Tuesday, January 04, 2005
    Happy Tahun Baru..

    Allahuakbar... allahuakbar, kedengaran azan subuh berkumandang, aku membuka mata dan bersyukur padanya kerna aku masih lagi bernafas pada hari pertama dalam tuhun 2005. Pabila aku membuka mata pepagi tue, segalanya tetap sama tak ada apa-apa perubahan, sama juga sepertimana tahun-tahun yang lalu. Fizikal n minda tak ada any perubahan tetapi umur jaa yang memanjat dari angka ke angka-angka yang lebih tinggi, cuma tak tahu bila angka-angka nie akan berhenti memanjat. Gerun juga bila di fikirkan makin hari makin dekat aku pada hari kematian, amalan dan bekalan rasanya belum cukup untuk membina mahligai di sana. Hidup pun umpama layang-layang beterbangan ke sana sini dan tiada ketetapan.

    Insaf sebentar aku bila mengenangkan segalanya, adakah hidup aku nie cuma untuk dunia..?? Khutbah jumaat lepas (kat masjid USM) mengimbas kembali mengenai bencana alam Tsunami yang mana meragut ratusan ribu nyawa dalam sekelip mata sahaja. Tidakkah kita menyedari itu baru sedikit dari apa yang bakal berlaku pada hari kiamat nanti, subhanallah. Hidup di dunia makin lama mengejar so makin jauh n makin besar yang di hajat, apa yang harus aku lakukan dan apa matlamat aku untuk tahun 2005 ini.

    Pelbagai cerita-cerita pelik yang aku baca pabila menjelang aja tahun 2005 nihh, umpamanya :- "Mangsa korban tsunami kini melebihi 120 ribu orang. Bongkah ais di kutub utara mencair secara mendadak. Salji turun pertama kali di tanah Arab. Wahai sahabat-sahabat, inilah tanda-tanda kiamat yang diceritakan di dalam Al-Quran & Al-hadith"

    Perubahan pada stuktur bumi hari ke sehari menjadi semakin ketara, amalam kita pula menjadi semakin ringkas cuma adakalanya yang wajib aja di tunaikan sehingga sunat di abaikan. Kita mengejar masa tetapi kita tak sedar masa juga melalaikan kita. Aku... aku akan cuba berubah untuk menjadi insan yang lebih berjaya pada diri sendiri, pada duniawi dan juga sebagai hamba pada tuhan. Akan ku cuba tinggalkan segala keburukan yang lalu di belakang dan menjadi insan mulia di sisi tuhan serta manusia. Namun ini cuma harapan yang aku harapkan menjelang 2005 ini dan aku berharap aku akan berjaya mengrealisasikanya.

    Aku harus menamat segalanya pada tahun ini dan memulakan perjuangan yang baru di dalam suasana serta tanggungjawab yang baru, aku mesti capai hasrat ku ini. Aku nekad.


Purbe | 11:35 AM |