Tuesday, May 31, 2005

    Rintisan Ujan Pagi

    Housemate baru masuk rumah n time aku balik dari keja housemate dok pulun pasang meja computer kaler biru. Pasang skru buka skru, rasanya berjam juga lahh sebuah meja computer biru yang comel tue.

    Letih kot housemate aku pasang meja computer tue coz tue lahh malam semalam dia tidur awal. Kebelakangan nie aku mengantuk awak so before cerita CSi Miami tue habis aku pun masuk bilik n belayar jugalah. Nyenyak betul aku tidur n terus tertidur..

    Housemate aku dah balik kampung coz dia nak buat apa yang patut untuk bertunang pada 1st of June. Happy bukan main dia n termakbul juga cinta lapangan terbangnya, aku rasa lepas cuti sekolah nie dia takan dapat jumpa tunang dia dahh. Nuuuun... jauh di bumi Kenyalang if nak gii pun kena apply cuti banyak-banyak hari lahh, poket pun kena tebal gakk. Anyway aku tumpang happy kat member aku yang happy go lucky nihh, good luck my pren n semoga cepat-cepat kejar Artan.

    Pagi nie rintisan hujan best sekali, udara persekitaran menjadi begitu nyaman, bantal bulu angsa menjadi makin sejuk n memerangkap mimpi-mimpi aku supaya tidak berlalu pergi. Aku terleka dek kesejukan di pagi nie, kenyamanan memerangkap body aku sehingga melewati 9 pagi. Pabila aku mencapai tower kedengaran tapp.. taappp.. kat atas bumbung so ake lepak lahh dulu kat depan tv, nengok news terbaru pagi-pagi nie. Tak ada yang menarit minat aku so aku tukar plak ke channel 11, wahhh.. yang nie best, aku pun nengok japp n then terus jaa ke kamar mandi.

    Nakkk.. breakfast tapi tak ada apa-apa yang dapat di kunyah so aku minum air masak jaa di waktu pagi hari nie. Pabila sampai jaa kat opis aku turun plak kat kedai mamak di bawah tue makan roti pisang dengan teh tarik. Ingat tak nak makan apa-apa dah sampai ke petang but cousin aku ajak makan nasi ayam best plak kat rumah acu aku. "Acik (survant acu aku) masak sedap taw" apa lagi aku pun tergoda lah jugak, ahaks. Jommmmm... pii makan nasi ayam.





Purbe | 12:04 PM | Friday, May 27, 2005

    Mencari Sampai Berkenan

    "ack lepas lepas maghrib turun terus taw kami datang ambil" begitu lah lebih kurang msg yang aku terima lewat petang semalam.

    Aku dengan cerianya terus turun dari opis sesudah aja maghrib, melepak dulu kat 1st floor nengok sana-sini namun tak nampak-nampak juga kereta dia orang nie yang cakap nak datang sesudah aja maghrib. Di masa melepak menunggu dia tue fikiran aku mula melayang-layang ke sana sini, tahh kemana aku sendiri pun dah lupa.

    Kat bawah tue ada seorang mamat melepak n macam menunggu n tertunggu something, ahhh.. aku ignore jaa bukan aku kenal pun. Pada masa fikiran aku melayang-layang jauh tetiba aku terdengar "assalamualaikum abang" aku menoleh. Aiiikkk.. bila masa pula mamat kat bawah tadi tetiba ada di sebelah aku nie, aku agak tergejut seketika.

    Dengan nada yang bergetar-getar si mamat yang aku dah terlupa nama dia nie terus aja membuka ceria.

    "aa..bang dok area dekat-dekat dengan sini kaa, saya nak minta tolong sikit tapi saya terasa pula macam peminta sedekah pulak. Tadi tayar motor saya pancit taa..pii saya tak dakk duit nak repair" Aku membisu aja time tue sambil mendengar cerita mamat nihh. Mamat nie bercerita lagi "saya ingat beg duit saya hilang, tadi bila telepon kat rumah baru saya tahu yang beg duit saya tertinggal kat rumah. Rumah kak ipaq saya dekat jaa kat depan tuu, tapi saya tepon takda orang pula kat rumah.

    Aku tak minta apa-apa alasan pun tapi kenapa dia nak cerita banyak-banyak dekat aku dengan suara yang agak menggigil. Time tue kepala aku agak pening sikit n perut pun dah keroncong so aku terus bertanya kat dia so sekarang nie apa yang dapat saya tolong.

    Mamat tue cakap " kalau nak repair tayar motor pun perlu 8 hingga 9 ringgit". So.. aku terus aja keluarkan rm10 bagi kat dia n dia ucapkan terima kasih. Sebelum mamat tue beredar aku bertanyakan namanya, tapi tahhh.. aku dah terlupa apa nama laa nie. Dalam hati aku tertanya-tanya betul kaa mamat tuu dalam keadaan terdesak or just saja nak pau aku.

    Pada masa aku nak bagi duit kat mamat tue aku sengaja keluarkan duit rm50 berkeping-keping dalam hati iku ingat nak test mamat nie, samada dia jujur or nak pau aku. Hehehehee.. kiranya niat dia tak baik time tue aku dah ready untuk membelasah dahh. Nasib baik laa dia tak cakap or ambil tindakan apa-apa dah time tue if not sure masuk hospital if bukan dia so aku lahh, ahaks (berfikiran negetif lagi aku). Anyway apa pun jujur kaa tak jujur kaa aku sedekah jaa duit kat diam, aminnn...

    Tak beberapa lama kemudia kelihatan kancil putih, dengan dua orang awek yang tengah tersengeh-sengeh berhenti kereta sebelah aku so apa lagi aku terus jaa lompat masuk (macam katak plak lompat-lompot nie yerks). So.. we all terus aja ke destinasi kedai makan yang we all selalu pergi tue, area Tmn Saadon. Alaaamakkk.. tutup pulak tak boleh lah aku nak makan capati sedap tue. Hmm.. nak kemana nie aku bukan selalu sangat keluar makan memalam area island nihh.

    Roda n minda terus berputar pabila tepon berbunyi we all terus aja menghalakan kancil kearah Makro. Rupanya nak beli makanan kucing, coz kat umah acu aku tue kucing-kucing kampung dah tak reti nak makan makanan biasa macam kucing-kucing kampung lain lagi dah. Setelah hanto balik makanan kucing tue kat rumah acu so we all terus kan lagi expidisi mencari makan. Laaaaa..... kedai nie pun tutup jugak, dah 2 buah kedai yang aku selalu makan tue tutup pada malam nie, maybe coz of malam jumaat kot so banyaklah kedai makan favorite aku tak beroperasi. Sunat.. sunat sunat...

    At last jumpa juga kedai makan yang menawan hati aku kat Sg Ara, masakannya not bad n menyelerakan. Menjamu selera sambil berborak-borak nihh memang menyasyikan sehingga masa berlalu dengan pantas tanpa di sedari. Next time sesiapa yang datang pulau mutiara aku boleh bawa dia orang datang makan kat sini memalam lahh. Kedai nie nampak ceria aja di malam hari n ramai pelanggan serta ramai mek-mek kelate or petani keja kat sini. Next time bolah datang lagi.

    Jommm.. gii nengok wayang kat Gurney Plaza pulak nakkk tak.




Purbe | 11:33 AM | Thursday, May 26, 2005


    Tapai nan Sedap..

    Seawal pagi aku bangun buat sit up beberapa kali n then lepas-lepak depan tv. Bila muka dah fresh sikit baru aku masuk bilik air mandi manda, bersihkan muka dengan formula Body Shop yang baru beli, hehehehhe... beli masa offer hari tue murah laa sikit. Rugi sapa beli awal before offer.

    Wheetttttttttttt.... ceret menjerit di atas dapur so dengan gaya sexy aku keluar dari bathroom terus jaa "tapp" tutup api n then sambung mandi lagi. Harum semerbak dengan body shampoo Dove. Hari nie aku pakai T-shirt aja gii keja coz malas nak iron kemeja, ahaks.

    Breakfast pagi nie agak special sikit n for the 1st time aku membuka bungkus-bungkusan tapi di pagi-pagi, sedappppppp.. rasa macam tak cukup pula. Tapai & Hot chocolate cadbury di pagi hari, best air nie n menyelerakan bila di minum lepas makan tapai yang semakin banyak airnya berbanding semalam. Kemanisan airnya, lembutnya isinya sehingga membuatkan selera terbuka hinggakan menjilat jari.

    remarks : **tapai lagi best dari nasi lemak rm1.00, tapi nasi lemak tak dapat nak di lupakan coz kenakannya if hari-hari pun tak jemu.** Aku still kempunan nak makan MC D.


Purbe | 3:37 PM | Wednesday, May 25, 2005

    Deman AF 3 bermula..

    Ia muncul lagi dengan muka-muka yang baru, tapi berbeza coz yang terkeluar sebelum bermula menjadi lebih GLAMOUR lagi dari yang tercalon. Rakyat Malaya dah ready untuk menambah keuntungan Astro, undi jangan tak undi bukan susah pun just send SMS ja. Apa untung anda ?? Tumpang happy or tumpang sedih pada pilihan hati anda itu ja kan. Anda READY..?????

    Seperti biasa pukul 8.30pm setiap malam minggu ramai orang akan melepak aja kat depan TV (bagi yang ada Asto n TV lah). Pada hari nie suri rumah akan sediakan persiapan untuk makan malam lebih awal lagi coz sebab tak mahu lepaskan peluang untuk bersengkang mata. Ada kalanya mulut mengomel macam-macam pada bukan calon pilihannya n ada sesetengahnya dah mula taip SMS n send berulang ulang kali coz nak menaikan undi calon pilihannya.

    Hmmm... so siapa pula pilihan anda kali nihh ??

    Image hosted by Photobucket.com

    Aku pilih AC Milan malam nie, tapi aku ada t-shirt Liverpool.


Purbe | 2:44 PM | Tuesday, May 17, 2005

    Mengapai Bahagia

    Terang bulan, bergelipan bintang menyinari kehidupan nan baru. Hidup berubah body pun akan berubah jua bila tiba tikanya. Pada sesetengah sahabat pencarian telah pun berakhir dan tiba pula tika melayarkan impian hingga ke noktah yang di tentukan padanya, tiada siapa yang tahu kecuali yang satu. Tahniah pada mereka yang telah selamat mengecapinya dan selamat berjaya pada yang tengah merancangnya.

    Pabila perjanjian telah termerai maka melangkahlah ke dunia yang baru, baik dan buruk harus di terima dengan seadanya. Sedih dan gembira bercampur baur tika itu, tanggungjawab dunia dan akhirat berubah tempat sepenuhnya pada tika saat saksi mengesahkannya. Berjuanglah demi kebahagian duniawi, kumpulkanlah sebanyak mana pahala demi hidup nan kekal abadi.

    Aku.. still idup dalam blues.

    Hmmmm.... hari sabtu nie ada kenduri kawen kat Perak, nak gii tapi takde geng dari utara nie. Cuti 3 hari tapi takda plan yang menarik pun tika nie, nak buat apo yekrs.. cuti-cuti macam nie. Nak balik kampung pun last week dah balik dah, nak jalan jauh-jauh poket dah makin nipis dah coz travel banyak sangat bulan nie. Nak melepak kat rumah pun bosan coz kawan-kawan memaksa diri dia orang bekerja.

    Terfikir pula alangkah bestnya if tak bercuti, tetapi pabila time keja nak pula cuti. Yang mana satu nihhh..




Purbe | 1:45 PM | Friday, May 13, 2005

    UngCake

    Let it go... biarkan yang berlalu pergi tanpa menyimpan apa-apa di hati. Kenapa harus ada kata-kata yang menikam jiwa ?? Adakah di kau rasa bahagia dengan berbuat sedemikan rupa, adakah puas hati mu menyuarakan apa yang tak tertunai. Tidak kah di kau memahami atau cuba memahami situasi tika itu. Itu aja yang tinggal pada ku tika itu, jika ku berikan apa yang ada lagi pada diri ku ini.

    Aku memerlukan lebih daripada mu tika itu tetapi hati ku rasa bersalah, aku.. tak tepati janji-janji.

    Masa berlalu pergi, malam pula kian menonjol diri, sunyi sepi suasana rumah makin mengoncang jiwa. Kata-kata mu masih lagi terngiang-ngiang di telinga, aku menonton tv namun apa yang ditonton aku pun tidak tahu. Fikiran aku melayang-layang, telinga ku menjadi pekak pada persekitaran sementara jiwa melayang-layang ke destinasi yang tak dapat di temui.

    Di dalam kegelapan malam dan kegelapan suasana rumah aku terlelap seketika. Kedengaran bunyi ngianggg.. ngianggg.. aku tersedar, wahhhh... dah gelap gelita rumah rupanya. Maybe aku terlalu letih hingga tak sempat untuk on kan lampu n fan sekali. Ingatkan apa.. rupanya mimpi, dalam mimpi pun otak aku giat memusing. Menyusuk jiwa betul lahh mimpi aku kali nie..





Purbe | 3:56 PM | Friday, May 06, 2005

    KEMBALI

    Aku masih lagi bernafas di dunia blog ini cuma tak selincah or sebisa dahulu. Kekadang cerita lebih enak if terbenam di jiwa sahaja namun bukan kesemuanya. Kebelakangan ini banyak benda yang membuatkan aku berasa bangga dengan diri sendiri, aku bisa berdikari walaupun seribu satu macam benda terbenak di jiwa ini.

    Indah.. kehidupan ini namun di sebalik keindahan adakalanya ada titik-titik hitam yang tak dapat di kesan.

    Pantai Timur tetiba jadi destinasi aku kali ini, jalan-jalan tumpang makan. Penginapan tour aku kali nie semuanya F.O.C , 3 hari memang begitu singkat sekali coz 70% daripada masa tue dihabiskan atas kenderaan dan tidur aja.

    Thanx pada sesiapa yang menjamu aku makan dan layanan yang di terima. Tahniah juga pada Tini (ADK) coz selamat bergelar sebagai se orang isteri. Tini jadi lah seorang isteri solehah " Pabila berdekatan menjadi ahli dunia dan pabila berjauhan jadi ahli akhirat ".

    Thanx to Darekampo coz bawa we all tour kat KT n belanja makan. Thanx to parents Langsat coz bagi we all menumpang tido n menyediakan makan minum semasa we all di sana.

    Thanx to awek2 kelate yang comey2 n putih2 tue coz buat pandangan mata aku jadi lebih clear n besar lagi. Bak kata kawan aku tue " if dok kelate susah nak jadi suami yang setia".

    Thanx juga to kpnut & abg mior coz sediakan tempat penginapan n makan minum time melepak kat Putrajaya. Thanx juga pada sinaga naga coz belanja makan.

    Gambo Tour to Pantai Timur ada kat Fotopages aku, gii lah jenguk-jenuk.


Purbe | 3:08 PM |