kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits
|
Thursday, February 24, 2005
Terduga atau di duga, semua perlukan kesabaran dan kebijaksanaan untuk mengatasinya. Hidup kita samada kaya, terlalu kaya, miskin, miskin hina dan sederhana takan terlepas daripada segala bentuk dugaan di dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Di mana-mana sahaja sure ada-ada aja dugaan samada melalui benda-benda reality mahupun melalui batin kita sendiri. Kebijaksanaan kita mengatasinya kadangkala menjadi suatu teladan yang mana orang lain dapat mengambil iktibar darinya. Semakin hari kehidupan semakin sesak, samalah juga dengan jalanraya di negara kita ini. Kesabaran teruji, namun sumpah seranah tetap juga tersembur keluar dari mulut walaupun orang yang membangkit darah kita itu tak mendengarinya. Rasanya itu sudah menjadi lumrah kebanyakan pemandu-pemandu kereta, tetapi kenapa kita tak tukarkan sumpah seranah tue dengan berselawat of ber istifar aja, bukan kah itu boleh cool kan kita, lagipun dapat pahala lagi. Kemana hilangnya kesabaran kita sebagai umat yang paling mulia di bumi tuhan ini. Hanya dengan dugaan yang ciput darah sudah panas..???? Bumi sudah berganjak, matahari semakin terik, fenomena alam makin menunjukkan benda-benda yang pelik. Namum kita tetap diri kita, penuh dengan kelalaian dengan keasyikan yang terleka dengan keseronokan duniawi. Semenjak dua menjak nie kepanasan matahari makin meningkat ke tahap yang lebih tinggi dari setahun ke setahun. Sehinggakan aircond dalam kereta kena letak pada tahap maximum, kedahagaan makin cepat terasa hinggakan segelas air kat kedai mamak tak mengcukupi untuk membasahi tekak. Minyak kereta pula terasa macam aja cepat habis walaupun tak kemana-mana sangat, dulu cukup jaa banyak yang selalu-selalu yang di isi tue ( salah kan terik matahari sedangkan goverment yang dok naik harga tak henti-henti dengan pelbagai alasan, ahaks). Kekadang di dalam keseronokan permainan kita di duga, contohnya orang sekeliling kita mendapat strike di dalam permainan bowling tetapi diri kita belum berjaya untuk mendapat lagi. Ini juga adalah dugaan supaya kita lebih berusaha lagi, jangan berputus asa lagi pun yang dapat strike tue cuma bernasib baik aja. Jom jumpa lagi kat Alamanda ujung minggu nie nak takkk.... Best wooooo... divisyem 3 n quater nihhh, tapi pada yang setaraf ajer lahh. Liga Super main dengan geng liga super aja lahhh, ahaks. Here we come Alamanda. Purbe | 2:01 PM |
Monday, February 21, 2005
Happy itu lah yang dapat di gambarkan pada masa berlansungnya kejohanan liga bowling kali nie. Hanya yang bertaraf divisyen 3 n quater jaa layak masuk pertandingan nie. Pemain liga super macam cik daun tak layak coz dia berbeza darjat daripada we all , ahaks. Segalanya berjalan dengan penuh kemeriahan. Di dalam happy ada juga tak puas hati coz lontaran kali kedua tetiba aja di kensel. Segalanya di sebabkan oleh of button kaler biru tue. Siapa yang dok tekan tue.... Pada julung kalinya aku menjadi juara pada set pertama walaupun aku melongkang pada kedua-dua balingan yang pertama tue, tapi strike jugak taw dalam game pertama. Hidup ini umpama ombak ada pasang dan ada surutnya so sama juga dengan liga 3 n quater nihh. Rasanya if duduk kat atas selalu pun tak best jugak so maka aku tupukan pula oleh kerana hilang tumpuan aku tercorot pula pada tangga ke 3, hehee.. ayat cover. Pemanag mutlak pada kali ini jatuh pada Tokey Pajak, maka dengan itu pila pusingan kali ini bakal menjadi milik Tokey Pajak. Harus di ingat ini pila pusingan aja.. MJ bakal mengganas kembali pabila mendapat tumpuanya kembali. Ooopppss... piala tue blom ada stiket kejohanan lagi, nanti nunggu pusingan kedua baru kita lekat yerks. Pada sesiapa yang nak join divisyen 3 n quater kena daftar diri awal2, hehehhee... petang nie ada praktis lagi dengan mj. Purbe | 10:12 AM |
Friday, February 18, 2005
tajuk kecik : fotopages dah update ada pic dinner dengan makandeh n pic juara bowling kat sungai setani & yang terbaru ada pic permandangan shahdu. 7 hari 7 malam aku bercuti, lama tue sampai kadangkala aku bosan sangat dengan cuti yang tak beraktiviti nie. Kenapa aku merindu bintang-bintang yang aku tak dapat capai. Kenapa hembusan angin begitu panas sekali di kala ini sepanas jiwa yang membara. Sepanjang bercuti aku pergi kenduri rumah kpnut n the next day aku hampir-hampir manjadi juara bowling (yang mana sebelum nie aku selalu jaa dapat no last). Sepanjang bercuti kat kampung aku asyik makan & makan tak henti-henti, murah rezeki katakan, ahaks. Kerja cuti tapi makan tak pernah cuti pun. Aku cuma melepak, lepak n lepak aja siang dan malam. Cuaca panas terlalu terik kat utara nie membuatkan kulit aku terbakar menyala-nyala, tak tertahan lagi nak kena sinaran matahari, hujan yang datang pun hanya sekejap kejap aja yang mana ianya memanaskan lagi peredaran udara persekitaran coz of haba-haba panas naik dari permukaan bumi ke udara (betul kaa aku kata camnie, aku agak2 jaa nie). Plan dah lama tapi isnin lepas baru berkesempatan untuh menziarah pika kat kuala kangsar. Dari apa yang MJ cakap n terangkan so aku rasa kesihatan pika dah banyak kemajuan dah tapi blom capai 79% pulih lagi rasanya. Anyway good luck pika... sama2 kita berdoa agar pika sembuh sepenuhnya. The day after ziarah pika aku , cikgu midad , mj, mydinz & family and makandeh & family dinner kat Sala Classic Seafood Restaurant kat jalan Alor Mengkudu (nengok kat fotopages aku). Suasana kat situ menarik untuk melepak dan not bad juga menu dia, maybe next time sapa2 datang utara aku boleh bawa gii makan kat situ lah Purbe | 5:11 PM |
Monday, February 07, 2005
Nak cuti Jugakkkk.. Cuti ohhh.. cuti, kemana hala destinasi percutian aku nanti. Bukan dua tiga hari aja bercuti tapi tahun nie company aku nihh di tutup selama 7 hari 7 malam. Ke mana nak tuju, ke sempadan or gii main war game or ke waterfall or melepak kat dalam rumah.Ke destinasi mana nak di tuju Mj ??.. Langkawi or Pulau Payar best tak time niihhh tetapi sure ramai orang kan. Namun dalam percutian aku tetap juga bekerja, rasa macam bukan betul-betul ada freedom bercuti pulak. Mana taknya aku kena standby if, if, if.. ada apa-apa yang down, sure kelam kabut punya coz sorang-sorang ja tapi minta-minta lah semuanya ok, hehehehe.. tak pun aku off jaa hand phone, ahaks. Besok petang nak gii makan nasi lemak royale , jom join lama tak gii kat situ, nyammm.. nyamm
Purbe | 10:42 AM |
Friday, February 04, 2005
Menyusub Kalbu Semalam aku membaca email-email aku yang mana sebelum ini aku tak kesempatan membacanya coz of busy. Thanx hana coz email yang best nie n menyusub jiwa. Oleh itu aku ingin berkongsi dengan semua isi kandungan email yang di tulis oleh Hamba Allah yang aku tak kenali nihh, anyway thanx juga hamba allah, semoga roh ibu hamba allah nie di limpahi rahmat, aminnn... WARKAH BUAT IBU... Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni. Sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia..... Seminggu sebelum tu..... mak dah menganyam tikar mengkuang 3helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu Siaran siam..... kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet... pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bg tau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar... kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eemmm..bahagiaa nya saat ituu.. Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL..... mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap tak mau pi hospital..... dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital..... tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju..... mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..... Mak..... amponkan kami semua... kami nak mak sehat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak.... Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawab pula... kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran..... Dan kiter masih ingat lagi... bila kiter eksidenTerlanggar kelinn naik motor..... Punya la kiter takut... kiter warning kakak kiter jangan Sesekali bagi tau kat mak..... Bila balik sahaja kampong.... kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... Mak.... tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter.... Mak..... Jam 4.30 pagi 19/08/1999 Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann... kann.. kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. kosong.... sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..... terasa syahdu dan sayu gitu... dinginnnn.... Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca Al-Quran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan.... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk... jangannangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik Atas mak.... Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik... baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"kiter sedih... kiter rindu kat mak..! Takpa la..... nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak. mak tunggu ya...! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya.... Semua anak2 mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk... anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu... cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan... Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapatdi bendung... Mak tauu... kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu seda nitu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak.. kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.. nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.. "Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari anak2nya... Mak tau tak... di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat.... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..... Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau... simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. Sekian terima kasih.Yang BenarAnak mak yang dah tak degil.
Cerita dahh habis so.. gii lah jengok Fotopages pulak yerks, baru ja update semalam.
Purbe | 10:48 AM |
Thursday, February 03, 2005
Hidup terumbang ambing umpama kapal yang meredah gelora di lautan nan luas. Badai datang dan pergi tak henti-henti namum kapal tetap jua meredahnya. Ada tikanya lautan menjadi begitu tenang sekali, tiada badai yang mengamcam jiwa. Namum di dalam ketenangan itu tetiba Tsunami pula datang melanda, segalanya hilang. Kawan-kawan di bawa arus kemana, sahabat dan juga ahli keluarga turut menerima akibatnya. Ianya datang tanpa di duga begitu juga dengan hari pangakhiran alam semesta. Apa dahhh yang aku merapu nihhhh.... bersambung.....
|