Tuesday, June 28, 2005

    Mimpi mimpi Ngeri

    Kata orang tua-tua basuh kaki dahulu sebelum masuk tidur. Masa kecik-kecik dulu aku selalu jugak amalkan petua nie sebab selalu di tegur. Kononnya bila basuh kaki sebelum tidur nihh boleh elak mimpi yang bukan-bukan, hmmmmmm... iya ker tak iyaaa kesahihannya aku kurang pasti sangat.

    Apa-apa pun memang bagus membersihkan kaki sebelum tido sebab nanti tak terlekat lahh apa-apa unwanted kat tilam or cadar. Mana tahu time dok jalan-jalan dalam rumah tue terpijak tahi cicak kaa.., who khows kan.

    Masa silih berganti kenangan pada masa lalu cuma tinggal bayangan, kini aku dah besar dan kebanyakannya teman sepermainan aku semasa kecik-kecik dedulu dah pun ada family sendiri. Aku.. masih lagi terkontang-kanting entah tak tahu bila masanya tarikh keramat itu akan muncul dalam hidup ku ini.

    Rasanya pada zaman laa nie ibubapa tak sempat untuk bagi tahu anaknya supaya basuh kaki dahulu sebelum tidur sebab masing-masing sibuk melayan tv n sedar-sedar anaknya dah tertidur.
    Bulan nie aja seingat aku dah 2 kali aku mengalami mimpi ngeri, so yang tak ingat tue tak sure lah berapa kali. Mimpi yang mula tue begitu menggerunkan sekali, eeeeee... minta simpang sangat-sangat. Aku bukannya spesis tue, camna pulak boleh keluar dalam mimpi aku macam tue, bila di ingatkan kembali boleh jadi seram bulu roma. Aku tak sanggup n takkan masuk ke alam tue. So.. kita skip cerita pertama nie coz Lembaga Penapisan Mimpi tak luluskan.

    Second cerita nie baru ja termimpi, rasanya baru minggu lepas agaknya. Kekadang bila bermimpi terasa macam benar-benar terjadi lah pulak, berpeluh-peluh aku kat atas katil. Mana tidaknya semaunya terjadi benar-benar macam suasa seharian dalam hidup aku. Aku bermimpi aku datang bekerja n lakukan apa yang aku lakukan seharian di tempat kerja n time balik kerja tue tetiba semua orang jadi panik. Aku time tue tengah drive kat atas Penang Bridge tetiba aja bahagian tengah bridge tu terputus satu ke atas n satu kebawah. Semua orang lari meninggalkan kereta masing-masing sedangkan aku masih lagi kat dalam kereta berfikir macamana aku nak balik ke rumah, macamana dengan kereta aku dan bermacam-macam lagi. Aku jadi bingung n takut yang teramat sangat.

    Fuuuuuhhhhh... nasaih baik aku tersedar dek laungan azan subuh. Time tue aku jadi blur n bila bangun tidur pun blur jugak. Alhamdulillah semuanya hanya mimpi aja, if betul-betul macamana agaknya.

    Kekadang di dalam hidup kita ini terjadi sesuatu yang kita rasakan macam mimpi n kita macam tak percaya ianya benar-benar terjadi pada diri kita. Pada tika itu kita berharap ianya hanya satu mimpi, namun kenyataan tetap kenyataan dan ianya tak dapat nak di elakkan. So.. terpaksalah kita menerima kenyataan itu walaupun perit mana sekalipun.

    Mimpi adalah permainan tidur, ianya mewarnai hidup kita dengan ke indahan yang kekadang kita tak dapat untuk kecapinya di alam nyata ini. Namum tak semua mimpi itu indah coz adakalanya ia menyiksa diri dan batin kita.



Purbe | 1:59 PM | Tuesday, June 21, 2005


    Update Picnic

    Bertempat di Penang Island pada tarikh 18 June 2005 gathering Ghoplah jingga yang petama telah diadakan.

    Gambar-gambar aktiviti boleh di lihat kat Purbe punya Fotopages, just click aja kat situ.


Purbe | 12:06 PM | Monday, June 20, 2005


    Bercanda Di Persisiran

    Bitapa tak bestnya hari nie, hari tak seceria selalu. Gedebakk gedebuk jatuh bak nangka busuk. Kenapa, apakah harus aku kembali ke dalam gua..??

    Takala melayam Yang Mulia tetiba air milo panas kat atas meja tertumpah, terkena baju n seluar. Aduuuhh.. aduhh pedihnya badan aku tika itu, aku segera ke toilet basuh baju & seluar(kat tempat yang terkena ajerlah). Fuhhhh.. pedih, pedih betul badan aku hinggakan nampak kemerahan. Aku ambil kertas tisu n lap meja aku serta lantai, bersih sebersih bersihnya sambil di dalam hati aku berharap alangkah bagusnya if makcik tukang cuci tue datang opis hari nie.

    If hidup tanpa dugaan itu bukan nama hidup yang normal namanya, namum segalanya harus di dihadapi dengan minda yang terbuka dan bukan dengan perasaan semata-mata. Lidah senang untuk berkata-kata namun keberkatan dengan kata-kata tue selalunya orang tak ambil kira. Selalunya manusia berfikir untuk kepuasan sendiri, mencari jalan mudah, namun tak semuanya memikirkan sedalam-dalamnya. Mengapa harus diri kita kecundang ? Salah satu sebabnya kita tidak mengenali diri kita sendiri, kita tak pernah merenung di dalam diri kita dan kadangkala sebab itu juga menjadikan kita meragui akan orang lain.




Purbe | 1:44 PM | Thursday, June 16, 2005

    Mengapa MAWI (AF3) meletupp..

    Ini pandangan peribadi aku selaku penonton bukan fanatik AF3. Pada pengamatan aku setelah menonton beberapa rancangan yang melibatkan AF3 aku dapati Mawi menjadi begitu terkenal sekali berbanding yang lain-lainnya walaupun sebelum Mawi di masukan kembali ke dalam AF3.

    "Imej" adalah aset utama yang ada pada Mawi sehinggakan Mawi menjadi antara peserta yang memperolehi undi yang tertinggi setakat ini. Bukan sekadar undi sahaja malah kanak-kanak, kanak-kanak dewasa n ibubapa kanak-kanak pun suka pada si Mawi nie. Mawi nie umpama macam lelaki melayu terhebat lah dalam AF3 tue, namun.... mampukah Mawi menggalas harapan peminat-peminat fanatiknya. If yang tak fanatik tue tak lah kisah sangat coz dia orang nie boleh jadi macam daun pisang kering ataupun lalang, mengikit aja ke mana arah tiupan angin.

    Bagi aku rakyat Malaya sekarang nie dah kempunan pada penghibur yang ber imej bersih. If perempuan ada Siti Nurhaliza, lelaki still tak nampak ada sesiapa lagi yang mengisinya so.. ramai orang berharap agar Mawi dapat mengisi kekosongan itu. . Imej Mawi menampakan dirinya sebagai seorang yang bersih, tenang dan memikat hati semua orang tak kira tua muda. Di sebab itu juga lah dapat kita lihat undi Mawi meningkat, penonton AF3 bukan menitik beratkan akan suara semata-mata. Penampilan dan perwatakan adalah sesuatu yang di lihat oleh peminat-peminat AF3 n coz itu jugalah populariti & undi Mawi melonjak naik.

    Harapan yang tinggi di letakan pada bahu Mawi agar kekal bersih serta besederhana dalam apa jua, bukan kah itu sifat-sifat terpuji.

    Ada orang kata " takpa Mawi terlupa lirik tetapi tak lupa solat". Macam-macam lagi yang aku dapat baca kat @15 tue kekadang nak ketawa pun ada, :) .


Purbe | 12:22 PM | Monday, June 13, 2005

    Sepi Seorang Perindu

    Semenjak terbina tembok nan tinggi maka terbantut lah hembusan angin yang mendayu-dayu. Permandangan terganggu, namum melayu sama melayu pun nak letak tembok tinggi-tinggi.

    Sudah sekian lama aku tak dapat melihat permandangan kereta yang lalu lalang, time aku rindu sesangat so terpaksalah menjinjat dan mendongak keatas. Rindu rasanya untuk menikmati saat-saat lalu serta menikmati kenikmatan saat itu. Apakan daya tak sanggup ku meroboh tembok ini, terhalang pun terpaksa redho aja lah.

    Aku tak suka di serbu n menyerbu, itu bukan sifatku dan itu juga menjadi pantang dalam diri ku.

    Kebelakangan ini cuaca begitu terik sekali, kehadiran tembok yang meninggi begitu terasa menghalang apa yang sepatutnya aku nikmati. Kadangkala aku menjadi bengang dengan di pihak yang satu lagi, kenapa dan mengapa harus di bina setinggi itu. Dulu jiran aku chinese tetapi tak pula dia orang membina tembok sebegini tinggi.

    Aku dah bosan dengan kejiranan ini...



Purbe | 11:27 AM |