Wednesday, August 17, 2005

    Ku Pohon Ampun

    Aku akur sebagai seorang insan di bumi tuhan tak boleh lari dari sebarang dugaan namun aku tewas dengan permainan minda sendiri. Aku makluk yang biasa tak perfect kalau kekurangan tue banyak lah. Di dalam kehidupan ini aku terasa kesal kerana acap kali mengulangi kesilapan diri. Aku mengecewakan kepercayaan orang tersayang, aku melukai hati kawan-kawan serta teman-teman yang aku kenali.

    Aku menyusun sepuluh jari meminta ribuan AMPUN dan MAAF dari hujung kaki sampai ke hujung rambut pada kalian yang mana aku telah menyingung perasaan di atas sikap diri ku ini. Aku insan lemah yang acap kali tewas dengan perasaan diri ku sendiri. Andainya aku berkasar tutur kata dan bahasa so ampunilah juga akan diri ku ini.

    Aku menyesali akan dirku ini yang tak pandai untuk menjaga hati yang tersayang mahupun teman-teman yang aku kenali. Aku terlalu asyik dengan diri sendiri sehinggakan ada yang luka dan terkecewa. Maafkanlah dengan sikap dirku ini wahai sayang. Aku dalam masa memperbaiki segala kelemahan diri, bantulah dan sokonglah akan usaha ku ini. Aku perlukan sokongan n teguran serta nasihat kalian.

    Ampuni dan maafkanlah diriku, aku hanya penumpang di bumi tuhan dan segalanya hanya pinjaman sahaja. Aku cuba melakukan yang terbaik pada yang tersayang namun di dalam usaha itu aku terus melukainya. Aku kecewa, aku amat kecewa tak habis-habis aku menyusahkannya.

    Aku hilang arah , aku hilang hala tuju, bimbinglah daku. Aku sesat di dalam permainan perasaan dan juga pertimbangan diri sendiri, aku mencipka kebencian orang pada diri ku. Ampunilah segala-galanya, aku ingin menjadi insan penyayang dan insan terbaik.

    Aayoooookkkk...



Purbe | 11:56 AM | Tuesday, August 16, 2005


    Day 7 - Selera Tersekat

    Entah dengan tetiba aja aku hilang selera hanya sekadar sebiji epal hijau sahaja menjadi pengalas perut di awal pagi nie. Aku cuba memakan yang lain namun tekak aku tak dapat menelannya. Aku kembali berpuasa setelah bercuti 3 hari dan bucuk comel kembali menyepi meninggalkan aku terkonteng-konteng seorang diri melayan perasaan sendiri. Walaupun perit untuk membuat keputusan namun aku akur coz of kasih sayang aku padanya yang tiada tandingnya dengan apa-apa jua.

    Aku paham bucuk comel perlukan masa untuk mengubat duka di hati, namum sengsara hati aku tiada siapa mahu mendengarnya. Aku buat segalanya demi yang tercinta, aku tak kisah segalanya asalkan dapat bersamanya. Aku berusaha bersungguh-sungguh, aku ketepikan perasaan-perasaan negetif aku untuk hidup bersama. Aku telah berjanji dengan maha Esa untuk menjaganya sebaik mungkin dan mengembirakannya sedaya mungkin. Aku tak kisah lagi akan sebanyak mana pengorbanan diriku asalkan ia aku boleh hidup bersamanya. Aku terlalu menyayanginya dan aku amat berharap hatinya setia pada diri ku ini coz aku tak termampu lagi di kecewakan. Aku tak mampu lagi menaburkan cinta pada orang lain selain dirinya lagipun aku dah menolak segalanya kerana dirinya. Kini harapan aku menggunung pada dirinya, aku serahkan segala cinta dan kasih sayang aku padanya yang mana tiada apa-apa lagi tinggal untuk diri ku ini. Siang malam pagi petang aku tak pernah henti-henti merindui dan menyayangi akan dirinya. Aku terima segala sikap baik buruknya dengan hati yang cukup terbuka sehingga ke penghujung nyawa.

    Apa lagi yang harus aku lakukan untuk membuktikan kesetian kasih sayang serta cinta aku padanya. Dalam hatiku hanya ada dia dan dalam mindaku cuma ada dirinya, kini dirinya berada more then 100% dalam diriku. Adakah kasih yang ku curahkan masih kurang ?? Termakbulkah niat aku untuk mendapat kelayakan sepenuhnya...????


Purbe | 1:33 PM |



    Balik Kampung

    Mengantuk tetapi terpaksa juga bangun walaupun baru aja tidur tak sampai sejam, semalaman tak dapat tidur. Pusing ke kanan tak kena pusing ke kiri pun tak kena, melentang, meniarap semua tak menjadi. Aku tak dapat tidur pada malam sabtu lepas, aku bangun exercise dengan harapan badan letih so dapat lah tidur tapi ternyata lagi tak boleh nak tidur. Aku perlu fresh besok pagi, aku perlu nampak girang besok pagi. Aku perlu jumpa orang penting yang akan buat penilaian untuk membicarakan sesuatu.

    Alhamdulillah selepas subuh boleh juga aku lelapkan mata namun terpaksa bangun untuk ke Pokok Tai pula. Tempat yang tak pernah aku pergi tetapi aku tak sabar-sabar untuk ke sana dengan satu harapan yang tersangat besar. Pada awal pagi tue aku still berpuasa namun pabila sampai di sana tergoda pula aku dengan meehun yang nampak menyelerakan sekali tue so.. apa lagi, hehheee...

    Lepak kat situ sambil berborak-borak dengan Ustaz & Cikgu agak lama jugak, mau tidaknya aku sampai kat rumah dia orang dalam pukul 10.30am n then tanpa sedar dah masuk waktu Zohor dah. Bersolat bersama n then makan meehun goreng sekali lagi dan dalam pukul 2.45pm macam tu aku pun minta diri. Sedap betoi meehun tue dan best juga berborak-borak tentang cerita-cerita lama n cerita-cerita masa depan nihh. Anyway thanx pada Ustaz n Cikgu yang buatkan aku rasa begitu selesa sekali sepanjang masa aku dekat situ.Dengan girang aku memecut si putih balik ke kampung halaman jumpa emak, jumpa anak sedara n lalu depan rumah.

    Kelihatan ramai orang melepak tepi sawah padi, Ooo... sekarang nie musim menuai patutlah. Kelihatan mesin padi bewarna kuning sedang memalukan kerja-kerjanya di samping ramai pula orang mengikut kat belakang mesin tue. Apa yang dia orang lakukan, ada budak-budak dan orang dewasa. Mata pula liar memandang ke sana sini umpama mencari sesuatu, kelakar ada juga bila melihat bebudak nie kelihatan begitu kotor sekali sehinggakan dekat atas kepala pun ada selut.Ada yang berlari-larian umpama mengejar sesuatu sambil memegang uncang plastik. Keadaan menjadi riuh rendah umpama suatu pesta pula tika itu.

    Mesin kuning tak henti-henti melakukan kerjanya, sementara tu ada juga yang asyik jaa mengikut mesin tu dekat-dekat di belakang bontot mesin tue yang meluahkan jerami padi. Ini lah suasana tika menuai di kampung aku, menangkap ikan tika musim menuai memang best coz time tu ikan pening-pening. Kenapa ikan pening..?? Kerana mesin kuning tue berlegar di dalam sawah n bekas tayar mesin tuu menjadi lopak0lopak air yang baru so ikan akan berpusu-pusu ke situ.

    Semalam cousin aku bawa balik anak dia yang baru berusia seminggu lebih so sempat juga aku nengok anak kedua dia. Semalam juga cousin aku buat makan-makan just for family we all aja kat rumah atok aku. Best lah berborak reramai nie macam-macam cerita ada. Tapi dalam aku aku tetap ada dia.

    Sunyi sepi, pintu dan tingkap tertutup rapat tanpa penghuni. Rumah pengubat duka, rumah pengubat rindu di kala jiwa kesunyian. Aku harap penghuni rumah ini yang bakal kembali menjenguk tak lama lagi dapat merealisasikan impian n niat suci diri ku.



Purbe | 9:48 AM | Friday, August 12, 2005


    Day 3 - Rindu Semakin Parah

    Sebiji epal hijau n dua keping roti gardenia, itu aja yang berselera nak makan di awal-awal pagi sebelum subuh pagi nie. Pabila bangun sesudah sesudah bersubuh tekak terasa begitu pedih sekali, kekeringan terasa di dalam tekak ini maybe coz berbuka semalam terlalu banyak minun air ais kot. Sebiji epal dan sedikit nasi itu aja yang mampu tertelan namun kekenyangan tetap terasa walaupun seharian menahan lapar dan dahaga, syukur pada yang maha esa.

    Tetiba aja aku membasuh kereta coz of teringat kembali time membasuh kereta di dalam hujan di suatu tika dahulu. Masa berdedik dari nano second ke saat dan pada setiap detik itu juga bayangan dan rindu pada si bucuk comel tidak pernah lekang dari minda dan hati aku ini, rindu aku makin menjadi-jadi. Kalau ada kuasa ingin sahaja aku percepatkan masa ini dan hapuskan segala kesilapan aku yang memakan akan diri aku ini, aku insaf... aku insaf... aku insaf. Aku takan sesekali mengulanginya lagi aku berjanji pada diri sendiri dan atas nama yang Maha Esa. Aku ingin menjadi sebaik-baik pasangan padanya di muka bumi ini, memahami n mengambil berat atas segalanya serta menjadi pendengar yang baik. Semoga-moga niat aku nie termakbul, amiiiiimm....

    Terasa letih dan dahaga teramat sangat pabila sesudah basuh kereta tika itu jam 6 petang, dalam keadaan badan aku kurang sihat peluh keluar mencurah-curah dan muka menjadi semakin pucat. Housemate merasa pelik melihat akan keadaan aku pada masa tue, aku pula terkehel di bawah kipas. Aku tak boleh berputus asa aku haruskan teruskan puasa coz waktunya cuma sejam lebih lagi so aku bertahan n terus bertahan dan akhirnya berjaya. Aku tak sanggup kehilangan apa yang aku usahakan dengan sepenuh hati aku.

    Pabila malam menjelma hati makin tersiksa hanya padanya sahaja aku serahkan segala-galanya. Aku dekatkan lagi diri pada tuhan dengan harapan rindu terubat namun rindu semakin lama semakin memenuhi akan diri ku ini. Aku merindui n sangat menyintai serta menyangi mu wahai sayang ku...


Purbe | 11:10 AM | Thursday, August 11, 2005


    Day 2 - Berperang Dengan Perasaan

    Satu lagi hari yang cukup memeritkan. Dua tiga suapan dah cukup mengenyangkan tika berbuka. Pasar malam tidak lagi dapat menawan hati aku, segalanya tertutup.

    Rindu menjadi semakin parah, sesekali tercall number orang yang bertapa, minta maaf sayang coz tak tahu nak buat apa-apa pabila rindu n kasih sayang mecengkam jiwa. Tak tertahannnnnnn......

    Time ni aku teringat n rindu pulak bantal bucuk yang pernah jadi milik aku sekejap tu, alangkah bagusnya andainya ada pada diri ku.

    Hari sabtu merupakan hari permulaan ke arah destinasi yang di tuju.


Purbe | 11:25 AM | Wednesday, August 10, 2005

    GEBU Mengggebu

    Rindu yang tak terucap semakin hari semakin membenam jiwa. Sayang dengan penuh kasih sayang sehingga tiada lagi ucapan yang dapat menandinginya. Segala jiwa dan raga di serahkan padanya namun kesilapan dan ketamankan diriku nan lalu terus menerus menghantuinya. Kasih sayang bukan lagi pengubatnya pabila hati sudah tak tertahan dengan apa yang di kandunginya.

    Kini diriku dalam delima, ketakutan setiap kali menghantui jiwa. Keinsafan dalam tangisan masih tidak dapat memadamkan ketakutan, kekesalan bersama kejernihan titis titisan masin makin terasa tiap kali menyendiri. Pekaran nan lalu menjadi titik hitam di dalam perhubungan ini, ke mana nak ku tuju, pada siapa nak ku luahkan akan tangisan inii..? Kini ku tahu yang diriku benar-benar menyanginya, tak ada apa-apa lagi yang dapat mengugat lagi akan kesetiaan ku padanya. Dalam hati hanya ada dirinya yang tak terusik dan takan terpadam buat selamanya, kini dirinya menyendiri untuk mengubat hati yang terluka. Aku redho dengan niatnya namum di dalam diri aku... akuu.. teramat merinduinya, aku menyayanginya lebih dari apa yang pernah aku sayangi seumur hidup aku sebelum ini. Segenap jiwa dan raga ku menanti akan kembalinya kemesraan nan lalu, riang, girang dan penuh dengan kasih sayang dua insan yang mempunyai matlamat yang sama.

    Masa terasa begitu lambat sekali berlalu, minda hanya ada dia. Ceria di depan khalayak tetapi perit n pilu tika sendirian. Ini baru permulaan harinya, aku tak tahu macamana pula dengan esok lusa dan hari-hari seterusnya. Tika ini baru aku menyedari betapa kerdilnya diri ku di bumi tuhan, batapa besarnya pengorbanan seorang insan demi kasih sayang yang akhirnya mengundah akan diri sendiri. Aku tersiksa dengan erti penantian...




Purbe | 1:05 PM | Tuesday, August 02, 2005


    Kata Orang

    Apa orang nak kata biarkan dia orang kata, janji memalam aku nengok cerita wukong kat ntv7, ahaks. Hari kesehari jiwa makin meronta-ronta, nakk... nakkk tapi masa belum sesuai lagi n masih banyak lagi yang aku harus lalui untuk sampai ke destinasi. Pelayaran harus di teruskan kapten pun sudah dapat kembali kompasnya.

    Debaran, kesabaran menunggu hujung minggu. Lambatnyaaaa.. masa berlalu.. duubbb... daaabbb... dubbb... daaaapppp.. denyutan jantung menjadi semakin kencang. Tinta baru bakal bermula...


Purbe | 4:32 PM |