Monday, July 25, 2005

    Bahagia Datang dan Pergi

    Pertama kali aku ucapkan tahniah pada office mate aku yang mendapat anak kedua pada hari sabtu yang lalu. Tahniah Tahniah Tahniah...

    Aku baru balik dari Pantai Mutiara Mecdical Center, visit office mate aku. So ni serba sedikit yang aku faham ketika di sana, office mate aku kali nie dapat baby girl seberat 3.25kg, pada pagi sabtu lalu. Tempoh masa masuk hospital dari 1.30am n delivered pada 3.15am, melalui pembedahan. Pakage keseluruhan selama 4 hari 3 malam sebanyak RM 4050.00, macam pakage tour to europe lah pulak. Officemate aku cakap operate nie perut senang masuk angin sikit, aku cuma mampu tersenyum jaaa. Nie 1st time aku melawat orang bersalin kat sepital nihh..

    Don't be sad. Pepagi tadi one of the pren msg aku dia cakap dia down sesangat coz of dia telah di hampakan. Aku faham akan perasaanya n aku simpati dengan dirinya. Dia tak dapat melupakan si ex dia coz katanya dia terlalu kasihkan si X dia more then before. Kesian juga aku padanya coz kerana terlalu kasih dah 2 hari dia menyiksa diri dan hanya sekeping roti aja yang menjadi alas perut, sedangkan si X tu tak tahu n tak peduli pun. Seketika my pren nie mengenali si X dan dalam seketika itu juga segala jiwa dan raga dia letakan pada si X. My pren nie bagi tahu yang dia rasa cukup serasi dengan si X coz jiwa dia orang sama n si X nie cukup caring pada dia.Namun dalam masa yang sama si X pergi juga meninggalkan dia, terkulat-kulat my pren nie berseorangan. Apa yang aku dapat bantu cuma kata-kata nasihat aja di samping kata-kata menaikan semangat my pren nie.

    Ada tika kita terasa hidup ini cukup indah sekali takala time semua yang kita nak menjadi kenyataan. Hati berasa bahagia, jiwa berasa tenang dan takala itu kegembiraan adalah milik kita. Senyum , tawa sentiasa terukir di wajah. Di kau umpama bulan dan bintang di hati, pada tika tengah mabuk tue lah. Boleh di katakan segalany indah lahhh namum pabila keserasian telah hilang camna plak nak hadapinya....



Purbe | 4:19 PM |