Tuesday, August 16, 2005


    Balik Kampung

    Mengantuk tetapi terpaksa juga bangun walaupun baru aja tidur tak sampai sejam, semalaman tak dapat tidur. Pusing ke kanan tak kena pusing ke kiri pun tak kena, melentang, meniarap semua tak menjadi. Aku tak dapat tidur pada malam sabtu lepas, aku bangun exercise dengan harapan badan letih so dapat lah tidur tapi ternyata lagi tak boleh nak tidur. Aku perlu fresh besok pagi, aku perlu nampak girang besok pagi. Aku perlu jumpa orang penting yang akan buat penilaian untuk membicarakan sesuatu.

    Alhamdulillah selepas subuh boleh juga aku lelapkan mata namun terpaksa bangun untuk ke Pokok Tai pula. Tempat yang tak pernah aku pergi tetapi aku tak sabar-sabar untuk ke sana dengan satu harapan yang tersangat besar. Pada awal pagi tue aku still berpuasa namun pabila sampai di sana tergoda pula aku dengan meehun yang nampak menyelerakan sekali tue so.. apa lagi, hehheee...

    Lepak kat situ sambil berborak-borak dengan Ustaz & Cikgu agak lama jugak, mau tidaknya aku sampai kat rumah dia orang dalam pukul 10.30am n then tanpa sedar dah masuk waktu Zohor dah. Bersolat bersama n then makan meehun goreng sekali lagi dan dalam pukul 2.45pm macam tu aku pun minta diri. Sedap betoi meehun tue dan best juga berborak-borak tentang cerita-cerita lama n cerita-cerita masa depan nihh. Anyway thanx pada Ustaz n Cikgu yang buatkan aku rasa begitu selesa sekali sepanjang masa aku dekat situ.Dengan girang aku memecut si putih balik ke kampung halaman jumpa emak, jumpa anak sedara n lalu depan rumah.

    Kelihatan ramai orang melepak tepi sawah padi, Ooo... sekarang nie musim menuai patutlah. Kelihatan mesin padi bewarna kuning sedang memalukan kerja-kerjanya di samping ramai pula orang mengikut kat belakang mesin tue. Apa yang dia orang lakukan, ada budak-budak dan orang dewasa. Mata pula liar memandang ke sana sini umpama mencari sesuatu, kelakar ada juga bila melihat bebudak nie kelihatan begitu kotor sekali sehinggakan dekat atas kepala pun ada selut.Ada yang berlari-larian umpama mengejar sesuatu sambil memegang uncang plastik. Keadaan menjadi riuh rendah umpama suatu pesta pula tika itu.

    Mesin kuning tak henti-henti melakukan kerjanya, sementara tu ada juga yang asyik jaa mengikut mesin tu dekat-dekat di belakang bontot mesin tue yang meluahkan jerami padi. Ini lah suasana tika menuai di kampung aku, menangkap ikan tika musim menuai memang best coz time tu ikan pening-pening. Kenapa ikan pening..?? Kerana mesin kuning tue berlegar di dalam sawah n bekas tayar mesin tuu menjadi lopak0lopak air yang baru so ikan akan berpusu-pusu ke situ.

    Semalam cousin aku bawa balik anak dia yang baru berusia seminggu lebih so sempat juga aku nengok anak kedua dia. Semalam juga cousin aku buat makan-makan just for family we all aja kat rumah atok aku. Best lah berborak reramai nie macam-macam cerita ada. Tapi dalam aku aku tetap ada dia.

    Sunyi sepi, pintu dan tingkap tertutup rapat tanpa penghuni. Rumah pengubat duka, rumah pengubat rindu di kala jiwa kesunyian. Aku harap penghuni rumah ini yang bakal kembali menjenguk tak lama lagi dapat merealisasikan impian n niat suci diri ku.



Purbe | 9:48 AM |