Thursday, May 26, 2005


    Tapai nan Sedap..

    Seawal pagi aku bangun buat sit up beberapa kali n then lepas-lepak depan tv. Bila muka dah fresh sikit baru aku masuk bilik air mandi manda, bersihkan muka dengan formula Body Shop yang baru beli, hehehehhe... beli masa offer hari tue murah laa sikit. Rugi sapa beli awal before offer.

    Wheetttttttttttt.... ceret menjerit di atas dapur so dengan gaya sexy aku keluar dari bathroom terus jaa "tapp" tutup api n then sambung mandi lagi. Harum semerbak dengan body shampoo Dove. Hari nie aku pakai T-shirt aja gii keja coz malas nak iron kemeja, ahaks.

    Breakfast pagi nie agak special sikit n for the 1st time aku membuka bungkus-bungkusan tapi di pagi-pagi, sedappppppp.. rasa macam tak cukup pula. Tapai & Hot chocolate cadbury di pagi hari, best air nie n menyelerakan bila di minum lepas makan tapai yang semakin banyak airnya berbanding semalam. Kemanisan airnya, lembutnya isinya sehingga membuatkan selera terbuka hinggakan menjilat jari.

    remarks : **tapai lagi best dari nasi lemak rm1.00, tapi nasi lemak tak dapat nak di lupakan coz kenakannya if hari-hari pun tak jemu.** Aku still kempunan nak makan MC D.


Purbe | 3:37 PM |