencoret, sekali sekala terasa macam nak menyepi aja dari dunia blog nie tetapi perasaan sayang masih lagi menebal di dalam hati. Kenapa cuti aku masih banyak lagi..?? Kerna aku tak ada masa untuk bercuti seperti tahun-tahun lalu, kerna aku aja the only melayu kerja kat sini. Time orang bercuti aku bekerja dan mungkin aku terpaksa bekerja juga on chinese new year nanti. Aku bingung, aku cemburu nengok orang lain cuti n ada OT sedangkan aku cuma boleh claim cuti. Kenapa aku masih mencari. Kenapa harus ada pencarian di dalam kehidupan aku ini, aku sudah penat dengan pencarian yang tak henti-henti. Aku ingin bersemadi n menikmatinya hasil pencarian abadi. Kenapa harus ada pelbagai persoalan di dalam minda ini..?? Kenapa kadangkala aku terleka dengan kehendak naluri..?? Bingung jadinyaa.....
Purbe | 7:02 PM |
Tuesday, January 11, 2005
Penat Sudah Ku Mencari dan Akhirnya....... Apa yang berlegar di kepala aku tak tahu, mungkin benda-benda yang remeh temeh or yang sebesar-besarnya hinggakan aliran memori di dalam otak aku nihh jem. Selalunya aku tak pernah lupa tapi tika itu aku jadi alpa. Aku totally tak ingat apa-apa n kat mana walaupun aku cuba recall balik memori aku sedaya upaya. First time aku hadapinya, belum pernah lagi aku korbankan masa sebegini lama untuk mencari-cari, tetapi yang pasti aku mesti menjumpainya. Aku bukan jenis yang cepat untuk berputus asa dan peluh ku juga keluar bukannya untuk sia-sia. Ke timur , ke barat, ke utara dan ke selatan telah ku cari namun ianya tak dapat di temui. Dari mencari sendirian aku bergerak berdua pula tanpa putus asa teruskan usaha mencari lagi walaupun asyik-asyik berpusing pada tempat yang sama. Keputusannya, aku tetap hampa walaupun dengan bantuan orang yang lebih arif lagi dengannya. Kemana harus aku tuju lagi dan apa yang bakal aku hadapi seterusnya if tak menjumpainya. Aku letakkan kerisauan itu pada tempat yang terbawah sekali coz hati aku berkata masa masih banyak lagi, namun aku terdesak pula dengan janji-janji. Rasanya aku bukan berjanji manis untuk biarkan kehidupan menunggu, coz aku tak pernah menanam tebu lagi di bibirku, ahaks. Aku kembali berseorangan membawa diri mencari di samping di temani hati ku yang terus memberi pengharapan dan semangat. Alhamdulillah juga coz aku mempunyai hati yang tabah dan tidak cepat berputus asa. Maybe ini lah dugaan darinya untuk memberi pengajaran pada diri ku ini. Takala aku teruskan usaha mencari, so.. macam juga cerita-cerita kat tv dan juga kehidupan ini, yang bermula pasti ada pengakhirannya. Aku bersyukur perasaan aku tak di biarkan menanti-nanti selamanya. Tiada kisah sedih untuk di ratapi, hanya senyuman kegembiraan yang menghiasi segenap jiwa dan hati aku ini. Segalanya dah berlalu n next time kena ingat betul-betul lot dan number kat mana kereta di parking. Hehehee... segalanya cuma mengenai kereta jaa.. aku n da geng tak dapat mencari di mana letaknya kereta coz tak siapa pun cuba untuk mengingatinya time keluar dari kereta. tempoh masa 2 jam lebih aku mencari dan terus mencari hinggakan banyak kalori yang di bakar time tue, terasa lapar kembali. Fuhhh... lama betul aku berjalan kaki tanpa henti pada tahun nihh. At last nasib baik ada guard yang sememangnya arif dengan selok belok tempat parking nih. Akhirnya setelah membonceng motor dengan guard nihh, terjumpa juga. Kenapa dari awal aku mencari tadi abg guard nie tak muncul, if not kan senang dan tak buang banyak masa. Nasib baik we all bukan orang pertama yang menghadapi situasi yang sama, coz semalam tue pun ada orang parking tempat yang sama tetapi tak jumpa juga n hampir-hampir membuat laporan polis lagi. Bersembunyi n berhantu betul parking lot nihh, hehehe.. Anyway memang salah aku juga coz happy sangat dapat tempat parking time kesesakan merebut tempat parking yang kosong nihh, hinggakan terlupa nak ambil tahu no lot parking tuhh. Next time tak lupa dahhhh... pengajaran berharga tue.( mau taknya coz setiap jam masa berlalu bayaran parking pun turut meningkat, ahaks.)
Purbe | 1:21 PM |
Wednesday, January 05, 2005
Perjuangan Belum Berakhir.. Setiap hari kita berjuang, perjuangan untuk mencapai matlamat yang kita impikan. Apa itu matlamat hidup kita?? Adakah kita ke arahnya or makin hari makin jauh ketinggalan di dalam mengejar matlamat itu sendiri. Semua terletak di dalam diri kita, tepuk dada tanya selera. Setiap kali tahun baru, kita pun memasang azam2 yang baru. Tertunai or tidak kita tak kisah sangat, azam macam air laut juga ada pasang n ada surutnya. Pabila kita benar-benar menghendakinya kita berusaha dengan sepenuh hati tetapi pabila kita sudah mendapatnya kita nak yang lebih lagi. Kita manusia tak lekang dengan sifat tamak n ketidakpuasan hati. Hati kita tidak iklas pada diri sendiri. Adakah kita iklas dengan amalan kita..??? Jadi tak jadi kita tetap teruskan perjuangan selagi hayat masih ada, selagi nyawa di kandung badan. Kita berazam tetapi kita takut untuk meneruskannya kerna takut akan kegagalan, takut akan penyesalan yang mana sukar untuk kita kembali lagi. Adakah hidup ini satu perjudian di mana masa depan menjadi pertaruhannya. Seribu satu persolan berlegar di minda, penantian perlukan pengakhirannya tetapi bagaimana, dimana, yang mana dan apa perancangannya. Ianya kembali menghantui jiwa, tiada lagi suka, duka , cuma ada kekusutan minda. Pabila malam menjelma, sunyi sepi begitu menyusuk jiwa. Apakah aku akan berjaya atau terkulai layu umpama pepokok yang kekurangan cahaya matahari.
Purbe | 11:39 AM |
Tuesday, January 04, 2005
Happy Tahun Baru.. Allahuakbar... allahuakbar, kedengaran azan subuh berkumandang, aku membuka mata dan bersyukur padanya kerna aku masih lagi bernafas pada hari pertama dalam tuhun 2005. Pabila aku membuka mata pepagi tue, segalanya tetap sama tak ada apa-apa perubahan, sama juga sepertimana tahun-tahun yang lalu. Fizikal n minda tak ada any perubahan tetapi umur jaa yang memanjat dari angka ke angka-angka yang lebih tinggi, cuma tak tahu bila angka-angka nie akan berhenti memanjat. Gerun juga bila di fikirkan makin hari makin dekat aku pada hari kematian, amalan dan bekalan rasanya belum cukup untuk membina mahligai di sana. Hidup pun umpama layang-layang beterbangan ke sana sini dan tiada ketetapan. Insaf sebentar aku bila mengenangkan segalanya, adakah hidup aku nie cuma untuk dunia..?? Khutbah jumaat lepas (kat masjid USM) mengimbas kembali mengenai bencana alam Tsunami yang mana meragut ratusan ribu nyawa dalam sekelip mata sahaja. Tidakkah kita menyedari itu baru sedikit dari apa yang bakal berlaku pada hari kiamat nanti, subhanallah. Hidup di dunia makin lama mengejar so makin jauh n makin besar yang di hajat, apa yang harus aku lakukan dan apa matlamat aku untuk tahun 2005 ini. Pelbagai cerita-cerita pelik yang aku baca pabila menjelang aja tahun 2005 nihh, umpamanya :- "Mangsa korban tsunami kini melebihi 120 ribu orang. Bongkah ais di kutub utara mencair secara mendadak. Salji turun pertama kali di tanah Arab. Wahai sahabat-sahabat, inilah tanda-tanda kiamat yang diceritakan di dalam Al-Quran & Al-hadith" Perubahan pada stuktur bumi hari ke sehari menjadi semakin ketara, amalam kita pula menjadi semakin ringkas cuma adakalanya yang wajib aja di tunaikan sehingga sunat di abaikan. Kita mengejar masa tetapi kita tak sedar masa juga melalaikan kita. Aku... aku akan cuba berubah untuk menjadi insan yang lebih berjaya pada diri sendiri, pada duniawi dan juga sebagai hamba pada tuhan. Akan ku cuba tinggalkan segala keburukan yang lalu di belakang dan menjadi insan mulia di sisi tuhan serta manusia. Namun ini cuma harapan yang aku harapkan menjelang 2005 ini dan aku berharap aku akan berjaya mengrealisasikanya. Aku harus menamat segalanya pada tahun ini dan memulakan perjuangan yang baru di dalam suasana serta tanggungjawab yang baru, aku mesti capai hasrat ku ini. Aku nekad.
|