Thursday, June 16, 2005

    Mengapa MAWI (AF3) meletupp..

    Ini pandangan peribadi aku selaku penonton bukan fanatik AF3. Pada pengamatan aku setelah menonton beberapa rancangan yang melibatkan AF3 aku dapati Mawi menjadi begitu terkenal sekali berbanding yang lain-lainnya walaupun sebelum Mawi di masukan kembali ke dalam AF3.

    "Imej" adalah aset utama yang ada pada Mawi sehinggakan Mawi menjadi antara peserta yang memperolehi undi yang tertinggi setakat ini. Bukan sekadar undi sahaja malah kanak-kanak, kanak-kanak dewasa n ibubapa kanak-kanak pun suka pada si Mawi nie. Mawi nie umpama macam lelaki melayu terhebat lah dalam AF3 tue, namun.... mampukah Mawi menggalas harapan peminat-peminat fanatiknya. If yang tak fanatik tue tak lah kisah sangat coz dia orang nie boleh jadi macam daun pisang kering ataupun lalang, mengikit aja ke mana arah tiupan angin.

    Bagi aku rakyat Malaya sekarang nie dah kempunan pada penghibur yang ber imej bersih. If perempuan ada Siti Nurhaliza, lelaki still tak nampak ada sesiapa lagi yang mengisinya so.. ramai orang berharap agar Mawi dapat mengisi kekosongan itu. . Imej Mawi menampakan dirinya sebagai seorang yang bersih, tenang dan memikat hati semua orang tak kira tua muda. Di sebab itu juga lah dapat kita lihat undi Mawi meningkat, penonton AF3 bukan menitik beratkan akan suara semata-mata. Penampilan dan perwatakan adalah sesuatu yang di lihat oleh peminat-peminat AF3 n coz itu jugalah populariti & undi Mawi melonjak naik.

    Harapan yang tinggi di letakan pada bahu Mawi agar kekal bersih serta besederhana dalam apa jua, bukan kah itu sifat-sifat terpuji.

    Ada orang kata " takpa Mawi terlupa lirik tetapi tak lupa solat". Macam-macam lagi yang aku dapat baca kat @15 tue kekadang nak ketawa pun ada, :) .


Purbe | 12:22 PM |