kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits
|
Monday, July 25, 2005
Bahagia Datang dan Pergi Pertama kali aku ucapkan tahniah pada office mate aku yang mendapat anak kedua pada hari sabtu yang lalu. Tahniah Tahniah Tahniah... Aku baru balik dari Pantai Mutiara Mecdical Center, visit office mate aku. So ni serba sedikit yang aku faham ketika di sana, office mate aku kali nie dapat baby girl seberat 3.25kg, pada pagi sabtu lalu. Tempoh masa masuk hospital dari 1.30am n delivered pada 3.15am, melalui pembedahan. Pakage keseluruhan selama 4 hari 3 malam sebanyak RM 4050.00, macam pakage tour to europe lah pulak. Officemate aku cakap operate nie perut senang masuk angin sikit, aku cuma mampu tersenyum jaaa. Nie 1st time aku melawat orang bersalin kat sepital nihh.. Don't be sad. Pepagi tadi one of the pren msg aku dia cakap dia down sesangat coz of dia telah di hampakan. Aku faham akan perasaanya n aku simpati dengan dirinya. Dia tak dapat melupakan si ex dia coz katanya dia terlalu kasihkan si X dia more then before. Kesian juga aku padanya coz kerana terlalu kasih dah 2 hari dia menyiksa diri dan hanya sekeping roti aja yang menjadi alas perut, sedangkan si X tu tak tahu n tak peduli pun. Seketika my pren nie mengenali si X dan dalam seketika itu juga segala jiwa dan raga dia letakan pada si X. My pren nie bagi tahu yang dia rasa cukup serasi dengan si X coz jiwa dia orang sama n si X nie cukup caring pada dia.Namun dalam masa yang sama si X pergi juga meninggalkan dia, terkulat-kulat my pren nie berseorangan. Apa yang aku dapat bantu cuma kata-kata nasihat aja di samping kata-kata menaikan semangat my pren nie. Ada tika kita terasa hidup ini cukup indah sekali takala time semua yang kita nak menjadi kenyataan. Hati berasa bahagia, jiwa berasa tenang dan takala itu kegembiraan adalah milik kita. Senyum , tawa sentiasa terukir di wajah. Di kau umpama bulan dan bintang di hati, pada tika tengah mabuk tue lah. Boleh di katakan segalany indah lahhh namum pabila keserasian telah hilang camna plak nak hadapinya.... Purbe | 4:19 PM |
Wednesday, July 20, 2005
Persahabatan Yang Hilang Kawan dengan siapa pun kita boleh berkawan, namun di sebalik berkawan muncul sesuatu yang lebih utuh yang di panggil persahabatan. Persahabatan cukup bermakna di dalam kehidupan ini di mana di situ kita meletakan segala kepercayaan. Masa di perlukan untuk mengikat tali persahabatan namun masa pula tidak di perlukan untuk memutuskan tali persahabatan. Aku percaya setiap orang mempunyai segelompok kumpulan yang di anggap sahabat. Setiap seseorang mempunyai ciri yang berbeza-beza di mana tahap kepercayaan kita tidak sama pada sesetiap individu itu. Kita sebagai golongan yang di panggil manusia sudah tentunya mempunyai kekurangan dari sikap, diri , atitud dan pandangan kita. Kadangkala kita melangkah pada kesilapan n if tiada teguran or nasihat kita akan terus terjerumus lebih dalam lagi ke dalamnya. Hanya sahabat sahaja yang dapat mambantu diri kita coz kepercayaan kita sudah ada padanya. Adakalanya kita hanyut dek ego sendiri, hanyut dan terus menghanyut pada tika itu. Pabila kepentingan telah melebihi erti persahabatan maka persahabatan pun mula terhakis, sedikit demi sedikit dan akhirnya terus hilang. Sehingga tiba pada suatu tika kita sudah tak tahu lagi macamana untuk merancakkan perbualan pabila bersua. Sahabat aku merindui kalian semua, entah kenapa tetiba perasaan ini muncul pada tika ini. Sudah lama tak bersua dan ada daripadanya dah bertahun lamanya. Dedulu begitu akrab segalanya boleh di kongsi namun setelah mempunyai keluarga sendiri, jarang lagi bertemu dan berborak. Mungkin masing-masing busy dengan family busy dengan kerja sehingga tiada masa untuk memikirkan diri ku ini. Aku akur dengan segalanya, hanya kenangan silam time gila-gila bersama yang mampu mengukir senyuman aku kembali. Pada dua tiga tahun lepas aku membuat come back ke dunia cyber dan pada tika itu aku bertemu beberapa orang yang aku anggap sahabat. Aku cukup bahagia dengan teman-teman sahabatku, apa-apa pun bincang bersama. Tika itu sahabat aku lah kroni utama, hari ke sehari keakrapan semakin utuh. Namun entah kenapa pabila masing-masing mengenali lebih ramai teman-teman baru keutuhan persahabatan menjadi semakin terlerai. Sahabat jarang berbicara lagi n tiada lagi perbualan yang serancak dahulu. Kini antara sahabat terbest aku pun membawa diri ke alam pencarian yang baru, maka tinggal lah aku n hanya diri aku. Purbe | 3:45 PM |
Monday, July 18, 2005
Lamunan Terhenti Datang dan pergi, itulah yang di takdirkan di dalam kehidupan ini. Tinta telah tertutup untuk selamanya manakala lembaran baru pula kembali tercipta. Hidup umpama roda yang berputar sekejap di bawah dan sekejap pula di atas, itu lah pengalaman yang tiada ternilainya,"expirence is the best talent". Di kala bilangan hari berputar muncul pula tarikh yang di raikan oleh sesetengah individu itu dan tarih itu pula kadangkala menjadi tarikh bertuah or keramat di dalam hidupnya. Banyak kenangan pahit manis pada tarikh itu dapat di kenang dan kenangan pula di bawa ke masa depan. Happy Birthday itu lah ucapan yang acap kali di dengari oleh semua orang yang menyambut n menghargainya. Bertarikh hari ini 18 July aku ucapkan HAPPY BIRTHDAY buat cik Mazlifah Mansoor, semoga mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Hadiah..?? Dedulu kan dah bagi dah so nengok-nengok balik lahh, anggap macam baru ja dapat , ahaks. Success selalau tawwww... Oppss lupa pada sesiapa yang dapat hadiah birthday daripada aku tahun nie , good luck for everything. ( terasa macam santa claus plak dok bagi-bagi hadiah nihh, hehehehe..). Aku di jemput jadi bodygaurd pada bukan sorang tetapi 6 orang gadis-gadis manis. Pada awalnya aku agak memulu nak gi coz hanya aku jaa sorang jaa jejaka, tetapi dek pujuk seorang tue so ngikut jugalah aku temankan dioa orang naik ferry n jalan-jalan kat Megamall. Masa hanya sekejap tetapi penuh dengan idea. Pic kat sebelah kiri masa gi megamall nengok pameran graphic design, menarik betul creativity bebudak nihh.
Purbe | 4:21 PM |
Thursday, July 14, 2005
Kata orang anak sulung nie kena cekal coz lagi pun dia jadi teladan pada adik-adiknya. Ada tikanya anak sulong nie juga manja n nakkan lebih perhatian pada dirinya. Aku termasuk sama tak ? Tahh tak sure lah pulak aku. Mengikut pandangan orang, anak sulung ni agak keras kepala or dalam erti kata lain degil sedikit maybe coz cara pembesarannya n kuasanya pada adik-adik yang membuatkan anak sulung nie menjadi begitu. Rasanya anak sulung nie rapat dengan emaknya tak kira lelaki or perempuan coz apa-apa pun emak pasti di utamakan dahulu. Anak sulung nie memang penyayang tetapi dalam masa yang sama mudah terguris lalu terluka. Kekadang menjadi anak sulung nie banyak juga tekanannya terutama time yang bawah-bawah tu dah kawen contohnya. Selalunya anak sulung akan jadi tumpuan dengan soalan-soalan cepumas nihh. Kekadang rasa macam malas nak ke majlis keramaian coz for sure lahh ada soalan nihh. Lagi satu anak sulung akan rasa tekanan pabila adik-adik bawahannya terdahulu berjaya daripadanya. Pada anak-anak sulung yang berjaya TAHNIAH di ucapkan. Anyway menjadi anak sulung nie tetap ada keistimewaannya tersendiri walaupun banyak tanggungjawabnya. The only orang yang ada title anak sulung yang merasainya, Kan kannn.. semua anak-anak sulung. Purbe | 12:52 PM |
Tuesday, July 12, 2005
Perasaan datang dan pergi, namum yang datang dan pergi itu tak semestinya perasaan yang sama. Ada yang happy , sedih happy n sedih dalam satu masa n perasaan yahooooooooo.. bestnya tika ini. Kadangkala kita sukar untuk membuat pertimbangan coz sebenarnya kita tak tahu apa yang kita nak sebenarnya. Ada tikanya kita tersilap dalam membuat pertimbangan, namum tak semestinya kita melakukan kesilapan pada tiap kalinya. Kita sebagai manusia tak terlepas daripada membuat keputusan, samada yang memihak pada diri kita or pada orang lain. Di dalam hidup ini kita mesti nekad dengan apa yang kita nak if not hidup kita akan jadi haru biru dan tidak ketenteruan. Pada yang telah berjaya mengharungi akan kehendah sendiri aku ucapkan tahniah dan pada sesiapa yang masih terkekek-kekek mengharunginya aku hanya boleh kata fikir sedalam-dalamnya n cepat-cepat membuat keputusan. Pabila dah ada keputusan, hati kita akan menjadi lapang dan pada tika itu kita akan rasa sedih sedikit namun if kita cekal segalanya akan bertukar manjadi peransang buat diri kita. Segalanya mungkin dan usah kita sedih pada apa yang berlalu pergi coz itu bukan hak kita sebenarnya. Hidup ini satu pelayaran di mana bermacam-macam ombak dan badai harus kita harungi untuk sampai ke destinasinya. Setiap satu memberi kita pengalaman dan pengajaran untuk mengharungi situasi yang sama di masa-masa depan nanti. Who knows kan.... Purbe | 6:27 PM |
Friday, July 01, 2005
Siang malam pagi petang selalu jaa orang sembang pasal AF, pada sesetengah orang tue apa kebenda AF tue, dia orang pun tak tahu. Aku pun sama pada 2 tahun lepas tak tahu jugak apakebenda tue Akedemi Fantasia. Seingat aku ianya macam institut latihan yang gomen tubuhkan untuk anak-anak muda semua. Setelah baca kat paper n heboh kat radio (tak lain tak bukan ERA lah tue) baru aku dapan faham apa itu AF sebenarnya. Maklumlah time tue aku tak kena bayar pada astro lagi. Tahun lepas tak lahh aku minat sangat nak nengok AF nie, macam biasa-biasa aja layan tak layan. Namun setelah berkursus kat rumah Kpnut selama 2 hari maka, aku pun makin terjebak lahh, tetapi tak lahh terjebak serious sampai tak nak ke mana-mana time konsert AF tue. Caya tak caya memang ada ramai orang yang macam nie, sorry pada yang terasa aku mengumpat ciput jaa nie. Pabila lelama melayan AF nie rasanya masa dihabiskan depan tv jaa n satu reja pun tak jadi, demi kepuasan diri lepak depan tv. Time makan pun mata dok menjeling tv, pabila berborak pun mata menjeling tv, heheheheee... power sunguh menatang astro nie boleh buatkan orang jadi kusyuk menonton. Setahun dah berlalu so tibalah pula AF3, kali nie auranya lebih dasyat lagi n rasanya bertambah untung lagi lah astro pada tahun nie. Tahhh.. tahhh kenapa nama MAWI tetiba aja memikat hati semua golongan walaupun time tue di tersingkir top 20. Rasanya Mawi antara yang terawal ada FC sendiri, sedangkan bebudak lain yang dapat top 12 tue orang belum di kenali lagi. Something special dengan World nie, yang mana orang lain tak ada tapi Mawi ada. Hari ke sehari makin bertambah lagi peminat si World nie dari bebudak belum sekolah hinggalah ke nenek-nenek yang rajin melepak depan tv. Anyway rasanya aku pun makin terjebak juga dengan benda-benda nihh.. Anyway mungkin Mawi memabawa sesuatu yang sekian lama peminat musik tertunggu-tunggu so harapa pun di letak pada Mawi. Kebelakangan nie macam-macam timbul email fitnah pada artis n Mawi pun tak terlepas juga. Macam-macam adaaa... ada yang kata mawi bekas qari n bila dia jadi penyanyi apa yang dia buat akan di question balik pada akhirat nanti. Macam-macam lah manusia nie tak berpuas hati pada sesama sendiri. Pada aku apa yang kita buat segalanya atas bahu kita baik buruk kita tanggung sendiri, bab hukum hakam nie better jangan buat cerita sebarangan if bukan betul-betul pasti. Berdosa n macam memfitnah jugak if kita just main agak-agak aja, best way berdiam diri n bairkan tuhan aja yang tentukan segalanya. Manusia tak layak untuk judge manusia coz semua orang ada kelemahan tersendiri n dalam ertikata lain nobody perfect. Kecewa tak dapat join n pii sana. |