Monday, January 17, 2005

    Kenapa...

    Kenapa aku kejap ada kejap takda. Aku sebenarnya tersangat busy dengan kerja yang sepatutnya kerja untuk 3 orang tapi aku jaaaa.. kena cover kesemuanya. Dah sepanjang tahun 2005 hingga ke hari nie aku tak bercuti lansung ada jaa benda yang harus aku lakukan, kerja-kerja kerja. Penat rasanya pabila kerja tak habis-habis sedangkan orang lain bercuti aku pula memerah keringat.

    Seingat aku nak berhenti aja kerja kat sini n terima offer yang di tawarkan walaupun bukan lagi di pulau mutiara nie. Naluri pula berkata sayang untuk meninggalkan pulau ini. Macam ada magnet pula menarik diri ku melekat kat sini buat masa ini.

    Entah kenapa kebelakangan nie aku kekeringan idea untuk mencoret, sekali sekala terasa macam nak menyepi aja dari dunia blog nie tetapi perasaan sayang masih lagi menebal di dalam hati.

    Kenapa cuti aku masih banyak lagi..?? Kerna aku tak ada masa untuk bercuti seperti tahun-tahun lalu, kerna aku aja the only melayu kerja kat sini. Time orang bercuti aku bekerja dan mungkin aku terpaksa bekerja juga on chinese new year nanti. Aku bingung, aku cemburu nengok orang lain cuti n ada OT sedangkan aku cuma boleh claim cuti.

    Kenapa aku masih mencari. Kenapa harus ada pencarian di dalam kehidupan aku ini, aku sudah penat dengan pencarian yang tak henti-henti. Aku ingin bersemadi n menikmatinya hasil pencarian abadi.

    Kenapa harus ada pelbagai persoalan di dalam minda ini..??

    Kenapa kadangkala aku terleka dengan kehendak naluri..?? Bingung jadinyaa.....





Purbe | 7:02 PM |