Friday, May 27, 2005

    Mencari Sampai Berkenan

    "ack lepas lepas maghrib turun terus taw kami datang ambil" begitu lah lebih kurang msg yang aku terima lewat petang semalam.

    Aku dengan cerianya terus turun dari opis sesudah aja maghrib, melepak dulu kat 1st floor nengok sana-sini namun tak nampak-nampak juga kereta dia orang nie yang cakap nak datang sesudah aja maghrib. Di masa melepak menunggu dia tue fikiran aku mula melayang-layang ke sana sini, tahh kemana aku sendiri pun dah lupa.

    Kat bawah tue ada seorang mamat melepak n macam menunggu n tertunggu something, ahhh.. aku ignore jaa bukan aku kenal pun. Pada masa fikiran aku melayang-layang jauh tetiba aku terdengar "assalamualaikum abang" aku menoleh. Aiiikkk.. bila masa pula mamat kat bawah tadi tetiba ada di sebelah aku nie, aku agak tergejut seketika.

    Dengan nada yang bergetar-getar si mamat yang aku dah terlupa nama dia nie terus aja membuka ceria.

    "aa..bang dok area dekat-dekat dengan sini kaa, saya nak minta tolong sikit tapi saya terasa pula macam peminta sedekah pulak. Tadi tayar motor saya pancit taa..pii saya tak dakk duit nak repair" Aku membisu aja time tue sambil mendengar cerita mamat nihh. Mamat nie bercerita lagi "saya ingat beg duit saya hilang, tadi bila telepon kat rumah baru saya tahu yang beg duit saya tertinggal kat rumah. Rumah kak ipaq saya dekat jaa kat depan tuu, tapi saya tepon takda orang pula kat rumah.

    Aku tak minta apa-apa alasan pun tapi kenapa dia nak cerita banyak-banyak dekat aku dengan suara yang agak menggigil. Time tue kepala aku agak pening sikit n perut pun dah keroncong so aku terus bertanya kat dia so sekarang nie apa yang dapat saya tolong.

    Mamat tue cakap " kalau nak repair tayar motor pun perlu 8 hingga 9 ringgit". So.. aku terus aja keluarkan rm10 bagi kat dia n dia ucapkan terima kasih. Sebelum mamat tue beredar aku bertanyakan namanya, tapi tahhh.. aku dah terlupa apa nama laa nie. Dalam hati aku tertanya-tanya betul kaa mamat tuu dalam keadaan terdesak or just saja nak pau aku.

    Pada masa aku nak bagi duit kat mamat tue aku sengaja keluarkan duit rm50 berkeping-keping dalam hati iku ingat nak test mamat nie, samada dia jujur or nak pau aku. Hehehehee.. kiranya niat dia tak baik time tue aku dah ready untuk membelasah dahh. Nasib baik laa dia tak cakap or ambil tindakan apa-apa dah time tue if not sure masuk hospital if bukan dia so aku lahh, ahaks (berfikiran negetif lagi aku). Anyway apa pun jujur kaa tak jujur kaa aku sedekah jaa duit kat diam, aminnn...

    Tak beberapa lama kemudia kelihatan kancil putih, dengan dua orang awek yang tengah tersengeh-sengeh berhenti kereta sebelah aku so apa lagi aku terus jaa lompat masuk (macam katak plak lompat-lompot nie yerks). So.. we all terus aja ke destinasi kedai makan yang we all selalu pergi tue, area Tmn Saadon. Alaaamakkk.. tutup pulak tak boleh lah aku nak makan capati sedap tue. Hmm.. nak kemana nie aku bukan selalu sangat keluar makan memalam area island nihh.

    Roda n minda terus berputar pabila tepon berbunyi we all terus aja menghalakan kancil kearah Makro. Rupanya nak beli makanan kucing, coz kat umah acu aku tue kucing-kucing kampung dah tak reti nak makan makanan biasa macam kucing-kucing kampung lain lagi dah. Setelah hanto balik makanan kucing tue kat rumah acu so we all terus kan lagi expidisi mencari makan. Laaaaa..... kedai nie pun tutup jugak, dah 2 buah kedai yang aku selalu makan tue tutup pada malam nie, maybe coz of malam jumaat kot so banyaklah kedai makan favorite aku tak beroperasi. Sunat.. sunat sunat...

    At last jumpa juga kedai makan yang menawan hati aku kat Sg Ara, masakannya not bad n menyelerakan. Menjamu selera sambil berborak-borak nihh memang menyasyikan sehingga masa berlalu dengan pantas tanpa di sedari. Next time sesiapa yang datang pulau mutiara aku boleh bawa dia orang datang makan kat sini memalam lahh. Kedai nie nampak ceria aja di malam hari n ramai pelanggan serta ramai mek-mek kelate or petani keja kat sini. Next time bolah datang lagi.

    Jommm.. gii nengok wayang kat Gurney Plaza pulak nakkk tak.




Purbe | 11:33 AM |