Wednesday, July 20, 2005

    Persahabatan Yang Hilang

    Kawan dengan siapa pun kita boleh berkawan, namun di sebalik berkawan muncul sesuatu yang lebih utuh yang di panggil persahabatan. Persahabatan cukup bermakna di dalam kehidupan ini di mana di situ kita meletakan segala kepercayaan. Masa di perlukan untuk mengikat tali persahabatan namun masa pula tidak di perlukan untuk memutuskan tali persahabatan.

    Aku percaya setiap orang mempunyai segelompok kumpulan yang di anggap sahabat. Setiap seseorang mempunyai ciri yang berbeza-beza di mana tahap kepercayaan kita tidak sama pada sesetiap individu itu. Kita sebagai golongan yang di panggil manusia sudah tentunya mempunyai kekurangan dari sikap, diri , atitud dan pandangan kita. Kadangkala kita melangkah pada kesilapan n if tiada teguran or nasihat kita akan terus terjerumus lebih dalam lagi ke dalamnya. Hanya sahabat sahaja yang dapat mambantu diri kita coz kepercayaan kita sudah ada padanya.

    Adakalanya kita hanyut dek ego sendiri, hanyut dan terus menghanyut pada tika itu. Pabila kepentingan telah melebihi erti persahabatan maka persahabatan pun mula terhakis, sedikit demi sedikit dan akhirnya terus hilang. Sehingga tiba pada suatu tika kita sudah tak tahu lagi macamana untuk merancakkan perbualan pabila bersua.

    Sahabat aku merindui kalian semua, entah kenapa tetiba perasaan ini muncul pada tika ini. Sudah lama tak bersua dan ada daripadanya dah bertahun lamanya. Dedulu begitu akrab segalanya boleh di kongsi namun setelah mempunyai keluarga sendiri, jarang lagi bertemu dan berborak. Mungkin masing-masing busy dengan family busy dengan kerja sehingga tiada masa untuk memikirkan diri ku ini. Aku akur dengan segalanya, hanya kenangan silam time gila-gila bersama yang mampu mengukir senyuman aku kembali.

    Pada dua tiga tahun lepas aku membuat come back ke dunia cyber dan pada tika itu aku bertemu beberapa orang yang aku anggap sahabat. Aku cukup bahagia dengan teman-teman sahabatku, apa-apa pun bincang bersama. Tika itu sahabat aku lah kroni utama, hari ke sehari keakrapan semakin utuh. Namun entah kenapa pabila masing-masing mengenali lebih ramai teman-teman baru keutuhan persahabatan menjadi semakin terlerai. Sahabat jarang berbicara lagi n tiada lagi perbualan yang serancak dahulu. Kini antara sahabat terbest aku pun membawa diri ke alam pencarian yang baru, maka tinggal lah aku n hanya diri aku.





Purbe | 3:45 PM |