Wednesday, April 13, 2005


    Indah tapi Tak Ceria

    Hidup memberi kita bermacam-macam pengajaran ada yang pahit, ada yang manis n indah dan ada juga yang masam-masam manis. Tak lupa juga pada pengajaran or pengalaman yang kelat dan tawar heabiaq.

    Kadang kala kita rasa satu persatu dugaan datang pada kita tak henti-henti, yang mana time tue kita dah tak termampu nak hadapinya lagi. Pasrah.. itu jaa yang selalu ada di hati kita, adakah kita akan terus menghadapinya dengan penuh semangat or just pasrah semata-mata pasrah sepenuhnya..??

    Perjalanan hidup masih jauh lagi (itu lah yang aku rasakan tapi tak taw plak kot-kot ada noktah kehidupan dalam masa terdekat, who knows kan.. kan..) pelbagai pengalam hidup bakal kita hadapi dari masa ke semasa sehingga kita tiba pada penantian dimana kita bakal di letakan di alam kekal abadi.

    Ada cinta yang bersemi di jiwa tetapi tidak mekar sepenuhnya dan begitu juga cinta yang mekar di taman namun diri kita tak menyedari akan kewujudannya. Apalahhh.. kita nie manusia yang tak tahu macamana untuk menilai antara kebahagian dengan ke egoan diri. Setiap insan ada matlamat tersendiri namun kita tak dapat mencapinya 100% coz itu jugalah kita terus berharap dan terus mengharap ianya akan muncul. Ingatlah kesempuarnaan takan tercapai sekiranya tiada ketenangan diri dalam kehidupan seharian mahu pun kerohanian diri kita. Ia tak dapat di jual beli coz ianya free if ada NEKAD di dalam diri. Kadangkala kita insaf dengan kehidupan lalu dan muncul nekad di dalam diri kita. Segalanya berlalu sepertimana berlalunya usia meninggalkan kita, nekad kian terhakis dan diri kita kembali sepertimana di masa lalu.

    Contoh yang ketara "time kita pergi hantar jenazah kat kubur n time tue tok Imam akan baca talkim so pabila kita mendengar talkim tue dengan pantas diri kita terasa insaf n ingin menambah amalan kita untuk bekalan yang akan dibawa ke akhirat nanti. Namum pabila selang beberapa langkah aja kita kita dari kubur maka keinsafan kita pun secara perlahan-lahan terkubur. Kemana keinsafan sebenarnya diri kita..?? Everything gone with the wind.




Purbe | 5:08 PM | Monday, April 04, 2005

    Bumbung Ku Bocor

    Hujan datang kembali dengan membawa berjuta-juta titisan yang takan dapat di bilangi satu persatu. Zapp.. kelihatan cahaya kilat dan deruman guruh kadang-kala membuatkan aku secara automatic nya menghilang diri. Aku degil, aku tak peduli n aku teruskan juga melayani screen komputer kat rumah aku. Aku bosan coz Astro pun down time hujan lebat macam nihh.. apa lagi yang dapat aku lakukan if berseorangan kat rumah yang tesergam mewah serta indah ( tersergam mewah & indah tue rumah orang lain laa, hehehe.. )

    Geeeddeegummmm... kedengaran bunyi pabila caj-caj positif bertembung dengan caj-caj negetif di atas sana. Aku if tergezut macam tue seperti biasa lah, ahaks, tetapi on the same time juga rumah aku nan ceria itu menjadi gelap tetiba. Wahhhh... dah laa hujan lebat, bekalan elektrik tetiba terputus pulak, macam cerita hantu jaa nihh.. ,pabila hantu mula nak menyakat orang yang lemah semangat , but not me hehehe...

    Aku keluar n jenguk kat rumah depan, ooo.. dia orang ada karan, hmmm.. dengan kebijaksaan aku dan sepantas lipas aku dah solve dah ketiadaan karan kat umah aku tue, alahhh just on balik automatic switch kat DB tue ja.

    Banjir.. banjirrr.. kediaman kita banjir. Kedengaran makluk-makluk perosak kat dalam rumah aku menjerit, woooii kawan-kawan jom kita pakat-pakat lari menyelamatkan diri, tsunami dah tibaaa. Hehehe.. itu semua imiginasi minda aku jaa. Bumbung rumah aku yang canggih tue dah mula alami kerosakan yang makin teruk, dulu satu tempat jaa yang nak kena letak baldi tapi sekarang nie dah jadi 5 tempat dah dan ada yang turun laju plak tue. Tention betul lahhh.. time ujan-ujan nie tak da plak tukang repair nak mai tanya. Time tak di perlukan dia mai plak n bagi tahu macam-macam itu ini yang nak kena tukar. But time tue hehehe.. tak terfikir perlu nak repair lagi, maklum lah time panas terik, time tak di timpa dek ujan lagi.

    Apa pun hujan dan panas segalanya tak pernah memuaskan hati kita sebagai umat manusia. Manusia hanya tahu meminta tetapi tak pandai pula bersyukur di atas pemberianya dan lepas tue bila dah terjadi baru nak sesalinya.



Purbe | 1:47 PM |