Friday, February 18, 2005


    Tajuk BesaQ :: Gema Alam Fantasi ::

    tajuk kecik : fotopages dah update ada pic dinner dengan makandeh n pic juara bowling kat sungai setani & yang terbaru ada pic permandangan shahdu.

    7 hari 7 malam aku bercuti, lama tue sampai kadangkala aku bosan sangat dengan cuti yang tak beraktiviti nie. Kenapa aku merindu bintang-bintang yang aku tak dapat capai. Kenapa hembusan angin begitu panas sekali di kala ini sepanas jiwa yang membara.

    Sepanjang bercuti aku pergi kenduri rumah kpnut n the next day aku hampir-hampir manjadi juara bowling (yang mana sebelum nie aku selalu jaa dapat no last). Sepanjang bercuti kat kampung aku asyik makan & makan tak henti-henti, murah rezeki katakan, ahaks. Kerja cuti tapi makan tak pernah cuti pun. Aku cuma melepak, lepak n lepak aja siang dan malam.

    Cuaca panas terlalu terik kat utara nie membuatkan kulit aku terbakar menyala-nyala, tak tertahan lagi nak kena sinaran matahari, hujan yang datang pun hanya sekejap kejap aja yang mana ianya memanaskan lagi peredaran udara persekitaran coz of haba-haba panas naik dari permukaan bumi ke udara (betul kaa aku kata camnie, aku agak2 jaa nie).

    Plan dah lama tapi isnin lepas baru berkesempatan untuh menziarah pika kat kuala kangsar. Dari apa yang MJ cakap n terangkan so aku rasa kesihatan pika dah banyak kemajuan dah tapi blom capai 79% pulih lagi rasanya. Anyway good luck pika... sama2 kita berdoa agar pika sembuh sepenuhnya.

    The day after ziarah pika aku , cikgu midad , mj, mydinz & family and makandeh & family dinner kat Sala Classic Seafood Restaurant kat jalan Alor Mengkudu (nengok kat fotopages aku). Suasana kat situ menarik untuk melepak dan not bad juga menu dia, maybe next time sapa2 datang utara aku boleh bawa gii makan kat situ lah


Purbe | 5:11 PM |