Wednesday, March 30, 2005


    Bumi Bergegar Lagi..

    Di kala asyik berborak, terasa badan ku umpama bergegar n berhayun-hayun sendiri, aku terdiam dan terfikir sendirian. Mungkinkah kerana ubat demam n yang seangkatan denganya yang mbuatkan aku merasa sedemikian. Aku terdiam sejenak dan berfikir kenapa aku merasakan sedemikian, adakah tanda-tanda ajal ku dah makin dekat.

    Fuuuuhhhh.... lega rasanya coz buka aku seorang aja yang merasainya. Pintu rumah mula
    bermain-main macam cerita hantu manakala pinggan mangkok menari-menari di dalam raknya. Didalam hati aku terfikir.., sure lahh ada sesuatu pelik yang terjadi.

    Pabila gegaran tak henti-henti Artan ajak aku keluar dari rumah dan time tue jugalah jiran-jiran aku membuka pintu masing-masing. Suami cuma berkain pelekat sementara si isteri pula membisu di depan pintu. Aku , Artan n jiran lelaki yang gagah berani berkumpul di kawasan lapang berhadapan dengan rumah aku sambil menikmati sisa gegaran yang masih ada lagi. Ini lah gegaran pertama yang aku dapat rasakan di dalam seumur hidup aku nihh (sebelum nie aku tak dapat rasai coz time tue ada dalam kereta ). Bumi umpama beralun-alun, suasananya lebih kurang macam berdiri kat atas Penang Bridge. If korang tak biasa so nanti pabila datang Penang jangan lupa berhenti kat Penang Bridge n rasakannya. Tapi awas jangan plak melepak lelama kat atas bridge coz nanti kalau bernasih tak baik nampak kecelakaan plak.

    Hmmm.. macam perasaan datang time tue, anak jiran aku bagi tahu dia rasa macam pening-pening n ingat dia kena sakit jantung time tue coz tetiba jaa dia cakap darah dia menyusub. Ahaks.. macam-macam lah perasaan yang datang, maybe time tue cuma ingat nak mati aja kot, hehehehe..Dia orang marah kat aku coz aku tanya if Tsunami datang melanda kat kawasan umah kita nie, so nakbuat camna..? Hehehe.. takut betul dia orang dengan Tsunami.

    psssstt... gii nengok fotopages dah update dah nuhhhh..



Purbe | 3:33 PM | Tuesday, March 08, 2005

    Apa Aku Belajar Dari Hidup Ini...


    Aku belajar, bahwa aku tidak dapat memaksa orang lain mencintai aku. Aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang aku cintai...

    Aku belajar, bahwa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya.

    Aku belajar, bahwa orang yang aku rasa tidak baik, justru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup aku kembali serta orang yang begitu perhatian pada aku....

    Aku belajar, bahwa sahabat terbaik bersama aku dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik....

    Aku belajar, bahwa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan, bukan bererti bahwa dia tidak mencintai aku....

    Aku belajar, bahwa sebaik-baiknya pasangan itu, mereka pasti pernah melukai perasaan aku dan untuk itu aku harus memaafkannya......

    Aku belajar, bahwa aku harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...., kalau tidak mau dikuasai perasaan bersalah terus menerus....

    Aku belajar, bahwa tidak masalah berapa buruknya patah hati itu, dunia tidak pernah berhenti hanya gara-gara kesedihan aku...

    Aku belajar, bahwa lingkungan dapat mempengaruhi pribadi aku, tapi aku harus bertanggungjawab untuk apa yang aku telah lakukan....

    Aku belajar, bahwa dua manusia dapat melihat sebuah benda, tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeda....

    Aku belajar, bahwa tidaklah penting apa yang aku miliki, tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya....

    Aku belajar, bahwa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri aku...Aku belajar, bahwa tidak ada yang instant atau serba cepat di dunia ini, semua didalam proses dan pertumbuhan, kecuali aku ingin sakit hati....

    Aku belajar, bahwa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri aku...

    Aku belajar, bahwa aku punya hak untuk marah, tetapi itu bukan berarti aku harus benci dan berlaku bengis....

    Aku belajar, bahwa setiap orang punya hak untuk menyayangi, dari itu jangan di perbudakan oleh cinta, dan jangan terlalu cemburu akibatnya kamu sendiri yang akan terluka.

    Credit to my pren : catatankoe


Purbe | 3:33 PM | Monday, March 07, 2005

    Melepak & Makan

    Panas... panasss... fuhhhh.. terasa lega sikit pabila nampak titisan ujan. Hati berasa lega coz akan rasa nikmat sejuk plak masa ujan. Tappp.. tapp.. tap. ujan berhenti dengan mengejutnya. Wahhhh... ujan nie nak main-main kaa apa, turun belum sampai seminit dah berhenti dah. If aku cakap kat kawan-kawan aku hujan turun sebentar tadi sure dia orang tak percaya coz titisan air hujan di muka bumi tadi tue telah di keringkan dek kepanasan matahari.

    Berkuap.. berkuap n bertambah berkuap lagi bila lepas ujan tak ujan nihh, fan pasang no.3 tapi badan still terasa melekit. Nak tambah extra time kat bed pun tak boleh, ahaks. Selepas jaa nengok F1 live kat tv, housemate memasak nasi dengan ikan kering jaa tengahari semalam, itu pun di bedal hingga habis coz cahaya matahari nun di luar sana macam terbakar-terbakar jaa if keluar dari rumah, hehehee. My housemate.my memasak so aku jadi tukang basuhnya, kecuali belanga, hehehehe.. aku tak suka basuh belanga tapi if basuh pinggan mangkok, cawan , gelas tue banyak mana sekali pun aku sanggup.

    Napa aku tak suka belanga..?? Hmmmm.... aku tak suka bukan kerana dia hitam, aku tak suka bukan kerana dia paling banyak buat kerja tetapi kerana... kerana adalah kerananya.

    Best kan if time panas terik nihhh bilik aku ada aircond, rumah aku ada peti sejuk, bilik aku ada wangian macam bunga yang hanya harum semerbak di waktu malam aja. Kan ku bawa tv , astro, dvd , playstation, Xbox semuanya kedalam bilik aja, tak ada gangguan, oooppss.. lupa tuutt.. akan aku off handphone sekali. Melepak, makan minum if lapar dan dahaga.Fuuuhhhh... makin miningkat imiginasi aku takala panas terik nihh.

    Aku teringin pula nak mandi waterfall, kat mana yerks yang menarik n still masih banyak lagi deruman air walaupun pada musim kemarau nihh. Air terjun TUPAH..??? tak mo gii sana coz kat situ berbau hanyir.



Purbe | 11:41 AM | Friday, March 04, 2005

    JOmmm.. NEngok cerita bukan cerita Tupah


Purbe | 10:17 AM | Tuesday, March 01, 2005


    Di Kau Pergi Jua....

    Indah hanya semantara, tua muda bukan jadi penghalangnya jika ianya datang kita tak berupaya untuk mengelaknya. Kebaikan, kejayaan dan kekayaan bukan jadi bahan pengukurnya coz segalanya ada DOT.

    Kisah sedih pilu, macam tak percaya tetapi ianya relaity. Aku tersentak sejenak selepas menerima SMS pagi tue, tanpa berlengah aku terus aja call Ronnie. Wahhhh.... segalanya benar dan bukanya jenaka yang seperti selalu-selalu di tuturkan. Tetiba muka bangun tidur aku terus berubah menjadi sedih, empangan dah kembali menampung air walaupun di kala ini musim kemarau. Aku termenung mengenang kembali kenangan yang kini menjadi sejarah, aku senang sekali bekerja denganya. Usia nan muda anak baru berusia 3 bulan, perniagaan menampakan kejayaan. Segalanya hilang tanpa diduga, dinner denganya terpaksa di postpone coz of aku ada hal lain. Kini tiada lagi dinner yang di janjikan.

    Kini hanya wajah n gelak tawa aja mampu di kenang, segalanya sudah tiada. Pagi jumaat pagi yang cukup mulia bagi kita umah islam untuk kembali padanya, tetapi pada mereka-mereka yang bukan berugama islam tiada beerti apa-apa. If dalam islam orang kata boleh terlepas siksa kubur tetapi bagi member aku nihh terus jaa masuk ke tempat di mana orang-orang kafir di tempatkan. Ia pergi tanpa menoleh or sempat mengucapkan pesanan apa-apa.

    Sepet

    Aku dah nengok cerita sepet agak menarik jalan cerita n lakonan para pelakon semua yang menampakan realiti kehidupan, lain dari yang lain coz pengarahnya Yasmin Ahmad. Ada unsur-unsur Melayu yang open minded, melayu n party, kemelayuan yang sudah layu dan kehibaan yang menjelma di saat-saat last jalan cerita.

    Seorang gadis melayu yang selalu memakai baju kurung n sport shoes tetapi ada juga seketika memakai skirt. Life orang melayu yang selalalu merasa panas kat rumah n malas nak memakai baju di paparkan n real life of kebanyakan chinese kat negara kita nihh.

    Hmmm... kenapa dia orang (chinese) suka tukar nama walupun agama tetap sama. Bak kata YAM (si yam suka dengar lagu siam) " ada nama London rupanya". Jason itu lah nama hero dalam cerita tue, lakonanya begitu real sekali, sesipa pernah alami saat first time sure faham akan perasaan time tue.

    Cinta tak mengenal bangsa dan agama, itulah yang di paparkan. Dikala itu di papar juga yang mana nafsu menguasai jiwa tak kira bangsa n agama. Segalanya menarik untuk sebuah cerita kehidupan namum kenapa sampul surat time di beri tak sama dengan sampul surat yang di buka time nak di baca, kan gitu Mar kan. Yasmin Ahmad tolong jawab jappp, ahaks.

    At last ada juga terselit perbezaan keistimewaan kaum bumiputera dengan bangsa lain. Yang lebih power masih lagi terkulat-kulat. 3 magic word belum sempat di ucap walaupun masing-masing berusaha. Takdir penentu segalanya, hajat tak kesampaian namun kecelakaan pula menjelma.

    Tapiii... siapa yang menjwab panggilan itu...?????

    Hampehhhhh.. betul mamat baju merah kat kerusi belakang tue. Tak reti nak menilai kualiti jalan cerita, dia ingat cerita nie macam cerita GK3 kot. Bengang betul lahhh.. kalau ikut kan hati aku nak cepukk jaaa. Nasib baik lahh aku ngikut kempem budi bahasa, ahaks.


Purbe | 10:54 AM |